ceritaku

Thursday, October 30, 2008

kesungguhanku

dalam sibuk nak exam, masih sempat lgi untuk aku menghadiri usrah yang telah sekian lama berjalan. bertukar naqibah, bertukar tempat usrah, tetapi yang pasti ahli semakin cool... alhamdulillah, aku masih lagi di beri kesempatan untuk duduk dalam majlis ilmu yang aku rasa susah untuk di beli di mana.

kehidupan berusrah bukanlah asing dalam hidupku. bermula dari kedua orang tuaku yang telah lama bergiat dalam bidang dakwah, usrah bukanlah sesuatu yang berat untuk di jalankan. malahan semakin rancak dalam suasana, persekeliling masyarakat yang semakin ramai.

aku pernah di beri tugas oleh ayahku sendiri untuk turun lapangan, masuk sendiri dalam masyarakat yang bermasalah. duduk berbual bicara bersama mereka. bahkan aku rasa itulah saat paling bermakna dalam hidupku. kerana itu, aku teramat dahagakan ilmu yang bermanfaat untuk aku salurkan pula pada yang memerlukan.

disini, aku berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sealiran. berbincang bagaimana untuk menghadapi masyrakat sekarang dimana akhlak remajanya makin merudum. terkilan, sedih, bimbang dengan perkembangan remaja yang akan menjadi generasi pemangkin negara kelak.

tetapi untuk merubah sesuatu keadaan itu bukanlah sesenang kita mengucapkan kata-kata. bukanlah semudah mengunyah makanan yang ada.

menerima tarbiyah dari Allah adalah paling baik untuk diri aku yang masih lagi serba kekurangan. masih lagi perlukan tunjuk ajar. tapi dalam masa yang sama aku perlu bersedia, bersedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja.

betapa masyarakat sekarang teramat perlukan bimbingan untuk berubah. dan betapa kita perlunya kekuatan untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik.

kita berbicara tentang akhlak terpuji Rasulullah, tetapi kita tidak pernah untuk berbicara bagaimana untuk mengubah akhlak remaja yang makin teruk. kita bercakap-cakap mengenai larangan-larangan ALlah juga Rasulullah berkaitan perkara yang haram, tetapi kita tidak pernah untuk menarik remaja yang makin liar dengan arak, judi dan sebagainya. dimana kita???

harap dapat beri perhatian untuk post kali ini.

peranan kita sebagai seorang daie!!!

Sunday, October 26, 2008

tawakal

PRK baru2 ni dapat pada yang sepatutnya...
alhamdulillah...

selesai segalanya....tapi baru bermula sebenarnya...

exam dah makin hampir...

doa, usaha, ikhtiar tawakal... (DUIT)

selamat berjuanga di medan peperiksaan...

Monday, October 20, 2008

mental

bahang pilihan raya kampus panas sungguh.

ada yang dah main kotor.

ada yang dah tersungkur.

banyak calon terpaksa menghilangkan diri.

ada yang mencalonkan diri untuk kerajaan juga pembangkang.

apa kes???

ada juga student luar negara bertanding.

pantang datuk nenek moyangku.

biah solehah terpaksa diperjuangkan.

kuliah syariah saja hantar calon sebanyak 12 orang.

masing-masing membawa misi yang tersendiri...

kempen selama dua hari sahaja tidak berbaloi.

kepada calon-calon pilihan raya kampus, jangan cuba membawa fikiran sekular masuk dalam kampus.

hidupkan biah solehah yang menjadi tunjang utama kampus.

kita dikenali dengan kuatnya biah solehah.

jangan cuba nak hapuskan biah solehah yang dah bertapuk lama.

jangan cuba nak masukkan pemikiran sekular...

buang undi khamis nie.

khamis ni penentu..

jumpa khamis nie...

istimewa oktober

hari ni hari pencalonan untuk pilihan raya kampus... hari khamis pulak hari megundi..
tak mau citer banyak2...

yang pasti exam sangat hampir....

maan najah untuk diri sendiri..

buat yang terbaik...

tu je....

istimewa oktober sebab my birthday bulan nie!!!!

okey, yang tu je nak gitau.....

tak de bendenyer deh...

Saturday, October 18, 2008

celotehku

haalllluuuuuu.......fieq_ah comey in the house... huhuhu... sjor la nak nulis mende yang tak berfaedah sikit.. hahaha.. maybe tahap mental dah nak down kot. hikhikhik. dua minggu lagi nak exam!!!! buku tak baca lagi. assaiment pun tak siap lagi. mati la aku macam niiiii..... tapi tak der nyor la sampai tension. still cool lagi...kuahkuah.. poyo benor aku nie..'

yang pasti muqarrar sem 5 aku tak dapat habis...hakhakhak... padan muka kau fiqaahhh...

haaaa...ni lagi satu, aku dah dapat cari k.hajat. puas benor aku mencari. jumpa jugak yer... k.hajat, kalau dapat baca blog nih, jangan buat-buat tak kenal plak eh.. tu pun jumpa kat alam maya macam ni la.... fs.. thanks group melele...huhuhu.

ramai lagi kawan-kawan yang aku tongah cari...tapi, menghilang pulak. adus....payah bebenor la kalau nak panggil makan nasik minyak. hikhikhik... perasan sajor lah...

habis je exam ni semester aku nak gi jalan-jalan. sekitar tengganu n kelntan jor... tak jauh... pastu ayah aku ajak gi parlimen plak.. rasa malas je nak jalan KL. bukannya best pun... hahahaha....

pastu bukak sem baru.. sem last tu... doa-doa la aku habis dengan jayanya.... aminnnnnn.....

ok, see u all next post.. salam.

Friday, October 3, 2008

EXAM!!

exam dah nak dekat...assaiment tak habis-habis lagi.. nasib bek muqarrar quran dah habis. rasa macam tak percaya dah taun akhir... sedih la pulak nak tinggal sahabat-sahabat seperjuangan kat sini.. lepas ni mesti payah dah nak jumpa.. masing-masing dah ada plan sendiri. ada yang nak sambung lagi, ada yang nak kerja, erk, ada sesapa yang nak kahwin dah??? jangan lupa panggil aku tau... tak panggil siap ar korang sume...

kadang-kadang rasa macam letih je nak sambung ngaji...tapi aku masih ada lagi impian yang belum lagi tercapai. aku nak amik ijazah, master, phd, phd1 phd2 ada ke???huhuhu...

walau apa sekali pun aku akan buktikan yang aku bukan calang-calang bakal hafizah yang boleh di cabar. aku anak ayah. nak jadi anak yang solehah payah juga sebenanya tau... ehm.. sedih sebab ramai yang masih lagi berfikran negetif dengan orang yang menghafal quran.

dah la, malas nak sedih2 macam nie.. ehm, taun ni aku lapang sikit. aku dah tak pegang apa-apa jawatn dah... lega, tapi sebab di sebabkan kelapangan yang ada ni lah dah membuatkan masa aku banyak habis macam tu ja...

aku ingat lagi kata-kata seorang senior aku, masa yang lapang itu adalah kelalaian bagi seorang daie... allahuakbar!

esok ada majls sambutan hari raya bagi alumni sek ren islam alor setar... bagi sesiapa yang berkelapangan sila la hadir membawa diri anda...aku? malas nak pegi...

Thursday, October 2, 2008

raya yang hambar...

sedih giler.. adik bongsu masuk wad. demam panas pastu terkena jangkitan paru-paru. so dah kena tahan kami semua raya kat hospital saja. hambar sangat raya taun nie. tapi ayah aku cakap nilah kelainan. aku ngn adik-adik yang lain bergilir ke hospital ganti mak aku jaga adik.



jangan sedih-sedih ye adik iman... cepat sembuh, pastu boleh balik rumah..


taun ni pun tak balik kampung. mana-mana pun tak pegi.. tapi ada hikmah di sebalik semua ni. kami adik-beradik rindu sangat kat umi ngan adik iman.. ayah lagi sedih. dia duduk sorang-sorang kat ruang tamu. entah apa yang ayah fikirkan, tapi aku tau ayah sangat merindui umi dan adik iman.


rumah macam hilang seri tanpa umi ngan adik iman. sunyi tanpa leteran umi dan tangisan adik iman. suram sangat. sampaikan tetamu datang umah pun kami semua tak nak layan. sedih sangat.

umi..adik iman...blik rumah cepat tau. kami semua sangat merindui kalian...