ceritaku

Tuesday, July 31, 2018

MEMANAH TRADISIONAL

Bermula dari tahun 2014, aku di amanahkan untuk menjadi guru penyelaras Kelab Memanah Tradisional. nak suruh bimbing memang tak reti la. pegang bow dengan arrow pun tak pernah. tapi akhirnya, bila dah kena tugas macam ni dapat jugak la rasa pegang bow dengan arrow tu. 

Mulanya aku pun tak tau nak cari mana. Tapi alhamdulillah, jumpa jugak guru yang boleh mengajar memanah. Mereka ni dari Kelab Memanah Darulaman. Cikgu Faiz. terima kasih cikgu sudi mengajar anak-anak SEMESTI yang macam-macam ragam ni. 


ni tahun 2014. first batch. hari pertama pendaftaran kelab memanah.


dah pakat-pakat habis mengaji dah depa. bertebaran ke seluruh pelusuk dah pun





akhirnya dari puluh orang yang daftar, tinggal yang ni saja. huhu



masuk second batch, pun xsampai 20 orang. dan memang aku sengaja tak ambik ramai-ramai. penat perang dengan yuran sebenarnya. tu pun ada yang tak bayar sampai keluar sekolah. yang tolong bayar tu aku lah.. haha. 

cuba jugak cari gambar-gambar second batch, tapi tak jumpa. tapi depa ni yang ambik exam memanah sekali dengan first batch. 

bila dah masuk generasi ke-3 dan ke-4 ni lagi la... macam hilang semanagt. aku just follow up dari En. Faiz owner tempat memanah di Wang Tepus tu saja. dari segi kehadiran dan jugak bayaran. haish.. banyak nak kena perbetulkan balik ni. organisasi tak dak. aliran keluar masuk duit tak dak. yang penting resit bukti bayaran tu kena ada. nak buat akaun tu la lambat sikit. 

dan minggu lepas, baru berlangsung pertandingan memanah peringkat sekolah. SEMESTI hantar jugak la dua orang wakil. menang kalah tu biasa la kan. 


haa...dua orang jejak tampan ni. 


ni dia coach2 untuk memanah tradisional. boleh hubungi depa kalau berminat. 



aku dalam fasa menyiapkan design dan baju t-shirt untuk kelab memanah. insya allah tahun depan baju baru la depa... 


yang ni batch tahun lepas. dan sambung lagi tahun ni. alhamdulillah. ada pertambahan pelajar 




Monday, July 30, 2018

KURINDU BUNYI ITU



re-post 2009

lama sangat dah tak blog-walking. hari ni saja blog-walking kat blog sendiri. membaca kembali segala yang pernah di kongsi. rupanya blog ini sudah umpama diari. segala macam peristiwa dah ditulis dalam blog ni. 

sajak ni ayah tulis untuk aku. anak dia yang sulung. yang sudah berusia 30 tahun. sudah mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. ketika sajak ini ditulis, aku sedang berada di dalam tahun terakhir pengajian diploma. 

air mata aku menitis untuk kesekian kalinya
terima kasih ayah. terima kasih untuk segalanya.

Kurindu Bunyi itu– Buat yang disayangi

Kurindu bunyi itu
Yang hampir sering kudengar ketika malam sunyi sepi
Kalimat-kalimat hafazanmu yang menusuk dikalbuku
Kabar tentang kalam yang tiada tandingannya
Bunyi nan indah membius menenangkan jiwa ini.

Kurindu bunyi itu
Ketika ku sedar dari lamunan mimpi di malam dini hari
Yang pernah terdengar alunan suaramu dari kamar tidurmu
Suara serakmu yang menusuk digegendang telingaku.
Lengang lenggok irama bacaanmu yang membuatku tersenyum sendirian.

Kurindu bunyi itu
Nyaring, rendah, indah, shahdu, bergema
Ketika hafazan itu diulang, diulang dan diulang tanpa jemu.
Dikemuncak ketika dipenghujung kuliahmu,
Bunyi itu tetap berirama semahunya
Tanpa jemu , tanpa peduli apa yang berlaku disekitarnya,

Kurindu bunyi itu
Moga bunyi itu tidak akan henti buat selamanya,
Kerana ku rindukan bunyi itu,
Ku amat mengharapkan bunyi itu diperdengarkan
Tanpa bunyi itu hidup ini terasa sepi sekali
Bunyi yang membina kekuatan insaniah dan rohaniah
Karena itu wahyu dari Tuhan Seluruh Alam.

Teruskan sayangku, Anakku,
Ayah mengharapkan bunyi it terus bergema
Bergema tanpa jemu di teratak kita yang semakin usang itu,
Biar bunyi itu sahaja yang bergema melawan cengkerik di malam hari,
Cukuplah hadiah bunyi itu yang diberikan pada ayah yang semakin tua ini.
Terima kasih bunyi dari kalam yang maha suci.
Sungguh ku amat merindui bunyi.

Ibnu Qassim,
Pengapit batu,
12 April 2009.






NESCAFE COLD BREW


Hari tu tertengok iklan kat tv pasal nescafe yang baru. punya la nampak macam sedap. try la beli satu. Nilah kali pertama minum nescafe tapi tak lalu kat tekak. dan nilah kali pertama minum nescafe yang tak sedap. aku tak tau nak terjemah macam mana rasa dia. lain orang lain citarasa dia. haha

sebenarnya bukan nak cerita nescafe ni sangat, tapi time tengah minum tu ada sekali umi aku. dia pun try jugak. bila aku cakap tak sedap, tak macam nescafe yang lain terus dia buat perumpamaan sendiri. kalau sama semua tak ada la kelainan dia. baik minum yang sebelum ni. haha. hamboih umi. kemain no perli.

dia cakap lagi, macam tu la dengan situasi kerajaan sekarang. kita asyik dengar orang komplen sana, komplen sini. bising sana, bising sini. bangkang sana, bangkang sini. kalau sama ja baik tak payah tukar kerajaan. haha. bila tukar dan ada kelainan sampai netizen2 ni dok bising sangat maknanya berjaya la pertukaran tu. haha. politik semua ni! aku pun anggukkan saja...

tapi kalau tanya aku mana yang sedap.. ceh sempat lagi mencelah haha

haaa...mau tau la kalau minum yang ni. kena syarah dengan my mom sebab selalu sangat minum 3in 1. tapi sedap........

satu lagi kalau pegi mana-mana, mesti capai nescafe ice. 
minum ni sebab terpengaruh dengan lecture aku time study dulu. amboih bukan kemain dia layoq ayaq ni depan kami dulu dalam kelas... mentang-mentang dia lecture hahaha. end up aku terjebak dengan nescafe ni sampai sekarang. ha tepuk!! 

cuma sekarang, dah banyak kurang minum minuman macam ni. kesihatan kena jaga. kalau dulu lagi kerap minum, sekarang dah banyak kurang. minum tu minum jugak, tapi tak ada la macam dulu. 

tahniah nescafe. 

MAHARAJAN ILDUL ILMI

MAHRAJAN tu maksud dia Karnival. tapi tahun ni memang betul2 tak rasa macam karnival. hambar sangat program. tak teratur. pandai betul aku komen. haha dah time post-moterm xdak. komen je memanjang.

kalaulah, ni kalau la kan.. KALAU ok. kalau! program ni bekerjasama dengan semua badan yang ada dalam kompleks tu rasanya insya Allah akan lebih meriah dan menarik. akan ada lagi banyak program dan akan lebih banyak gerai jualan.

dah la tahun ni Menteri Besar Kedah yang mai rasmi. haish...

kesian tengok budak-budak yang meniaga tu. tak balik untung rasanya. hari last katanya bagi free ja.

belanja gambar sikit. ada lagi ni. tapi tak masuk lagi.

ni budak2 form 5. tahun ni tahun last depa

ni pun form 5 jugak

ni pandangan atas gerai. walau tak banyak, tapi menarik jugak..

pertandingan mewarna bagi Taski Abim

kena buat bagi ramai lagi tahun depan

ni barisan guru-guru dengan vip yang mai 

pakat-pakat nak bergambar dengan kereta MB Kedah oiii..

Handsome MB kedah. depa la kata.....

MB kedah check barisan sat

kenangan jugak MB kedah dok atas pentas sekolah

frame yang mai dari orang jauh. Paksu Mad Isa punya qeja huhu

ala kullihal, kalau kita merendahkan ego dan bekerjasama dengan semua badan yang ada untuk menjayakan karnival ni, insya allah hasil yang kita dapat lebih besar impak dia. bukan saja pada sekolah, tapi pada kompleks pendidikan itu sendiri. ni sekadar pandangan peribadi aku. tidak mewakili mana-mana pandangan orang lain pun.

jauh sudut hati, aku nak tengok kebersamaan dalam kompleks ni. tapi rasanya macam agak mustahil.
AKU HANYA RAKYAT BIASA YANG NAK TENGOK SESUATU YANG LUAR BIASA!

Friday, July 27, 2018

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMESTI



Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah
Hamdan wa syukran lillah.

Untuk kesekian kalinya SEMESTI telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran untuk pelajar-pelajar yang dah khatam hafazan 30 juz.

Tahun ini adalah tahun yang ketiga majlis khatam berlangsung bersempena Mahrajan Ildul ilmi peringkat sekolah kali yang ke4.

Wednesday, July 25, 2018

REZEKI

alhamdulillah,
rezeki allah tak pernah salah tempat. aku pernah cerita pasal rezeki jodoh. sebab aku melalui proses pertunangan dua kali. sesi taaruf tiga kali. alhamdulillah kawin moga-moga sekali ni saja la.

aku kongsi kisah aku sendiri secara ringkas di sini. dan apa yang mengembirakan aku ialah, kisah ini akan dibukukan sekali bersama kisah-kisah motivasi rumah tangga dari barisan penulis yang hebat-hebat belaka. nanti bila dah keluar aku akan update di sini.

ala kullihal, semuanya rezeki yang tak pernah salah alamat. dan sepatutnya kita bersyukur dengan setiap apa yang dah Allah berikan.


keluarga kecik aku. alhamdulillah. allah izinkan dua orang hero ni hadir dalam hidup aku.

Tuesday, July 24, 2018

SEMESTI: ZAKAT NEGERI KEDAH

Assalamualaikum

tajuk dah macam tajuk nak berdebat pulak. baik, seperti yang di janjikan sebelum ni. aku nak explain pasal zakat negeri kedah untuk pelajar SEMESTI. 


mula tahun ni, lembaga zakat negeri kedah mula memberi zakat kepada pelajar yang datang dari keluarga kurang kemampuan. yang ni boleh cari sendiri atau tanya sendiri dengan pegawai dia untuk maklumat lanjut. 

jadi, oleh sebab tu kami di SEMESTI telah menjadi salah sebuah sekolah yang menerima bantuan zakat dari Lembaga Zakat Negeri Kedah. untuk tahun pertama ni, seramai 9 orang pelajar yang akan menerima bantuan zakat. setiap bulan zakat akan masukkan sebanyak RM300. jadi, untuk yuran pelajar semesti yang terpilih ni kira settle la. 

sebenarnya zakat negeri kedah nak bagi ramai lagi, tapi memandangkan yang hanya berkelayakan tak ramai, jadi pihak zakat minta semesti cari lagi untuk tahun hadapan. so, benda ni akan berterusan sampai pelajar tu habis belajar bukan saja takat sekolah menengah tapi sampai dia HABIS BELAJAR. 

JADI, kalau seandainya ada yang berkeinginan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar, boleh la dapatkan borang di pejabat. dan seandainya pelajar itu layak untuk mendapat zakat dari Lembaga Zakat Negeri Kedah, insya allah pihak sekolah akan usahakan untuk itu. 

zakat nak bagi ni pun kira rezeki allah. alhamdulillah. 

KEHIDUPAN BARU

Assalamulaikum.

lepas dua tahun tak update apa-apa isu atau berita atau apa saja. rasanya boleh mula balik tahun ni.

sebenarnya, kehidupan selepas berkahwin agak sibuk. kehidupan yang berubah sekelip mata. dengan Allah hadirkan rezeki anak awal. alhamdulillah.

tahun 2014 sambung buat degree di Open Universiti Malaysia. bidang pengajian islam. hari tu masa di kuin mengaji tak habis. empat tahun habis macam tu saja. tapi alhamdulillah ilmu tu dapat. cumanya tak dapat sijil saja.

ambik keputusan untuk sambung sebab semangat nak belajar lagi. insya allah tahun ni atau awal tahun depan selesai degree. ingat nak sambung buat master, tapi hari tu sembang dengan pihak OUM depa cadang supaya sambung buat dip pendidikan dulu. baru sambung master. insya allah akan di pertimbangkan. sebab alang-alang dah setahun saja belajar dip tu. tapi semua bergantung kepada rezeki. ada rezeki untuk sambung, insya allah akan sambung. ala kullihal Allah jua sebaik perancang.

kahwin pun sebenarnya rezeki. allah bagi rezeki suami yang baik. keluarga mertua yang baik. rezeki anak. bahagia tu pun rezeki. jangan pandang kesenangan tu saja rezeki. kan kan kan. sihat pun rezeki.

meh nak promote kedai husband. dia buat printing banner di sungai petani. betul-betul depan UTC sungai petani. berdekatan dengan stesen bus. dekat juga dengan stesen KTM. lepas kahwin ni dia berulang naik KTM.

kalau nak tengok design boleh klik sini.


ni kedai dia. boleh kalau sapa-sapa nak cari kedai printing. kualiti insya allah terjamin.

ha memadangkan husband kedai printing banner, aku kira dah jadi agent untuk depa la. apa saja program mesti tempah sini. dari banner, buku program, sticker. semua sini ja. alhamdulillah pengetua puas hati dengan design depa. jadinya, banyak job masuk. tapi yang syoknya, banyak dah job yang masih lagi tak claim sekolah. huhu. mudah sungguh la. nak kena buat dah claim ni.

untuk program terbaru, minggu ni. hari Mahrajan Ildul Ilmi. atau hari anugerah cemerlang. katanya MB Kedah nak rasmi. kalau tak ada aral, insya allah dia la rasmi. kalau dak mungkin wakil MB yang rasmi.

ni salah satu program sekolah yang buat design dengan creative designer. program ni tiap tahun buat.

yang untuk promosi semesti. cerita dia, sekolah menengah sains tahfiz alor setar bukak peluang kepada semua pelajar-pelajar tahun 6 bagi tahun 2018. bagi sesiapa yang berminat untuk sambung belajar di SEMESTI, lembaga zakat negeri kedah akan memberi zakat kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. zakat ini akan di beri setiap bulan sebanyak RM300 seorang. jadinya untuk yuran sekolah alhamdulillah tak perlu bayar dah untuk belajar di sini.

pasal zakat ni rasanya nak kena buat entri baru. nanti kita buat posting baru khas untuk cerita pasal zakat ni.




Monday, July 23, 2018

I'M BACK

assalamualaikum.

dah lama tak menulis di sini. last update 2015. tapi blog ni selalu ja jengah. harap dapat bertahan untuk tahun-tahun mendatang. blog ni betul-betul jadi macam diari. apa saja yang terlintas semua cerita.

2015
- 1 Julai ( sesi taaruf.. )
- 10 Julai ( bertunang.. actually kali kedua lepas putus tahun 2014) alhamdulillah.
- 12 september ( akad nikah ) alhamdulillah.
- 19 september ( kenduri belah aku )
- 20 september (kenduri belah husband )
- november ( tok meninggal. satu2nya tok yang ada ) al-fatihah.

2016
- 6 jun ( lahir anak pertama )

2017
- tak dak anak kedua lagi...

2018
- i'm still a mother for my son.
Ahmad Ziyad bin. Ahmad Mujahid (dah dua tahun pun dia)


introduce my son and the only son. adik-adik dia insya allah coming soon. alhamdulillah..