ceritaku

Wednesday, October 28, 2009

kelahiran

26 okt yg leps hari kelahirnku. saj akt tk postkan apa2 untk trikh tu. just doa moga allah permudhkan sgla urusanku. kalau boleh aku nk lahir semula. nak mula semula. tapi... huhuhu

sedih gk sbb umur bertmbah maka ajal makin dekat. amal tak bnyk mana pun... pagi tu aku bangun, sblum gi keje aku muhasabah kejap diri aku. apa yg aku buat sepnjng hidup aku. apa sumbangan aku pd agama. so, ari tu aku pakai serba hitam. berkabung dengan hidup lalu untuk mula yg bru. kelakar plk rsa. tak kisah la.

ramai yg wish. thnaks untk semua... sebb ingt aku. kalau taun lepas, aku dpt hadiah dri sahabat2 aku berupa jm tangn. dah setaun jam yg aku pakai sekrg. aku tak meghrp apa2 pun. hanya doa mengiringi setiap perjalann hidupku.

taun ni, aku dpt sebtg pen dri along. buku ilmiah (rahsia dan keajaiban ikhlas kerana Allah) dri adik aku Hazwati (sja nk abadikan nama dia kat sini), novel islamik diimport dri acheh neggaro salam hadiah dri ardiani, saudara aku yg kat sana.. salam syg untuk smeua. masj2 wish aku anggap sbg hadiah jg...

nak kongsi apa yg jadi ari tuh. pg tu aku dapt masj dr ayah minta dia emailkan pengalaman menjadi anak wakil rakyat n nyatkan sifat dan sikap ayah ketika bersama keluarga. ayah kata wartawan siasah minta. tak sempak aku mula, adik2 aku dtg nk bg extenal hard disk aku. n downg ckp nk g pekan. dlm hti aku hrp down bleh blik sebelum kels tasmi la..

elok adik2 aku tu pegi, along ajak gi amik frame yg dia n k,inat tmph. kuar la aku dgn along n k.hani. sampai satu msj, adik2 aku td minta tolong amik dowg kat pekan. aku ok je. dlm kepla aku jus t nk downg sampai cepat. terus gi pekn amik frame.

pastu along minta tolong amikkan adik2 dia kat hospital. irfan n k.chik.. path blik ke hospital, terus balik. singgah KH beli bers along. n terus antr adik2 dia bnlik umah. pusing untuk balik ke KUIN antar along n k.hani. terus lajak balik plk ke pekn.

adik2 aku minta amik dowg kat KFC. dlm hati aku tak dk yg lain dh..... sian dowg. lama gak tunggu aku. sejam jugk la... downg sambut birthdy aku kat situ. terharu aku. waktu tu dh pukul 2. teringt k.ina minta belikan dia moi sup. dia nk makan pkul 3. dlm hati aku kata insya allah sempt. sembang, makan...terus balik. thanks hazwati and Muf. tak tahu nk cakap apa. sedi, terharu... hazwati. kamu memang ingtkan us pd kawan us yg len.....

terus aku singgah medan. sedihnya. sume kedai cakap dh habis moi sup. aku pun call k.ina tanya. dia minta aku beli kat mrybrown. k.ina punya pasal... no hal. jalan terus. sampai kt kuin dlm kul 4. bagi moi kat k.ina. terus aku lari masuk bilik aku. kejar waktu zohor laaaa.....

letih gak ari tu. habis solat, studnt dh tunggu nk tasmi. ada la 2 3 org. habis studnt, bukk laptop. antar email yang ayah minta pgi td. harp2 ayah tk marh. pastu, asar kat pejabat baru gerak bali umah...

26 okt yang letih. tapi kurg2 masa aku terisi. nevr mind...

Saturday, October 24, 2009

seharian yg suntuk

dh lama tak bleh nk masukkan pic. knp tah... nak kata laptop maslh, tak jugk. nak kata blogger maslh, entah la.. sedih gk la tak dpt nk msukkn pic. whtever...

ari ni, saja nk kongsi. pgi tdi kuar umah, antar kawan gi pekan. terus gi kuin jnji ngn adik2 aku from fakulti multimedia. ingt dpt jumpa dgn amira sekali, tapi dia tak dtg plk.. sian adik aku yg sorg tuh. tak pa, mybe tak jdi rezki ari ni. pagi tu dorg da nak serah borg ptptn. so, tak dapt jumpa aku dgn adik2 aku tu.. tak nk ganggu urusan rasmi...

janji jugk aku dgn adik2 aku dari kuliyyah syariah... bwk dorg jaln2 tegok kedah. bukan main hepi lagi. mcm2 gaya posing dorg. ingt bnyk tmpat lagi nk bawk, tapi kesuntukan masa kat jitra. cari tasik yg nak gi tu tak jumpa.... tapi seblum tu dh g muzium padi. singgh jgk kat pusat sains, tapi tak masuk pun. macam tak menarik je.. entah la..

singgah solat n makan, baru jumpa tasik tu.. tapi ptg. panas la.... duduk2 lepak. biarkan adik2 aku tu bergmbar. sebelum asar gerak balik kuin. seronok aku bila tengok adik2 aku tu seronok... bak kata budk2 DQ, no word. huhuhu...

gaya nak kuar kuin, terserempak dgn adik2 aku dri multimedia. riuh plk aku dgn dorg.. seronok sgt.. sempat jugk bork macm2 ngn dorg tuh. bergmbar lagi... sakan benor.. lepas bas dorg datg amik, aku pun start enjin kete balik..

tak habis lagi... adik2 aku kat umah ajk kuar shoping.. sampai aku kat umah terus amik dorg g giant. maghrb baru sampai umah. sian adik iman. dia muntah n cirit birt. samapi kurus aku tgok dia.. tu pun gagah nk ikut g giant... iman2...

mghrib, terus usrah dgn family.. makanan rohani jgn lupa... dapat sikit pun jadi la... kurag2 hari aku masih terisi dengan yg berisi jugak...isyak jemaah. alhamdulillah... seharian yang suntuk terisi dengan baik...

kesimpulan, pagi dgn adik2 aku cuba aku eratkan dgn simpulan ukwah fillah.. ptg dgn adik2 aku dr multimedia, cuba aku ikatkan dgn silaturrhim, supaya senang untuk aku monitor dari jauh.. malam aku dgn adik2 aku, tanggungjawab sebagai akak. tak juga aku lupakan...

satu lagi... sian adik aku yg sorang tu. balik dri jln malam tu dia sakit perut. mulanya aku ingt pasal makan tenghari, tapi dia gtw pasl dia tak mkn pagi, terus minum slupy. betul ke hazwati??? no word..... apa2 pun aku hrp dia akan sembuh seprti biasa.. risau gak aku. kang kena dgn akak2 bilik dia...naya aku. huhuhu...

Wednesday, October 21, 2009

boleh ke macam tu?

((ciplak dari kawan))

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat."Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

hayati

Dalam gembira ada sedih

Dalam ketawa ada tangis

Dalam bahak ada sedu

Dalam hilai ada esakan


Aku tidak mampu memilih

Aku tidak tega menahan

Aku tidak daya mengatur

Aku tidak upaya mencorak


Penentunya bukan aku

Penetapnya bukan aku
Pengaturnya bukan aku

Pencaturnya bukan aku


Aku harus terima tanpa pilihan

Aku harus redha tanpa aturan

Aku harus ambil tanpa tahanan

Aku harus telan tanpa sekatan


Jika takdir ini mencengkam

Jika takdir ini mencalar

Jika takdir ini merobek

Jika takdir ini menyiat


Aku hanya mampu berserah

Aku hanya mampu menerima

Aku hanya mampu memohon

Aku hanya mampu berdoa


Pasrah dan redha akan takdir ini..

Aku Berdosa

YA ALLAH,

Kudus hati ku berserah

Serahan jiwaku tanpa ragu

Ikhlas doa ku panjatkan

Pohon ampuni dosaku


YA ALLAH,

Aku insan berdosa

Aku gagal dalam iman

Aku tewas dalam pujukan

Aku kalah dalam godaan


YA ALLAH,

Aku tidak sanggup hadapi nerakaMU

Aku tidak sanggup terima azabMU

Aku tidak berdaya tempuhi laknatMU

Aku tidak berdaya merasa balasanMU


YA ALLAH,

Kau ampunkan dosaku

Kau maafkan salahku

Kau leburkan khilafku


YA ALLAH,

Dekatkan aku dengan syurgaMU

Alirkan darahku dengan nurMU

Tiupkan nafasku dengan udaraMU

Berikan aku tenaga dengan zatMU


YA ALLAH,

Kau sayangilah hambaMU ini

Kau kasihilah hambaMU ini

Kau jagalah setiap langkah hambaMU ini

Kau permudahkanlah urusan hambaMU ini


YA ALLAH,

KepadaMU aku memohon

KepadaMU aku berserah

Tuesday, October 20, 2009

berikanlah aku hidayahMU

Jiwa aku kosong. Entah kenapa kali ini aku merasakan diri aku terlalu sunyi. Bukan hanya sekadar sunyi, tetapi jauh… jauh dari perhatian Allah. Jauh dari rahmat Allah. Jauh dari segala-galanya. Aku betul-betul buntu. Seolah-olah aku kehilangan arah. Dadaku terasa sesak. Sakit yang tidak terzahir. Dosa apakah yang telah aku lakukan? Berat atau ringan? Berilah aku petunjukMu Ya Allah… ampunkanlah segala dosaku Ya Allah… peliharalah diriku Ya Allah dari azabMU yang amat pedih Ya Allah…

Ya Allah… berilah aku hidayahMu. Kurniakanlah aku cinta dan kasih sayangMu. Hadiahkanlah aku ketenangan yang aku cari Ya Allah… ingin sekali aku merasakan halawatul iman Ya Allah… bimbinglah aku Ya Allah…

Aku beruntung kerana dikurniakan ayahbonda yang amat menyayangiku. Membimbing diriku. Memberi didkan agama untukku. Aku juga beruntung, kerana dikelilingi dengan orang-orang yang tersayang. Adik-adikku. Sahabat-sahabatku yang tidak kurang malah makin bertambah.

Kadang-kadang aku merasakan bahawa aku tidak layak untuk berada di atas muka bumi ini. Terlalu banyak nikmat yang telah Kau bagi. Dari awal kelahiranku sehinggalah sekarang. Tetapi, aku banyak sekali membalasnya dengan dosa-dosaku… layakkah aku??
Ingin sekali aku isi jiwaku yang kosong dengan asma’Mu Ya Allah.. bantulah aku. kepadaMU aku berserah. kepadaMu aku bergantung harap.. izinkanlah aku Ya Allah… untuk mencintaiMu.