ceritaku

Sunday, December 8, 2013

Tamat

Habis kem 3minggu. Alhamdulillah. Penat tapi seronok.. walau tak berapa sempurna tapi untk kali pertama so far so good la.. 

Tahniah untk semua peserta kem pemantapan huffaz.  Insya allah next time jumpa lagi. Bnyk yang kita kongsi dan belajar. Apa yang penting, hafalan masing2 meningkat. 

Masalah tetap masalah. Cuma cara masalah tu macamana kita nak hadapi. 

Tonight, lepas kem kita jalan plk.  Hahaha.  Rehatkan minda sambil melihat bumi allah. Moga rehlah ni ada maknanya. Allahumma amin.. allahumma yusahhil..

Tuesday, November 26, 2013

Motivasi

Sebelum memulakan apa2 pekerjaan, cuba memotivasian diri sendiri dahulu. 

1- niat Kerana allah
2- mencari keredhaan allah
3- umi dgn ayah hantar mengaji tinggi2 bukan untk dpt pekerjaan yang hebat2, tapi untk balik berbakti pada masyarakat.
4- diri ini adalah saham akhirat umi dgn ayah
5- bukan kemewahan yg di cari

APa2 pun.. ikhlaskan diri. Moga allah memudahkan segalanya.

Monday, November 25, 2013

Kem pemantapan huffaz

Seminggu dh berlalu. Dari 17/11- hari ni.. 
Bru satu mggu kem. Ad lg baki dua minggu.  Perit jgk nk jg budk2 ni. Tapi amanah tetap kena laksankan jgk.  Scra keseluruhnnya best. Nakal tu biasa la.  Budk bru nak kenal hidup.

Kem pemantapan huffaz. Insya allah kalau semuanya berjalan dgn baik tahun depan kita buat lg. Tp dowg yg akn jd fasi. Tak payh susuh2 cri luar.

Teringin jgk nk upload gambr. Insya allah berkesempatn ti mungkin akn upload jgk.

Waalahu a`lam

Tuesday, November 12, 2013

Belajar

Remember, hidup ni macam dalam bilik darjah.  We learnt a lot in it and in the end, God will decide who pass and who don't.

Monday, November 11, 2013

Ianya tetap berlaku

Jangan berhenti mengalah.
Terus mara.
Allah ada bersama. 
Tetapkan tekad.
Walau berubah itu payah.
Bukan mudah tapi istiqamah.

Pimpin Hati.
Muhasabah diri.
Terkadang apa yang tidak pasti,
Itu realiti.

Aku dekat. Kau dekat.
Terasa erat.
Kau sentuh dengan kasih.
Tanda kau cinta lebih.

Mungkin mimpi jadi realiti.
Kadang realiti tidak pasti.
Mungkin hanya fantasi dan ilusi.
Kadang ianya di realisasi.

Aku perlu kuat.
Aku perlu tekad.
Jangan terjerat.
Janji kau pegangku erat.

Bintu ahmad
1.02 pagi
Isnin

Saturday, October 26, 2013

Andai itu takdirku

Ujian allah datang dalam pelbagai bentuk. Tanda allah sangat menyayangi kita. 

Hadapi dengan tenang. Terima dengan hati terbuka. Moga ada sinar yang menantimu di hadapan. 

Terus mara. Jangan mengalah. Hidup kita bukan atas dunia sahaja. Tapi hidup yg adalah di akhirat.

Perbaiki diri. Muhasabah diri.

Saturday, October 19, 2013

Hidup

Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Belum terlambat untuk mengubah segalanya. Dan belum terlewat untuk berpatah balik pada pangkalnya.

Aku tetap ingin menjadi diri aku. Biar apa pun orang mengata, biar apa pun orang menghina, biar apa pun orang mencerca. Just do what you want to do.

Tuesday, October 15, 2013

Aid adha

Selamat hari raya ea'dil adha kepada semua muslimin dan muslimat. 

Moga pengorbanan hari ini menjadi titik tolak kepada satu perubahan dalam diri kita.

Sunday, October 6, 2013

- keliru -

Keliru dengan pandangan orang yang berbeza boleh membuatkan kita sendiri pening.

Monday, September 30, 2013

-Dah beza-

Kuliyyah quran yg dulu n sekarang jauh beza. Mcm langit dengan bumi.

-Kosong-

Oktober will be coming again!! dh brapa oktober dh sejak ak jd blogger nih!

and dua tiga tahun kebelakangan ni blog ak tersgt lah tak aktif. Tak tau la knp.  Nak kata tak dk idea bercambah je. Haish..

BTW, congratulations tu my sis hazwati becoz Dpt sambung UIA untk wat Daij, diploma undang2 & kehakiman.  Setahun. Tercapai gak cita2 dia nak jd peguam.

Ak??  Entah la.. mati mood dh nak habiskan degree kat kuin. Penat. Tak larat. Org len dh kemana dh, ak still kat kuin g. Kalau ok tu tak pelah jgk.. ni tak ok..

Moga allah mudahkan urusan aku baik dunia mahupun akhirat..

Tuesday, February 19, 2013

- Kembali -



sekian lama menyepi. akhirmya kini kembali. kembali melari-larikan jemari di atas papan kekunci ini.

ketika ini, saat ini, waktu ini. hatiku sepi. barangkali kurang makanan rohani. tidak di cari bagaimana mahu datang sendiri. ya. makanan rohani perlu di cari. sedangkan makanan jasmani juga kita usaha untuk mencari. apatah lagi makanan rohani.

tetapi bukan ini yang hendakku ceritakan disini. ada yang lain menanti.

ah! serabut sekali kepala ku ini.

diam! diam! biar aku tulis di sini. jangan kau ganggu aku lagi! raut wajahku berubah tegang. skrin laptop ku renung kosong. sekosong jiwa dan hatiku kini.

jemariku tidak selincah dahulu ketika menari. rentak jariku semakin sumbang. kekok. seakan baru belajar menari di atas papan kekunci. ah!! monolog apakah sekarang ini???

aku melepaskan nafas kasar. bukan perkara ini yang hendak aku kongsikan disini! bukan ini! aku meraut wajah berkali-kali. pantas aku berpaling. melemparkan pandang ke luar jendela. sawah padi kekuningan. belum ada yang mengambilnya. ah! jangan buang masa. ku lihat skrin kembali. sekali lagi aku melepaskan nafas kasar.

wahai idea. datanglah kemari. buatkan jemariku kini menari kembali.

adus! bagaimana sekarang ini?? apa yang harus aku kongsi? aaaarrrrrrgggggghhhhhh!!! aku benci bila perkara sebegini terjadi.

tanganku gapai mencapai handphoneku. telinga ku sumbat dengan earphone. tiada duka yang abadi. lagu itu menusuk terus ke jiwaku kini. apa jua yang berlaku, kembali kepada yang empunya diri. kembali kepada Ilahi.

jariku menitik nokhtahkan monolog ini. pantas ku tekan publish!