ceritaku

Friday, November 6, 2009

tercabar

adus....tercabar,tercabar n tercabar. tak boleh jadi ni. benda ni sepatutnya aku yang siapkan dulu. tp ex-bos aku plk yg siapkan dulu. dah setahun. rupa2nya dalam diam dia potong line aku. ini tak boleh jadi. cek wan!!!tunggu ambo plk yo.

dia cakap nk bagi aku baca. tapi aku buknlah org yang pertama. tunang dia la org pertama. huhuhu.... tak kisah. janji aku dapt dulu seblum di cetak. fuh... tabik ar bos. lepas ni bleh belanja kawe makan lah yerk.

tetiba rasa nak sambung balik kerja aku yang terbengkalai tuh... ehm, dia tak pa la... ada masa. aku nak curik masa kat mana. kerja kat kuin brtimbun. ceh, alsan je tu. kalau nak boleh buat.

semalam kawan aku antr masj. tanya borg ijazah dia dah sampai belum kat kuin. aku cakap belum. dia balas, allah dah rancang semua ni....aku macam tak sedap ati je. takkan dia tak jadik sambung kuin kot. isk, tak bleh jadi ni. ahad ni aku mesti gi tengok jugak borang dia. sedih ar kalau dia tak dapt sambung sini... tapi kalau betul, mungkin bukan rezeki dia kat sini... mungkin allah dah aturkan dia di tempat yang lebih baik kot......

apa2 pun, kita doa semoga perancangan Allah seiring dgn perncangan kita. semoga allah permudahkan segala urusan aku dan kawan2ku...amin.

Thursday, November 5, 2009

keputusan

ehm...akhirnya. aku jumpa jugak keputusan untuk sambung ngaji. dan pilihanku ialah, kolej univeristi insaniah. dalam bidang ijazah pengajian al-quran wal qiraat yang akan bermula hujung bulan 12 nie... dan, aku akan lompat taun dua, insya Allah....

jumpa gak keputusan... nampaknya, banyka jugk la persiapan yg perlu aku lakukan. baik dri segi mental mahupun fizikal...

hari ni pun adalah hari yg membosankan. cuma pagi tdi terisi la jugak. aku n teman-teman sekerja di minta untuk baca quran 30juz untuk arwah. 3 jam masa diperlukan untuk khtam. alhamdulillah... selesai gak....

petng ni, ehm...aku tgh tunggu studnt dtg tasmi. ada gk yg nak wat syafawi... mungkin lambat lagi kot aku balik petang ni...lagipun hari nikan hari khamis... esok cuti. relax ckit.....

tapi petg ni aku balik sorg... k.nisah balik umah. munirh n k.asiah dh balik dh. aku yg antar tadi... sorg laaaa......

ok. keputusan dh d ambil. semoga Allah tetapkan hatiku. tidak lgi berbolak balik... 14 hari bulan ni besday along n munirah. kitaorg pakt2 nk sambut kat SP sbb nk gi kenduri umh us hakimi...adik dia kawin. 22 ari bulan ni kenduri kawin k.ayu..kat merbok. 19/12 ni plk kenduri k.int n adik dia tikah...satu kelas ngn aku tuh... dua2 dapt org johor... ehm...kawin gak kwan aku tu. mabruk. tahniah dari aku.

insya Allah, kalau sempat, n kalau boleh...nnti2 aku masukkan pic dorng...

kongsi bersama

ciplak dari iluvislam....

terlanjur : Padah Melayan Cinta Monyet


“Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu?” Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.

“Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini” Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.

Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?

Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?

Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.

Allahu Rabbi…!

Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku di kalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.

Inilah yang penulis persoalkan.

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.

Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.

Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.

Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.

Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.

TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS

Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.

Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.

“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat”

Biasa dengarkan ayat di atas?

Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.

Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

“Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu” antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.

Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

Pastinya kenyatan ini dijawab kembali: “Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.



SAY : “NO COUPLE”

Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)

Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.

Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.

Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.

Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. ameen

Wednesday, November 4, 2009

subhanallah...

hari ni saja aku jln2 dari blog ke blog.. jumpa satu blog ni. dia citer pasal arwah adik dia.. sedih sangat sampai nangis aku.. so, aku nak kongsi apa yg aku baca untuk tatapan semua. moga apa yg dia cerita ni masing2 boleh amik iktibar n fikir. kita bagaimana pula....

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).

Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".

Isteri jiranku : Alhamdulillah..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Wassalam

harap kita boleh amik iktibar dari citer sebenar ni. dan aku juga terfikir, kita yg pakai tudung ni adakah telah betul-betul menutup aurat????? renung2 n fikir2kan...

kongsi sikit..

Salam sayang untuk semua. Ehm…just nak kongsi. Sikit je… kelmarin petang lepas selesai urusan luar, aku saja lepak2 dlm kete. Boring.. maklum la. Studnt exam… so, aku dh macam tk dk keje dh la… kalau ikut hati tak mau gi kuin dah…tapi dh kontrak pun smpai hujung bulan ni, so…gagahkan diri jugak. N sebnrnya nak bagi semagat gak kat adik2 aku yg tegh exam tuh…

Tgh2 boring tu, dpt stu masj dri hazwati.. dia pun boring gak.. ehm.. da geng. Ajk dia kuar jap temn aku gi popular.. actually, hari tu aku tak banyk ckp sampai kena tegur kenapa diam je… entah la.. kadng2 hati ni teringt macm2. N diam itukan lebih baik dri bercakap yg bukn2…betul x???

Ada n3 aku pasal taraddud. So, macm tu la aku sekrg. Aku nk sambung ngji lagi. First pilihn ingt nk smbung kat kuin je. Tapi… tetiba rasa macam tak nk pulak… kenapa?? Sebba aku nk satu perubahan dlm hidup. Nak lakukan anjakan paradigma. Nak yang lebih baik… benda ni aku kongsi dengn adik aku hazwati.. dia mintk aku berikn 10 sebb kenpa perlu di luar. Knp tidk kuin… 10 sebb yg tak munasabah aku senaraikan… ehm…

Kemudian dia bagi pendapat dia.. sungguh, aku betul2 terfikir balik. Sebb pendpt dia memang betul. Kalau nak lakukan perubahan, kampus luar lari teruk. Sush nk jumpa biah mcm kuin. Pergaulan yng bebas. Mana2 IPT pun macm tu. Kuatkah aku?? Silap2 aku yg hanyut… dia sendiri yang dpt bnyk tawarn pun memilih kuin sebagai destinasi seterusnya… aku??? Dia cakap lagi kalau dia nk terima tawaran tu pun boleh lagi.. hati aku kalau boleh tak nk la bagi dia sambung luar… tapi aku sendiri nk ngaji luar.. macamana tu? Fuh…parah..

Masya Allah….aku betul2 bingung. Ya Allah…bantulah aku dlm membuat pilihan yang terbaik… jangan kau biarkan aku sendirian…

Borang pun aku tak hantar lagi.. masih lagi dalm simpanan… macamana ni…? Ya Allah, aku betul2 perlukan kekuatan..

Sebelum ni aku pernah duduk sembang2 hal ni dgn kawan2 yang lain. Tapi masa tu masih lagi tgh ngji.. kalau bukn kita yang nak hidupkan biah solehah, sapa lagi? Kalau semuanya lari dari sini.

Balik rumah aku betul2 fikirkan apa yg hazwati cakap. Diam aku sampai kena tegur dgn mak aku. Sampai adik2 aku kat umah pun pelik… tapi aku tetap diam… fikir…fikir…n terus fikir…sampai n3 ni tgh siap pun aku masih fikir.. mungkin betul apa yg adik aku tu cakap.

Cuma….nak lakukan perubahan diri dalam kuin perlukan lebih kekuatan…. Lebihkan pengorbanan. Dan aku amat mengharapkan adanya tangan2 yang sudi membantu memperbaiki diri ini…

Terima kasih Ya Allah kerana mengirimkan aku teman2 yang setia memberi aku harapan, membantu aku dlam apa jua keadaan.. menjadikan aku lebih menghargai hidup ni… tanpa bimbingan driMu…mungkinkah aku tidk sprti hari ini???

maan najah fil imtihan



selamat menempuh peperiksaan dunia to all my studnt.
Allah did not promise that life would be easy, but HE did promise to go with you..
Every step of your life, with him by your side...

usaha ikut kemampuan diri. study biasa, result biar luar biasa. usaha+doa+tawakal=kejayaan.

sentiasa bergantung harap pada Allah kerana dia yang Maha Memberi. do the best.

Take a moment now to dream and to think what you really want for your life.

semoga dpat jumpa lagi untuk semester dpn jika diizinkanNya...
to all my studnt, love u all very much. buat yang terbaik untuk hidup.

tolong agama Allah, insya Allah Allah akan tolong kita...

good luck