ceritaku

Sunday, November 21, 2010

Coret-coret kenANGAN….







gambar-gambar di atas hanya sekadar hiasan...

Kisah 1 : BANJIR
Al-kisah….pada 1 Nov 2010 kedah dilanda bencana alam iaitu BANJIR.. kerajaan negeri hamir lumpuh di sebabkan bencana alam ini. Apa2 pun, ini semua ujian dari Allah untuk orang-orang yang beriman dan bala juga peringatan bagi orang yang kufur dengan nikmat Allah.. oleh yang demikian….huhuhuhu, bermula 4 Nov 2010 KUIN mengishtiharkan cuti semester lebih awal dan final exam DITANGGUHKAN!! Jeng,jeng,jeng…. (T_T) cuti mcm tak cuti sebb kepala kena fikir pasal EXAM!!

Kisah 2 : LARI
Disebabkan keadaan di kedah darurat, maka bekalan air terpaksa diputuskan untuk menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti LITAR PINTAS! Huh..kalau elektrik tak dk tak pe jgk…ni air..nak g tandas pun, pahm2 sendiri la.. nak mandi? Dlam mimpi la…. Hari first air tk dk, bukk paip je air kuar mcm ekor tikus… (rasanya ekor tikus besar g..hua3) JADI….ktowg adik beradik LARI balik bukit beruntung… atas dua factor, pertama: keselamatan sebb kawasan umh ak di jangka naik air. Kedua : air tk dk..agak sush untuk meneruskan rutin harian dgn kehadiran si kecil tiga tahun tuh.. maka, setelah bermusyawarah dgn ayahanda dan bonda di mekah jga dgn driver ktowg iaitu angah. Pada khamis mlm bersamaan 4 Nov tuh selepas mahgrib, ktowg bertolak ke Selangor.. dlm perjlnn tu, alang di tugaskan untuk inform ‘kehilangan’ ktowg pada sanak saudara yg lain.. huhuhuhu…

Kisah 3 : GABRA
Ktowg smpai bukit beruntung pkul 3.30 lebih kurang minta halal la… perkara pertama mesti la dowg berebut bilik air. Hah! Tetiba, pujah jerit AIR TAK DAK!! Adus…dh la lari dari banjir nak cari air, dh smpai sni air plk tak dk… panic n gabra jugk.. alih2 ak g kat luar umah tgok kat paip utama, rupa2nya… TUTUP!! Hai… nasib baik…. Maka air pun mencurah2 masuk melalui saluran yang betul dn kuar apabila dibuka kepalanya untuk diguna…kihkihkih…agak poyo ak kali nih!

Kisah 4 : JALAN-JALAN
Hari ahad 7 Nov, dua org adik ak akan balik. Sowg utara (kedah) sowg g selatan (johor) ak n yg lain2 akan still kat bukit beruntung sampai umi dgn ayah balik mekah… so, pada hari sabtu jam 2.30…ak dn adik ak kuar untuk melunaskan hasrat hati iaitu jln2 n makn angin…hihihihi… ktowg nek teksi g bukit jalil bli tiket bas balik johor.. then, amik LRT nak g KLCC…sampai sana ktowang ngadap pizza dulu…kenyang..tpi, masa tgh taip ni rasa lapar la plk…adoi! Pastu g Kinakoniya beli novel…huhuhuhu… lagi, nek LRT g KL Central.. singgah McD kejap… amik teksi g Hentian duta beli tiket blik kedah.. pastuh, nek KOmuter sampai rawang..amik teksi balik bkt beruntung…. Penat tapi best…

Kisah 5 : RAYA HAJI
Ni adalah suatu kisah mengenai PENGORBANAN…hahahaha mesti adik ak ckp POYO ar akak.. kan,kan,kan? Haaa…tengok, dia senyum. Siap la nnti. Raya kali ni tanpa umi n ayah..sedih gak la… tapi nilah yg perlu ktowg lalui… nasib baik la jiran depan umah baik hati menghulurkan sepotong dua lemang dan sedikit rendang aym buat habuan tak kempunan…hahahah.. tghari tu ktowg wat koteaw sup daging.. nasi impit.. ap lag ntah…haaa…beli jgk la kerepek sikit.. habis semua sekali.. hantu raya ke dlm rumah ni?? Tolong jawab ckit.. hai,.. nasib betul. Ap yg korbannya.. korban nak makan sedap2 time raya, korban nak pakai baju elok2 ckit (sebb ktowg lari tak bwak bayk baju n tak plan nk still lama kat sini..) korban nak rasa makan dging korban…haaa… tak nama pengorbanan tu? huhuhu.. pengalaman sebenarnya ni..

Kisah 6 : TAK JADI MARAH
Actually, ak dh boring stay sini… nak BALIK!!!!! Yelah, nak kuar.. mals la ckit nk drive.. dgn sekeliling pun masih lagi mcm bayi baru kuar dri perut ibu dia.. belum mengenali dunia lagi… huhuhu.. so, sj nk citer kat sni.. ak ni bukn jenis reti marah sgt pun.. nk serius..lagi2 la.. pujah dgn iman mandi… so, phm2 la budk2 kalau mandi… lama satu hal, men air satu hal…bley g picit habis syampu ak konon2 nak basuh kain….amboi2..sedap bau. Satu umah bau syampu. Kuang asam tol. Tak pelah…benda dh jadikan… tghri tu ak nak g amik air sembahyang, elok je nk jejak lantai tandas tu tngok2 berTAKUNG!! Hah! Suhu darjah panas ak tetiba NAIK. Kuar bilik, dowang tgh sedap2 ngadap KARTUN. Ak pun, ehem2 dgn lantangnya menjerit “Pujah! Iman! Masuk bilik air, g buang benda2 yang dh tersumbat kat dlm tu CEPAT!!” terkedek2 dua owg tu masuk bilik air sambil mulut tak berenti menyumpah ak. Yg len gelak sakan tengok ak marah dowang.. dengan muka sedihnya, dan dgn rasa gelinya dowang TERPAKSA buang benda2 yg tersumbat tuh! Imn plk siap basuh tgn dulu. Tapi tetap tak mau mencemar duli kutip sampah tu. ak ap lagi, “Tak mau kutip akak kunci pintu bilik air. Tidow dlm bilik air ni..” meraung2.. hahahaha… yg kat luar lg2 la gelak.. bukn senang nk tgok dua2 owg budk kecik ni kena marah dgn ak! Dh hbis kutip, dowg pun kuar la… smbil tu iman mulut menyumpah ak la.. “owg nak tgok kartun ni. Tgok, habis dh.. ni akak punya pasal la ni,” ak nak marah lagi tak jd… tapi still nak cover senyum yg hampir nak gelak tu. konon nak MARAH, TAPI….. terus tergelak… dowh yg lagi2 gelak td… tambah2 la gelak.. hai….. ap la yg ak merapu kat sini nih….

Kisah 7 : AKHIRNYA…
Hujung minggu ni umi dn ayah balik.. dowang maybe still lgi seminggu sebb ayah ada sidang parlimen. Ak, ateh n adah terpaksa balik sebb MEDAN EXAM sedang menanti untuk melihat skill ktowg bertarung.. so, rajin2kan diri la ye… (ckp kat diri sendiri la…) akhir kata dari ak yg dh merapu sebb dh lama tak merapu.. ni pun adk ak dh tegur… update la blog tu…dh bersawang dah.. huhuhuhu…
Sekian…wasalm…. November bakal berakhir…

Friday, October 15, 2010

blogku yang dah bersawang...

Salam pencetus revolusi pemangkin keamanan…

Dah lama sangat tak update blog nih! Sampai adik ak tnya, akak tak update blog? Jawapan ak, M.A.L.A.S… yup.. sejak dua menjak nie, memang malas sgt nk update blog. Nak kata bnyk keje, tak jgk. Nak kata tak on9…bley ckp ari2 ak on.. so, knp ye??

Tinggal kejap persoalan di atas… raya dah lepas. Bukn sehari dua, tapi dah sebulan…huhuhu… lama sunggub ak biarkn blog ak nih berswang.. bukn senang nk jd betol2 blogger..yg anytime je update blog. Ok…. Raya taun nie mcm biasa..tak dk yg menarik sgt pun.. Cuma sibuk ckit.. raya pertama, kedua memanjng je owg kat umh.. raya ke-3 kitowg cabut balik kampong umi…kih,kih,kih.. raya ke 4 tak silap..ingt2 lupa, ak n along g KL..antar k.min. sambung study dia kat mesir.. mlm bertolak, sampai pkul 4 sebb ada kemalangn masa otw tu.. Cik jah (kawan ktowg) dh tunggu.. g IQKL dulu..mndi2..kuar singgal subuh kat Dengkil tak silap…terus KLIA..pkul 7 ktowg dah terpacak kat KLIA.. teman k.min urus segalanya.. around 9.30 balik IQKL… 6 petg bus bertolk balik a.setar… 12 tghmlm sampai.. letih gak la… sebb masa balik kerusi keras…huuuaaaa..

Raya2 jgk…kelas dah mula. Ehm.. berjln dgn baik.. biasa la exm dh dekat.. kena pulun banyak. Bukn sikit. Sem ni, tak taw nak ckp.. tapi stdy, so far so good. Untuk kawan2 ak yg memang tgh study, luar mahupun dlm ngara.. selamat menjlnkn tanggungjwb anda sebgai seorg pelajar. Be the best!

Yeah…bru teringat. PESTA KONVO KEMBALI…!! Tapi kali ni pentadbiran y urus. Dengan berpaksikan tema “TERBANG TINGGI”..mka, tentera udara akan membuat persembahan dowag di udara…hua2.. ada, carnival IKIM. Jemputan artis nasyid. N sebagainya…tak dpt info lanjut. Jubah konvo ada sedikit perubhan…studnt DIP terpaksa memakai jubah konvo INSANIAH yg berwarna hijau sebb jubah yg sedia ada tidk mencukupi… so, terpaksa la dowg membebel tanpa paksaan. Kih, kih,kih…

Owh…ya…ada lagi. (tu la..lama sgt tak update…) pilihan raya kampus baru je lepas… suram je ak rasa… tak meriah. Kalau just tampal poster je, tak jd gak..ak sendiri tak kenal MPM lepas… dh naik yg baru.. Cuma barisan MT kali ni ak kenal la jugak… tahniah pada semua yg Berjaya memegang tapuk pimpinan kali ni. Wat keje dengan baik. Kekadg kita tak sedar diri kita di perhatikan. Dan perlakuan kita di lihat sama ada setara dengan apa yg kita ucapkan.. susah tu.. ap2 pun..yg bertanding dan Berjaya bukn sebb kurang persaingan…tapi sebb tak dk pilihan…so, terpaksa la undi yg ada…betul ke gtu???? Mcm pelik je bunyi.. apa2 pun.. paling penting, studnt KUIN makin ramai…maka makin berat la tugas kalian. Selamat menjalankan tugas!

Ak pun tak sabar nak letak jugak…title yg ada tak sanggup dh nk tanggung.. cepat sikit kawan2 ku sekelian…bila time kita plk nih! Jahatnya…kui3..

By the way….my mom n my dad skrg kat mekah… sdg mengerjakan ibadat Hj..moga dowag mendpar hj mabrur dn d terima allah.. selamat pergi dn selamat balik..ktowg adik-beradik sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayah dn umi.. jgn risau ktowg kat umh ni. First, tak kebulur punya.. makan sentiasa ada…tak pernah tak cukup…keselamtan jgn risau jgk…jiran2 sekeliling sentiasa take care ktowg… iman ok2 ja… Cuma dia tak mau kuar umah g.. dia ckp “kalau iman kuar, umi balik tgok iman tak dak..haa..macamana?” alahai iman.. huhuhuhu… dlam 26/11 ktowg akan g KL…stay bukit beruntung seminggu dua kalau tahan… kalau tak 3 4 ari je…hihihihi… umi n ayah jangka sampai 27 aribuln 11…

Akhir…doakan kejayaan ak..dunia akhrat.. nak exam nih. Yaa… untuk alang yg nk amik stam tu, cahiyop2!! Buktikan alang boleh. Tunjukkn yg alang buk mcm dulu lagi. Adik ak yg ni dulu brutal ckit…dh masuk KIDU jd baik ckit…bukn dia tak baik sbelum ni, tp ikut kawan… ehmm… maan najah fil imtihan pada semua yang bergelar pelajar.

Ok…see next post insya allah….

Thursday, September 9, 2010

Long time not see….

Haaa….salam alaik.
Dah nak abis puasa..baru nk update blog..
Buln yg penuh dgn barakah..
Sempat khatam dua kali..
Dapat kekuatan untuk qiam..
Dapt hadir kelas dgn baik..i think so..
Dpt buat tarawih walaupun selang2..
Sempat baca dua novel baru..(bumi cinta-habibirrahman n sinergi-hilal ashraf)
Dapt tido..ahaks!
Dapt jumpa mentor2 ak..yg bercuti (Jordan n mesir)
Dapt bukk puasa dgn adik ak (banyk kali..)
Sempat antar adik g shahab..sempat wat kek untuk dia..
Dh wat kuih raya..ketupat siap..rendng siap..serunding siap..(bukn ak wat..)
Ayh tak jd g afrika..bagus2
Tak tw la raya taun ni mcmana…
Ok, see next time..
seLamAt HaRi rAyA..MaaF zAhIr BaTiN..

Saturday, August 14, 2010

Update..

Salam ramadhan kareeem…

Dah masuk ari ke-4 kita puasa. Kenapa rasa cepat plak?? Masih tak puas dengan 4 ari ni.. dan dh lama jgk ak tak update blog nih. Bukan tak de bahan nk post. Tapi sejak dua menjak nih, lepas satu peistiwa yang agak menyedihkan berlaku, ak jdi malas nk updte blog. Nk wat something kat fb atau dlm erti kata yg lain, dh malas nak on9. Kalau on9 pun just bc blog owg…jln2..tgok dunia tanpa sempadan yg entah pape jer nih.

Apa2 pun, ak cter ckit dua tiga benda. first, ayh ak sekarang di Gaza. Ziarah saudara kita kat sana. Mybe 18 aribulan ni baru sampai balik… selasa ni ak g kl dgn umi..sampai jumaat kot. Tadarus kuliah, ahad ni baru mula. Raya ni kalau tak ada aral, ayah ak ke afrika selatan. Awal puasa tnpa ayah, awal raya pun tanpa ayah. Tp ktowg adik bradik dh mangli dah.. dh biasa dgn ketiadaan ayah.. dr ak kecik lagi..

Tu je kot..

Tuesday, July 20, 2010

HATI

Satu hati. Tapi pelbagai perasaan. Sedih, gembira, berduka, ceria, tawa, marah, dengki, ego, tamak, sombong, sayu, pedih, terkilan, bangga, seronok, dan seribu satu lagi perasaan yang kadang2 kita tak mampu untuk mengungkapkan dengan kata-kata. Tapi, hati yang satu itulah yang merasa segalanya. Dan, hati yang satu inilah yang menggerakkan naluri untuk melakukan sesuatu.

So, the point is macamana nak jadi BAIK. Serious ckp, ak masih merasa kekosongan. Macm jigsaw puzzle yang masih lagi tercari2 missing pieces.. dan ak masih lagi tercari…dan sedang mencari…dan akan terus mencari… selama-lamanya..

Tak salah untuk ubah one thing at one time. Something is better than nothing. Dan tak ada banda yang mustahil kalau Allah izinkn. Muhasabah dan istiqamah adalah yang paling penting to change life.. kalau kita tak muhasabah, kita tak dpat menilai diri kita dan kalau kita tak istiqamah, tak mustahil untuk kita tergelincir lagi sekali.

So, back to the point. Mcmnana nk jadi baik. Baik yang mcmnana? Ok, definisi baik tu nak yang mcmnana? Beriman kepada Allah, tu ‘baik’. Mcmana tu? buat yang di suruh, tinggal yang di larang. Seorang perempuan pakai tudung, tapi tak sembahyang. Tak baik juga. Tak pakai tudung, tapi sembahyang, tak baik juga. Baca quran hari2 tapi tetap wat yang dilarang, tak baik juga. That’s why Allah said in holly Quran, surah al-baqarah ayat 208 “ masuklah kamu kedalam islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana ia adalah musuh yang nyata”. Jelas. Maknanya tak bley la nk practice islam tu secara juz’ie. Mna yg rasa kita nk buat, kita buat. Mna yg rasa tk mau buat, kita redah tinggal je. Tak jd la gtu..slgi tk embrace islam tu penuh, tk ckup baik lg la tu…

Bukan senang nk berubah. Bukn senang nk tinggal vcd citer2 blockbuster. Bukan senang nak tinggal citer2 lagho kat tv. Bukan senang nak maintain diri agar tk buat benda yg sia2 bila dgn internet. Bukn senang nak delete lagu2 rokc kapak zamn taun 90-an. Lagu2 jiwang karat taun 80-an. Bukn senang nak tinggal semua tu. bukan senang nak ubah novel kepada buku2 yg lebih ilmiah. Bukan senang…. Bukan mudah sesenang lafaz. Dalam kena jaga dulu.. baru luaran terpancar dengan sendiri. Hubungan dengan allah kena jaga..baru allah jaga hubungan kita dengan manusia. Ni, sembahyang pun masih lagi terkapai2.

Ak ingt lagi masa kelas dengan prof Azharuddin baru2 nih. Dia sentuh 3 perkara yg membuatkan ak merasa masih banyk lagi yg ak kena bljar. Yg pertama tentg al-fatihah. Dia tnya satu soalan yg membuatkn klas membisu seribu kata. Biasa kita bukk majlis ilmu dgn alfatihah. Dia tnya, apa yang kamu rasa dalm hati apabila kamu membaca al-fatihah???? Dia labelkan ktowg sebgai tidak BERADAB ketika bca al-fatihah. Ak akui. Perkara yg kedua dia tnya ap niat kita sebnrnya dtg bljar di sini?? Mcm2 jawapn kuar. Mudh bagi Prof, “taqarruban ilallah….” Jelas. Ap yg kita semua lakukan adalah untuk mendekatkan diri kita dgn pencipta kita. dan perkara yg terakhir. Sekarang ini, masih lagikah solat kita menjadi perkara wajib??? Jawpn Prof, tidk lagi. Sebagai seorg hamba, apbila kita solat, dengan sndrinya kita telah berikrar untuk melakukan apa saja yg di kehendaki oleh pencipta kita iaitu Allah. Sedangkn pada bacaan dlm sembahyg, sesungguh solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk allah tuhan semesta alam. Tiada sekutu baginya maka kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang islam. Tapi, berapa ramai je org yg sbnrnya fhm mksud bcaan ddlm solt. Dn enth berp ramai yg menghytinya? Berpa ramai yg beramal? Yg beramal tu plk, brpa ramai yg ikhlas?? Bukn mudah.

Allah tengok pada usaha bukn natijah.

So, its never too late to start selagi kita blom mti, though. Allah tidak kejam pada hambanya…

Thursday, July 15, 2010

setengh julai dh berlalu

Salam pembuka bicara kasih,
Menyantun budi menyatu hati,
Ucapan jutaan terima kasih,
Pada semua yang sudi membaca entri ini!
Ahaks!

Akhirnya……pada hari yg ke 15 hari di dalm buln Julai, bersamaaan hari akhamis maka lahirlah n3 baru dlm blog ak yg enth pape nih…. Let’ to talk.

Semester baru dh bermula… ak masih lagi terawang2 dlm nk dftr kursus… knp? Biar la rahsia~~~~ tutup. Ak just citer benda ni kat adik ak jer..

Ok, seperti yg di rncng…. Pada 8-10 julai 2010…kem teratak ilmu berjalan dgn jayanya.. Alhamdulillah… us.malik pun senyum jew. Hahaha.. seramai berapa org ntah yg terlibat ak pun tak tau maa… keje ak tiap ari dari pokok sena ke alor setar..alor setar, pokok sena… balik pastu tuh terus demm…. Thanks pada senior2 yg telibt. Jasa anda tidk mmpu kami semua balas…. Pada semua jawatnkuasa perlaksana… tahniah! Ikat la hati junior2 anda sekuat mungkin… bak kata us.malik…pegang jangan bagi lepas.. pada us malik…terima kasih banyak2 sebb sudi meluangkan masa turun bersama.. k.wahyu dan zuhair juga…yg sentiasa di blkang us memberi sepenuh sokongan.. tp hari majlis penuntup tu ak tertidor kat bilik.. sowi sume….

Ahad, petang tu lepas ak habs test b.arab.. raptai untuk majlis khatm.. memang penat..tapi gagah juga. Ak masa tuh memang tak lart sgt dh… lepas tgok sume… ok. Malm dlm pkul 11 ak sampai umah… isk, apa punya anak dra balik lewt2 malm nih!

Sok tuh, majlis khatam… fuh! Macm2 serba tak jadik! Dri awal mjlis sampai akhir majlis… tak tau knp.. tapi…ehm… kita balik pada Allah.. dia dah tentukn semuanya.. apa2 pun tahniah pada semua krew.. masing2 letih.. habis satu, satu… majlis dlm pukul 12 habis.. sekali dgn mkn.. pastu ktowg ada post motrm ckit… ak cuba wat yg terbaik…tapi, tak jadi jgk… biar la… owg nk ckp apa pun.. ak letih…mcm tak dk langsung ruang untuk ak bernafas.. dlm minggu nih je rasa mcm nak lepaskan tekanan perasaan jew…

Hbis mjlis, ptg tu jumpa adk ak kjap… tak pernh rasa lama pun… knp ntah….. n hari2 seterusnya berlalu mcm tu je… msuk kelas. Jumpa us, jumpa dekan, pegi hea, singgah hep… termenung dlm kelas.. berakhir dgn jumpa adk ak g….huhuhuhu..suka3. ;)

Last sekali…. Ak KUAT. Hahahaha…

p/s: untuk adk ak, always be urself and take good care of ur self… lalalala~~~~

Wednesday, June 30, 2010

Mengapa Yahudi Bijak??

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano serta membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah tabiat terpencil, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah syarikat YAHUDI……)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $USD 1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang dungu dan sudah tentu genetik bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu terpencil dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi dungu, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri...

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai, Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Tuesday, June 22, 2010

La Tahzan

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Alla
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!


Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

~WaLiMatUL uRus~



Sekalung tahNiaH dan SElaMaT PeNgAnTin bArU buat K.sukala dan pasangannya Badrul (gambar atas) yg selamat di ijabkabulkan pada sabtu lalu. Sepanjang cuti niH! Ramai gak kawan2 ak yg dah selamat… Alhamdulillah… TAHNIAH buat dowang :

Wan Norizawan Syafiq dan pasangan –Sek Ren Islam ABIM alor setar

Nurul Sakinah bt Abdul Razak dan pasangan – Sek Men Agama Nadhah Hasanah Kodiang

Ahmad Husaini dan pasangan – Sek Men Agama Islam Pendang

Sukala bt Abu Bakar dan pasangan
Nurul Anisa bt Shafie dan pasangan - kolej universiti insaniah
Nur Mayamin dan pasangan

SELAMAT PENGANTIN BARU~moga kekal hingga ke akhir hayat…

Friday, June 18, 2010

Selamat sampai



Alhamdulillah…semalam jam 8.45 mlm ak selamat sampai di alor setar. Sepanjang perjalanan yg agak memBORINGkan tuh! Dua kali gak berenti. Yg pertama berenti kat mana ntah. N yg kedua berenti kat gurun. Kat gurun ktowg berempat je. Kete ayah terus balik umah.. kitowg berenti sembahyang n makan sekali.

Okeh…selasa lepas sempat lg ak g NILAI 3. Umi beli kain nak wat baju… ahaks! Ingatkan tak mau dh beli kain sebb dah ada dua helai yg tak di gunting lg. tapi umi suh beli gak….ak pun….ehem pham2 jelah ye.. balik dari NIlai terus g Bangsar. Ayah da kena bagi kuliah maghrib mingguan kat ctu.. sampai umah around 10.00 p.m kot. anyway…percutian yg~~~ entah. Mcm tkar umah je. Sebb wat rutin harian yg biasa wat kat umah.. ap2 pun, thanks my dad. Sian dia…mybe sebb dia dok sowg kat KL…so, dia nk gak sesekali family dia stay sana..hahaha…

Haa…citer ckit. Sblum g Nilai hari selasa tuh! (tak semua yg pegi…yg tinggl umh sebb nk tgok tv!) ayah singgah parlimen kejap amik attndnt dia. Cis! Macm sek je…hahahaha… tak kisah la.tapikan…memang mcm sek la…sebb majority yg masuk dlm dewan parlimen, (ni trand sekarang nih!) galas beg sek! Bezanya mahal atau murah. N design beg tuh. Ayh pun cakap, majority ahli parlimen galas beg macm tuh sekarag.. ak ckp, biasa la..lect insaniah pun wat macm tu jgk…hahahaha.. (Ops….jgn lajak n kuar tajuk). Gini…masa tgh tunggu ayah dlm kete…ak sempat gak la merakam (dlm kepala ak je la..) pelbagai ragam manusia yg masuk dewan rakyat tu dari jauh. Sekadar tgok2 je… macm2 kete berenti depan dewan tu menurunkn si penumpang yg entah pape je aku tgok… huhuhuhu…al-kisah, saja je nak cakp, tetiba berenti kete Camry (bukan zamry erk! Ahaks. Hahahah) terus teringat perak..macm Camry n perak tak dapat di pisahkan plk..hahahaha… ak saja je ckp “waaahhhh…Camry tu..” saja je..tak dk niat nak ta’jub ke, terpesona ke, tercetus kekaguman ke…dan lain2 perasaan seumpanya.. terus ateh ckap, Eleh…apahal nak belagak dgn Camry tu! kat mekah kete tu wat teksi jew…dah tu banyak plk tersadai tepi jln. Kemek sana, lekang sini..pintu pun terkehel je tgok..berabuk dgn pasir.. (dah mekah kawasan macm tuh..)kalau innova pun bley wat teksi kat sana, apatah lagi camry… seblah mata je owg pandang…hahahahaha amik ko! Sekali kena daaaa….

Tulah realitinya… first sampai kota mekah…memang ta’jub la tgok… bukn tgok Camry tu jdi teksi, tapi tgok tersadai macm tu je tepi jln.. srupa negara kita, kete mazda yg dah tak bley jln. Yg enjinnya dah mati. Yang jlnnya sudah semetinya tersemput2 nanti.. mcm kete wolksgn yg bumpernya senget sebelah. (tapi kalau wlksgn tu di make-up, comfrm mahal la…tapi mau berpuluh ribu habis)yg tayarnya kempis dah…haaa…mcm tu la kat Mekah. Permandngan yg biasa bg org arab…

So, the calculation is…tak payah la nak belagak dgn kete kita… mahal ke, murah ke… tak bermakna di sisi allah ta’ala.. miskin ke, kaya ke…kalau tak beriman..sia2 juga kita… ada jawtan ke tak dk jawtan ke… hanya yg bertaqwa sj d cc allah ta’ala… ap yg kita ada…tu lah pemberian allah pada kita.. bersykur, jln yang terbaik bg kita. bila2 masa je allah boley tarik apa yg kta ada…so, jgn la bermgah di hadapan allah ta’ala… (huhuhu..dh ter’tazkirah’ plk ak…)

Apa2 pun… ak nk ucpkan selamat bercuti buat kekanda2ku yg merantau ke jordan, Syria, mesir dan negara2 yg lain… ada rezeki kita jumpa, insya allah… ak stop sini dulu.. daaa…..

Tuesday, June 15, 2010

what's up? huhuhu...

Salam KETEMU lagi..(adoi! KETEMU ni singkatan program kuliah ak nnti ni! Whatever la ~~~)huhuhu.. kelmarin tak larat nak update blog.. sume ada.. sakit kpla, badan tak chat..mcm nk demm pun ada… so, tak update la blog aku yg entah pape je nih! Huh, akhirnya…masih lagi di beri kesemptan untuk meng’update’kan BLOG nih! Kan senang kalau ak ckp ada org tolong taipkan…MALASNYA~~~

Well,well,well…. Ahaks! Kelmarin ak g berkelah di SERENDAH. Kena masuk perkampungan orang asli. Perkampungan tu, projek Barisan Nasional….jelas dengan singbord yang besar.. tapi, yg bestnya…ak masuk perkampungan tu, tinggi je bendera keADILan dalam kampong tu. bukan satu taw.. bley tahan la.. ahaks! Ok, tinggalkan pasal ni. Bukn nak citer sgt pown..

Ehem..seperti yg ak gtw dalm n3 lepas..cadangnya tuh nak tolak pukul 10… 10.45 baru ktowg bertolak… dari Bukit Beruntung dalam setengah jam je nak sampai SERENDAH tuh! Tak la jauh sgt pun.. sampai je sana…ak bayangkan tak la ramai orang.. sekali pandang..peerrrghhh!!! padatnya. Nak duduk kat mana nih!? Akhirnya…dgn bantuan mata ayahku yang rabun tuh, dapat gak satu port untuk duduk-dudk bersantai menghirup udara yg dah tercemar dgn asap-asap dari pembakar-pembakar sekitar Taman Reakrasi Air Terjun SERENDAH…huhuhu.. banyak jugak khemah-khemah kecil di bangunkan oleh buruh-buruh yang telah mahir membangunkan khemah2 tersebut.. berbagai warna dan bentuk…dah mcm tempat camp la plk…adoi!tak kisah la..janji dowg sume bahagia…

Berbalik pada ktowg..selalu terbabas dlm bercerita..hahahaha…amik port bawah pokok..redup dan teduh je… brg2 nak makan dh bawak turun. Bagus2…ayah ak mempunyai tenaga kerja yg cukup serta kaki tangan yg cekap bekerja mengangkut barang2 tersebut..aku???huh! apa lagi…lenggang kangkung la…lenggang2 kangkung~~~kangkung di tepi paya~~~~ahaks!

“jom turun mandi!!! Sapa nak ikut??” habis…hahahah..oh, lupa….ini laungan semangat ayahku. Dia ingat anak2 dia kecik2 lg mcm dulu ke?? Ahaks! Hahahaha….maka..yg menyahut pun…yg kecik la… iman n pujah…turun la ayahku bersama dua org anaknya yg masih kecil itu…kua3(skema punya ayat…ahaks!)n yg lain turut serta mengikut jejak langkah gagah ayahku yg tak berapa macho tuh! Kih,kih,kih…ayahanda…jgn marah ya…anakanda ckp2 pasal ayahanda….huhuhuhu..so, tinggalka kaum hawa (cis! Rasanya kaum adam dua org jew..ayah n angah…hahahah) yg ayu lg sopan kat atas nih membuat bara api untuk membakar dua jenih binatang yg halal untuk d MAKAN…ahaks! Ayam dan itik. Ops! Ikan daaa….kalau itik dh lama kuar balik…tak lalu nk makan…(sian itik tuh..)

Oh…letihnya..kan terbabas lagi.. suka meleret-leret nak citer. Ingat wat NOVEL ke??? Ok, setelah bara api siap…maka, acara memanggang pun bermula..ooo…dlm sibuk2 ktowg satu family tu..tetiba muncul (ni pelakon tambahan…ahaks!)satu famly dimana yg ketua keluarga tu cukup ak kenali dan dua beranak lagi masih terlalu baru dlm kamus hidupku…. Ehem…pakcik ku bersama bini barunya(aha…khawin tanpa restu…) dan anak angkat bini BARU dia… tak mau citer pasal dowg..(sebb ak tak amik peduli sgt pasal dowg..bukan sombong, Cuma..yelah teringat makcik ak yg sedang menDERITA pasal pakcik ak kwin len…..) ak tak tolak poligami…sebb ni ada dlm al-Quran…boleh rujuk surah yg tak asing lg pasal poliGAMI.. (An-NUr…)tapi…suami kena ada ilmu dlm berpoligami… dan is3 pun mcm tu jgak.. Full Stop (citer dowg potong stim ak nk citer la….)

Ok….dh puas mandi…(bukan ak tw…) perut pun berbunyi… ahaks! Biasa la tu.. maka, hidangan yg membuka selera…nasi putih panas2+ikan bakar+ayam bakar+ulam2an(ni la org melayu asli…ahaks!)+sambal sabah(pergghhhh!!kecur air liur…sedap tuh..!)+(ada lagi….)gulai kepala ikan..ahaks! (waaaaa…..laparny….sapa suh citer…dah terbyg balik dh…adoi!) memang cmfrm bertambah cubby ak sepanjang cuti kat cni…(wooo…sedihnya…) well…mkn la ktowg anak beranak dgn berselera sekali… dah habis makan…turun plk geng2 yg mandi td..amboi! senang bangat sih! Makan kenyang, tinggal kat owg yg hidang. Kuang asam tol! Cis! (sabar2..nak pahala punya pasal…ahaks!huhuhuhu…)

Ktowg siap2 nak balik sekitar pukul 2 lebih kot.. rasanya la…sampai umah, sume terlentang.. KEPENATAN……ak?? Penat gak…tapi sampai umah dpt arahan baru dari BOs daaa…suh kuar g cri pndrve… sebb malamnya dia da ceramah di IPOH.. (yg g teman ateh n umi…) ak tak larat nk ikut…best g dok umah… so, kuar la ak mencri barang yg di kedai… round sekitar kawasn aprtmnt..tak dk satu kedai pun yg jual pndrve.. ehem.. balik, ayg suh kuar g sekali lg. tp terus Bandar(hahahaha…bandar…. Ada ke patt bila ak citer kt adik ak nk kuar pekan dia ckp, pekan ke Bandar??? Siap la dia ti..) hahahaha(ketawa jahat. Ahaks!)

Sampai je Bandar…asal pelik je… banyak kedai tutup…sampai kedai yg ak nk g tu pun tutup. Dowg nk bankrap cepat ke hah? Apa pun jumpa la pndrve. Tapi 4G=RM40 (Mahal siot! Bila citer adik ak, dia ckp…standard la kak…. Ni KL bukan kdh. Amik ko..sekali kena daaa….ahaks!huhuhuh) ehm…sampai umah, ak citer umi, knp banyak kedai tutup ari ni….pelik la.. sekali umi ckap. “ari ni ari ahad. Cni Selangor. Bukan kedah (adoi! Kena lagi…hahahaha) patt pun ttp………. Habis citer kelmarin…(malam biasa la…depan tv atau pun depan laptop…) ayah, umi n ateh balik dlm pukul 2 pg kot….entah la…

Senin punya ari tak dk yg menarik.. lepak2 umah…petg, kuar g SHOPPING barg2 kering dgn ayah, umi n angah…(y glen malas nak ikut…termasuk iman. Dia lebih suka tinggal umah…)sblum balik singgah pasar malam.. aha…. Best. Sebb perut lapar… malm lpas maghrb kuar g. beli kerusi plastik+air tiub… kali ni iman ikut.. suka dia dpt jln mlm…sian…ahaks!

Anyway…hari2 yg mendtg nnti ak citer lg.. haaaaaaaa…terlupa. Hari ni(pg td laaa…) ada metg dgn DEkan kuliah pasal majlis sah khtam…tambah lg satu MASALAH… dekan suh cri sponsor untuk cukup bajet RM 5000..sebelum ni bajet tak pernah lebih RM3000.. apa kes????? Bengang gak la… tension pun ad…. Tp reda balik bila adik ak masj (jgn pikr sesuatu maslh tu terlalu brt…ia akan jd makin bert..tp pkir ia mudah..insya Allah..allah akan permudhkan seglanya…) msj ni wat ak tarik nafas…bg tenang ati… n cuba ringankan kpla yg berat td…n ak senyum..(thanks a lot dik.) macm nak nangis jer….ahaks!

Wo,wo,wo…what’s up, what’s up… ak berenti cni dulu… chow! Huhuhuhu…

Saturday, June 12, 2010

Nenong~~~nenong~~singgah sebentar…



Owh..well..seperti yang dijanjikan..(ada janji ker??) ak nak tulis ckit jurnal perjalanan ari nie yg agak memBORINGkan!!

9.30 pg: ak baru nk pack baju masuk beg. Ahaks! Nasib bek ayah ak g servis kete. Kalau tak mati kena syarahan free pg td..huhuhu..

11.00 pg: baru tolak dri umah… (tgok la wajah-wajah ceria yg nak bertolak tuh! Pantang Nampak juru camare…huhuhu) asalnya nk tolak pukul 10. Tapi…ehem..biasa la kan…….janji MELAYU!

Sepanjang perjalanan…hah! Sedih sowg g tak dpt ikut. Alang tak cuti. Kalau dia ikut best ckt. Riuh la kete. Ni ke tadi…masing2 layan perasaan.. ak layan Hand ak la.. (handset daaa….) yg belakang terus tidow. Yg driver..pun layan jalan dia.. ahaks! Masing2 bisu. Adoi! Perut ak masa tuh..bunyi macm2 lagu dh..sume ada. Nak lagu apa…huhuhu..

1.45 ptg: sampai di tapah.. park kete. Ak terus turun…cri sandwsh, air milo n jangung.. n MAKANG! Tgh tunggu ayah ak punya kete..tetiba mata ni tertanggakap satu pasgn… adoi! Ustaz Fikri n k.shidah.. huhuhu..nak balik Selangor dh la tuh!

2.30 ptg: kuar dari tapah menuju ke DESTINASI~~~ ooo~~..huhuhu..BUKIT BERUNTUNG. (ada untung ke?? Huhuhuhu..entah la..)

3.30 ptg: sampai di bukit beruntung..angkat barang.. terus rehat..n mata pun terpejam… letih sebb lama dalam kete..sakit pinggang wooo…~~~

5.30 ptg: bru bangun.. sembahyg terus siap..konon2ny nk g pesta buku la.. read mALAysia.. tapi dlm perjlnn patah balik…sebb dah lewat ptg…nk sampai KL mau ada dlm setgh jam lagi. So balik la…. Singgah kedai dkt dengan apartment ayah. Ada satu citer kat sini.




Situasi: kedai runcit
Jam: 7.24 ptg
“bang, teluq aym ada?” nih ak cakap!
“ada,” tokey kedai
“bagi 15 biji,”
Dia pun bagi la…siap dh upanya dlm plastik..
“berapa?”
“ tiga ringgit dua KUPANG” ak ulang DUA KUPANG. Aiya..dia ckp loghat kedh tuh.
Ak senyum je..tak ck pap pun..
“Kedah ke?”
“aha..” sambil cari sabun mandi n syampu..
“Kat mana?”
“are loq staq,”
“Ngaji lagi?”
“Aha..”
“Kat mana?”
“ Insaniah..”
“Ooo…”
Dah tu ak pun bagi la syampu dgn sabun. N dia pun kira la.. tetiba teringat nak beli pengetip kuku.
“Kepit kuku ada?”
“Ada. Nak besaq ka kecik”
“kecik,”
Dia bagi..pastu…jeng..jeng..jeng..
“Cuba try tgok. Tajam dak,” hah!? Dia suh ak try? “tu tgok kuku panjang dah,” adoi! Malu siot ak. Sempat g tgok kuku ak. Kuang asam punya mamat nih! Ak pun slamba pi kerat depan dia..
“hah! Tajam2,” hahahaha…ak tak tgok dh muka dia.. sampai kuar dari kedai… sebelum kuar sempat g tnya kat sini dok mana. Aku pun bantai la ckp..padahal tak taw pun kt mana.. pening ckit kwasan perumahan cni..

Sampai umah…layan FB kejap.. pastu dok dpn tv sambil makan.. jam 9.30…aha! word cup! Argntna vs Ngria…hahahah..tp kejap je ak tgok..pastu terus dpn laptop………..

Sok agenda: g berkelah. Di Serendah. Wat BBQ….. pukul 10 pg… (ckp je..tp kuar lewat gak..ahaks!)
Ok daa…. Dh ngantuk…

Lalalala~~~ Ahaks!





Dah lama benor tak update blog nih. Bukan ap… just writer’s block. Kerap jugk depan laptop, tapi blur je rasa.. ahaks! Sampai tak taw nak letak tajuk apa untuk n3 kali nih! Gila? Knp aku kata gila. Sebb sekarang musim word cup! Adik2 ak sume gila bola. Adoi! Apa kes?? Sekali la dengan ayah aku. Silap2…karang ak yg kena. Bukan gila HAMPIR gila. Hahaha~~~ nasib bek cuti sek. Kalau tak…..lebam2 mata nanti g sek..

Baru je lepas design baru blog nih! Mcm tak puas ati g.. tapi..nnti2 la plak… pening lalat dah ak depan laptop nih! Tapi, seronok jgk. Ralit plk wat benda2 yg x berfaedah nih. TAK BERFAEDAH ke??? Entah la… apa2 pun ak enjoy!!

Sem dah nak bukk. Program untuk junior di injak lagi awal. Asal 8-10 julai. Tapi maybe 1-3 Julai.. apa2 pun, aku harap dpt berjln dgn baik. Pastuh, Majlis Sah Khatam plk… ehm.. letih palk. (caih! Macm la ak wat keje banyak. Hahaha) tunggu anis sakinah balik dari wat umrah… sem nak bukk dah… yang bestnya, ak still tak bley daftr kursus lg.. sebbnya??? YURAN TAK BAYAR LA!!! Hahahaha… insya allah… nnti ak bayar la. Bukn liat nk bayar. Tapi fulus ma fih….. nk makan ada duit. Nak bayar yuran takdk duit. Ahaks! Melampau betul ak nih! Ap2 pun ak still berdebar pasal result. Entah ok entah K.O….harap2 lulus la…… dah la sowg2 ngaji permpuan.. sedihnya(sob3…menitis air mata nih! Ahaks!) tgh urus duit KWSP ayah.. sedih. Ak tak dapat biaya siswazah(biasiswa) dari yayasan islam kedah.. huh! Diskriminasi tul! Takpe2… ak ngaji gak eh. Huhuhuhu..

Ehm..sok nk bertolak KL. Sekarang nih! Saat nih! Ketika nih! Aku tak basuh g baju yg nak bawak g esok. Hahahaha… memang malas tahap cipan nak kemas baju. Ingat nak bawak 2 3 helai je. Buknnya nk jalan mana pun.. sok, sampai KL ayah nk ajak shopping barang nk wat BBQ kat Serendah. Konon2 nak berkelah la… hahahaha.. kalau betul…ehm..dah lama benor la tak wat aktiviti tuh! Sejak masing2 dah besar2 panjang nih! Kalau bawak g air terjun, sapa yg nak turun? G pantai pun, sapa yg nk mandi? Huhuhuhu…tapi, tu la ayah.. dia rindu nak wat aktiviti tu rasanya.. layan jew!

Rasanya, start sok…insya allah..kalau tak malas… ak akan wat jurnal perjalanan sekali dgn gambar sepnjang g KL… saja2.. sebb memang lama benor tak wat macm tuh! Rasa gian plk nak menulis. Banyak yg terbuku di hati. Yg tak terpahat di laman blog nih! Ahaks! Dulu masa g Acheh setaun lepas tsunami, sepanjang seminggu dari mula perjalanan, ak dh start wat junal untuk sepanjang di sana. Best. Banyak kenangan yang ak dapat.. owh….rindu plak dgn adik2 kat sana…ap citer dowang? Harum, dekNa, tuti, yani…wah..akak rindu bangat sama kalian sih.. kapan mau ketemu lagi…(sob2.. sedih…ahaks! Menyampahny…hahahaha) rumah anak yatim Darul Aytam belakang umah arwah paklong (al-Fatihah) ak je… lagi dua tempat, tak sempat nak hafal nama.

Insya allah, kalau tak ada aral, hujung taun ni atau taun depan ke, ak n family akan ke Banda Acheh, tapi nk g Banjarmasin dulu..umi nak cari saudara2 terdekat dia kat sana.. adoi! Darah Indon rupanya aku nih! Huhuhuhu… tak kisah la.. aku bangga dgn darah yg mengalir.. darah Tiut Nyak Dien! Ahaks! Pahlawan wanita yg menentang belanda masa dowang masuk Acheh dulu. Huhuhuhu….

Oh! Dah ckit2 cter keturunan.. lari subjek betul.. ehm, next week..ada renioun sek ren. Dowang pakat2 balik. Banyak betul kejutan yg ak terima kali nih! Apa dia?? Tak perlu la ak citer sini (walaupun bukn la peribadi sgt pun…hahahah) kerap jugak sek ren ak wat perjumpaan balik.. ukhwah yg di ikat oleh guru besar ktowg Pak Su Mad Isa, ckup terkesan. Dari darjah satu sampai darjah 6. Banyak betul kenangan. Dah 16taun kawan.. ehm… makin meningkat pulak angka kawan2 ak yg dah berumah n ada anak tangga sendiri…kui3.. ap2 pun TahNiAh…..

27Jun ni plk renioun sek men. Ehm…dowg wat kat tangga kenari. Ayah ak dah bg green light baik punya untuk ikut renioun tuh! Tapi ak tak bagi keputusn lagi….ehm…insya allah…kalau tak ada aral..aku g…kui33…sek men pun, lebih kurang la…ramai yg dah kawin. Kembar 3, masing2 dah nak masuk dua anak. Hahahah…ramai benor anak menakan ak.. hik3

Adoi! My mamy dh panggil suh basuh baju tuh! G dulu.. kapan2 ak citer lagi.. daaa…..

Wednesday, May 19, 2010

Lensa kehidupan

Sempena Hari Ibu yg jatuh dlm buln mEi nie.. ak nk kongsi ckt satu kisah yg berlaku di sebuah wilayah di utara tanah air… kisah mengenai seorang ibu. Cerita ni ak dapt dari seorang kawn… mungkin bley djadikn sbg pengjran…

Maryam. seorang isteri yang berkahwin dengan Mahmud dan mendapat seorang anak. Maryam seorang yg garang. Sudh tentu garangnya membuatkan si suami tidk tahan lalu menceraikannya.. anak malang yang setelah Maryam dan Mahmud bercerai itu brnama Fatimah.

Maryam kemudiannya bertemu jodoh dengan seorang duda anak empat yang bernama Kamal. Mereka di dikurniakan 11 orang anak. Dua perempuan dan selebihnya lelaki… Fatimah ditinggalkn dengan neneknya. Emak maryam.. dibesarkan tanpa kash syg seorg ibu. Seorang ayh.. tetapi nenek Fatimah sedaya upaya membesrkanny.. Fatimah seorg anak yg bijak..

Dalam masa yg sama… Maryam langsung tidk mempedulikan Fatimah. Sekadar mengambil tahu begitu shj. Maryam dan Kamal membesarkan anak2 mereka dlm serba kekurangan. Kamal yg hanya menjadi bandaran ketika itu cuba sedaya upaya menckupi keprluan keluarganya. Di samping Maryam mengambil upah memasak jg menjahit. Namun, sikap Maryam yg terlalu garang itu masih tidk berubah.. sehinggakan suaminya sendiri pernah di tengking kerana silap membeli benang untuk menjahit..

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun… anak-anak Maryam membesar dan seterusnya mempunyai keluarga masing2.. Kamal akhirnya pergi dulu meninggalkn Maryam.. dan Maryam meneruskn kehdpnnya sebgai ibu. Dri kehidupan yg serba kekurgn, akhirnya rezki Maryam melimpah ruah.. upah menjahit dan memask makin bertambah. Maryam sendiri sudh beberapa kali menziarahi mekah. Kehidupnnya bertambah baik. Akan tetapi sikap Maryam bertmbah buruk jg.. dia menjadi seorg yg suka membawa brita buruk anak menantuny.. termasuk anaknya Fatimah.

Maryam jg mempunyai satu lagi hobi semnjk rezkinya bertmbh.. suka berjaln. Negara2 sekitr asia sudh dia lawati.. malah smpai ke US kakinya pernh dijejaki.. tembok besar Cina juga sudh dia terokai. Dalm Negara sndri sedh tentu sudh habis dia jelajahi..malah berulang2 kali…

Sehinggalh pada suatu hari, ketika dia menziarahi salah seorg anaknya di selatan tnh air, keluarganya dikejutkn dgn berita bahawa Maryam di serang strok. Lumpuh separh badn. Langsung tidk bolh berckp. Anak2nya berusha untuk membwa Maryam pulang ke rumah. Akhirnya, Maryam di ambil oleh Fatimah untk dijg.

Lebih tiga thun Fatimah menjga emaknya yg duluny tidk mahu menjganya.. tetapi Fatimah langusng tidk kish. Fatimah yg ketika itu sudh kemtian suaminya membsarkan anak2ny sendirian. Dan anak2ny jg masing2 sudh berumh tangga. Selama dlm penjgaan Fatimah, Maryam melakukan proses terapi. Krn keinginannya untuk siht, akhirnya Maryam sembuh dn boleh berckp. Akan tetpi langkhnya bukn seperti dulu lagi.. dia sudh semkin uzur…

Tangunggajwab menjaga seorg ibu adalah jatuh kepada anak lelaki. Maryam mempunyai ramai anak lelaki. Tetapi tidk seorg pun yg mahu menjagnya. Melainkn hanya seorg. Akan tetapi, apalh daya anaknya ini dengn keluarga yg besar di bawah tanggungjwbnya.. Akhil. Seorg anak yg menurut kata. Mempunyai bilangan anak yg ramai. Yg masih kecil. Namun, dia bersyukur dgn kehidupn sedrhana yg dia miliki. Atas dasar tanggungjwab dn ehsannya pada Maryam. dia mengmbil Maryam dari kakaknya Fatimah untuk dijaga. Akhil bertuah kerana mempunyai seorg isterinya sanggup untk bantunya menjga Maryam.

Akhil sedaya upaya menyediakan keperluan ibunya sebaik mungkin. Dlm keadaan yg serba kekurgn. Hati yg lth siapa lah yg tahu. Akhil dan isterinya cuba menjga hati Maryam supy tidk terluka. Sesekali anak2ny yg lain ada menziarah dn ada juga yg membawa Maryam pulang ke rumah mereka. Tetapi Maryam di serah bulat2 pada Akhil untk dijga.. Maryam pula langsung tidk mahu lg ke rumah Fatimah.

Dlm usia yg sudh uzur..Maryam masih lagi dgn sikap suka membawa cerita. Dia tidk pernh serik dgn ap yg terjdi pada dirinya… sukar untuk disingkp cerita Maryam dn sikapnya. Terlalu banyk yg dia telah lakukan.

Anak2ny sndiri dgn pelbagai ragam. Yg langusng tidk ikhlas menjaga Maryam. ada yg tidk amik peduli langsung. Ada yg hendak menjaga tetapi keadaan tidk mengizikn. Yg jauh. Ad jg yg tidk kisah. Tetapi berapa banyk ‘ad yg’ tu.. mereka ini langusng tidk mempedulikan keadaan Akhil dan isteriny yg mempunyai anak ramai ini. Meraka ini langsung tidk kasihan Akhil dn jg isteriny ini. Barangkali mereka tidk mengetahui penderitaan Akhil dan isterinya dlm menjaga Maryam dgn bilngn anak yg ramai.

Akhil cuba menjdi anak yg baik. Dia mempunyai agama. Walau buruk bagaiman pun ibunya, syurga tetap di bawah tapak kaki ibu. Maryam pula, kadang2 berasa dia telah menyusahkan anak2nya.. tetapi semua ini akan menjadi ringan apabila kesemua anak2nya boleh untuk bergilir2 menjaga Maryam. masing2 bertanggungjwb untuk menjaga ibu mereka yg dahulunya telah membsarkan mereka. Bukn terus meletakkan tanggungjwb itu hanya pada yg seorang. Cuma sesekali, Maryam akan ke rumah kakak Akhil. Tetapi bukn tanggungjwb anak perempuan..

Moral of the story…: seorang ibu mampu menjaga sebelas orang anak. Akan tetapi sebelas orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Tuesday, May 18, 2010

Bulan Mei Yang Panjang....

Salam…

Adoiyai…ari ni dh 18mei..baru nk update blog.. org len dah ucap selamat hari ibu n hari guru dh..aku baru nk ucap.. anyway.. SELAMAT HARI IBU buat bondaku Rohana bt arshad yang telah banyak berjsa, mendidik, membimbing, mengasuh.. segala jasamu hanya Allah yg mampu membalasnya…

SELAMAT HARI GURU buat semua guru2ku yg telah banyak menyumbang jasa dlm mendidik anak muridmu ini.. guru2 dari Taski ABIM alor setar.. SEK REN ISLAM ABIM ALOR SETAR, SEK MEN (A) NADHAH HASANAH, SEK MEN (A) ISLAH juga tak lupa pada para pendidik di Kolej Universiti INSANIAH… semoga dilimpahi berkah Allah ta’ala..

Minggu lepas penuh dengan metg. Ahad, isnin, rabu dan khamis.. metg memanjng. Dengan us, dekan, sesame ktowg… penat gak.. ada dua program yg menuntut tenaga.. majlis sah khatam dan progm untuk pljar baru.. Kem Teratak Ilmu…

Intervw pljar baru dah setel.. kali ni intervw lebih telus dn saksama… huhuhu.. dhsyat.. ramai gak la yg hadir intervw.. kelmarin da lagi satu intervw.. tak hbis g intervw wat metg plk.. parh gak la sebb kekurangan tenaga yang teramat.. ajaib gak la.. mana g pljr kuliah quran ntah..

Kerts kerja dh antr…minta dewan. Ntah dpt ke tk…tk tw laa… majlis sah khatam kali ni wat dewan besar macm biasa.. ehm..harp2 berjln dgn lancr.. senior2 yg len bely hadir kot noo.. huhuhu

Anyway, terima kasih pada semua yg memberi kerjasama untuk turun pdg bersama jawatan kuasa kuliah.. keringat anda hanya allah yg mampu membalsnya….

Cakap pasal program taun satu… alhmadulillah…dekan dh bagi lampu hijau.. tempat dh di setujui.. modul pun agak mencabar… insya allah kita akan cuba usahakan untuk menjayakan kem ni. Kembali membentuk generasi huffaz berkualiti..insya allah…

Ujian. Berat. Mencabar. Perlu ketabahn. Ketenangan. Dan sentiasa yakin yg Allah tak akan sia2kan hambanya yang selalu meminta…. Moga kita semua berada di atas landasan yg betul…

Ok, citer sikit. Baru2 ni, adik2 aku dri pondok derang blik cuti hujung minggu.. rumah pun riuh je sebb semua ada.. yg KIDU pun balik. Yg poli pun ada.. ckp pasl adik ak yg pondok ni. Dia da tnya ak ap makna syadid. Berlebihan dalm agama. Tapi org sekrg tak guna pada tempatnya.. contoh adik aku ckp, dia tegur kwn dia pakai tudung Nampak rambut, terus kwn dia cakap jgn syadid sgt.. dia tny, bukn ke menutup aurat dengn sempurna tu di tuntut dlm agama?? So, kenapa dikatakan syadid..? ehm persoalan… mkin mantap adik2 ak ni… kalah akak dia ni… huhuhu..

Da lagi…baru2 ni my grandmother wat sikit kenduri untuk smbut besday adik iman… mlm semua balik laaa… makan pulut kuning dengan rending ayam.. sate 250 cucuk… n dua biji kek beli.. ak tak sempat nk mkn kek sebb bengang dengan adik ak yg lki… adik iman plk demam campak… huhhu, kiowg panggil dia imn budk bintik2…

Cukup untuk hari ini… segala yg baik dari allah..dan yg kurang dari diri yg serba kekurangn walupun hakiktny dua2 dari allah.. harap segala yang di rancang seiring dengan perncngan kita… moga allah memudhkan segala gerak kerja kita dlm apa juga lapangan dan bidang yg kita ceburi..

Akhir kalam… kita hidup hnya sementara… berlumba-lumbalah dlm membuat kebaikan… waallahua’lam…

p/s: pejam celik baru dua minggu cuti sem… kenp laa lmbt lagi nk bukk sem nih..

Thursday, April 29, 2010

agenda cuti...

Dengan izin Allah, ku susun kalam-kalam ini untuk perkongsian bersama..

Baik, untuk hari ni.. saat ak sedang menulis, baru selesai satu meeting bersama exco banat untuk susun semula agenda2 sem depan dn muhasabah balik sem ni. Di bawah pimpinan anis sakinah selaku tim. Pengerusi, ak berpuas hti dengan segala prancngn yg telah di susun.

Dalam masa yg sama di INSPIN, sedang berlangsungnya dialong ilmiah bersama saf pimpinan ABIM PUSAT.. seronok sgt. Umi dgn ayah pegi. Ak nk join, tapi aulakan meeting.. ahli abim bersama family turun. Bestny.. dh lama tak jumpa member lama, dia tnya ap prancgn cuti ni. Ak ajak join pengajian kilat kat insaniah. Dia akan bagi kata putus nanti. Mk dia roommate umi masa kat UPM..huhuhu.. kiranya malam ni saja ak, umi n ayah masing2 ada program.. isk3.. sibuk betul. Moga allah terima apa yg di lakukan ini sbg ibadah kami… amin..

Ok, perancgn terdekat.. Program Khidmat Masyarakt Di Pulau Tuba. 4-6 mei 2010. Ak tak dpt join sebb tak dpt permission dari ayahanda dan bonda. Musim hujan. Dowang risau. Next, 9 mei 2010 – Interview Pelajar-Pelajar Baru Kulliyyah Al-Quran. Ni nak kena pantau n meeting dgn U.Hamzah.. Next, Majlis Sah Khatam Al-Quran 11 Julai 2010. Next, Tamrin Qiyadi Pelajar Baru Kulliyyah Al-Quran ganti MSR Kulliyyah Al-Quran. Wat len dari y glen ckit. Tempat Pondok Maahad Tarbiyah Islamiah Derang.. nk kena bentuk balik pelajar2 tahfiz nih.. semoga allah permudahkan segala urusan…

Dalm masa yg sama nk join pengajian kilat 4 kitab dalam masa dua minggu kat insaniah. Dari 2-15 mei ni. Moga allah beri sedikit kekuatan untuk ikut di samping kerja2 yg sedang berjalan nih… anis sakinah plk akan menunaikan umrah 4 jun ni bersama mk dan ayah dia.. moga ibadahnya di terima di sana..

Hujung minggu ni umi ikut ayah gi KL.. nak pasang langsir baru kat umah. Ehm..tok gi sekali. Buln 6 ni, along plk ajak gi langkwi dgn family dia n k.min sekali… dalam msa yg sama, ak n fmily akan turun KL.. tak tau dapat join ke tak dengan program yg tegh padat nih.. moga Allah membuka jalan untuk diriku…

Dapat khbar yg ramai senior2 banat dari mesir n Jordan nak blik… so, tgh susun perjumpaan senior lama bersama adik2 baru nnti.. harap2 jadi.. moga allah makbulkan…
Setkat ni untuk hari ni… nak citer pasal dialog kat INSPIN… tapi mata dh ngatuk.. umi yg citer..best sgt… daa… sayonara..

p/s: adik ak tak cht.. moga allah ringankan kesakitan dia.. sok dia nk exm. Maan najah..

Monday, April 26, 2010

pengujian..

Salam pembuka bicara santun kata
Menari-nari sebatang pena
Menulis, melukis kehidupan nyata
Sampai berakhir penutupan mata

Baru setel paper tahriri quran. Ta’jub ak dgn ap yg berlku ari nie… betapa Allah maha segala2nya.. kembali pada Allah, and jgn risau kehidupn kita. pg tadi, ak g lewat insaniah.. confdnt ari ni syafawi n nama ak last sekali. Dh comfrm lewat. Habis2 pun turn ak dalm pukul 10 lebih.. sampai je kat kelas, cam pelik je. Knp sunyi? Ehm.. dh tak sedp ati dh.. tgok blik jadual, rupa2nya ari ni tahriri… allahuakbar.. jam masa tu 9.15.. terduduk ak. Tepon umi nangis2.. umi ckp blik sok jumpa us.. yelah, umi pun tengh serabut waktu tu. emosi dia tak brapa ok..

Dlm tgh nk send msj kat adk ak, tetiba pikr.. ni ujian Allah. Lalui je… redah. Ak tinggl brg2 kat kels n trus g dewan. Jumpa dgn pegwas n terang kat dia knp ak lewat. Maklum la sowg2 permpuan. Dia bg masuk. Ak duduk n jwb. Masa tu memang langsung tak ready. Ak doa “ Ya Allah, ak serah segala2nya dlam kekuasaanMu. Hanya padaMu ak bergantung harap. Dan ak bertwakl padaMu atas segala2nya..” n terus bukak soalan. Alhamdulillah… allah maha pengasih. Tidk pernh berlaku zalim pada hamba2nya yg meminta.. ak org terakhir masuk n ak jg org terawal kuar. Terus blik umh n citer kat umi.

Hari ni adlh hari pengujian hati. Ak brsyukur pdMU Ya Allah kerana permudhkan segala urusan hambaMU ini… sok, last. Syafawi quran n qiraat……

Lipatan sejarah

Pagi tadi sebelum nak kuar gi exam, macam biasa..salam umi. Tapi sebelum tu aku tahu, umi nangis. And aku tahu jgk sebb ap.. khamis, jumaat n sabtu…yg lepas. Ak tak cht. Demm. Ak tahu umi risau. Sebb ak nk exam sama. Sian umi.. semalam, adik ak pulak, demm campak besar. Masa tu umi dah letih sgt dh ak tengok. Sungguh aku cakap. Dah macam IBU TUNGGAL. Umi nangis masa amik ubat untk adik aku.. sedih sgt ak tengok. Kenapa? Sebelum subuh umi dh bangun. Siap baju untuk adik2 ak. Lepas subuh antar dowg g sek.. balik, urus keje2 umah. Sampai tengahri. Siap makan untuk nenek aku. Kuar gi amik adik kat maktab Mahmud. Balik. Kuar pulak amik yg lagi dua owg kat sek ren. Siap makan petang untuk nenek ak. Km adik bradik tak brap kisah bab makan ni. Masing2 bley survey sndiri. Malam memang comfrm umi letih n dia akan tidor lepas isyak. Rutin harian. Jumaat, pagi biasa tapi ada lagi tambhan, gi kursus haji. Sabtu, macm biasa Cuma petang ada usrah. Inilah IBUKU. Dan ak bangga dgn dia.

Singkap sikit kisah hidup. Sbg perkongsian. Ayah dan umi sama2 menuntut di UPM. Sekitar tahun 80-an. Dan sama2 terlibat dalam organisasi. Ayah yang paling aktif. Dia antra pimpinan teratas masa di kampus. Tak mustahil dia amat di kenali. Banding dengan umi. Aktif, tapi low profile.. ayah dan umi sama2 wat program. Usrah, tamrin qiyadi, qiamullai, dan segala mcm program berbntuk dakwah dowang ikut. Dan dowang bergerak di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Percaya atau tak, group usrah yang dowang wat sejak dari kampus masih lagi berjalan sehingga sekarang. Ahli usrah bertambah. Dari bujang, sampai ada anak, dah jadi nenek atuk..huhuhu.. aku suka kehidupan ni. Teramat suka. Sebb, aku lebih mengenali keluarga ahli2 usrah umi dan ayah berbanding saudara2 ak sendiri.

Habis di kampus, umi dan ayah sama2 dapat mengajar di maktab salman, sungai petani (dh tak de dh..). dua tahun. N dowang kawin pada tahun 1987. Actually…ayah dan umi tidak pernah kenal. Umi kenal ayah (yelah..YDP..) tapi ayah tak kenal umi.. jodoh. Lepas kawin, ayah dpat jdi penolong pegawai di MADA. Dengan gaji rm500++ umi, pengurus rumah tangga. Ayah tak bagi keje. Masa tu ayah lagi aktif dengan ABIM. Seketariat ABIM kedah kat sebelah umah aku je.. actually dlm kawasn sek. Lima tahun ayah dengan MADA, ayah amik keputusan untuk berhenti dan tumpu sepenuh masa dengan kerja2 dakwah. Masa tu ayah sebagai setiausaha ABIM kedah. Umi memberi sepenuh sokongan pada ayah. Tanpa berbelah bagi. Ayah pernah citer, masa dia wat solat istikharh untuk kahwin, dia wat untuk orang len. Tiga kali wat, tiga kali nampak muka umi.. huhuhu.. tu la nama jodoh.

Pada taun 1996 ktowg pindh umh.. depan sek aku je.. Sek Ren Islam ABIM Alor Star. Rumh teres tiga bilik. Satu bilik dijadikan dapur. Ehm…waktu tu, kalau org tengok, dowg akan ckp hidup sush. Sampai ad mk cik pakcik ak jumpa umi cakap, sudh2 la berank. Amad bukn keje senang pun nak bela anak ramai2. Uish.. bisanya ayat… tapi umi dengan ayah percaya, setiap anak ada rezekinya.. jangan risau. Allah tak zalim. Janji usaha untuk cari rezeki halal. And ayah sikit tak bergnjak dari kerja dgn ABIM. Tapi masa tu, ak tak rasa pun.. makan pakai ckup je. Sek pun bley je. Tak sowg pun adik-beradik ak terkands. Sampai ayah dilantik menjadi YDP ABIM kedah. Lima taun tak silap.. masa ak form 4, ayah beli tanah. Hasil duit simpanan dia sbg pendakwah jg penceramah bebas. Dia jgk da keje2 len. Mcm fasilitator untuk YSP. Pengarah komuniti wilayah utara. Ntah macm2 lagi. Tak penting untuk di cerita. Tak silp, ayah jgk pernh jdi fasi untuk BTN.

Masa aku form 5, ayah dh start wat umah..(umah sekrg yg family ak duduk..) bukn ayh wat. Upah org ler… habis je SPM, terus pindh umah baru… masa 2, ktowg 8beradik. Adik iman tak dk gi… huhuhu.. seronok pindh umah.. happy. Yup. Of course. Ak bangga dgn ayah. Dia boleh buktikan pada adik berdik dia yg dia mampu untuk wat lbh baik dri dowg. Jgn bangga dengan keje dowang. Sebb rezeki allah yg bagi. Percya dgn ap yg dia bgi. Ayh selalu dhuha seblum gi keje. Masa tu umi amik umah menjahit.. tolong ayah sikit2. Masa ak darjh tiga, ayah suh umi amik lesen kete. Senang kalau ayah out station. Alhamdulillah…umi ckp, ni rezeki anak2.. ap yg ad sekarang sumenya rezeki anak2.. dan umi selalu jgk pesan kat ayah, kadg2 boleh jdi rezeki org lain tapi melalui kita. maknanya, selalu la tolong org.. huhuhu… masa ak dapt insaniah, ayh dh tak jd YDP. Tapi sebgai pengerusi WADAH. WADAH-ABIM-PERSIDA.. turutan. Wadah tu untuk umo 40 taun ke atas.. golongn veteran la tu..huhuhu…

Sampai la berlakunya gelombang besar dalm hidup ktowg satu family. Masa thun 2008, ayh jumpa ak kat kampus. Masa tu ak taun dua dip. Dia bwk ak makn. Kedai abah je pun… ak tgh lapo. Mkn jelah.. tgh sedp2 mkn, ayh ckp.. ayah nk kawin lagi sowang. Ayah ckp ciri2nya. Hitam, legam. Teruk. N semu yg negetif.. tapi masa tu ak ckit tak cya ayah nk kawin. Ak rasa mcm kiasan. Ayah tny ak paham tak? Ak ckp, straight to the point.. ehm, ayah ckp ayh di minta DSAI (anwar Ibrahim) untuk bertnding. Kawasan parlimen kuala kedah. Ak tnya knp nk masuk politik. Dgn Abim kan dah elok… ayh nk cabarn dlm menyampaikn risalh.. lagipun ayh nk org lain plk yg corkkn abim kedah. Ak boleh dgr. Masa tu ak hny nk tau ap pendpt umi. Sbb umi akan menjdi tulang blkang ayh. So, bertnding la n menang..

Pasca pilih dan raya. Berubah sekelip mata. Kalau org ckp ak suka. Salah. Tapi ni pilihan ayah. Masa tu adik iman baru setaun. Tak silap. Lepas ayh menang, asal masuk kelas, cmpfrm us akan tany mcm2. N ada jgk us yang ckp saham dia naik ni.. jaga2. N mcm2 lagi. Title anak yB kali pertam ckup perit untuk ak tanggung. Bukn ak sj..adik2 ak pun kat sek dowg berlaku yg sama. Kalau ak wat presnt kat depn, sure dowang akan ckp, puteri reformasi. Huh! Perit sgt.. tp sekrg dh lali di telinga. Wat pekak je.. rezeki dtg serentk. Kuasa allah. Sapa pun tak leh tahan… oh, masa ni, tetiba ak rasa mcm ramai plk sanak sedara.. masa ktowg sush dulu..tak dk sowg pun yg tnya khabr. Gitu2 jelah.. yg bnyk amik berat, dah tentu family besar aku. Ahli2 usrah umi dan ayah. Ehm…ni ak liht dgn mata.. bukn umi crita.

Umi ada tnh di kampong dia. Penang. Dlm masa yg sama, umi jual tnh dia secra lot. So, kalau org tengok kesenangn yg ad hari ni bukn hasil duit YB. Tapi lebih bnyk kepada duit tnh umi… ehm.. dari van, ayh tukar innova. Umi beli kancil duit dia sendiri. Ada tiga kereta bukn bermkna senang. Hidup ktowg tetp mcm biasa. Ayh nazar, kalau dpt jual tanh nk bawak satu family gi wat umrah. So, allah makbulkan dlam masa dua minggu. Persediaan di buat. Ak anggap ni hadiah khatam ak. N umi akan pergi lagi sekali taun ni untuk wat hj dengan ayah. Umi adalah segala2nya bagi family.. actually, khdupn skrg sgt tidk menarik. Kadg2, ak rasa mcm nk kembali masa ayah dlm abim. Seronok sgt. Masa tu ak selalu join program, tamrin, usrah.. bukn sekrg tak dk. Tapi tak rasa kemanisan.. entah la.. insaniah? Bukn mcm dulu.. dh tk seronok dh…

Semua perjalan hidup family ak… di ikuti oleh paklang ak di kampong. Abang umi. Satu2nya saudara yg sntiasa amik berat pasl ktowg satu family.. n tempat untuk umi luah segala masalah. Dari umi kecik smpai sekarg.. sbb tu bila masa sekrg ni, dia ckp dgn umi.. hampa dah hidup sush dh dulu… Alhamdulillah allah bagi rezeki melimpah ruah… umi nangis.. sebb hanya paklang yang bnyk membantu.. ni perjlnn hidup.. kita yg mencorakkannya. Dgn bantuan dri Allah.. ayah selalu pesan, bergantung sepenuhnya dengan Allah. Bukn dengan umi atau ayah. Apa2 pun, usrah family tetap berjaln walaupun dh jrg2. Tapi ttp buat jgk.. mana bley tinggal. Umi atau ayah akan sentiasa bagi tazkirah. Tak kira masa. Dlm kete. Gi shopping. Duduk sembng2 sja pun msti akan selit jgk.. ak dh terbiasa dgn cr ni dari kecik. So, bila ak ckp dgn kwn2 pun, sikit2 akn terkuar jugk tazkirhnya.. tak pnjg, pendek… huhuhu… nilah hidup ak. Sebagai anak seorang pejuang. Polis? dh mangli dh ktowg satu family. Dari dulu lagi. Seblum ayh jd ahli parlimen lagi.. tak kisah la. Dowg wat keje dowg..ikut arahn owg atsn..

N last…sebb tu ak cakap, umi mcm ibu tunggal. Uruskn family tanpa ayh di sisi.. dari dulu lagi.. bukn salah ayah. Nilah kehdpn dlm menyampaikan risalah.. ckup smpai cni.. wallahua’lam..

Tuesday, April 13, 2010

bulan exam....



all the best...
usaha+tawakal... selebihnya serah pada Allah. dia akan tentukan..

fuh..tak tahan.

47 perkataan

Speedtest



letih lawan. satu minit boleh 47 perkataan je..isk2..tak tahan...
time2 nak exm nilah nak wat benda-benda merapu...

haa..nak try? klik atas..

Wednesday, April 7, 2010

Allah segalanya bagiku..

Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on,
You feel so lost that you so alone,
All you is see is night and darkness all around,
You feel so helpless you cannot see which way to go,
Don’t despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Insya Allah you will find your way
Everytime you can make one more mistake,
You feel you can’t repeat and that it’s way too late,
You are so confused,
Wrong decisions you have made,
Haunt your mind and your heart is full of shame,
Don’t despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Insya Allah you will find your way
Turn to Allah,
He’s never for away,
Put your trust in Him,
Raise your hands and pray,
Ya Allah,
Guide my step don’t let me go astray,
You are only one that,
Showed me the way,
Insya Allah you will find your way

Salam imtihan untuk semua sahabat. Di luar atau di dalam Negara. Ma’an najah fil imtihan. Sedikit sebanyak terkesan di hati ak bila tengok sahabat2 yg still lgi dengan kerja2 allah dalam sibuk nak exam. Jauh di sudut ati aku cemburu. Kenapa tidak aku berpeluang seperti mereka??

Saturday, April 3, 2010

aku yang berdosa

Seringkali diri terbayang, dosa yang telah dilakukan…. Fikiran terarah mengundang rasa…. lantas diri tertunduk lemah….. Mengharap pengampunan melenyapkan rasa…. Aku yang berdosa…. Diri pilu mengenang silam…menyulam derita menanggung beban… ketika diri mencari ruang….mencuri sedikit ketenangan…tiba tangan menghulur salam…menyapa indah menuntun kasih…..

Aku yang berdosa….sekian meniti hari yang kian berjalan….tanpa menunggu masa yang juga beiringan…. Membiar diri hanyut melawan kesakitan beban dosa silam…. Mengharap,mengharap dan terus mengharap…. Kesedihan mengundang membuah bicara bisu….terarah akal menguasai nafsu….. berfikir lantas tertunduk merasa kesakitan….

Bicara apa yang sedang berbisik? Menuntun hati bersama pengharapan….jalan bisu yang panjang tanpa palitan dosa silam….aku yang berdosa….air mata jatuh bersama….menyeka … luluh hati memikirkannya….

Tika diri dalam bayangan dosa silam… akal menguasai membisik kalimah syahdu mengharap pengampunan….cinta yang Khalid rupanya menyapa….indah dimata….sendu di hati….tenang di jiwa…. Tanpa kebencian….tidak sedikit dia berpaling….menyuara rindu permintaan hamba….menyapa kasih hati yang menderita….. kelam kembali cahaya….bersama pengampunan yang esa pada hamba dalam cintaNya…….

6.35 petang-afiqah

Tuesday, March 30, 2010

menyepi..

Salam…

Dah lama benor dh tak update blog lusuh nih. Selama tak update ni banyak sgt yang jadik. Sampai tak tau nk mula dari mana. Apa2 pun semua ni perancangan dari Allah. First, pasal program 4 in 1. Alhamdulillah..berjalan dgn jayanya walaupun dlm kesibukkn masing2 mengejar muqarrar quran..

Ke-2, semalam ada iftor. Gabungan dengan sedikit kenduri dari k.aisyah yaacob yang menang hafazan 30juz peringkat negeri tempoh hari n k.fizah tempat kedua bagi 10 juz. Mabruk. 5 orang studnt tahfiz yang mara ke peringkat negeri masing2 dapat tempat. N 3 dari dowang mara ke peringkat kebangsaan. Tahniah! Jemputan VIP dah tentu u.hakimi n u.hafizah bersama 3 anak kecil dowang.. huhuhu..dh besar2 dah anak2 us.

Next program, majlis tautan ukhwah sem akhir. Tarikh akan di tentukan berdasarkan jadual exam. Sebelum tu, taun 3 da wat majlis dowang sendiri kat menara alor setar. Banyak duit dowang. Isk3….

Exam mula awal bulan 4.

11/4 : syafawi quran n qiraat
19/4 : qiraat ilmi
21/4 : tafsir
22/4 : kajian al-hadith
25/4 : pengantar ilmu qiraat

Isk, dahsyat…akhirnya nak habis dah satu sem bljar dengan sowang2 perempuan.. tak tahan.. banyak sgt dugaan. Sampai nk surrender dah.. tapi ramai yang bagi semangt. Alhamdulillah… da lagi dua taun untuk habiskan baki pengajian..
So, pasal kuliyah. Ehm, dekan nak wat program insani. Lebih kurang kursus untuk sem akhir atau lebih kepada latihan industry.. nak jadikan huffaz yang ‘berstailo’. Tu satu. Nak bukk kursus berkembar dengan pusat asasi. Nak macam DQ la. Program under UIA. Persijilan. Tapi aku tak brapa yakin nak menjadi sebb program ijazah pun masing tungang langgang. Huhuhuhu… master next semester…

Ehm..cuti sekolah temph hari family aku gi KL.. umah ayah. So, aku sowang2. Aku ajak adik aku yang sowang ni teman. Thanks dik.. sayang kamu sangat. 5 hari n 5 malam dengan dia. Jangka masa yang pendek. Apa2 pun, dia banyak bagi aku inspirasi untuk aku ngaji. N aku nk dia bersemangat untuk ngaji. Chaiyop dik! U can do it!

N lastly, munirah dah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Farhan. Mabruk. Lepas dia kahwin dah lost contct dah.. k.inat n k.suhana nak sambung ngaji. K.lin n k.nisah hujung taun ni insya allah boleh timang cahaya mata dah..
So, sayonara. See again…

Monday, March 1, 2010

ujian....

ari ni. tanggal 1 mac 2010. aku 'ter'excident dengan moto.. punya la gelabah takut2 pakcik tu jadi apa. nasib bek bolh bangun. aku terkedu n terkejut kejap dlam kete. blur je rasa kepala nih.

ehm, ujian. bila ak gtaw aku excident, major yang tanya, naik kete tadi baca doa tak... aku rasa baca sebb biasanyanya aku buat gitu.. dah nak jadi.. ada la tu hikmahnya..

alhamdulillah.. setel kat ctu gak. maybe pakcik tu tgok aku ni student gi. nak minta pampasan pun tak berbaloi walhal teruk gak la moto dia. salah siapa??? ak sendiri tak dapt jawab. mungkin dua2 kot... apa2 pun, segalanya berkemungkinan ada rentetan. tapi aku harap sgt tak...

so, ada lebih kurang 39 ari lagi nak exam. huhuhu, yang ak boleh tau ni sebb kat asrama pelajar tahfiz biro akademi wat coundown exam. besar nak mampus. sapa tak nampak..saja la tuh. thank ezma selaku exco biro akademi. dia juga da wat analisis muqarar..ehm.. alhamdulillah. da perubahan untuk saf pimpinan kali ni.

selain tu, biro dakwah wat halaqah n tazkirah setiap malam kerjasama dengan jaksa. dan dijalankan solat hifzi pada hari selasa n khamis. blik gerakkan pelajar di asrama akan di pantau oleh biro kebajikan. n bilik gerakan kat kampus dah clear. kitaorg tukar tikar n tambah peralatan baru. tema hijau. n tradmark 'semangat'. ni ezma punya biro punya tardmark. huhuhuhu....cilok. sebab macam best bila bunyi. semua pakat ikut.

banyak gak la perancngan.. insya allah, majlis 4 in 1 akan berjalan hujung bln ni. majlis perpisahan sem akhir. awal sem depan, majlis sah khatam, minggu silaturrahim pelajar baru tahfiz.

macam biasa, nak exm sement kena la antar.. tapi ngaji still lingtang pukang gi... huhuhuhu...nasib la.

anyway, doakan kejayaan aku. insya allah...tak ada aral exam awal bulan 4.

p/s:banyak ujian aku lalui...macam2 untuk sem nih. harap2 kuat la hendaknya...

Sunday, February 21, 2010

kecik hati...

Pagi tadi sebelum gi kelas sempat jap borak dengan umi pasal tok aku yang stay kat umah. Tapi kelmarin antar gi umah makcik sebb umah kitaorang tak dak air. Paip air utama pecah. So, umi meluahkan rasa tidak sedap hatinya. Takut2 kalau tok aku kecik hati.

Anyway, bercakap pasal kecik hati. Jiran umah aku da cakap dia pun kecik hati jugak dengan ank perempuan dia yang kat rumah. Sorang2 anak yang masih tinggal. Susah betul nak suh antar gi mana2. Kata jiran aku tu. Nak kena ungkit dulu baru la si anak nak antar. Jiran aku ni cakap dia kecik ati dengan anaknya yang sorang nih. Biasa la, makin tua hati makin sensitive.. ni dia kata la..

Ok, let’s see my mother opinion. Aku cakap mesti umi pun dah banyakkan kecik hati dengan kami adik-beradik. Umi cakap, tu perkara biasa. Tapi sebagai orang yang berilmu, kita kena cepat2 buang perasaan tu. Sebbnya, ni untuk jangka masa yang panjang. Doa seorang ibu tu mujarab. Amat sangat. So, bila si ibu terasa atau kecik hati, cepat-cepat hindarkan. Untuk kebaikan ibu juga anak. Contohnya, nnti bila si ibu kecik hati, mesti kuar perkataan atau doa2 yang tak patut untuk si anak. “biar kat hang la,” ikut la apa nak jadi” “pergi mampus la” “anak derhaka” n seumpama dengannya. So, untuk si anak, mestilah susah kalau ianya di ‘amin”kan oleh malaikat. N di sini mesti timbulnya dendam. Ibu dendam dengan anak. Anak plak dendam dengan ibu.

Apabila mati seseorang itu semuanya terputus kecuali tiga perkara. Amal yang soleh, sedekah jariah dan doa ank yang soleh. See, kalau anak dendam dengan ibu, belum tentu si anak akan doa untuk ibunya apabila si ibunya dah meninggal. Kebahagian dunia akhirat belum tentu akan tercapai.

Alangkah bahagianya apabila anak selalu doakan untuk ibunya dan si ibu selalu mendoakan untuk anaknya. Aman rumah tangga. Harmonilah keluarga tu. Bahagia kedua orang tua. So, ni ilmu rumah tangga yang aku dapat. Betul umi cakap, bila kita ada ilmu, banyak benda yang akan kita timbangkan dengan ilmu yang kita ada. Rasulullah tinggalkan kepada kita dua benda yang boleh dijadikan rujukan selamanya. Al-Quran dan as-Sunnah. Jangan risau bila keseluruhan hidup kita, kita pegang pada dua benda. insya Allah, aman dunia akhirat.


p/s: kehidupan yang penuh dengan cabaran banyak mematangkan aku. Banyak membentuk diriku. Dan banyak mengubah cara hidupku. Corakkan kehidupan kita dengan bimbingan dariNya. Palitkan warna-warni pengalaman di kain kanvas kehidupan kita. Kelak kanvas ini akan dinilai oleh Pengadil yang Maha Adil iaitu pencipta kita, Allah azzawajalla…

wa’allahua’lam….

Friday, February 12, 2010

apo nk dikato

salam...
huhuhuhu...
khamis ak g jdik fasi kat SMK bandar darul aman jitra... program qiamullai.. ehm, seronok. dh lama benor tak g jadik. sem lepas da sekali kot. tapi masa ak amik dip dulu kerap gak la g turun padang nih.

ap2 pun dapt pengalamn baru...

well, story sikit. peliknya fasi kali ni ialah, allah uji aku dengan ujian hati. wanauzubillah.. mintak di jauhkn dari hasutan syaitan yang di laknat. ujian yg membuatkan aku nangis. betul2 tak tahan. pujian yang aku rasa sekadar menguji ak. memang berat. moga allah mengampuni dosa2 aku...

balik terus demam ari ni..

Monday, January 25, 2010

aku yang tak berdaya....

sabtu lepas, aku attend mjlis tunang kwn aku. tolong family dia wat persiapan dri pagi sampai petang. letih, tapi alhamdulillah...selesai semuanya. selamat kawan aku tu. insya Allah, tak dk aral dalm bulan 3 ni dia kawin. full stop.

ahad plak, pagi tu da perjumpaan semua pelajar kuliah di perkarangan kediaman. us.idrus selaku timbalan dekan mengumumkan peralihan kuasa saf pimpinan pelajar. aku tak hadir sebb ngantuk. so, dlm pukul 10 baru ak gi kuin. dapat berita yg aku sendiri tak nk taw. sekali lagi ak di amanahkan untuk memikul tugas sebagai tim. s/u saf pimpinan pelajar. dalam hati ni dh bengkak dh... bila lagi nk latih yg bru. setkt nk minta nasihat atau pndgn aku bleh lagi terima. tapi nak suh duduk sekali dengan dowang ni, seratus kali gak ak kena fikir.. tapi dlm masa yg sama, ak kecian tegok dowang. terumbang ambing. alasan yg di beri sebb nk bagi gak wakil dari stdnt ijazah dlm saf pimpinan.

apa2 pun, hati ak ni perlu dibersihkan lagi. manusia hanya menjadi perantaraan shj. yang menentukan seglanya ialah Allah ta'ala... ak positif.allah nk aku lebih dkat denganNya. tarbiyah allah pada hambanya tidk pernah kurang. masya Allah...segalanya dlam tangan yang menciptakan kta. moga aku diperlihara oleh allah dalm apa jua keadaan. amin..

isnin. pg tadi gi kelas, terus call fizah. tnya dia bila nk daftar. ak tolong tanyakan untuk dia macamna kes dia ni. lewat sesangat dah nk daftar. tanya k.ina, k.ina kata hea punya kuasa. kuliah di luar bidang. so, ak gi tanya hea, dowang suh minta borang tambah kursus pada PA n hantar pada dowang. ak tolong cari borang n tinggalkan tuk fizah uruskan segalanya. ak harap dia hantar borang tu pada hea. tu je yg aku mampu tolong dia. aku nak sangat dia habis tasmi'...

sekarang dah 10.56 mlm...

aku dh ngntuk...

tapi banyak lagi nk kongsi...

mungkin bukan sekarng...

esok2 kot...

aku dah tak berdaya...

daa...salam.

Friday, January 22, 2010

jumaat

In the name of Allah…

ari ni ari jumaat. penghulu segala ari. pagi tadi dapat msj dri adik aku. ehm..dia nk kena men bola jaring ari ni. pertandingan anjuran MPM. msj kejap je dengan dia.last msj dia " doakan..akak2 nie minta wat yg terbaik tuk dowang, tapi sy akan wat yg terbaik untuk akak....." terharu aku.

"Ya Allah..permudahkanlah segala urusan adikku ini dalam segala urusan. hatta urusan dunia mahupun urusan akhirat..."

kalau dpt bola kat tangan dia cmfrm masuk punya... huhuhu...bukan calang2 pemain dia ni. mendapat sorokan ramai.

so, tadi dia msj. dowang menang. 6-2. tahniah dik berjaya menguasai permainan. thanks God. alhamdulillah.... dia ngadu belang la muka dia.. ak cakp kat dia lepas ni boleh la kawan dengan kuda belang...huhuhu..jagn marh dik. nanti cepat tua. dia ckp hampir2 tension men kali ni. dia kena guard habis2an. tiga kali break, tiga kali tukar org jaga dia.. kawn dia yg jdi simpnn terdegr team lawn suh sume guard dia habis2an. lincah betul adik aku nih. i proud with her..

and my turn next week. aku just nk enjoy je men ni. mnang kalah adat. letak tepi. janji aku seronok. ak akan wat yg terbaik. untuk sume. tapi khususan ila adik aku tu...

sorry, post kali ni bnyk citer pasl adik aku tu..

Thursday, January 21, 2010

harapan

peace...

pening aku hari nih... td petang baru hbis kelas qiraat. masih terngia2 hrapan us.idrus pada semua yang amik ijazah.

"ana tak harap apa pun dari enta pa semua. cuma ana harap ingat quran. biar mngalir dalam darah kita. mana kita pi, diri kita tak kosong. ap yg kita tgh mengaji sekrg ni hanyalah sekadar pengisian. yang paling utama ana nak, dalm diri enta pa tu quran. ingat quran, jaga akhlak. yang len tu biaq pi dulu.. tu yang orang dok salah kita tu. quran tak ingat langsung.. "

ehm...berat arapan ustaz. tapi cuba la kita sama2 realisasikan. generasi huffaz pemangkin ummah masa hadapan...insya Allah..

kalau ikut, sok (jumaat n sabtu) da program mentor menti. tapi aku tak tau ap pun.. ni pun tdi baru minta tolong adik aku ni tanyakan pasal group usrah aku. nasib bek dia nk tolong.. thanks dik.. isk, dh la ri tu tak gi amik test level usrah. masalh betul la..

ada yg cakap kalau tak gi sok, tak leh konvo nanti...hah!? memang cari nahas. tapi sok n lusa aku ngjar. pastu lusa plk aku nk kena bawak hantran kawan aku tunang. so, kat sini timbul masalah fiqh aulawiyat... mana satu aku nak dahulukn.

progrm tu kalau aku tak gi, dgrnya tak leh konvo. masalh balik kat aku. tapi aku dulu masa dip tak dk la plk wat hal. takkan tak leh tolak ansur kot... sok n lusa aku ngjar. kalau aku tunda bila nak ganti? jumaat minggu depan? dah dua ari aku tak gi ngjar. kesannya pada budk2 tu la... so???

lusa plk nk kena bawak hantarn kawan aku. habis nnti kalau aku tak bawk, sapa yg nak bawak. dh la janji dgn ustzh hakimi n k.asiah juga sakinah nak bawak dorg g mjlis tu... kesannya nnti kat family n majlis kawan aku tu la...

pening2....

Wednesday, January 20, 2010

cerita

salam ceria... ari ni aku habis kelas pukul 11.30 pg. kelas kajian al-hadith. huh! semua muqarar pasal bab kahwin. susah betul. dah la aku sorg je perempuan... bork pasal bab kahwin. memang cari nahs betul.. nasib bek yg lelaki back up aku. macm tau2 je aku tak senang duduk pasal bab ni. thanks guys..

pg tadi masa on da way nak gi kuin, saja la tengok gelagat pemandu2 jalan raya. bila aku tengok ada yg langgar lampu merah...terus hati aku berdetik. kalau undang2 manusia wat pun boleh langgar, tak mustahil undang2 yang Allah tentu pun dia boleh langgar... ehm.. ni la namanya manusia.

tadi lepas habis kelas, aku gi teman kawan aku tempah kek untuk hantaran dia. singgah solat kat pusat dakwah. sambil2 tunggu kawan aku gi amik wuduk, saja la perhatikan gelagat jemaah2 yang tengah solat. tetiba, mata aku tertanggap dengan sorg jemaah ni. aku perhati, dri rakaat pertama sampai la habis... dia solat bukan macam org solat. ruku' dia terus sambung dengan sujud. sujud pun tak betul2 sujud. terdetik kat ati aku, betul ke makcik ni. sampaikan jemaah yg sebelah dia pun tengok dia solat semacam je...sampai berkerut dahi makcik tu dia jemaah ni solat. aku pun, saja la nak tengok muka makcik ni. curi2 pandang. tetiba dia senyum sorang2 sambil mlut dia terkumat-kumit macm tegh bercakap. lor...dengan sapa dia cakap. aik? waras ke tak? huhuhuu

ehm...makcik tu tak waras... see?? org yang tak waras pun ingat nak solat. walaupun dia solat bukannya betul pun. tapi tu urusan dia dengan Allah. kita yang waras ni?? ingat solat tak? entah kadang2 wat2 lupa tak.....

p/s: selalu tngok papan tanda kat masjid atau surau2... "Solatlah anda sebelum anda di solatkan..." kalau renung betul2 ayat tu...bukan ayat biasa tau. ayat PERINGATAN!!!

peace no war...hhuhuhu

Tuesday, January 19, 2010

realiti kehidupan

ehm...salam meningkatkan tamduan dan sakhsiah untuk semua........

dari 2007 sehingga sekarang...blog ni dah banyak menceritakan kisah2 perjalanan hidup aku sebagai seorang mahasiswi... banyak suka, duka, gelak ketawa, sedih dan yang nyata berbagai2 inti pati yang dah aku kongsi bersama...

cuma untuk kali ni, hidup aku sedikit suram dari istilah perjuangan sebagai seorang daie... aku dh banyak wat hal sendiri...betapa ap yang aku dapat sebelum ini belum mampu untuk menjadikan aku seorang yang tegar dalam menempuh halangan2 yang mendatang.

aku amat merindukan suasana ketika mana aku sering di tarbiyah...walaupun sekrg peluang itu ada, akan tetapi aku merasakan ianya bukan untuk aku.. aku juga merasa kontang kerana aku amat dahagakan makanan rohani yang sudah lama tidk aku jamah.

seringkali aku tertanya2, apakah tidk ada lagi peluang untuk aku?? aku tidk mampu menjawab...

sekarang, misi dan visi aku ialah untuk menimba ilmu di bumi kuin ini sebanyak mana yang mmpu aku aku timba. supaya aku boleh kongsi dengan semua..

semoga allah permudahkan segala urusan hambanya dalam menuntut ilmu agamaNya....

insya Allah, 31 aribulan ni k.hanisah akan melangsungkan perkhwinan dgn pasangannya yang merupakan jiran seblh umah je.... moga berkekalan hingga akhir hayat... peace no war.. huhuhu...

p/s: aku join sukn MPM men pingpong. teringat masa tau dua dulu kisah aku n pingpong yang tak kesampaian... saja la nak lepas gian men... menang kalah adat la... yang pasti aku enjoy...