ceritaku

Tuesday, July 24, 2018

SEMESTI: ZAKAT NEGERI KEDAH

Assalamualaikum

tajuk dah macam tajuk nak berdebat pulak. baik, seperti yang di janjikan sebelum ni. aku nak explain pasal zakat negeri kedah untuk pelajar SEMESTI. 


mula tahun ni, lembaga zakat negeri kedah mula memberi zakat kepada pelajar yang datang dari keluarga kurang kemampuan. yang ni boleh cari sendiri atau tanya sendiri dengan pegawai dia untuk maklumat lanjut. 

jadi, oleh sebab tu kami di SEMESTI telah menjadi salah sebuah sekolah yang menerima bantuan zakat dari Lembaga Zakat Negeri Kedah. untuk tahun pertama ni, seramai 9 orang pelajar yang akan menerima bantuan zakat. setiap bulan zakat akan masukkan sebanyak RM300. jadi, untuk yuran pelajar semesti yang terpilih ni kira settle la. 

sebenarnya zakat negeri kedah nak bagi ramai lagi, tapi memandangkan yang hanya berkelayakan tak ramai, jadi pihak zakat minta semesti cari lagi untuk tahun hadapan. so, benda ni akan berterusan sampai pelajar tu habis belajar bukan saja takat sekolah menengah tapi sampai dia HABIS BELAJAR. 

JADI, kalau seandainya ada yang berkeinginan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar, boleh la dapatkan borang di pejabat. dan seandainya pelajar itu layak untuk mendapat zakat dari Lembaga Zakat Negeri Kedah, insya allah pihak sekolah akan usahakan untuk itu. 

zakat nak bagi ni pun kira rezeki allah. alhamdulillah. 

No comments: