ceritaku

Tuesday, June 9, 2026

::TENTANG KEHIDUPAN::

 

Sungguh nak konsisten menulis di blog sekarang ini teramatlah susah. Tak sama macam Ketika zaman belajar dulu. Walaupun zaman belajar dulu kalua di lihat Kembali segala bentuk penulisan keluar dalam blog ini. Malu pun ada bila baca Kembali. A’la kullihal aku masih bersyukur kerana menulis masih menjadi terapi aku sekarang ini. Banyak juga aku menulis sebenarnya tetapi tidak pernah aku publish di sini. Mungkin zaman blog sudah berlalu kerana sekarang ini sudah ada lambakan jenis social media yang boleh menjadi tempat perkongsian dan mungkin juga orang sekarang sudh kurang suka membaca  penulisan yang Panjang-panjang. Mungkin.

Bila dilihat Kembali rupanya setahun sekali posting yang aku lakukan. Menulis tidak menjadi kewajipan aku sewaktu kini. Rasa rugi kerana terlepas banyak perkara untuk di Kongsi. Dan aku menulis di sini untuk diri aku sebenarnya. Apabila membaca Kembali seperti aku membaca diari walaupun penulisan di sini bukan berbentuk diari. Tetapi cukup untuk menceritakan sedikit sebanyak apa yang telah berlaku kepada aku.

Permulaan blog pada tahun 2007. Dan sekarang 2026. Hampir 20 tahun sudah kewujudan blog ini! Masya Allah. Bukan satu tempoh yang singkat untuk bertahan. Tetapi masih bertahan dan aku cuba untuk menulis Kembali tetapi aku tak berani sama sekali untuk berjanji akan menulis selalu.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang Ziyad. 6/6/2026 yang lalu genap umur Ahmad Ziyad 10 tahun. Alhamdulillah dia membesar dengan jayanya. Haha dah sama naik dengan ibu dia dah. Ingat tak sewaktu aku menulis posting yang lepas, tahun 2024 dia berimpian untuk jadi pengawas sekolah. Mungkin bukan rezeki dia untuk menjadi pengawas sekolah tetapi rezeki dia untuk menjadi pengawas sakhsiah. Aku tak pastis ama ada perlantikan dia itu Adalah sebab kelayakan dia atau pengaruh opah dan wan dia. Haha. Aku tak boleh nafikan perasaan itu. Tetapi aku percaya kepada kebolehan dia. Itu aku pasti.

Banyak sebenarnya aku belajar dari kehidupan dia. Pelajaran yang kadang tidak aku dapat dari orang dewasa. Tetapi aku rasa kadang kehidupan kita sebenarnya memang begitu. Tidak semestinya Pelajaran itu dari orang yang lebih tua, atau lebih makan garam dari kita. Kadang-kadang Pelajaran itu datang dari seorang anak kecil yang masih belum akil baligh. Dan kita tidak perlu terlalu ego untuk tidak mengambil Pelajaran tersebut. Bahkan aku sendiri rasa sangat bangga apabila aku boleh merendahkan diri belajar perkara kehidupan dari seorang anak kecil. Apa yang diilhamkan kepada dia itu semua dari Allah. Dan mungkin anak sekecil itu Adalah sebagai pengantara Sahaja. Samada kita ini sebagai orang dewasa nak ambil itu sebagai pelajaran atau membiarkan ianya perlalu perlahan-lahan dan menelan kepahitan kehidupan.

Terima kasih anak untuk semua Pelajaran kehidupan yang telah awak Kongsi dengan ibu. Terima kasih Allah kerana memberi satu pinjaman yang sangat bermakna untuk kehidupan kami suami isteri. Kerana sesungguhnya kami berdua banyak belajar dari seorang anak kecil ini dalam kehidupan kami.  




Saturday, November 9, 2024

SAYANG YANG TAK TERUNGKAP



Pandanglah buat kali terakhir

Kerana mungkin ini peluangnya.

Demi merungkai segala prasangka

Kita menguris hati-hati dewasa.

Dalam tak sedar membuka mata kita.

Masih ada yang sayang

tetapi masih juga ada yang terluka.

Niat bukan begitu

Percaturan Allah itu penentu.

Dilema yang tak terungkap

Menjadikan kita terperangkap,

Dan membina benteng lengkap

Yang Penuh rasa duka dan kecewa.

Tetapi Masih lagi kita bersuara

Demi memenuhi kepuasan rasa.

Apakah tujuan merungkai segalanya,

Dapat mengatasi rasa yang ada?

Hanya hati-hati kita yang punyai jawapannya.

Kerana setiap jawapan punya rasa yang berbeza.

Tidak ada yang Tidak sayang, kerana kasih dan sayang itu mampu meruntuhkan benteng yang telah di bina.






Tuesday, March 12, 2024

SETAHUN YANG PENUH CABARAN

Sesi persekolahan 2024/2025 baru bermula. Setahun yang lalu penuh dengan drama air mata apabila Ziyad mula memasuki alam persekolahan sekolah rendahnya. Sangat-sangat mencabar, baik fizikal mahupun mental. Tapi banyaknya mental. Drama dia tak bermula ketika bangun tidur. Tapi ketika kaki aku mula melangkah tinggalkan dia di kelas. 

1. Menangis sambil berlari-lari mengejar aku
2. Menangis sehingga di cempung oleh walidnya masuk ke kelas
3. Menangis di tapak perhimpunan dengan walidnya berkain pelikat memujuk
4. Menangis di kelas sambil melambai tangan di tingkap kelas
 
Pertengahan semester dia dah mula ok Alhamdulillah.. tapi masih ada drama bergenang air mata. Tiap kali aku nak balik mesti ada pesanan yang di ulang-ulang. Tak pernah tidak dia melambai tangan sambil mengucap I love you ibu. Suara dia saja yang kuat. Dia tidak pernah malu untuk mengucapkan ungkapan itu sambil memeluk ku. 

Tapi drama-drama ini semua berakhir apabila aku sudah balik. Dia sangat ok di sekolah. Beraktiviti bersama kawan-kawan sekelas. Kerja sekolah yang sentiasa dilunasi. Kata guru kelasnya, dia tak pernah menangis selepas aku balik. Sebab itu aku kata drama dia bermula ketika aku melangkah tinggalkan dia dan berakhir selepas aku hilang dari pandangan. 

Memang dia sangat di kenali di sekolah. Sebab drama-drama dia sepanjang tahun. Aku dan suami menjadikan peristiwa-peristiwa ini sebagai kenangan yang akan di kenang. Pahit yang pada akhirnya manis. Marah yang pada akhirnya ada senyuman. Banyak untuk di ceritakan tapi cukup yang ini untuk di kenang sebagai tatapan. 

Untuk ziyad, belajarlah dan berusahalah mencapai cita-cita. Buat setakat kemampuan dia. Tidak ada paksaan untuk dia mendapat tempat teratas. Adab dan akhlak yang kami utamakan. Prestasi dia meningkat dari semester pertama ke semester kedua. Alhamdulillah. Haza min Fadli rabbi.. 

Dia pernah cakap pada aku dan suami, we never give up on our dream. Don't care what people say. Ya dia memang suka berbahasa Inggeris dalam perbualan. Asbab YouTube. Ziyad seorang yang sangat positif. Cita-cita dia tinggi. Dia nak jadi ketua kelas, pengawas dan ketua pengawas. Untuk aku tinggi la bagi budak seusia dia. Dia kecewa bila dia tidak di lantik sebagai ketua kelas. Tapi dia pernah cakap peluang dia ada lagi nanti. Positif! 

Hari pertama persekolahan sesi baru. 
Dia cakap dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah. "Ziyad akan pastikan ziyad jadi ketua kelas hari ini". And he did it! 

Dia balik dengan penuh senyuman kepuasan. "Ibu, Ziyad jadi ketua kelas!" Aku gelak memanjang tanpa menjangkakan berita itu. Maka bermulalah cerita kronologi dia bagaimana dia boleh di lantik sebagai ketua kelas. Dengan mendapat undian 2/3 kelas. Sama sekali tidak ku jangkakan. Memang betul dia pegang kata-kata dia 'we never give up on our dream'. 

Drama tahun ini? Mesti la tidak ada sama sekali kerana semangatnya sebagai ketua kelas itu dijadikan pemangkin untuk ke sekolah. Insyaallah. Mudah-mudahan sehingga habis tahun. Dia dah seronok untuk ke sekolah pun dah besar rahmat. Cukup bagi aku. tidak ada tekanan untuk dia mesti pandai dengan perlu dapat no1 dalam kelas. Belajarlah. Bermainlah. Nikmati zaman kanak-kanaknya. Sebagai ibu aku sentiasa mendorong yang terbaik. 

Untuk Ahmad Ziyad, redha ibu sentiasa mengiringi perjalanan ziyad sepanjang hidup Ziyad. Doa ibu sentiasa ada untuk Ziyad sepanjang hidup Ziyad. Ibu dan walid sayang sangat dengan Ziyad. 

Tuesday, January 23, 2024

BERAKHIR TAHUN 2023

Alhamdulillah a'la kulli ni'mah.. penutup tirai tahun 2023 aku menerima kehadiran adik ipar baru. Setahun yang lalu 2022 pun penutup tahun dengan kehadiran adik ipar baru juga. Jadi dua tahun berturut-turut aku menerima dua orang adik ipar lelaki! Dapat adik lelaki baru. Haha maklum la adik lelaki seorang saja 🤭

Doa aku semoga jodoh mereka berpanjangan. Di berkati Allah. Sentiasa di bawah rahmat Allah. Semoga rumah tangga di bina Sakinah, Mawadah dan Rahmah insyaallah. 

Aku bersyukur dengan segala yang Allah aturkan. Kerana apa yang Allah berikan adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Cuma sebagai manusia aku tak lari dari rasa takut akan ujian-ujianNya. Adakah aku mampu untuk menghadapi, adakah aku bersedia, adakah aku redha, adakah aku akan tersungkur?? Semua persoalan akan sentiasa mengikuti aku. Walhal Allah dah sebut yang Dia tak akan sama sekali membebani hambanya dengan yang kita tidak mampu. 

Tenangkan hati. Insyaallah khier.. 
pengantin baru 

pengantin baru setahun 🤭

Wednesday, November 22, 2023

HOW KIND ALLAH IS

Betapa baiknya Allah. Tulisan di atas tu aku tulis pada tahun 2014. 9tahun yang lepas. Aku tak ingat asbab kenapa aku tulis ayat di atas. Tapi ia sentiasa mengingatkan aku supaya sentiasa berterima kasih dekat Allah sebab Allah baik sangat dengan kita. 

Hari ini. Tahun ini. Bulan ini. Minggu ini. Lintas lalu rakaman-rakaman live tiktok arwah Suhaimi Saad. 

Masa arwah Siti Sarah meninggal aku menangis teresak-esak. Tak tahu kenapa. Ala kullihal semuanya Allah yang bagi rasa. Begitu juga ketika arwah Abam meninggal. Pun aku menangis teresak-esak. Sama perasaan ketika Siti Sarah meninggal. Atas kebaikan yang mereka lakukan ketika masih hidup menjadikan perasaan tu hadir. 

Tapi. Ketika Suhaimi Saad meninggal, tidak langsung aku menangis. Langsung tidak. Sehingga sekarang aku masih merasakan yang arwah masih ada. Hakikatnya dia telah kembali ke sisi Allah. Pencipta kita semua. Allahuakbar. Apa yang membuatkan aku menangis? Rakaman-rakaman arwah semasa masih hidup. Peringatan-peringatan dia kepada kita. Sentiasa mengingatkan kita betapa baiknya Allah dengan kita. Malu kita ni sebagai pendosa tapi masih lagi diberi nikmat bernafas, nikmat makan, nikmat tidur dan segala jenis nikmat yang mana sikit pun Allah tak minta bayaran. 

Kita ni buat lagi dosa. Tetap ulang. Hari ni buat. Esok Allah bagi lagi hari baru. Pun tak malu tak segan, kita ulang lagi buat dosa. Baiknya Allah dengan kita dia bagi lagi peluang. 

SS ingatkan kita semua. Rakaman-rakaman dia berlegar-legar di media sosial. Di ulang-ulang lalu. Menangis aku sebab peringatan dia pada kita. Allah jadikan dia perantara untuk sentiasa ingatkan bahawa Allah ni baik. Tersangat baik. Malu kita dengan Allah.

Sunday, October 8, 2023

BAU KENANGAN

 Pernah tak bila kita lihat sesuatu ianya akan mengingatkan kita pada kenangan-kenangan yang suka untuk kita ingatkan. Ataupun kitab au sesuatu. Atau kita dengar lagu-lagu yang boleh kembalikan kita pada saat yang kita suka nak ingat atau kenang? Selalukan? Mesti biasa berlaku dalam hidup kitakan?

            Sama macam aku. Kalau dengar lagu-lagu 90an, lagu-lagu rock kapak orang kata, secara tak langsung mesti akan ingat zaman-zaman belajar duduk asrama. Zaman masa belajar di Melele dulu. Seronok time tu. Hujung-hujung minggu riuh dengan orang pakat-pakat dok membawang, basuh baju, sidai baju. Menjerit panggil kawan. Makan-makan. Tengok senior-senior siap nak keluar dating konon abang angkat. Hahaha kebanyakkan sekrang dah jadi suami isteri. Kalau dengar nasyid dulu-dulu pun mesti ingat kenangan-kenangan lalu. Macam lagu-lagu mawaddah. Mesti ingat moment waktu petang masa dekat asrama. Aktiviti masa tu turun beli jajan dekat rumah warden. Jual macam-macam. Burger, air, roti bakar, mee goreng. Haa ada juga locking. Dulu pangil cucuk-cucuk. Sos mesti Thailand mari. Sebab yang jual ni guru memang asal Thailand. Sedap sungguh la. Lagu-lagu nasyid macam hijjaz, unic, pulak teringat time nak orentasi melele dengan time insaniah. Lagend betul waktu tu. Tapi kalau dengar lagu-lagu raihan pulak mesti ingat masa dekat rumah atau dalam kereta ayah. Sebab ayah beli kaset raihan dulu pasang dalam kereta. Eh, bukan kereta tapi van. Haha. Kenangan sungguh.  

            Kalua bau minyak wangi pulak ada bau-bau yang akan mengingatkan aku pada waktu aku naik bas nak ke sekolah di pendang Ketika itu. Biasa la, sembur minyak wangi dulu sebelum naik bas dengan turun bas. Kadang ada juga bau yang mengingatkan aku zaman belajar di Insaniah dulu. Bau-bau yang aku guna masa aku mengajar dulu. Eh sungguh la. Bau ni kalau tanya adik-adik aku mesti depa kata bau kakak. Haha.

            Kalau tengok cerita-cerita p.ramlee pulak lagi la. Teringat masa kecik-kecik dulu. Duduk depan tv layan satu keluarga. Kalau tengok movie-movie zaman 90an lagi la. Dia bukan mengimbau cerita tu tapi dia mengimbau kenangan. Moment Ketika melihat cerita-cerita itu. Mungkin aku rindu.

             Dalam banyak-banyak bau, lagu yang boleh mengingatkan kita pada kenangan lalu. Ada sesuatu yang aku suka untuk aku kongsi. Tentang rasa nasi lemak. Nasi lemak ni dah puluh tahun dah, seingat aku dari aku sekolah rendah rasanya. Dulu isterinya yang berniaga, sekarang suaminya ambil alih tapi di bantu kawan-kawan dia. Mungkin pakcik-pakcik ni dah pencen jadi membantu menjual nasi lemak adalah aktiviti mereka di pagi hari.

            Tapi aku bukan nak cerita pasal nasi lemak pakcik ni. Aku nak cerita moment aku makan nasi lemak ni. Kalau beli dekat pakcik ni aku suka ambil nasi tambah dan ikan bilis goreng. Sambal sikit. Ini saja menu aku kalau beli nasi lemak pakcik ni.

            Aku anak sulung. Adik-adik bawah ramai. Sedikit sebanyak aku agak rasa kurang kasih sayang. Aku saja kot yang rasa macam tu. Jadi banyak perhatian teralih pada adik-adik aku. Kadang aku rasa macam aku bawa diri. Asrama tempat aku melepaskan rasa. Diari tempat aku meluahkan isi hati. Aku tak ingat umur aku Ketika itu. Tapi masa tu aku seorang dekat rumah. Sunyi. Ada umi. Ayah tak ada masa tu. Pagi tu umi bagitau umi beli nasi lemak dekat aku. Rasa seronok sangat masa tu. Bukan seronok tapi Bahagia. Aku tak tahu kenapa rasa tu kuat sehingga hari ini. Rasa di beri perhatian. Tersangat. Aku buka bungkusan nasi lemak tu. Nasi tambah, ikan bilis dengan sambal. Aku makan. Tapi makan dengan penuh rasa berbunga. Bahagia, seronok dan rasa masa tu aku anak yang sangat di beri perhatian. Moment tu aku tak akan lupa sehingga hari ini. Saat aku menulis sekrang ini. Dan aku suka ulang moment-moment tu dengan kerap kali aku beli nasi lemak tu. Aku sangat menghargai moment itu. Kecik mungkin pada orang tapi sangat berharga bagi aku.    



Sunday, September 24, 2023

SEPTEMBER BULAN MEMORI

12 september 2015 adalah tarikh aku akad nikah termateri perjanjian hidup bersama seorang insan yang aku hanya sempat bertaaruf sekejap mungkin. Ingat-ingat lupa aku. Apa yang menyebabkan aku terima lamaran dari seorang insan yang asing ketika itu? Hati. Ya hati aku tenang ketika menerima lamaran dari insan yang kini menjadi suami aku.

            Untuk abang, terima kasih kerana berani walaupun tahu takut-takut nak berdepan dengan ayah pada awalnya. Tapi sekarang dah menjadi menantu kesayangan kerana abang telah menjadi tempat umi dan ayah juga sebagai rujukan. Abang telah meletakkan benchmark yang tinggi untuk menantu-menantu lain capai. Yang ni ayah sendiri yang cakap. Haha. Adik-adik juga sangat selesa dengan abang melebihi angah selaku abang kandung mereka. Apa-apa masalah mereka cari abang untuk rujukan. Terima kasih menjadi abang long kepada adik-adik. Terima kasih menerima kekurangan diri ini seadanya. Sangat tenang melalui cabaran hidup bersama. Kerana hidup kita ada turun naiknya. Sangat bertoleransi dalam segala aspek. Sangat berusaha memperbaiki kehidupan kita yang kadang tu dilambung ombak tinggi. Terima kasih menjadi walid yang penyayang kepada Ziyad. Masih lagi menjadi satu-satunya anak kita. Insya Allah kita masih lagi menunggu berita gembira untuk diberikan kepada Ziyad. Terima kasih untuk segalanya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-8 Alhamdulillah.. 

 


Kalau tajuk pun September bulan memori mesti ada lagikan memori untuk dikongsi. Ya ada. Semalam alang telah menang naib johan anugerah belia negara peringkat negeri kedah. Tahniah alang. Untuk dia berdiri di mana dia berada sekarang bukan mudah jalannya. Bukan setahun dua dia membinanya. Dan bukan sedikit air matanya yang keluar. Ala kullihal, dia layak mendapat apa yang selayaknya dia dapat.



Semalam juga telah berlangsung pertunangan ateh. Alhamdulillah. Moga berjalan lancar untuk ke next step.




 

 


BERSYUKUR DENGAN MUSIBAH DAN UJIAN

 Baru-baru ni aku saja ikut umi pergi ambik iman tuisyen. Kebetulan balik tidur rumah umi. Aku memang suka ambil kesempatan bersembang dengan umi. Sebab umi suka bagi kata-kata nasihat dan peringatan.

            Dalam perjalanan tu aku saja bukak cerita pasal acik dan bangcik accident dengan motor. Mujur juga hanya kereta yang rosak dan tiada melibatkan nyawa. Biasa la acik dan emosinya tak dapat dipisahkan. Haha.

            Umi jumpa acik dan bangchik di KL selepas umi ayah balik dari Acheh tempoh hari. Nasihat umi : biasa la tu, Allah bagi ujian, musibah sikit tanda Dia ingat dengan kita. Cumanya macamana kita nak terima ujian tu. Terima saja ka atau terima dengan bersyukur. Kita nak bersyukur dengan ujian dan musibah bukan senang tau. Ujian waktu susah ni memang semua orang ingat Allah. Pasti. Asal ujian saja ingat Allah. Tapi yang paling takut sekali waktu ujian Ketika senang. Waktu tu nak ingat Allah atau dak. Yang tu baru ujian sungguh.

            Aku diam membisu mendengar nasihat umi. Moga kita semua bernaung di bawah Rahmat Allah sentiasa.



Monday, September 4, 2023

PENGALAMAN BURUK

 

Aku ada pengalaman buruk semasa sekolah rendah. Bagi aku ini adalah pengalaman buruk. Mungkin bagi orang lain ini adalah hal biasa. Gred aku bukanlah elok Ketika di sekolah rendah. Jadi pelajar seperti aku ni sering di tolak dan di pinggirkan. Di nafikan bakat atau kelebihan. Atau lebih jelas lagi bakat pun tak dicungkil.

            Ketika di sekolah rendah juga aku mula rasa rendah diri. Rasa lekeh. Rasa tak berguna. Tapi dalam pada masa tu aku tetap main bersama kawan-kawan yang sama baya. Sama gred. Sama semua. Yelah. Zaman kanak-kanak. Belajar mana lah nak sangat. Main saja lebih.

Aku Cuma mahu ceritakan pengalaman aku. Orang lain mungkin dengan cara dan rasa yang berbeza. Baik dalam bidang akademik mahupun sukan aku tak diberi peluang. Kalau ada pun sebagai picisan dan gantian tanpa peluang untuk mengcungkil bakat.

            Orang kata, ala.. biasa la sekolah rendah lagi. Budak-budak. Apa nak kisah sangat. Ya. Kata-kata mungkin boleh diungkap dengan mudah. Yang merasanya adalah diri sendiri. Aku bersyukur punya umi dan ayah yang berlapang dada dan terima setakat mana kebolehah anak-anak. Yang penting didikan agama itu perlu di terapkan sejak kecil.

            Pengalaman yang aku lalui Ketika zaman sekolah rendah itu atau lebih kepada emosi rendah diri Ketika waktu itu terbawa-bawa sehingga sekarang. Ya. Sekarang di mana aku punyai anak yang sudah di sekolah rendah. Sekolah yang sama aku menuntut. Dan apabila emosi terburuk itu aku rasa dan terbawa-bawa, maka secara tidak langsung aku turut sama risau keadaan anak aku Ketika sekrang ini.

            Beza anak-anak kawan bekas pelajar yang cemerlang Ketika di sekolah berbanding anak-anak bekas pelajar yang kurang cemerlang macam aku. Mungkin bayangan aku mengekori anak aku? Atau aku sekadar beranggapan begitu?? Apa pun kerisauan itu tetap ada.

            Kenapa aku tetap menghantar anak aku ke sekolah yang sama dengan aku? Kerana aku tidak nafikan Pendidikan yang aku terima Ketika di sana adalah yang terbaik di kalangan terbaik. Aku tak boleh nafikan bahawa sekolah itu mempu memberikan Pendidikan keseluruhan kepada anak aku dari segala aspek. Selagi mana dia tidak hanya di nilai berdasarkan akademik semata. Malah cuba atau sekurang-kurangnya mengcungkil bakat anak aku. Selagi dia tidak dipandang enteng oleh pendidik-pendidik yang mendidik di situ.

            Apakah aku cemerlang di sekolah menengah? Bukan aku untuk menilai. Yang pasti Ketika di sekolah menengah aku Berjaya mewakili akademi dan sukan hingga peringkat negeri. Aku Berjaya tepat kelima teratas di dalam kelas. Aku juga ditawarkan jawatan pengawas tetapi aku menolak dengan sukarela. Kerana bukan itu yang aku kejar.

            Ketika di university, aku agak aktif berpesatuan. Sangat aktif berprogram sehingga di luar kampus. Cukup untuk aku buktikan apabila bakat dicungkil dan di asah dengan betul dan baik maka akan ada hasilnya. Kerana setiap ciptaan Allah itu sangat bernilai. Beri peluang. Beri ruang untuk anak-anak. Asah segala bakat-bakat yang terpendam. Benda begini bukan hanya ditonjol dengan rela. Kadang perlu dipaksa untuk dikeluarkan bakat-bakat tersebut.  Cari, gali. Setiap anak ada nilai mereka tersendiri. Tidak semestinya mereka tidak cemerlang akademik maka mereka tidak cemerlang dalam bidang lain.

            Sebagai pendidik, tolong jangan menolak anak-anak yang tidak cemerlang akademik. Bantu mereka dengan beri peluang dan ruang. Kadang bakat terpendam itu perlu di asah. Bukan hanya sekali tapi berkali-kali. Pepatah melayu ada kata ‘Belakang parang kalau di asah akan tajam juga’.    


Thursday, August 31, 2023

AKU ANAK MALAYSIA

AKU ANAK MALAYSIA

Hari ini hari Malaysia mencapai kemerdekaan. 31 Ogos 2023 adalah tahun ke 66 setelah tanah melayu bebas dari jajahan. Panjang kalau nak cerita sejarah Malaysia. 
Pagi ini hujan selebatnya selepas subuh. Aku dan suami dah berjanji dengan Ziyad untuk bawa dia melihat perarakan. Ziyad cukup suka dengan dengan anggota keselamatan. Baik tentera, polis mahupun bomba. Terima kasih kepada Paskal the movie sebab filem ini berjaya mempengaruhi anak aku. 

Jam menunjukkan 7.30 pagi. Aku dah kejut Ziyad untuk mandi dan bersiap. Hujan masih merintik. Kalau ikutkan hati aku dah malas nak keluar. Tarik selimut lagi seronok. Tapi demi memori seorang anak, aku gagahi juga untuk bersiap dan keluar. Cadangan awalnya kami nak naik motor saja. Tapi di sebabkan hujan, kami redah juga dengan kereta. 

Orang mula membanjiri kawasan dataran. Oh lupa, kami dapat juga parking. Alhamdulillah. Doa Ziyad, “ Ya Allah, bagilah ada parking untuk Ziyad. Amin..” itulah Ziyad. Kami sentiasa didiknya meminta pada Allah. Haza min fadli rabbi. 

Kami berjalan kaki. Cuba mencari-cari ruang yang terbaik untuk Ziyad melihat perarakan. Mungkin sebab orang ramai sepanjang jalan, jadi kami tak terasa jauhnya kami sudah berjalan. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Aku dapat lihat anggota tentera berpakaian serba putih sudah bersedia di hadapan pentas VIP. Suami aku dan Ziyad sudah ke hadapan. Aku hanya berdiri di belakang dengan berpayung berlindung dari hujan. 

Aku melihat di sekitar. Orang tersangat ramai. Walaupun hujan, tapi aku melihat wajah-wajah seronok. Aku tahu seawal selepas subuh lagi sudah ada yang datang menunggu. Aku yang sampai lewat pun dah penat menunggu majlis yang masih lagi belum bermula. Hujan masih renyai-renyai. Tapi melihat barisan tentera yang langsung tidak bergerak meredakan hatiku yang sudah mula menyampah. 

Ya. Aku mula menyampah. Menunggu ketibaan VVIP membuatkan aku terfikir kenapa aku dengan rela datang juga ke sini. Kenapa semua orang yang hadir berhujan ke sini dengan rela. Dengan anak kecil. Dengan basahnya. Kalau aku dengan penatnya berdiri lagi. Semua yang hadir ni secara RELA. Tidak ada paksaan. Menyampahnya aku! 

Aku melihat jam di tangan. 9.30 pagi sudah. Lenguh di kaki sudah tak mampu untuk aku berdiri. Suara pengerusi majlis menahan aku untuk beredar dari situ. Akhirnya! Majlis pun bermula. Aku menarik nafas lega. Tapi hati masih lagi menyampah dan tak puas hati. Tapi tetap juga rela menunggu. Bersama-sama dengan ramai lagi orang. 

Majlis bermula dengan persembahan koir. Lagu warisan yang pertama. Lagu yang menyentap dan menyentuh hati aku. Lagu nyanyian arwah Sudirman. Sepanjang lagu ni di nyanyikan, aku melihat sekitar. Aku melihat mereka-mereka yang hadir. Aku melihat wajah anak-anak yang gembira di dalam hujan renyai-renyai. Aku melihat pengorbanan ayah-ayah yang mendukung anak-anak mereka untuk melihat dengan lebih jelas. Aku melihat ibu-ibu yang berusaha melindungi anak-anak yang masih kecil dari hujan. Aku menyaksikan kerelaan mereka! 

Di sini lahirnya sebuah cinta. Bait lirik Sudirman sangat sesuai dengan keadaan yang aku lihat. Kerana cinta pada negara mereka hadir dengan rela. Kerana cinta pada negara mereka rela berhujan menunggu. Kerana cinta pada negara mereka rela meredah untuk bersama-sama pada hari ini. 

Aku bukanlah seorang perwira. Gagah menghulur senjata. Namun hati rela berjuang. Walau dengan cara sendiri. Demi cinta ini. 

Nampak? Kami yang rela berhujan ni bukanlah siapa-siapa. Kami yang rela berjalan sejauh dari parking ni bukanlah siapa-siapa. Kami yang rela menunggu seusai subuh ini bukanlah siapa-siapa. Tapi ini sahaja yang mampu kami tunjukkan betapa kami juga mencintai negara kami. Kerana apa? 

Ku ingin kotakan seribu janji. Sepanjang kedewasaan ini. Ku ingin sampaikan pesanan. Akulah menyambung warisan. 

Ya. Kerana kami yang bukan siapa-siapa ini adalah penyambung warisan. Warisan nenek moyang kami. Warisan mereka-mereka yang berjasa mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara. Warisan mereka-mereka yang telah pergi setelah selesai memerdekakan tanah air tercinta. 

Lagu ni telah buat aku menangis dalam hujan. Mujur terlindung dengan payung. Aku dan mereka-mereka yang hadir tidak pun berbumbungkan khemah-khemah. Aku dan mereka-mereka yang hadir bukanlah di paksa-paksa. Tapi demi meraikan hari ini. Aku dan mereka-mereka ini hadir dengan rela. 

Aku mengundur diri lebih awal. Membiarkan anak dan suamiku di hadapan. Aku berjalan perlahan menuju ke kereta yang di parking jauh. Terasa jauh perjalanan bila keseorangan. Terasa letih berjalan bila sendirian. Aku melihat barisan anggota badan uniform bersurai di belakang. Mereka-mereka yang hadir mengambil kesempatan untuk bergambar. Meraikan anggota keselamatan negara. Hari ini hari mereka. Hari ini hari kita. Hari ini hari negara. 

Kita sudah merdeka secara rasminya. Kita sudah merdeka secara lahiriah. Tapi kita masih lagi berperang sebenarnya. Perang saraf. Akan aku ceritakan nanti. Cukup hari ini untuk ketika ini. 

Tuesday, August 22, 2023

SUNYI


Mata bundarnya merenung jauh ke depan. Redup tapi jelas menyimpan rasa sakit yang mendalam. Entah apa yang sedang bermain di dalam benak fikirannya. Buku ditangan terbuka tanpa berkalih. Seketika dia menarik nafas panjang. Bukan mengeluh tapi lebih kepada melepaskan berat rasa di dada. 

Dia memandang sekeliling. Bunyi suara-suara orang di sekeliling langsung mengganggu dia. Sudah tiga jam dia berada di kafe tersebut. Sengaja dia membawa diri ke situ. 

Wednesday, August 16, 2023

DIDIK GENERASI DENGAN ADAB DAN AKHLAK

Kepimpinan melalui tauladan. Cukup ayat ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu perlu tunjuk adab dan akhlak yang baik. 

Nabi sendiri kita ketahui mempunyai adab dan akhlak yang terpuji. Kerana begitulah tuntutan dalam agama. Budaya caci maki hina menghina bukanlah yang diajar dalam agama. Malah mana-mana agama sekalipun. 

Pemimpin perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik sebagaimana nabi menunjukkan contoh yang terbaik yang boleh kita ikuti. Menjadi pemimpin bukan sahaja pandai mengurus masyarakat itu sendiri malah perlu juga menunjukkan nilai-nilai yang terpuji yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin itu. 

Bukankah nampak terlalu buruk kalau seorang pemimpin itu terlalu teruk adab dan akhlaknya. Aku menolak pemimpin yang mempunyai adab dan akhlak yang teruk. Sebab generasi anak aku akan menilai. 

Tuesday, August 15, 2023

MATA TIDAK MENIPU

 Tahu tak bagaimana seorang pelakon itu berjaya?

Apabila dia berjaya membawa watak yang diberikan sehingga penonton merasai apa yang dia rasai. Dia berjaya menjadikan bahasa badannya di baca oleh penonton!

Mata mereka tidak menipu. Bahasa badan mereka juga tidak menipu. Mereka menghasilkan karya yang berjaya mengheret penonton untuk merasai emosi mereka.

Mata mereka berjaya menunjukkan rasa perit, sakit, dan sedih.  

Mereka berjaya meleretkan senyuman. Tapi dalam masa yang sama mereka berjaya menunjukkan rasa kesakitan yang mendalam. Gila! Perasaan yang di tunjukkan bukan mudah untuk dilakonkan. Bukan mudah untuk dipamerkan begitu sahaja.

Dan aku adalah salah seorang penonton gila yang berjaya mereka manipulasikan emosi. Kerana aku seorang yang mudah tenggelam dalam emosi.



MELEPASKAN RASA

 

Untuk kesihatan mentalku, menulis adalah terapi.

 Terlalu banyak faktor sekeliling yang menjadikan aku sesak sekarang ini. Terutama sekali isu politik negara yang menyakitkan hati. Politic is a game. Pemain-pemainnya adalah ahli-ahli politik itu sendiri. Manakala tukang sorak di luar adalah ahli-ahli parti mereka. Ibarat bola sepak. Pemain bola sepak adalah ahli politik. Peminat bola sepak atau tukang sorak adalah ahli-ahli bawah. Sama. Yang untungnya adalah mereka yang bermain. Mereka kalah atau menang mereka bahagia. Kerana itu adalah kehidupan mereka. Yang beremosi adalah tukang sorak. Emosi sehingga permainan tamat. Emosi sehingga mengganggu tukang-tukang sorak pihak lawan. Habis segala kata-kata nista caci maki sehingga menggelar seseorang dengan pelbagai gelaran.

Kenapa aku terkesan? Kerana aku mangsa sebahagian kata-kata tersebut. Kenapa aku emosi? Kerana hati aku bukan sekering hati orang-orang yang kering. Hati aku ibarat span yang menyerap segalanya tanpa ada tapisan.

Kerana itu aku perlu keluar dari suasana negetif itu. Teramat menyesakkan. Teramat memualkan. Teramat menyakitkan. Media social bagi aku sekarang teramatlah toksik. Teramat teruk untuk aku buka dan tatap. Sebab teramat ramai manusia-manusia yang bermulut jahat. Menabur neratif-neratif negetif. Betul kata Imam Ghazali, lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Dunia memang gila. Tahniah bagi sesiapa yang mempu bertahan, kerana aku bukan begitu. Untuk katakan aku lemah. Ya silakan. Untuk katakan aku terlalu mengikut perasaan. Ya silakan. Silakan dengan hujah-hujah kalian. Aku tak mampu menelan hujah-hujah yang dibuat untuk sekadar menyenangkan hati kalian sendiri. Silakan.

Buat masa sekarang aku lebih gemar menulis melepaskan rasa. Mendengar halwa-halwa telinga yang aku inginkan. Menonton movie-movie yang mampu mengalih seluruh perhatianku dari dunia politik yang gila itu. Aku terjebak. Dan aku kena berusaha keluar dari terus berada dan tenggelam dalam emosi yang gila itu.

Mungkin orang-orang akan kata benda kecil saja untuk aku perbesarkan. Ikut kalian. Bagi aku, ianya telah menjejaskan kesihatan mental aku. Aku masih menulis isu yang sama. Kerana ini yang aku rasa sekarang. Mungkin aku akan menulis perkara-perkara yang lain sebentar lagi. Kerana aku menulis untuk melepaskan rasa. Melepaskan pada manusia akan menajdikan aku lebih teruk kerana terbuka kepada kritikan dan hukuman. Menulis begini lebih melegakan.



Sunday, August 26, 2018

KITA BERKAHWIN UNTUK APA


Alhamdulillah. 

Hamdan wasyukran lillah! 

Saat pertama dikhabarkan nama tersenarai di antara penulis artikel untuk buku "kita berkahwin untuk apa", sungguh aku terharu. Pertama, terima kasih untuk cikgu penulisan aku, Cikgu Khairy Tajudin. Kedua, terima kasih untuk umi yang sentiasa dan tidak pernah jemu memberi semangat untuk anaknya ini. Ini adalah permulaan untuk aku memenuhi impian aku sebagai seorang penulis secara rasmi. 


Untuk buku pertama ini, gabungan 24 orang penulis dalam sebuah buku yang mana kesemua mereka ini hadir dengan kekuatan masing-masing. Apabila pengalaman orang lama, di sulam dengan pengalaman orang baru, kemudian diselit dengan kisah-kisah motivasi dan nasihat dari pelbagai lapisan generasi, aku rasa ini buku yang terbaik untuk kita hadiahkan kepada diri kita sendiri, saudara mara dan kawan-kawan yang mahu, akan dan sudah mendirikan rumah tangga. Insya Allah, buku ini tidak akan mengecewakan bagi sesiapa yang membaca. 




Dengan hadirnya buku ini,  semagat untuk aku menulis lagi membara. Aku menulis bukan untuk duit, aku menulis untuk kepuasan diri. Aku menulis untuk berkongsi. Aku menulis untuk meluahkan rasa hati. Dan aku menulis untuk kenangan. 

Sudah ada beberapa manuskrip yang perlu aku selesaikan. Aku menyahut cabaran cikgu Khairy untuk terbitkan buku pada pesta buku antarabangsa tahun hadapan! Insya Allah. 

Moga Allah merahmati perjalanan ini. 

Sunday, August 12, 2018

ISU TRANSGENDER : HAK ATAU DISKRIMINASI?


Assalamulaikum. 

Isu kali ni agak berat bagi aku dan sangat panas. Panas kerana kerajaan yang baru ini telah mengamalkan sikap TERBUKA. Jadinya semua nak kritik, semua nak bagi pandangan dan semua nak bercakap. 

Cumanya dalam kita memberi kritikan TERBUKA ni, kita ambil sikap berpada-pada. Jangan sampai kita terlalu mengkritik sehingga hilang apa yang patut dikritik. Jangan kerana terlalu benci dengan kerajaan baru ini, kita menutup laluan pembaharuan yang sedang mereka lakukan. 

Mungkinkah kita rasa kita sudah berkuasa kerana suara rakyat suara keramat? Ataupun kita merasa kita paling hebat? terpulang.

Aku antara rakyat yang tunggu dan lihat. Ada banyak isu selepas pertukaran kerajaan baru. Banyak sangat. Tapi tidak ada suatu pun yang aku beri pandangan kerana semua masih sama-samar. Tapi untuk isu kali ini, suka untuk aku kongsi surat terbuka dari Peguambela & Peguamcara, Nur Hidayaty Maidin dari Tetuan Nur Maidin & Co. 

Merasakan Dato Dr Mujahid tidak mendapat input yang tepat berhubung isu transgender ini dan apakah kesan kenyataan beliau terhadap golongan wanita, saya telah emailkan surat terbuka kepada beliau dan memohon untuk berjumpa beliau.

SURAT TERBUKA UNTUK DATO` DR. MUJAHID : ISU TRANSGENDER

Assalamualaikum YB Dato`.

Saya tahu masa Dato` amat padat. Oleh itu , surat terbuka ini akan menjadi surat terbuka yang ringkas dan terus kepada kandungan. Saya juga seorang yang terus kepada fakta. Tidak pandai bahasa berbunga.

Saya ingin merujukkan YB Dato` kepada Sidang Media yang diadakan oleh Dato` baru-baru ini dengan Encik Nisha Ayub. 

Antara kenyataan Dato` di dalam sidang media tersebut ialah :

"  The most important thing I want to say here that these people, the transgender ,especially..can not be discriminate in their workplace..from Nisha, we had a lot of information out that that the public still discriminate them"

YB Dato` meneruskan kenyataan selanjutnya :

" They[ the transgender ) are ordinary citizen…They want to go to school..education and even ibadah..and they want to go to public place..saya dalam pertemuan ini banyak memahami walaupun dalam masa 40 minute..memahami banyak isu yang perlu di bela.."

Kenyataan Dato ini dapat di lihat di dalam video di link ini :


Saya meneliti kenyataan Dato` yang saya anggap sangat rasmi tersebut . Apa jua alasan Dato untuk memberikan kenyataan sedemikian saya percaya kenyataan Dato` itu sepatutnya tidak dijadikan sebagai press conference kerana kenyatan Dato` kelihatan tidak cermat dan tanpa kajian teliti :

1. Sumber daripada Encik Nisha sahaja

Dato` kerap kali menyebut pertemuan 40 minit Dato dengan Nisha serta timbalan Dato sambil menikmati pasambur . Dato cakap Nisha telah mendedahkan Dato` dengan output bahawa golongan transgender ini telah didiskriminasikan oleh masyarakat.

Tiada pula Dato` dedahkan adakah maklumat yang diberikan oleh NIsha disokong oleh satu kajian terperinci atau sekurang-kurangnya statistik laporan polis berhubung kejadian diskriminasi ke atas golongan Mak Nyah.

2. Bentuk Diskriminasi

Sudah banyak rakyat perbahaskan persoalan ini : Bentuk diskriminasi bagaimanakah yang mahu diperjuangkan oleh golongan transgender ini ? Adakah mereka di sisih daripada mendapat pendidikan, pekerjaan atau kesihatan? Sekiranya ya , dimanakah statistik laporan Kementerian yang mengatakan sedemikian? Walaupun Malaysia ini majoriti adalah umat Islam , setakat yang saya perhatikan Dato`, golongan Mak Nyah berjalan bebas tanpa kekangan. Pergi salon pun nak masuk bilik muslimah, Dato!

3. Kenyataan yang terlalu am daripada Dato` membuka penindasan ke atas wanita normal seperti saya.

Di dalam minit-minit terakhir kenyataan Dato di persidangan media tersebut , Dato menyatakan mereka ada hak untuk pergi kepada "public places" dan tempat ibadah.

Ini adalah kenyataan rasmi yang cuai pada pandangan saya ,Dato`. 

"Public places" adalah termasuk tandas wanita. 

Saya tidak pasti samada Dato` terfikir yang golongan transgender ini patut mengunakan tandas awam wanita? 

Dalam erti kata lain , akibat kenyataan Dato` tersebut seolah - olah mengesa kami wanita normal untuk berkongsi tempat awam seperti tandas awam dengan lelaki berpakaian wanita.

Dato`, YB Hannah Yeoh telah pun dedahkan statistik gangguan seksual di Malaysia ke atas wanita  di parlimen baru-baru ini Dato`. Kenyataan Dato` itu sebenarnya memberi peluang kepada mana-mana lelaki untuk menyamar jadi transgender dan masuk ke dalam tandas wanita , tempat mandi wanita, kolam wanita, locker wanita atau ruang solat wanita.

Cukup cukuplah statistik gangguan seksual ke atas kami , Dato`. Kami tidak ingin mendengar trend terbaru dirogol dalam tandas wanita oleh lelaki mengaku transgender pula!

Saya terfikir juga kenapalah Dato tak cadangkan transgender ini gunakan sahaja tandas lelaki. Kurang sikit isunya. Orang lelaki tak kisah sangat. Pengkid nak masuk tandas mereka , mereka okay.

Tetapi yang menanggung beban hasil daripada kenyatan Dato `tersebut adalah kami wanita terutama Muslimah yang perlu jaga auratnya.

Apatah lagi ditempat ibadah seperti masjid dan surau.

Apakah maksud Dato` mereka ada hak di rumah ibadah. Adakah mereka ini akan di letakkan di tempat solat lelaki? Kalau itu maksud Dato` tafadal! Saya sokong.

Tetapi tolong jangan bebankan kami kaum wanita untuk menerima mereka bersama-sama kami di tempat awam yang perlukan privacy tanpa ganguan lelaki.

4. Hak Transgender adalah bukan isu untuk Dato` perjuangkan.

Dakwah kepada mereka untuk kembali kepada fitrah asal saya setuju. Tetapi bukan tanggungjawab besar Dato` untuk membela hak golongan ini supaya dapat lebih daripada apa yang mereka ada sekarang ini. Ada ramai MP dalam parlimen yang pro kepada transgender dan LGBT. Let them pursue their agenda. Not you Dato`. This is not your fight. 

Cadangan :

Saya percaya Dato` tidak diberikan input yang jelas berkenaan kes-kes dan situasi yang telah berlaku di luar negara apabila golongan ini menjadi terlampau agresif dan dominant dalam bersuara. Oleh itu saya berharap dapat berjumpa dengan Dato` at your most convenient time untuk saya bentangkan pula pandangan kami wanita-wanita normal yang telah pun didiskriminisasikan daripada hak privasi dan keamanan untuk mengunakan tempat awam seperti tandas wanita .

Kalau Dato` boleh berjumpa dengan Nisha, apa salahnya mendengar pandangan saya pula walaupun saya bukan selebriti.

Cadangan kedua- saya pohon Dato` keluarkan kenyataan sekali lagi berkenaan isu ini tetapi lebih jelas berhubung "public places".

Saya pohon dengan rendah diri Dato` menyatakan bahawa golongan transgender boleh mengunakan public places yang dikhususkan untuk lelaki sahaja. Kalau tandas - guna tandas lelaki. Kalau ruang solat- sila solat di ruang lelaki.

Barulah kami tidak bising. Selagi Dato` tidak memperbaiki kenyataan Dato`, selagi itulah kami wanita normal terpaksa mempertahankan hak kami. Dan Dato` kami tidak ragu-ragu untuk mengunakan proses Mahkamah sekiranya kenyataan Dato` itu telah menyebabkan peningkatan penggunaan oleh golongan transgender di ruang awam untuk wanita .

Terima kasih di atas masa Dato` membaca email ini. Mudahan mendapat perhatian Dato` sewajarnya.

Yang benar,

Nurhidayaty Maidin
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Nur Maidin & Co

OK, sepanjang aku melihat perkembangan Malaysia Baharu ni, semacam ada SOP dalam mereka memainkan isu-isu terkini. Maksudnya, bila timbul satu-satu isu atau sesuatu keputusan dibuat, kemudian dapat kritikan, kecaman dan hentaman daripada rakyat, terus keputusan itu berubah. seolah-olah sengaja untuk melihat bagaimana rakyat malaysia memberi respon selepas mereka memberi DASAR SIKAP TERBUKA.

Apa-apa pun, aku rakyat yang melihat dan menilai. 

Tuesday, August 7, 2018

FILEM PULANG



Review filem PULANG
KHABIR BAKHTIAR tidak pernah mengecewakan. Kali ini satu naskah yang diadaptasi dari kisah benar. Kisah orang yang biasa-biasa, tetapi luar biasa pengkisahannya. Sarat dengan emosi yang mencengkam.
            Kisah dimulakan dengan laungan nenek kepada cucunya. Kemudian berlanjutan kepada flashback filem PULANG. Sangat beremosi. Kisah penantian seorang isteri yang penuh dengan sabar. Walau dalam sabar ada marahnya. Walau dalam marah ada sayangnya. Kisah seorang anak yang menunggu kepulangan abahnya. Setia memegang janji dan terus menanti. Hingga terus membesar bersama janji. Kisah seorang suami yang menanggung rindu anak dan isteri. Tetapi kerana berjanji untuk beri kehidupan yang lebih baik, diteruskan juga kehidupan sebagai kelasi. Jauh dari anak dan isteri. Jauh dari kampong halaman sendiri. Membiarkan diri di lautan sepi. Menyinggah tepian hanya untuk menghantar berita dimana diri.
            Che Tom dan Othman juga anak tunggal mereka Omar. Kerana ini adalah kisah benar, aku sendiri tak mampu menanggung air mata sepanjang filem itu ditayangkan. Sebak, esak dan sangat beremosi. Penderitaan penungguan itu sangat menyesakkan.
            Aku tidak mahu menyentuh permulaan perkenalan Othman dan Che Tom. Biar itu menjadi memori mereka dan kita yang menonton. Othman meninggalkan Che Tom kali pertama ketika jepun datang menjajah tanah Malaya. Kerana kaum lelaki dipaksa untuk bekerja dengan mereka. Che Tom ketika itu tengah sarat mengandung. Dia melahirkan anak ketika suami tidak ada disisi. Tapi masih setia menunggu pulangnya sang suami. Hinggakan nama anak juga masih tidak diberi. Akhirnya, Othman pulang.  
            Degilnya Othman membuatkan Che Tom kehilangan suaminya kali kedua. Demi sesuap nasi untuk keluarga, Othman tegar berada di laut ketika cuaca sangat buruk. Menanti kepulangan suami di tepian membuatkan Che Tom gusar. Di ajak kawan Othman keluar mencari di laut. Akhirnya berjumpa. Othman pulang.
            Demi melihat nasib keluarga berubah. Demi melihat isterinya berhias indah. Othman lagi sekali pergi. Cuba-cuba menjadi kelasi demi nasib anak dan isteri. Dan perginya kali ini tidak pulang kembali.
            Filem ini mengangkat pengorbanan perasaan seorang isteri. Janji seorang suami. Dan kasih seorang anak. Ada satu perkara dalam filem ini yang aku suka dalam banyak-banyak plot. Watak Lum. Seorang sahabat Othman berbangsa Cina. Watak ini sangat memberi kesan kepada aku. Makna seorang sahabat dalam erti kata yang sangat mendalam.
       Lakonan semua pelakon yang sangat baik. Kerana kita tidak sama sekali di paksa untuk mengalirkan air mata! ianya memang semula jadi. Bahasa tubuh dan intonasi mereka berjaya menyentuh hati. Kita sendiri akan dapat merasa beban perasaan yang ditanggung oleh Che Tom, Othman dan Omar. Dan filem ini akan lebih terkesan kepada yang telah berkahwin!  
            Aku bagi 9/10 untuk filem ini. Pergilah menonton. Dan aku berjanji yang menonton pasti akan pulang dengan emosi. Kalau anda melihat dengan mata hati. Impak filem ini sangat luar biasa. Ini bukan fantasi tetapi realiti. 


Thursday, August 2, 2018

HIDAYAH MILIK ALLAH

Hari ni, suka aku nak kongsi tentang hidayah yang ternyata milik Allah dan bukan milik kita. saya kongsi dari facebook cikgu penulisan saya, Cikgu Khairy Tajudin

Seorang guru berkata kepada anak muridnya, "Saya nak kamu tolak batu besar tu."

Murid itu pun mula menolak batu besar tersebut. Selepas sejam, batu besar itu masih tidak bergerak. Dia pun melaporkan hal itu kepada guru.

"Tuan Guru, puas saya tolak batu besar tu. Tapi, sikit pun tak berganjak."

"Tak apa. Teruskan buat sehingga tiga hari."

Murid itu akur dengan arahan gurunya. Dia berusaha sekuat tenaga untuk menolak batu besar tersebut. Selepas tiga hari, dia datang berjumpa gurunya.

"Tuan Guru, saya sudah letih menolak batu besar tu. Sikit pun tak bergerak. Bahkan, tangan saya ni pulak yang naik muscle, badan saya berpeluh dan makin kurus."

"Ha, baguslah tu! Memang itu yang aku nak! Aku suruh kau tolak batu je. Bukan aku suruh bagi batu tu bergerak."

Kisah di atas hanyalah satu tamsilan kepada isi yang akan saya kongsikan di bawah ni.

1. Allah perintah orang Islam untuk buat dakwah tapi Allah tak suruh orang Islam bagi hidayat. Sebab, hidayat itu milik Allah, bukan milik kita. Kita buat sahaja apa yang Allah perintah.

2. Jika orang lain tidak mendapat hidayat, itu bukan urusan kita. Allah telah mengingatkan perkara ini dalam firman-Nya:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ ٨:٥٦
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”. [Al-Qasas/28 : 56]

3. Siapakah orang yang Allah janji dia dapat hidayat? Allah berfirman maksudnya, "Sesiapa yang bermujahadah di jalan-Ku, nescaya akan ditunjukkan (diberi hidayah) jalan-jalan untuk sampai kepada-Ku."

4. Bukan sahaja mendapat hidayah, bahkan orang yang buat dakwah juga akan diperbaiki amalannya dan diampunkan dosanya.

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا (71) }
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar."


5. Jadi, teruskan buat dakwah, teruskan mengajak orang kepada kebaikan, teruskan bercakap perkara-perkara yang haq walaupun tiada siapa yang like atau share.

Sekian.
Sharing is Caring

Wednesday, August 1, 2018

WEREWOLF

HAHA
ni nama game. WEREWOLF. sapa pernah main kita geng! seronok sebenarnya main game ni. tapi nak main kena main ramai. baru seronok. kalau setakat dua tiga orang kurang best. 

Adik-adik aku punya kerja la ni. tu yang terjebak main benda alah ni. werewolf ni game yang kita akan cuba menyembunyikan identiti sendiri dalam masa yang sama cuba menonjolkan identiti orang lain. kita kena cari dan shoot serigala dalam tu. 


rasanya nak kena main dengan anak-anak murid aku la. mesti seronok. haha. tapi tunggu habis exam hujung tahun ni. 

nampak dak dia tulis tu 'THE #1 PARTY GAME FOR UP TO 75 PLAYER'. ha tepuk! 
kalau dapat main sampai 75 orang ni aku rasa mau pengsan nak cari serigala tu. haha. serius game ni sangat sangat sangat seronok. mesti kena cuba. sekali main akan main lagi. 

dalam game ni ada banyak identiti. so tiap orang akan dapat identiti masing-masing. kita kena mempengaruhi orang lain untuk setuju dengan kita. 

tak boleh nak explain lebih-lebih. cuba main sendiri tengok. cari ja kat app store. 

WHY ILHAM NABILA?

Ramai yang bertanya kenapa menggunakan nama blog ilham nabila. sebenarnya pada awal aku nak buat blog ni, banyak jugak nama yang keluar. yang memang dalam senarai list. tapi last sekali ilham nabila. 

Ilham Nabila ni nama jiran rumah aku ja sebenarnya. Sama baya dengan adik aku. masa aku bangunkan blog ni tahun 2007 dia baru tingkatan satu. sekarang dia dah ada anak satu pun. entah kenapa aku tertarik dengan nama dia. sedangkan adik aku yang baya dia pun nama nabila. haha. 

Jadi aku memang tak dak jawapan yang betul-betul jawapan untuk jawab kenapa aku menggunakan nama ILHAM NABILA. Anggaplah ianya takdir... bukan tak pernah tukar, cuba dah. tapi tak menjadi. Blog aku hilang dari radar lagi adalah. 

Jadi landmark "ILHAM-Pencetus Tranformasi Minda tu" aku anggap ilham dari nama dia. sebenarnya dia tak tau pun aku ada blog. aku guna nama dia. haha. motif sangat! Ilham. aku suka menulis, aku suka membaca, aku suka kongsi. So semua tu ILHAM. Ilham sebenarnya datang dari Allah jua. 


sumber gambar:google