ceritaku

Tuesday, December 27, 2011

Ulang Tahun!

29 disember 2007 bermula episod kehidupan seorang blogger baru dalam dunia tanpa sempadan. dah 4 tahun aku menjadi blogger tak bertauliah. apa yang dah aku bagi, apa yang dah aku dapat? macam kosong je. macam aku ni blogger tak berfaedah je. huh! apa yang dah aku buat selama ni? kadang-kadang rasa macam kongsi benda yang tak berfaedah je kat sini. kenapa aku tak kongsi apa yang aku buat. kalau secara praktikalnya, banyak aku buat. tapi aku tak kongsi kat sini. rasa macam rugi je.

esok lusa cukup 4 tahun. aku harap mula januari tahun 2012 ni semua post akan aku pastikan BERFAEDAH!
Insya Allah..


Sunday, December 18, 2011

Fenomena Oley!

satu ledakan kuat telah di hasilkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS dan seluruh krew yang terlibat dalam Filem pendek Oley. kenapa aku berminat dengan tajuk Oley bagi n3 aku kali ni? antaranya... :


  • video paling banyak di tonton dalam sehari. 
  • rata-rata masyarakat sedang memperkatakan tentang Filem ni.
  • Kami Boikot Buletin Utama menerima tempahan baju " Curi Gitar Haram, curi hati tak pe". ayat power oleh penampilan istimewa Matluthfi. memang terbaik. antara daya tarikan Oley ialah penampilan dia la.

  • dan..yang telah menarik minta aku ialah.. sedikit 'kritikan' mungkin... oleh public figure Hilal Asyraf

bila aku terbaca post dia kali ni, sedikit tersentak. dan terkejut. 

ok, pertamanya aku bukanlah yang cerdik pandai untuk memperkatakan tentang Hudud. tapi sebagai seorang pelajar, yang masih belajar. sedikit sebanyak aku teruja dengan terhasilnya Oley ni sebab hati teramat geram dengan video Sembang Rakyat berkaitan hudud. alhamdulillah, Dewan Pemuda PAS berjaya menarik minat masyarakat dengan Oley bagi menjelaskan apa sebenarnya Hudud dan bagaimana hukuman di jalankan. 

baik, dua-dua anak muda yang berbakat besar di atas mempunyai rangkaian peminat yang cukup ramai. Matluthfi dan juga Hilal Asyraf. 

kenapa aku tersentak bila terbaca post Hilal? sebab bagi aku, (bagi aku yang tak pandai ni la) sepatutnya dia tak perlu nak (bagi aku macam kritikan la..) pada ayat Matluthfi. dia bercakap berdasarkan hukum hudud. curi gitar, haram. dalam hukum hudud ada hukumannya. tapi curi hati tak dak.. (kalau salah tolong perbetulkan). 

jadi hati aku masa tu ada sedikit rasa ketidakpuasan hati pada post tu. banyak persoalan dan sedikit terjejas pandangan aku pada Hilal. aku mengikuti perkembangan Hilal dan Matlutfi dari awal. sebab dua-dua orang ni ada kekuatan masing-masing dalam menyampaikan ilmu. ada istimewanya mereka ni. 

aku baca setiap komen di page Hilal. setiap kritikan yang di berikan adalah yang terbaik. mana mungkin kita akan berjaya tanpa ada kritikan. ada yang menyokong, dan ada yang mengkritik. itukan perkara biasa. jadi, masa tu hati rasa ada jugak aku nak luah. tapi macamana caranya sebab aku bukanlah cerdik pandai nak memberi satu hujah atau yang seumpanya. antara komen-komen tu, aku tertarik dengan satu komen ni.


komen ini selari dengan apa yang sedang aku fikirkan. inilah yang ingin aku sampaikan. nasib baik ada yang mampu menghuraikan seperti apa yang bermain di fikiran aku. huh. ini adalah kritikan-kritikan membina. juga peringatan untuk diri sendiri juga.

apa-apa pun komen di atas telah pun di jawab oleh saudara Hilal.



satu lagi kenapa Oley menarik minat aku. sebab dia membuatkan anak-anak muda berupaya bermain kata yang penuh pengisian. masing-masing ada hujah, ada pandangan, ada kritikan, ada pengolahan yang mana semua mereka ini adalah orang-orang yang berfikir. 

 status ayat Matluthfi boleh jadi satu thread diskusi. baguskan? 


apa-apa pun, aku tetap menyokong kedua-dua bakat besar ini. mohon maaf sekiranya telah mengguris hati. aku bukan sehebat Hilal Asyraf dalam menyampaikan kata. hanya insan yang masih menagih ilmu. 

Wallahu'alam.

p/s: lain-lain blog yang memperkatakan tentang fenomena ini ikutsukahatiaku dan nadiahbaharin


Saturday, December 17, 2011

Musim Hujung Tahun

Rentak tarian hidupku 2011 bakal berakhir. Segala ujian tahun ini hampir sudah aku redahi. Bagaimana pula seni cipta tarianku 2012? adakah sama seperti 2011 atau banyak berubah? Segalanya dalam tangan yang maha Mengetahui. Kita merancang, akan tetapi dia penentu segalanya.

Hujung tahun bakal melabuhkan tirainya. seperti tahun-tahun sebelumnya, aku menerima banyak Utusan Raja Sehari. dalam 5 undangan hanya satu sahaja yang dapat aku penuhi.


Alhamdulillah selamat sudah lima masjid di dirikan. moga berpanjangan hingga ke alam abadi. layarlah bahtera demi mencapai keredhaan Allah. 

Gambar-gambar di bawah aku cilok kat FB. =)




ini saja yang ada. lagi dua orang, tak dapat di kesan. 

tamat sudah musim hujung tahun~~