ceritaku

Tuesday, June 9, 2026

::TENTANG KEHIDUPAN::

 

Sungguh nak konsisten menulis di blog sekarang ini teramatlah susah. Tak sama macam Ketika zaman belajar dulu. Walaupun zaman belajar dulu kalua di lihat Kembali segala bentuk penulisan keluar dalam blog ini. Malu pun ada bila baca Kembali. A’la kullihal aku masih bersyukur kerana menulis masih menjadi terapi aku sekarang ini. Banyak juga aku menulis sebenarnya tetapi tidak pernah aku publish di sini. Mungkin zaman blog sudah berlalu kerana sekarang ini sudah ada lambakan jenis social media yang boleh menjadi tempat perkongsian dan mungkin juga orang sekarang sudh kurang suka membaca  penulisan yang Panjang-panjang. Mungkin.

Bila dilihat Kembali rupanya setahun sekali posting yang aku lakukan. Menulis tidak menjadi kewajipan aku sewaktu kini. Rasa rugi kerana terlepas banyak perkara untuk di Kongsi. Dan aku menulis di sini untuk diri aku sebenarnya. Apabila membaca Kembali seperti aku membaca diari walaupun penulisan di sini bukan berbentuk diari. Tetapi cukup untuk menceritakan sedikit sebanyak apa yang telah berlaku kepada aku.

Permulaan blog pada tahun 2007. Dan sekarang 2026. Hampir 20 tahun sudah kewujudan blog ini! Masya Allah. Bukan satu tempoh yang singkat untuk bertahan. Tetapi masih bertahan dan aku cuba untuk menulis Kembali tetapi aku tak berani sama sekali untuk berjanji akan menulis selalu.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang Ziyad. 6/6/2026 yang lalu genap umur Ahmad Ziyad 10 tahun. Alhamdulillah dia membesar dengan jayanya. Haha dah sama naik dengan ibu dia dah. Ingat tak sewaktu aku menulis posting yang lepas, tahun 2024 dia berimpian untuk jadi pengawas sekolah. Mungkin bukan rezeki dia untuk menjadi pengawas sekolah tetapi rezeki dia untuk menjadi pengawas sakhsiah. Aku tak pastis ama ada perlantikan dia itu Adalah sebab kelayakan dia atau pengaruh opah dan wan dia. Haha. Aku tak boleh nafikan perasaan itu. Tetapi aku percaya kepada kebolehan dia. Itu aku pasti.

Banyak sebenarnya aku belajar dari kehidupan dia. Pelajaran yang kadang tidak aku dapat dari orang dewasa. Tetapi aku rasa kadang kehidupan kita sebenarnya memang begitu. Tidak semestinya Pelajaran itu dari orang yang lebih tua, atau lebih makan garam dari kita. Kadang-kadang Pelajaran itu datang dari seorang anak kecil yang masih belum akil baligh. Dan kita tidak perlu terlalu ego untuk tidak mengambil Pelajaran tersebut. Bahkan aku sendiri rasa sangat bangga apabila aku boleh merendahkan diri belajar perkara kehidupan dari seorang anak kecil. Apa yang diilhamkan kepada dia itu semua dari Allah. Dan mungkin anak sekecil itu Adalah sebagai pengantara Sahaja. Samada kita ini sebagai orang dewasa nak ambil itu sebagai pelajaran atau membiarkan ianya perlalu perlahan-lahan dan menelan kepahitan kehidupan.

Terima kasih anak untuk semua Pelajaran kehidupan yang telah awak Kongsi dengan ibu. Terima kasih Allah kerana memberi satu pinjaman yang sangat bermakna untuk kehidupan kami suami isteri. Kerana sesungguhnya kami berdua banyak belajar dari seorang anak kecil ini dalam kehidupan kami.