ceritaku

Saturday, November 29, 2008

seronok bebenor....

sekarang nie aku kat KL. umah ayah aku.... maklum la.. dah tukar pekerjaan nie, kena la ada rumah baru. senang nak berulang. ayah aku balik kedah pun seminggu sekali je... family aku gi kl awal seminggu dari aku. saja nak post gambar dorang. seronok bebenor naik kereta api. saja ayah ak nak bawak naik kereta api... asyik gi dengan kete je...
ayah dgn adik iman

angah ngan adik iman


adah with alang
my mom with adik imanpujah, iman n sumayyah

acik with adah

ateh



cuti2 jugak... jangan lupa kat angah yang kat poli tue...sian dia tak dapt ikut cuti... dia tengah exam sekrang. ehm, for u angah, ma'an najah n try da bes 4 ur final exam. jangan main2 noo..... get da bes ur result.

Tuesday, November 25, 2008

kolam susu


citer ni ak dapat dari laman iluvislam...lepas ni renung-renungkanlah....


Pada zaman dahulu kala, ada seorang sultan bernama Alam Syahbana telah memerintahkan hamba-hamba istana supaya mengorek tanah untuk membuat sebuah kolam yang sederhana saiznya.


Setelah kolam tersebut siap, Sultan Alam Syahbana memerintahkan rakyat jelata untuk mengisi kolam tersebut dengan segelas susu awal lembu setiap seorang pada waktu malam ketika bulan sedang mengambang.

Ada seorang lelaki bernama Awang Selamat telah mendengar titah perintah tersebut dan bersegera pulang ke rumah untuk membuat persiapan segelas susu awal lembu. Tiba-tiba Awang Selamat telah mendapat satu idea yang dirasakan baik. Awang Selamat bercadang untuk membawa segelas air kosong sahaja dengan beranggapan tiada siapa yang akan tahu dan melihat kerana malamkan gelap...

Seperti yang diperintahkan, ketika bulan sedang mengambang, setiap seorang rakyat jelata tanpa mengira usia dan darjat masing-masing menunaikan perintah Sultan Alam Syahbana.
Pada pagi keesokan harinya, Sultan Alam Syahbana ingin melihat kolam tersebut kerana ingin melihat hasilnya. Tetapi alangkah terkejutnya Sultan Alam Syahbana apabila melihat kolam tersebut dipenuhi air kosong bukannya susu awal lembu seperti yang diperintahkan. Kemudian, Sultan Alam Syahbana pun pulang ke istana dengan perasaan yang hampa.

Sahabat-sahabat sekalian... Kenapakah peristiwa diatas berlaku??? Tidak lain dan tidak bukan kerana masing-masing berfikiran seperti Awang Selamat, "Aku tak perlu bawa segelas susu awal lembu tu.. buat apa? membazir... kalau aku bawa air kosong pun tak menjejaskan apa-apa kerana orang lain tak tahu. Biarlah orang lain yang membawa susu tu".

Sahabat-sahabat sekalian... tanggungjawab 'Amar Maaruf dan Nahi Mungkar' adalah agenda kita bersama sebagai seorang muslim. Marilah kita menyambung mata rantai perjuangan Islam yang telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. lagi. Kalau bukan kita siapa lagi??? Renung...renungkanlah.

dakwah-WAJIB

wajib berdakwah walau diri belum sempurna.

ramai dikalangan kita mengetahui hakikat ni. tapi berapa ramai yang tak nak m'libatkan diri atas sebab beberapa kekeliruan... antaranya:-
  • menanti kesempurnaan diri sebelum berdakwah-kenapa? setiap org sempurnakah? kita bukannya nabi.... konon-kononnya sebab berasakan diri kurang amalan, tak cukup mantap sebab banyak kelemahan. imam Said bin Jubair "jika seseorang tidak mahu mengajak kepada amal ma'ruf nahi mungkar sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada kebaikan." imam Malik pun setuju dengan pendapat Iman said. "Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?"
  • Imam Al-Hasan " siapa diantara kita yang telah melaksanakan segala yang diseru? syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak adfa sesiapa pun yang mahu mengajak kepada amal ma'ruf nahi mungkar.

justeru dengan itu, nabi bersabda "barang siapa bagi setiap individu yang melihat kemungkaran hendaklah di cegah dengan tanganya, jika tidak berdaya cegah dengan kata-kata, jika tidak berdaya cegah lah dengan hati, dan mencegah hati adalah tanda-tanda selemah iman...." diriwaytakan oleh Imam Muslim.

banyak lagi hadis serta kalam suci Allah yang menyuruh kita mencegah kemungkaran... kalau kita nak tunggu kita sempurna...sampai bila? sebab itu dalam kita mencegah kita belajar memperbaiki diri... bukan still di tapuk yang lama...

tak salah kita memperbaiki diri... kurangkan kekurangan dri... ingat, kita di pertanggungjawabkan ke atas diri kita sebgai daie... walau pun sekecil-kecil teguran, tegurlah. tak rugi walau sesen pun...

jaulah terengganu-kelantan

malam 21 kitorg brtolk oukul 9. sampai di udm kira2 pukul 5.30 pg...

solat subuh, sarapan n terus jalan2 sekitar tengganu...


sedih tak dapat turun kat muzium kesnian islam... dah majoriti tak mau turun... geeram,geram,geram... tak baik ooo wat cam gini... tapi kurang2 marah aku tak la kritikal. sebab boleh amik gambat lagi...

yang ni gambar masa kat masjid terapung... tapi apa yang terapungnya??

tapi...dalam kita berseronok, aku teringat ayat allah "Kita merancang, Allah pun merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih sempurna..."

kita merancang untuk berseronok, dalam masa yang sama, allah menguji tahap keseronokkan kita tu... seorang shabt aku dapat berita ayah dia sakit. waktu tu kitorg masih lagi di terengganu. on the ke klntn...

sampai kota baru, amik tiket untuk sahabt ni, malam tu pukul 9 terus dia gi KL... esok tu dia gitau ayah dia koma...

alhamdulillah, malam kitorg smpai kedah dia gitau ayah dia dah sedar...

doa2 supaya Allah permudahkan segala urusan mereka....

Wednesday, November 19, 2008

dah habis exam!!!!!

cuti2...tapi tiga minggu je.... nak tasmi'. tapi boleh seminggu je...sedih.....

nak gi terengganu kelantan...jumpa tok guru...lawat maahad tahfiz, jalan2...

pastu, balik nak tasmi... seminggu...

habis tu gi kl plak.... umah ayah kat sana....

gi sorang-sorang....sedih.... mak ngn adik2 dah ada kat sana...maklum la cuti sekolah...

pastu raya haji...

bukk sem bru.... sem last...

sedih nk tinggal kawan2...

okey, jumpa nnti...

post kali ni tak menarik. ada benda nk kongsi, tapi nnti2 la...
salam....

Saturday, November 1, 2008

takku duga


Saat pertama aku mendengar namanya, aku dapat rasakan bahawa dia seorang yang berpewatakan lemah-lembut. Falihin Anak sulung yang sekarang sedang menuntut di Syria mendapat pendidikan di Mua’sasah sama sekali aku tidak kenal apatah lagi bertemu. Hanya bercerita melalui sahabat aku sahaja.


Dia melanjutkan pengajiannya pada tahun lepas (2007) bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangannya. Selepas beberapa bulan, maknya di sahkan mengidap leukemia tak silap aku. Dia yang berada di Syria langsung sama sekali tidak mengetahui akan penyakit maknya.


Ada beberapa kali dia menghubungi ayahnya untuk bercakap dengan sendiri dengan maknya, tetapi ayahnya sering memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan anaknya bercakap dengan maknya. Bukan bermaksud si ayah tidak menyukai, tetapi permintaan si emak supaya tidak mengkhbarkan kepada anaknya dengan harapan tidak mahu mengganggu pengajian anaknya nun jauh di bumi anbiya’.


Melalui perkhabaran adik sahabat aku yang juga teman rapat Falihin di sana, dia sering kali menangis. *aku berharap dia dapat melalui ujian Allah ini dengan tabah..


Maknya langsung tidak mahu memberitahu penyakit yang dihidapi kepada anaknya. Biarlah anaknya dapat menyambung pengajian dengan selesa. Sewaktu Falihin cuba menghubungi ayahnya untuk bercakap dengan emanknya, ketika itu emaknya sudah tidak boleh bercakap.


Sakit mengejut dan berterusan akhirnya membawa kepada ajal emaknya pada hari jumaat bertarikh 31 oktober 2008 bersamaan 2 zulkaedah 1949H. namun, berita kematian emaknya langsung tidak diketahui oleh si anak di rantauan. Sedih, sayu.


Aku yang mendapat berita kematian emaknya terus langsung sedih teringatkan dirinya yang berada di bumi anbiya itu. Apakah perasaannya? Dia kemungkinan akan pulang pada bulan 6 tahun depan. Tapi pada waktu tu,…..


Ayanhnya merancang untuk memberitahu kematiannya sewaktu dia pulang pada bulan enam nanti.


Aku harap dia dapat melalui semua ini dengan tabah. Ingatlah bahwa allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kemampuannya.


p/s: maaf bebanyak sebab ayat terlalu skema.