ceritaku

Thursday, January 19, 2012

KUIN VS AUKU

KUIN VS AUKU!

kenapa aku memilih tajuk ni untuk n3 aku pada kali ni? ada sebabnya. sebelum tu, sini aku nak jelas dulu duduk perkara sebenar.

di bawah ni adalah KRONOLOGI PENINDASAN TERHADAP 6 MAHASISWA KUIN 


sebelum kejadian ni, mantan Presiden MPM, Saudara Faiz Arshad telah berjaya membangkitkan mahasiswa KUIN yang sedang tidur dengan menjayakan PERHIMPUNAN MAHASISWA pada 1.1.11 (tarikh keramat di mana dari sinilah bermulalah segala-galanya).


1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari.Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad(Presiden MPM),dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.

3 APRIL 2011 :  Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari

: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang,berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah Kuliah Quran.Kata 
sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM,Rektor dan Menteri Besar.Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri
Besar enggan bertemu MPM.

4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz

5 APRIL 2011 :  Apabila diteliti segala sumber,surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran.Oleh itu,Pada hari yang sama juga Dekan Kuliah Quran menghantar surat penafian pada laporan pertama yang beliau beri pada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf

: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan buku
mappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa,namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal,berlaku sedikit ketegangan apabila pihak
HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN

6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad ,Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.

7 APRIL 2011 :  Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti.Dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.

21 APRIL 2011 :  Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Dip Tahfiz dipindah kepada Yayasan Islam kedah (YIKED) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal.
: usaha-usaha MPM dan ITQAN untuk menyelamatkan Diploma Tahfiz daripada dikeluarkan dari Insaniah digencarkan

23 APRIL 2011 :  6 Mahasiswa kita,Faiz Arsyad,Aiman Razab,ZukhiLatif,Ahmad Remy,Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi,mengeluarkan kenyataan akhbar,dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).

30 APRIL 2011 :  MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN

2 MEI 2011 : Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz

11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP,telah menghantar surat bantahan terhadap surat  HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta'  HEP pertama tidak sah!
15 MEI 2011 : 'Surat Cinta'  iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.

18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

25 MEI 2011 :  Perbicaraan Terhadap 6 mahasiswa yang di dakwa telah berlangsung.Dan diputuskan 5 daripada mereka di gantung pengajian dan 1 orang didenda
Mohd Faiz Bin Mohd Arshad : Di gantung 2 sem pengajian
Mohd Aiman Bin Che Ab Razab  :  Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Zukhilatif Bin Marzukhi  : Surat amaran dan di gantung 1 sem pengajian
Mohd Azlan Mat Zain  :  Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Ahmad Remi Bin Md Arof  : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin  : Surat Amaran dan denda RM100

atas tuduhan-menyertai demonstrasi,memberikan ucapan dihadapan orang rami menggunakan pembesar suara (speaker corner),dan merayu serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam.

Akhirnya Demokrasi kampus telah dicabuli,suara-suara mahasiswa telah disekat..sahabat-sahabat kita dikenakan tindakan kerana mempertahankan hak anda mahasiswa,apa tindakan anda? hanya sekadar memerhati!! 

ok, dah baca? selepas dari semua kejadian di atas, 6 orang mahasiswa di atas telah memfailkan kes ini untuk di bawa ke mahkamah. tapi, sehingga sekarang masih belum di bacakan lagi kes tersebut kerana 'asyik tunda tarikh'. 

bawah ni pulak secara ringkas untuk keseluruhan yang berlaku..

11.1.2011
  • Himpunan Mega di KUIN
  • Seramai 3,000 Mahasiswa
  • tujuan: menyuarakan masalah Kampus dan Kolej kediaman.
  • satu memorandum serah kepada Rektor KUIN. Dato' Wira Jamil bin Osman 
01.04.2011
  • Demonstrasi didepan kediaman Ar-Razi.
  • Pelajar Kuliyyah Tahfiz KUIN, MPM, staff, pensyarah, dan jawatan kuasa Masjid berhampiran.
  • Tidak puas hati kewujudan Sekolah Insan Bestari di Kediaman Ar-Razi.
03.04.2011
  • Timb. Dekan Kuliyyah Tahfiz dilucutkan jawatannya.
  • kerana sertai demonstrasi pada 01.04.2011.
  • Mesyuarat barisan pengurusan tertinggi KUIN.
  • Laporan dibuat oleh Dr. Azharuddin Sahil(dekan kuliah tahfiz) dan Pn. Kamaliah(PA. rektor)
  • tetapi laporan ini diputar belit.
  • Salah faham berlaku kerana laporan diserahkan kepada MB Kedah oleh Rektor.
04.04.2011

      Kenyataan media oleh MB Kedah berkenaan surat ugutan daripda Pensyarah kuliyyah tahfiz.
      Sumber surat ugutan daripada Rektor KUIN pada 04.04.2011

05.04.2011

ü  Dekan Kuliah Tahfiz mengeluarkan surat rasmi kepada MB Kedah dan staff Kuliah Tahfiz KUIN 
ü  untuk memohon maaf keatas pemalsuan fakta yang dikeluarkan dalam media sinar 06.04.2011. 
ü  3 Mahasiswa MajlisPerwakilanMahasiswa KUIN memohon MB Kedah untuk turun padang ke Kampus KUIN 
ü  Supaya tidak berlaku masalah seperti pemalsuan fakta, “nasi tambah” dari orang tengah. 
04.05.2011

v  Jabatan Hal Ehwal Pelajar kecam 6 Mahasiswa dan akan menerima tindakan.

18.05.2011

> Sekumpulan Mahasiswa dari KUIN atau GMI menghantar memorandum kepada Pej PAS dan Pej PKR bagi membantu aktivis mahasiswa.
> Seramai 30 mahasiswa yang hadir memberi sokongan yang terdiri daripada SMM,MPMN,GMI, dan sebagainya.
> Penyerahan memorandum ini, diterima dengan baik oleh pihak PAS dan PKR.

25.05.2011

* 6 Mahasiswa dibawa ke Mahkamah Insaniah.
* 6 Mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib.


setelah semua ini berlaku... masyarakat kampus KUIN tidak lagi dapat melihat wajah2 pemimpin mereka ini kerana hukuman yang di kenakan. 

sehinggalah apabila bermulanya semester baru kali ini, kesemua mereka telah kembalik, KECUALI mantan Presiden MPM saudara Faiz Arshad. kerana masih lagi dalam tempoh hukuman. 

baik, sikit sebanyak pasal mahasiswa KUIN yang di kenakan tindakan AUKU oleh pihak pentadbiran. 

persoalannya, dimana pendirian Pakatan Rakyat khususnya pentadbiran PAS di kedah dalam tindakan AUKU seperti yang di war-warkan? kenapa masih lagi menggunakan AUKU untuk menghukum mahasiswa2 ini? 

aku tinggalkan persoalan di atas. 

terus aku bawa kisah Adam Adli yang telah mencetuskan gerakan2 mahasiswa yang semakin agresif untuk memansuhkan AUKU. tindakan beliau dengan menurunkan wajah Dato Seri Najib telah menyebabkan beliau di kenakan tindakan tatatertib oleh pihak UPSI dengan menggantung pengajiannya selama 3 semester. dan selama selepas beliau dia gantung, beliau dan juga pimpinan mahasiswa yang lain bergerak aktif ke seluruh semenanjung untuk menerangkan segala isu2 semasa kampus kepada semua yang bergelar mahasiswa. 

dan, pada 17 Januari yang lalu, Adam Adli telah sampai di bumi KUIN bagi menyatakan pendirian beliau juga berdialog dengan mahasiswa KUIN tentang permasalah kini. tapi, bukan ini yang aku nak bicarakan. 

keesokkan harinya pada 18 Januari, Adam Adli dan juga pimpinan2 mahasiswa yang lain berdemo di hadapan pejabat PAS dan menggesa supaya MB KEDAH bersuara menyatakan pendirian berkenaan AUKU. 

mana janji PAKATAN tentang AUKU? 

aku tinggalkan persoalan ini. 

dan....ini jawapan dari MB KEDAH pasal demo semalam. 

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.
Jelas Azizan, isu sama ada KUIN melaksanakan AUKU ke atas mahasiswa yang melakukan kesalahan bukan isu besar sebaliknya ia boleh diselesaikan secara baik.
Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.
"Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada, jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU.
"KUIN adalah di bawah tanggungjawab penuh kerajaan negeri Kedah, keputusan penggantungan dibuat pentadbiran KUIN...dan saya tidak campur tangan sangat dalam hal ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam kumpulan mahasiswa mendesak Azizan menyatakan pendirian rasmi berhubung AUKU yang menjadi matlamat Pakatan Rakyat untuk memansuhkan undang-undang yang telah menyekat kebebasan mahasiswa selama ini.
Lima mahasiswa itu didakwa di bawah kesalahan AUKU kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.
Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.
Tempoh penggantungan empat mahasiswa yang digantung satu semester sudah tamat.
Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata penggantungan lima mahasiswa KUIN itu bertentangan dengan janji dan prinsip Pakatan Rakyat untuk memansuhkan undang-undang itu.
“Kita mahukan satu jawapan rasmi dan permohonan maaf daripada kerajaan negeri Kedah dalam perkara ini, jika perlu bayar ganti rugi," katanya.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan mula disebut pada 12 Mac depan.
Menyentuh tindakan lima mahasiswa itu, Azizan berkata KUIN akan memberikan hujah-hujah di mahkamah nanti.
"Mereka yang failkan di mahkamah, bukannya kita...kalau kita (failkan) kita akan tarik balik.
"Kita akan jumpa mereka di mahkamah, kita akan lihat siapa yang betul," katanya.
Beliau juga menegaskan tidak akan membuat permohonan maaf kepada lima mahasiswa itu sambil menyifatkan "tidak melakukan apa-apa kesalahan."
aku tak mau hurai panjang-panjang... cuma.. sekali lagi persoalan, dimana mahasiswa boleh bersuara? jawab sendiri. 
dan, di bawah ni ada ulasan sikit pasal isu ni. PANDANG SISI MASYARAKAT LUAR.

Dari awal lagi AUKU neh mana pernah relevant dan pas tidak boleh meneruskan undang2 seperti neh atas apa alasan sekalipun. Soal samada ia masih berada dalam peruntukkan undang2 bukan isu dan orang tak hadap benda tue sebagai alasan konkrit pun dalam hal neh sebaliknya apa yang orang pandang dan apa yang aku sendiri rasa ialah ;


1. AUKU = KEJAM = BILA BN GUNAPAKAI IA.

2. AUKU = UNDANG2 YANG MASIH WUJUD = BILA PR GUNAPAKAI IA.

Wahh..
 
Hahahha..

Apa neh? Lawak meh? Kalau begitu maka apa yang berlaku pada adam ialah undang2. Maka apa yang berlaku pada safwan adalah undang2. Maka apa yang berlaku pada mahasiswa selama neh dalam bersih, dalam 901, adalah undang2. 

Bukan kah undang2 auku itu selaras bagi 1 malaysia? Dan bila ia dilabelkan sebagai undang2, maka apa hak pr nak persoalkan apa yang berlaku pada adam? Pada safwan? Pada yuyu? Pada mahasiswa2 yang lain? Apa hak anda? Apa?

Takde.

Takde hak. 

Takde hak langsung dan takde hak sedikitpun kerana anda tidak konsistensasi dalam mempertahankan hak mahasiswa dalam memahsuhkan akta auku dan perjuangan mahasiswa. Auku, yang konon nya undang2 bagi pas neh juga adalah auku yang sepatutnya zalim bila ia digunakan oleh bn. Benarlah kata mahasiswa mereka hanya dipergunakan oleh parti politik semata2. 

Bila mereka menegakkan hak2 mereka dan menuntutnya dari kerajaan, pr akan pongpang2 time tue lah mahasiswa hero, mahasiswa bagus, mahasiswa berani, mahasiswa ratu raja pejuang tulen bagai dan blablablala..

Bila mereka menegakkan hak2 mereka dan menuntutnya pula dari pembangkang, tiba2 mahasiswa neh tiada sokongan, tiada kata2 yang bagus, tiada kata2 semangat, malahan sesetengah dari mereka acuh tak acuh sahaja tapi time bantai polis dalam isu 1 jan 2012 ari tue, mereka2 neh larh yang no 1 lebih over2 berbanding dari tukang yang kena. 

Heran. 

Alasan yang paling best ialah auku sebahagian dari undang2. Time neh lah tiba2 nak hormat dan terima kewujudan undang2 neh. Sebelum2 neh dalam kes adam takde pun. Sedangkan jika ia benar2 atas nama undang2 maka polis seribu kali lebih dari layak, melanyak mahasiswa2 di dalam demo UPSI ari tue. Undang2 ma. 

Jadi alasan neh aku tak boleh. Akal aku tak boleh terima. Ia umpama ISA yang di-pr-kan. Undang2 masih sama, polisi masih sama, digunakan ke atas individu yang berbeza pendapat dari side bn dan ia masih lagi akta yang sama. Ia tidak akan menjadi akta yang baik hanya kerana pr gunakan ia.

Dan lagi, walaupun pun auku masih sebahagian dari undang2, tetapi ia bukan mewajibkan anda menggunapakaikan ia. Kena faham disini. Auku tidak pernah MEMAKSA / MEWAJIBKAN pentadbiran KUIN dalam menggunapakai AUKU dalam menghukum mahasiswa. Dalam erti kata lain, pentadbiran KUIN boleh menolak dari menggunapakai akta neh dalam menghukum mahasiswa.

Pentadbiran KUIN pada bila2 masa boleh sahaja mengingorekan penggunaan akta auku. Mereka boleh pilih berjuta2 hukuman dan resolve ia dengan cara yang lain.  Pasti ada cara dan kaedah yang boleh membawa kepada win2 situation. Cuma nak dengan taknak jek. 

MB kedah sepatutnya boleh menasihati pentadbiran kuin agar jangan menggunapakai akta zalim neh. Walaupun MB kedah tidak campur sangat dalam isu neh bukan pula bererti MB kedah tak boleh bagi nasihat dan bukan juga mewajibkan MB kedah mesti sependapat dengan pentadbiran KUIN. 

Akta auku bukan hanya zalim bila bn pakai. Ia juga tetap dan masih zalim bila pr guna. Auku tidak akan nampak baik hanya kerana pas menggunapakai ia. Ia tetap akta yang zalim dan menindas kebebasan dan hak bersuara bagi mahasiswa. 

Setelah bertahun2 mahasiswa membantah auku dan bersama2 pr pula dalam isu neh alangkah kecewa dan tergurisnya ahti dan perasan mereka bila kawan [pr] sendiri yang disandarkan kepadanya harapan, menggunakan akta neh untuk menafikan hak kawannya [mahasiswa] sendiri?

Apakah dalam dunia neh mahasiswa hanya boleh menentang polisi2 dan idea2 bn dan bila mahasiswa menentang polisi2 dan idea2 pr maka ianya salah?

Apakah dalam dunia neh rakyat hanya boleh menentang cara kerja bn dan bila mereka menentang cara kerja pr maka ianya salah? 

Perbezaan pendapat dan pandangan neh bukan berlaku berdasarkan parti atau label. Ia wujud sebab ilmu + pengalaman + cara hidup + suasana + bangsa + agama, kita berbeza. Yang neh boleh wujud di mana2 dan dalam apa keadaan sekalipun.

Jadi perkara yang sama juga berbalik dalam kes mahasiswa neh. Mahasiswa memang konsisten menentang auku. Bukan sebab ia diwujudkan oleh bn. Tetapi kerana akta neh tidak relevant. Tetapi pas tidak sekonsisten mahasiswa dalam menentang auku. Mereka hanya menggunakan isu neh untuk balon bn. Ia bukan dari ahti dan nurani mereka. Buktinya bila mereka sendiri membenarkan penggunaan akta neh terhadap mahasiswa kuin.

Oleh kerana ia bantai bn, maka mereka turut serta. Apa sahaja isu yang related dengan kejahatan bn, mereka sanggup lead di depan walaupun ada isu2 yang sepatah haram depa tak faham. Tapi apa sahaja isu yang related dengan kejahatan pr, usah kata ke depan, berbunyi pun takde. Ini lah dia perjuangan parti. Perjuangan macam neh rakyat macam aku memang tak boleh faham.\


Ameno : Apa pun tak boleh.. pr dan bn memang nak bagi rakyat rasa.. apa pun tak boleh..

Persoalan lagi, mana pendirian yang betul PR pasal AUKU. 
aku tinggalkan persoalan2 dalam n3 kali ni. insya allah ada masa aku akan update pasal komen2 masyarakat pasal isu ini. dari awal berlaku sehinggalah sekarang. ada negetif. ada positif. 

wallahua'lam..

Monday, January 16, 2012

Allah segalanya

tidak susah untuk merealisasikan sesuatu. tapi kesungguhan ke arah merealisasikan sesuatu itu yang susah andai tidak di iringi dengn kesabaran. aku, bukan seorang yang bersungguh-sungguh untuk berlari ke arah sesuatu itu. tetapi angan yang tinggi menyebabkan kadang-kala menyebabkan aku terpaksa ke arah itu. benarkah begitu??

tinggalkan persoalan di atas.

banyak betul perkara yang berlaku di awal tahun 2012 ini. banyak sangat. semuanya memaksa semua pihak berhadapan dengan perkara dan peristiwa ini. apakah kita tergolong dalam perkara yang berlaku itu?

juga aku tinggalkan persoalan ini.

kesedihan kadang-kala tak dapat kita tunjukkan dengan kata-kata. dengan raut wajah muka. akan tetapi kadang-kadang kesedihan itu tersembunyi sendiri di sebalik senyuman kita. betul ke macam ni? aku adakalanya berkelakukan sebegini.

aku sedih? ya. aku sedih. sedih dengan kehidupan yang sedang aku lalui sekarang ini. adakalanya aku sendiri tak mampu nak hadapi. tetapi kekuatan itu perlu di cari. ketika ini, baru aku dapat merasakan apa yang mereka pernah rasakan. ketika ini, baru aku mengerti apa yang aku katakan pada mereka yang telah melalui semua ini. aku, ketika ini, sedang menghadapi apa yang mereka pernah hadapi dan aku perlu belajar untuk menerima apa yang telah aku katakan pada mereka ketika mereka hadapi perkara ini. semoga allah memberi aku kekuatan dalam menghadapi yang sedang aku hadapi sekarang ini.

januari 2012 dah berlalu hampir setengah bulan. harapnya akan ada sinar yang menanti diri ini di hari depan.

jangan kamu bersedih. allah ada bersama-sama.

p/s: JOM UBAH KERAJAAN!

Monday, January 9, 2012

901: ANWAR IBRAHIM DI BEBASKAN

keputusan mahkamah telah di keluarkan. kemenangan sedang di raikan. kegembiraan di nyatakan. seluruh rakyat malaysia menantikan pengakhiran.

tapi...

di hati ini masih ada kegusaran. masih ada banyak lagi perancangan untuk menjatuhkan pejuang keadilan. segala tenaga akan di kerahkan. hidup tidak akan senang selagi mana insan ini masih berjuang untuk keadilan. semangat insan ini menuntut kemakmuran, keadilan, kesejahteraan di rasai oleh semua lapisan.

pelbagai konspirasi sedang di rancangkan!

seluruh dunia sedang memandang. memberi sepenuh sokongan kepada insan keadilan. hati ini berkata, insan keadilan ini akan terus di berikan ujian sehingga kerdipan mata yang terakhir.

inilah warna warni kehidupan seorang insan yang berjuang menuntut keadilan. moga allah melimpahkan rahmat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim dan keluarga. Selamat berjuang!

Allah telah merencanakan segalanya untuk insan ini. dan insan ini menerima dan melalui ujian ini dengan redha kerana hasil dari tarbiyah yang telah di berikan. Allah sentiasa bersama-sama dengan insan ini.

Thursday, January 5, 2012

Tirai Tahun 2012

Salam tahun baru 2012. sebenarnya ada post yang tersimpan dlm drive pasal pembukaan tahun baru, tapi oleh kerana ada beberapa masalah teknikal, maka tersimpanlah draf tersebut macam tu saja..

Baiklah, tahun 2012 di buka dengan pelbagai cerita. cerita yang aku suka nak kongsi dekat sini. antaranya:-

  • sambutan tahun baru di shah alam bersama Ustaz Azhar Idrus dan selebriti2 lain seperti, Zizan Raja Lawak, Sham kamikaze, sapa lagi ye? ramai lagi.. tak ingat la plak.. 
  • himpunan 1000 jiwa 1 hati di masjid negara
  • lantunan mahabbah di stadium suka menanti kedah
  • demostrasi mahasiswa di hadapan UPSI
  • penangkapan Adam Adli bersama2 dengan saf pimpinan yang lain
  • dan yang terbaru sekarang ialah himpunan 100 000 rakyat untuk 'Bebas Anwar 901'
  • ada lagi, fitnah terbaru terhadap Ustaz Azhar Idrus. kenapa ust di serang? sebb... pengaruh ust sangat2 tersangat kuat.. =) 
SAMBUTAN TAHUN BARU DI SHAH ALAM

sambutan bersama ust azhar idrus. sembahyang berjemaah, tazkirah, sedikit hiburan.. sambutan yang amat sederhana tapi penuh dengan kemeriahan. sambutan malam tu memang di sebut2 sehinggalah sekarang. antara yang menarik sudah semestinya gandingan dari dua orang ini, Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak. 

ada saja video terbaru dan gambar yang di upload mlm tu sehinggalah ke hari ini pasal mereka berdua tu. apa2 pun tahniah kepada pihak penganjur. 

malam tahun baru di sambut dengan gemaan asma ul husna. Allahuakbar! 

HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI

himpunan  pada 31 Disember 2011 sehinggalah malam tahun baru itu di adakan di masjid negara dan taman tasik perdana. siangnya ada larian (tak silap laa..) malam tu ada pengisian. himpunan yang di anjurkan oleh Raudhatus Sakinah (Anda Bijak Jauhi Zina) telah menarik anak-anak muda berhimpun untuk menyambut tahun baru. 

LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH

sambutan tahun baru anjuran Yayasan PAKSI negeri kedah dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah yang bertempat di Stadium Suka Menanti itu tak kurang hebatnya. bermula 30 disember hingga malam tahun baru, penuh dengan pengisian. sambutan yang menggalakkan dari rakyat negeri kedah. malam tahun baru dengan tema pakaian putih, sangat menyentuh. 

antara programnya ialah, Kuliah Khas, Forum Muslimah Anis, Pentas Anak Muda Forum Ulamak, Wacana Ilmu, Kuliah Perdana, Pelancaran buku, Persembahan Qasidah, dan akhir sekali Kemuncak Lantunan Mahabbah.

DEMOSTRASI MAHASISWA DI HADAPAN UPSI

demostrasi oleh mahasiswa demi memperjuangkan hak kebebasan akademik. di akhiri dengan kekacauan oleh pihak polis dan berlaku beberapa insiden yang melibatkan harta benda awam dan kecederaan sehingga berjahit dan di tahan di wad. 

ak ada hantar masej kat ayah tnya pasal maksud menuntut kebebasan akademik, ayah jawab
menuntut kebebasan akademik mean give freedom to university to make their own decision. no political involvmnt. give to student and lecture to grow up the knowlge as far as they can. 
hehehe...translit la sendiri ye.

apa2 pun pasal demo ni, tnyalah encik google ye. dia serba mengetahui. tapi, siasat dulu berita yang encik google bagi sebb encik google tak berpihak mana2 pihak.. sume dia bagi. =)

PENANGKAPAN ADAM ADLI DAN MAHASISWA YANG TERLIBAT


ni pun berita jugakkan. berlaku malam tahun baru selepas demo mahasiswa kat UPSI. ni pun aku tak mau lanjut2.. google sendiri cari berita pasal hal ni. maybe nanti aku wat satu artikel panjang pasal ni. tapi rasanya tak perlu kot.........

HIMPUNAN 100 000 RAKYAT UNTUK BEBASKAN ANWAR 901


sini aku bagi link kenapa perlunya sokongan moral kepada DSAI dengan turun pada 9 january ni. sebelum tu,

ni dari page kat facebook,

 via Dr Maszlee Malik : "Dr Maza (DrMAZA.com), Dr Zahazan (Ustaz Zahazan Mohamed), Ustaz Hasrizal (Hasrizal Abdul Jamil) Ust Erfino dan ramai lagi lepasan Jordan dan Morocco, termasuk saya sendiri dan isteri adalah hasil dari polisi Kementerian Pendidikan (di zaman 90'an) yang menghantar pelajar cemerlang SPM ke Timur Tengah untuk belajar agama dan Bahasa Arab melalui biasiswa KP (Kementerian Pendidikan) dan juga JPA. Hasilnya dapat dilihat, graduan Timur Tengah waktu tersebut berjaya memberikan nafas baru kepada imej 'orang agama' di tanah air Malaysia sekarang ini. Natijahnya juga berjaya menafikan persepsi umum mengenai para ustaz/ah yang dulunya sering dikaitkan dengan kejumudan dan kemunduran. Jika ada pihak yang perlu dikenang jasanya berkaitan polisi tersebut, maka beliau adalah orang yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di waktu itu, dan juga pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan dari tahun 1986-1990...makanya, saya sedar mengapa 901 Isnin ini begitu signifikan bagi sesetengah pihak."

dan, ni link untuk kita sama2 baca.. harap, dapat baca dan faham kenapa perjuangan beliau masih di teruskan.

dan alasan yang paling kukuh ialah, Ulama Islam hari ini Sahibul Fadhilah Syeikh Yusuf Dr. Yusuf Al-Qaradawi mempertahankan DSAI, bley rujuk sini. juga Skeikh Wahbah Azzuhaili juga mempertahankan DSAI. rujuk sini.

aku tak mau hurai panjang2.. yang pasti, kita ada akal, fikirlah sendiri.

p/s: esok 9 Januari hari penentu! Bagi yang belum mendaftar, TOLONG LA. TOLONG PERGI DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI. TANGGUNGJAWAB MEMILIH PEMIMPIN AKAN DI PERSOALKAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK.

FITNAH TERHADAP USTAZ AZHAR IDRUS


Masya Allah...fitnah je kat Malaysia ni. nampak sangat takut dengan fenomena ustaz azhar. walhal dia hanya bagi kuliah fardhu ain saja. kenapa takut? sebab anak-anak muda mula mencintai kuliah agama, majlis2 keagamaan? bukan ke ni satu anjakan paradigma?

apa-apa pun, tahniah ustaz berjaya menarik hati semua lapisan masyarakat untuk mengenal agama.