12 september 2015 adalah tarikh aku
akad nikah termateri perjanjian hidup bersama seorang insan yang aku hanya sempat
bertaaruf sekejap mungkin. Ingat-ingat lupa aku. Apa yang menyebabkan aku
terima lamaran dari seorang insan yang asing ketika itu? Hati. Ya hati aku
tenang ketika menerima lamaran dari insan yang kini menjadi suami aku.
Untuk
abang, terima kasih kerana berani walaupun tahu takut-takut nak berdepan dengan
ayah pada awalnya. Tapi sekarang dah menjadi menantu kesayangan kerana abang
telah menjadi tempat umi dan ayah juga sebagai rujukan. Abang telah meletakkan
benchmark yang tinggi untuk menantu-menantu lain capai. Yang ni ayah sendiri
yang cakap. Haha. Adik-adik juga sangat selesa dengan abang melebihi angah selaku
abang kandung mereka. Apa-apa masalah mereka cari abang untuk rujukan. Terima kasih
menjadi abang long kepada adik-adik. Terima kasih menerima kekurangan diri ini
seadanya. Sangat tenang melalui cabaran hidup bersama. Kerana hidup kita ada
turun naiknya. Sangat bertoleransi dalam segala aspek. Sangat berusaha
memperbaiki kehidupan kita yang kadang tu dilambung ombak tinggi. Terima kasih
menjadi walid yang penyayang kepada Ziyad. Masih lagi menjadi satu-satunya anak
kita. Insya Allah kita masih lagi menunggu berita gembira untuk diberikan
kepada Ziyad. Terima kasih untuk segalanya. Selamat ulang tahun perkahwinan
yang ke-8 Alhamdulillah..
Kalau tajuk pun September
bulan memori mesti ada lagikan memori untuk dikongsi. Ya ada. Semalam alang
telah menang naib johan anugerah belia negara peringkat negeri kedah. Tahniah alang.
Untuk dia berdiri di mana dia berada sekarang bukan mudah jalannya. Bukan setahun
dua dia membinanya. Dan bukan sedikit air matanya yang keluar. Ala kullihal,
dia layak mendapat apa yang selayaknya dia dapat.
Semalam juga telah
berlangsung pertunangan ateh. Alhamdulillah. Moga berjalan lancar untuk ke next
step.
Baru-baru
ni aku saja ikut umi pergi ambik iman tuisyen. Kebetulan balik tidur rumah umi.
Aku memang suka ambil kesempatan bersembang dengan umi. Sebab umi suka bagi
kata-kata nasihat dan peringatan.
Dalam perjalanan tu aku saja bukak
cerita pasal acik dan bangcik accident dengan motor. Mujur juga hanya kereta
yang rosak dan tiada melibatkan nyawa. Biasa la acik dan emosinya tak dapat
dipisahkan. Haha.
Umi jumpa acik dan bangchik di KL
selepas umi ayah balik dari Acheh tempoh hari. Nasihat umi : biasa la tu, Allah
bagi ujian, musibah sikit tanda Dia ingat dengan kita. Cumanya macamana kita
nak terima ujian tu. Terima saja ka atau terima dengan bersyukur. Kita nak
bersyukur dengan ujian dan musibah bukan senang tau. Ujian waktu susah ni
memang semua orang ingat Allah. Pasti. Asal ujian saja ingat Allah. Tapi yang
paling takut sekali waktu ujian Ketika senang. Waktu tu nak ingat Allah atau
dak. Yang tu baru ujian sungguh.
Aku diam membisu mendengar nasihat umi.
Moga kita semua bernaung di bawah Rahmat Allah sentiasa.
Aku ada pengalaman buruk semasa
sekolah rendah. Bagi aku ini adalah pengalaman buruk. Mungkin bagi orang lain
ini adalah hal biasa. Gred aku bukanlah elok Ketika di sekolah rendah. Jadi pelajar
seperti aku ni sering di tolak dan di pinggirkan. Di nafikan bakat atau
kelebihan. Atau lebih jelas lagi bakat pun tak dicungkil.
Ketika
di sekolah rendah juga aku mula rasa rendah diri. Rasa lekeh. Rasa tak berguna.
Tapi dalam pada masa tu aku tetap main bersama kawan-kawan yang sama baya. Sama
gred. Sama semua. Yelah. Zaman kanak-kanak. Belajar mana lah nak sangat. Main saja
lebih.
Aku Cuma mahu ceritakan
pengalaman aku. Orang lain mungkin dengan cara dan rasa yang berbeza. Baik dalam
bidang akademik mahupun sukan aku tak diberi peluang. Kalau ada pun sebagai
picisan dan gantian tanpa peluang untuk mengcungkil bakat.
Orang
kata, ala.. biasa la sekolah rendah lagi. Budak-budak. Apa nak kisah sangat. Ya.
Kata-kata mungkin boleh diungkap dengan mudah. Yang merasanya adalah diri
sendiri. Aku bersyukur punya umi dan ayah yang berlapang dada dan terima
setakat mana kebolehah anak-anak. Yang penting didikan agama itu perlu di
terapkan sejak kecil.
Pengalaman
yang aku lalui Ketika zaman sekolah rendah itu atau lebih kepada emosi rendah
diri Ketika waktu itu terbawa-bawa sehingga sekarang. Ya. Sekarang di mana aku
punyai anak yang sudah di sekolah rendah. Sekolah yang sama aku menuntut. Dan apabila
emosi terburuk itu aku rasa dan terbawa-bawa, maka secara tidak langsung aku
turut sama risau keadaan anak aku Ketika sekrang ini.
Beza
anak-anak kawan bekas pelajar yang cemerlang Ketika di sekolah berbanding
anak-anak bekas pelajar yang kurang cemerlang macam aku. Mungkin bayangan aku
mengekori anak aku? Atau aku sekadar beranggapan begitu?? Apa pun kerisauan itu
tetap ada.
Kenapa
aku tetap menghantar anak aku ke sekolah yang sama dengan aku? Kerana aku tidak
nafikan Pendidikan yang aku terima Ketika di sana adalah yang terbaik di
kalangan terbaik. Aku tak boleh nafikan bahawa sekolah itu mempu memberikan Pendidikan
keseluruhan kepada anak aku dari segala aspek. Selagi mana dia tidak hanya di
nilai berdasarkan akademik semata. Malah cuba atau sekurang-kurangnya
mengcungkil bakat anak aku. Selagi dia tidak dipandang enteng oleh
pendidik-pendidik yang mendidik di situ.
Apakah
aku cemerlang di sekolah menengah? Bukan aku untuk menilai. Yang pasti Ketika di
sekolah menengah aku Berjaya mewakili akademi dan sukan hingga peringkat
negeri. Aku Berjaya tepat kelima teratas di dalam kelas. Aku juga ditawarkan
jawatan pengawas tetapi aku menolak dengan sukarela. Kerana bukan itu yang aku
kejar.
Ketika
di university, aku agak aktif berpesatuan. Sangat aktif berprogram sehingga di
luar kampus. Cukup untuk aku buktikan apabila bakat dicungkil dan di asah
dengan betul dan baik maka akan ada hasilnya. Kerana setiap ciptaan Allah itu
sangat bernilai. Beri peluang. Beri ruang untuk anak-anak. Asah segala
bakat-bakat yang terpendam. Benda begini bukan hanya ditonjol dengan rela. Kadang
perlu dipaksa untuk dikeluarkan bakat-bakat tersebut. Cari, gali. Setiap anak ada nilai mereka
tersendiri. Tidak semestinya mereka tidak cemerlang akademik maka mereka tidak
cemerlang dalam bidang lain.
Sebagai
pendidik, tolong jangan menolak anak-anak yang tidak cemerlang akademik. Bantu mereka
dengan beri peluang dan ruang. Kadang bakat terpendam itu perlu di asah. Bukan hanya
sekali tapi berkali-kali. Pepatah melayu ada kata ‘Belakang parang kalau di
asah akan tajam juga’.
Hari ini hari Malaysia mencapai kemerdekaan. 31 Ogos 2023 adalah tahun ke 66 setelah tanah melayu bebas dari jajahan. Panjang kalau nak cerita sejarah Malaysia.
Pagi ini hujan selebatnya selepas subuh. Aku dan suami dah berjanji dengan Ziyad untuk bawa dia melihat perarakan. Ziyad cukup suka dengan dengan anggota keselamatan. Baik tentera, polis mahupun bomba. Terima kasih kepada Paskal the movie sebab filem ini berjaya mempengaruhi anak aku.
Jam menunjukkan 7.30 pagi. Aku dah kejut Ziyad untuk mandi dan bersiap. Hujan masih merintik. Kalau ikutkan hati aku dah malas nak keluar. Tarik selimut lagi seronok. Tapi demi memori seorang anak, aku gagahi juga untuk bersiap dan keluar. Cadangan awalnya kami nak naik motor saja. Tapi di sebabkan hujan, kami redah juga dengan kereta.
Orang mula membanjiri kawasan dataran. Oh lupa, kami dapat juga parking. Alhamdulillah. Doa Ziyad, “ Ya Allah, bagilah ada parking untuk Ziyad. Amin..” itulah Ziyad. Kami sentiasa didiknya meminta pada Allah. Haza min fadli rabbi.
Kami berjalan kaki. Cuba mencari-cari ruang yang terbaik untuk Ziyad melihat perarakan. Mungkin sebab orang ramai sepanjang jalan, jadi kami tak terasa jauhnya kami sudah berjalan. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Aku dapat lihat anggota tentera berpakaian serba putih sudah bersedia di hadapan pentas VIP. Suami aku dan Ziyad sudah ke hadapan. Aku hanya berdiri di belakang dengan berpayung berlindung dari hujan.
Aku melihat di sekitar. Orang tersangat ramai. Walaupun hujan, tapi aku melihat wajah-wajah seronok. Aku tahu seawal selepas subuh lagi sudah ada yang datang menunggu. Aku yang sampai lewat pun dah penat menunggu majlis yang masih lagi belum bermula. Hujan masih renyai-renyai. Tapi melihat barisan tentera yang langsung tidak bergerak meredakan hatiku yang sudah mula menyampah.
Ya. Aku mula menyampah. Menunggu ketibaan VVIP membuatkan aku terfikir kenapa aku dengan rela datang juga ke sini. Kenapa semua orang yang hadir berhujan ke sini dengan rela. Dengan anak kecil. Dengan basahnya. Kalau aku dengan penatnya berdiri lagi. Semua yang hadir ni secara RELA. Tidak ada paksaan. Menyampahnya aku!
Aku melihat jam di tangan. 9.30 pagi sudah. Lenguh di kaki sudah tak mampu untuk aku berdiri. Suara pengerusi majlis menahan aku untuk beredar dari situ. Akhirnya! Majlis pun bermula. Aku menarik nafas lega. Tapi hati masih lagi menyampah dan tak puas hati. Tapi tetap juga rela menunggu. Bersama-sama dengan ramai lagi orang.
Majlis bermula dengan persembahan koir. Lagu warisan yang pertama. Lagu yang menyentap dan menyentuh hati aku. Lagu nyanyian arwah Sudirman. Sepanjang lagu ni di nyanyikan, aku melihat sekitar. Aku melihat mereka-mereka yang hadir. Aku melihat wajah anak-anak yang gembira di dalam hujan renyai-renyai. Aku melihat pengorbanan ayah-ayah yang mendukung anak-anak mereka untuk melihat dengan lebih jelas. Aku melihat ibu-ibu yang berusaha melindungi anak-anak yang masih kecil dari hujan. Aku menyaksikan kerelaan mereka!
Di sini lahirnya sebuah cinta. Bait lirik Sudirman sangat sesuai dengan keadaan yang aku lihat. Kerana cinta pada negara mereka hadir dengan rela. Kerana cinta pada negara mereka rela berhujan menunggu. Kerana cinta pada negara mereka rela meredah untuk bersama-sama pada hari ini.
Aku bukanlah seorang perwira. Gagah menghulur senjata. Namun hati rela berjuang. Walau dengan cara sendiri. Demi cinta ini.
Nampak? Kami yang rela berhujan ni bukanlah siapa-siapa. Kami yang rela berjalan sejauh dari parking ni bukanlah siapa-siapa. Kami yang rela menunggu seusai subuh ini bukanlah siapa-siapa. Tapi ini sahaja yang mampu kami tunjukkan betapa kami juga mencintai negara kami. Kerana apa?
Ku ingin kotakan seribu janji. Sepanjang kedewasaan ini. Ku ingin sampaikan pesanan. Akulah menyambung warisan.
Ya. Kerana kami yang bukan siapa-siapa ini adalah penyambung warisan. Warisan nenek moyang kami. Warisan mereka-mereka yang berjasa mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara. Warisan mereka-mereka yang telah pergi setelah selesai memerdekakan tanah air tercinta.
Lagu ni telah buat aku menangis dalam hujan. Mujur terlindung dengan payung. Aku dan mereka-mereka yang hadir tidak pun berbumbungkan khemah-khemah. Aku dan mereka-mereka yang hadir bukanlah di paksa-paksa. Tapi demi meraikan hari ini. Aku dan mereka-mereka ini hadir dengan rela.
Aku mengundur diri lebih awal. Membiarkan anak dan suamiku di hadapan. Aku berjalan perlahan menuju ke kereta yang di parking jauh. Terasa jauh perjalanan bila keseorangan. Terasa letih berjalan bila sendirian. Aku melihat barisan anggota badan uniform bersurai di belakang. Mereka-mereka yang hadir mengambil kesempatan untuk bergambar. Meraikan anggota keselamatan negara. Hari ini hari mereka. Hari ini hari kita. Hari ini hari negara.
Kita sudah merdeka secara rasminya. Kita sudah merdeka secara lahiriah. Tapi kita masih lagi berperang sebenarnya. Perang saraf. Akan aku ceritakan nanti. Cukup hari ini untuk ketika ini.
Mata bundarnya merenung jauh ke depan. Redup tapi jelas menyimpan rasa sakit yang mendalam. Entah apa yang sedang bermain di dalam benak fikirannya. Buku ditangan terbuka tanpa berkalih. Seketika dia menarik nafas panjang. Bukan mengeluh tapi lebih kepada melepaskan berat rasa di dada.
Dia memandang sekeliling. Bunyi suara-suara orang di sekeliling langsung mengganggu dia. Sudah tiga jam dia berada di kafe tersebut. Sengaja dia membawa diri ke situ.
Kepimpinan melalui tauladan. Cukup ayat ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu perlu tunjuk adab dan akhlak yang baik.
Nabi sendiri kita ketahui mempunyai adab dan akhlak yang terpuji. Kerana begitulah tuntutan dalam agama. Budaya caci maki hina menghina bukanlah yang diajar dalam agama. Malah mana-mana agama sekalipun.
Pemimpin perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik sebagaimana nabi menunjukkan contoh yang terbaik yang boleh kita ikuti. Menjadi pemimpin bukan sahaja pandai mengurus masyarakat itu sendiri malah perlu juga menunjukkan nilai-nilai yang terpuji yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin itu.
Bukankah nampak terlalu buruk kalau seorang pemimpin itu terlalu teruk adab dan akhlaknya. Aku menolak pemimpin yang mempunyai adab dan akhlak yang teruk. Sebab generasi anak aku akan menilai.
Apabila dia berjaya membawa watak
yang diberikan sehingga penonton merasai apa yang dia rasai. Dia berjaya menjadikan
bahasa badannya di baca oleh penonton!
Mata mereka tidak menipu. Bahasa badan
mereka juga tidak menipu. Mereka menghasilkan karya yang berjaya mengheret
penonton untuk merasai emosi mereka.
Mata mereka berjaya menunjukkan
rasa perit, sakit, dan sedih.
Mereka berjaya meleretkan senyuman.
Tapi dalam masa yang sama mereka berjaya menunjukkan rasa kesakitan yang
mendalam. Gila! Perasaan yang di tunjukkan bukan mudah untuk dilakonkan. Bukan mudah
untuk dipamerkan begitu sahaja.
Dan aku adalah salah seorang
penonton gila yang berjaya mereka manipulasikan emosi. Kerana aku seorang yang
mudah tenggelam dalam emosi.
Terlalu banyak faktor sekeliling yang menjadikan
aku sesak sekarang ini. Terutama sekali isu politik negara yang menyakitkan
hati. Politic is a game. Pemain-pemainnya adalah ahli-ahli politik itu sendiri.
Manakala tukang sorak di luar adalah ahli-ahli parti mereka. Ibarat bola sepak.
Pemain bola sepak adalah ahli politik. Peminat bola sepak atau tukang sorak
adalah ahli-ahli bawah. Sama. Yang untungnya adalah mereka yang bermain. Mereka
kalah atau menang mereka bahagia. Kerana itu adalah kehidupan mereka. Yang beremosi
adalah tukang sorak. Emosi sehingga permainan tamat. Emosi sehingga mengganggu
tukang-tukang sorak pihak lawan. Habis segala kata-kata nista caci maki
sehingga menggelar seseorang dengan pelbagai gelaran.
Kenapa aku terkesan? Kerana
aku mangsa sebahagian kata-kata tersebut. Kenapa aku emosi? Kerana hati aku
bukan sekering hati orang-orang yang kering. Hati aku ibarat span yang menyerap
segalanya tanpa ada tapisan.
Kerana itu aku perlu
keluar dari suasana negetif itu. Teramat menyesakkan. Teramat memualkan. Teramat
menyakitkan. Media social bagi aku sekarang teramatlah toksik. Teramat teruk
untuk aku buka dan tatap. Sebab teramat ramai manusia-manusia yang bermulut jahat.
Menabur neratif-neratif negetif. Betul kata Imam Ghazali, lidah itu lebih tajam
dari mata pedang. Dunia memang gila. Tahniah bagi sesiapa yang mempu bertahan,
kerana aku bukan begitu. Untuk katakan aku lemah. Ya silakan. Untuk katakan aku
terlalu mengikut perasaan. Ya silakan. Silakan dengan hujah-hujah kalian. Aku tak
mampu menelan hujah-hujah yang dibuat untuk sekadar menyenangkan hati kalian
sendiri. Silakan.
Buat masa sekarang aku
lebih gemar menulis melepaskan rasa. Mendengar halwa-halwa telinga yang aku
inginkan. Menonton movie-movie yang mampu mengalih seluruh perhatianku dari
dunia politik yang gila itu. Aku terjebak. Dan aku kena berusaha keluar dari
terus berada dan tenggelam dalam emosi yang gila itu.
Mungkin orang-orang
akan kata benda kecil saja untuk aku perbesarkan. Ikut kalian. Bagi aku, ianya
telah menjejaskan kesihatan mental aku. Aku masih menulis isu yang sama. Kerana
ini yang aku rasa sekarang. Mungkin aku akan menulis perkara-perkara yang lain
sebentar lagi. Kerana aku menulis untuk melepaskan rasa. Melepaskan pada manusia
akan menajdikan aku lebih teruk kerana terbuka kepada kritikan dan hukuman. Menulis
begini lebih melegakan.
Saat pertama dikhabarkan nama tersenarai di antara penulis artikel untuk buku "kita berkahwin untuk apa", sungguh aku terharu. Pertama, terima kasih untuk cikgu penulisan aku, Cikgu Khairy Tajudin. Kedua, terima kasih untuk umi yang sentiasa dan tidak pernah jemu memberi semangat untuk anaknya ini. Ini adalah permulaan untuk aku memenuhi impian aku sebagai seorang penulis secara rasmi.
Untuk buku pertama ini, gabungan 24 orang penulis dalam sebuah buku yang mana kesemua mereka ini hadir dengan kekuatan masing-masing. Apabila pengalaman orang lama, di sulam dengan pengalaman orang baru, kemudian diselit dengan kisah-kisah motivasi dan nasihat dari pelbagai lapisan generasi, aku rasa ini buku yang terbaik untuk kita hadiahkan kepada diri kita sendiri, saudara mara dan kawan-kawan yang mahu, akan dan sudah mendirikan rumah tangga. Insya Allah, buku ini tidak akan mengecewakan bagi sesiapa yang membaca.
Dengan hadirnya buku ini, semagat untuk aku menulis lagi membara. Aku menulis bukan untuk duit, aku menulis untuk kepuasan diri. Aku menulis untuk berkongsi. Aku menulis untuk meluahkan rasa hati. Dan aku menulis untuk kenangan.
Sudah ada beberapa manuskrip yang perlu aku selesaikan. Aku menyahut cabaran cikgu Khairy untuk terbitkan buku pada pesta buku antarabangsa tahun hadapan! Insya Allah.
Isu kali ni agak berat bagi aku dan sangat panas. Panas kerana kerajaan yang baru ini telah mengamalkan sikap TERBUKA. Jadinya semua nak kritik, semua nak bagi pandangan dan semua nak bercakap.
Cumanya dalam kita memberi kritikan TERBUKA ni, kita ambil sikap berpada-pada. Jangan sampai kita terlalu mengkritik sehingga hilang apa yang patut dikritik. Jangan kerana terlalu benci dengan kerajaan baru ini, kita menutup laluan pembaharuan yang sedang mereka lakukan.
Mungkinkah kita rasa kita sudah berkuasa kerana suara rakyat suara keramat? Ataupun kita merasa kita paling hebat? terpulang.
Aku antara rakyat yang tunggu dan lihat. Ada banyak isu selepas pertukaran kerajaan baru. Banyak sangat. Tapi tidak ada suatu pun yang aku beri pandangan kerana semua masih sama-samar. Tapi untuk isu kali ini, suka untuk aku kongsi surat terbuka dari Peguambela & Peguamcara, Nur Hidayaty Maidin dari Tetuan Nur Maidin & Co.
Merasakan Dato Dr Mujahid tidak mendapat input yang tepat berhubung isu transgender ini dan apakah kesan kenyataan beliau terhadap golongan wanita, saya telah emailkan surat terbuka kepada beliau dan memohon untuk berjumpa beliau.
SURAT TERBUKA UNTUK DATO` DR. MUJAHID : ISU TRANSGENDER
Assalamualaikum YB Dato`.
Saya tahu masa Dato` amat padat. Oleh itu , surat terbuka ini akan menjadi surat terbuka yang ringkas dan terus kepada kandungan. Saya juga seorang yang terus kepada fakta. Tidak pandai bahasa berbunga.
Saya ingin merujukkan YB Dato` kepada Sidang Media yang diadakan oleh Dato` baru-baru ini dengan Encik Nisha Ayub.
Antara kenyataan Dato` di dalam sidang media tersebut ialah :
" The most important thing I want to say here that these people, the transgender ,especially..can not be discriminate in their workplace..from Nisha, we had a lot of information out that that the public still discriminate them"
YB Dato` meneruskan kenyataan selanjutnya :
" They[ the transgender ) are ordinary citizen…They want to go to school..education and even ibadah..and they want to go to public place..saya dalam pertemuan ini banyak memahami walaupun dalam masa 40 minute..memahami banyak isu yang perlu di bela.."
Kenyataan Dato ini dapat di lihat di dalam video di link ini :
Saya meneliti kenyataan Dato` yang saya anggap sangat rasmi tersebut . Apa jua alasan Dato untuk memberikan kenyataan sedemikian saya percaya kenyataan Dato` itu sepatutnya tidak dijadikan sebagai press conference kerana kenyatan Dato` kelihatan tidak cermat dan tanpa kajian teliti :
1. Sumber daripada Encik Nisha sahaja
Dato` kerap kali menyebut pertemuan 40 minit Dato dengan Nisha serta timbalan Dato sambil menikmati pasambur . Dato cakap Nisha telah mendedahkan Dato` dengan output bahawa golongan transgender ini telah didiskriminasikan oleh masyarakat.
Tiada pula Dato` dedahkan adakah maklumat yang diberikan oleh NIsha disokong oleh satu kajian terperinci atau sekurang-kurangnya statistik laporan polis berhubung kejadian diskriminasi ke atas golongan Mak Nyah.
2. Bentuk Diskriminasi
Sudah banyak rakyat perbahaskan persoalan ini : Bentuk diskriminasi bagaimanakah yang mahu diperjuangkan oleh golongan transgender ini ? Adakah mereka di sisih daripada mendapat pendidikan, pekerjaan atau kesihatan? Sekiranya ya , dimanakah statistik laporan Kementerian yang mengatakan sedemikian? Walaupun Malaysia ini majoriti adalah umat Islam , setakat yang saya perhatikan Dato`, golongan Mak Nyah berjalan bebas tanpa kekangan. Pergi salon pun nak masuk bilik muslimah, Dato!
3. Kenyataan yang terlalu am daripada Dato` membuka penindasan ke atas wanita normal seperti saya.
Di dalam minit-minit terakhir kenyataan Dato di persidangan media tersebut , Dato menyatakan mereka ada hak untuk pergi kepada "public places" dan tempat ibadah.
Ini adalah kenyataan rasmi yang cuai pada pandangan saya ,Dato`.
"Public places" adalah termasuk tandas wanita.
Saya tidak pasti samada Dato` terfikir yang golongan transgender ini patut mengunakan tandas awam wanita?
Dalam erti kata lain , akibat kenyataan Dato` tersebut seolah - olah mengesa kami wanita normal untuk berkongsi tempat awam seperti tandas awam dengan lelaki berpakaian wanita.
Dato`, YB Hannah Yeoh telah pun dedahkan statistik gangguan seksual di Malaysia ke atas wanita di parlimen baru-baru ini Dato`. Kenyataan Dato` itu sebenarnya memberi peluang kepada mana-mana lelaki untuk menyamar jadi transgender dan masuk ke dalam tandas wanita , tempat mandi wanita, kolam wanita, locker wanita atau ruang solat wanita.
Cukup cukuplah statistik gangguan seksual ke atas kami , Dato`. Kami tidak ingin mendengar trend terbaru dirogol dalam tandas wanita oleh lelaki mengaku transgender pula!
Saya terfikir juga kenapalah Dato tak cadangkan transgender ini gunakan sahaja tandas lelaki. Kurang sikit isunya. Orang lelaki tak kisah sangat. Pengkid nak masuk tandas mereka , mereka okay.
Tetapi yang menanggung beban hasil daripada kenyatan Dato `tersebut adalah kami wanita terutama Muslimah yang perlu jaga auratnya.
Apatah lagi ditempat ibadah seperti masjid dan surau.
Apakah maksud Dato` mereka ada hak di rumah ibadah. Adakah mereka ini akan di letakkan di tempat solat lelaki? Kalau itu maksud Dato` tafadal! Saya sokong.
Tetapi tolong jangan bebankan kami kaum wanita untuk menerima mereka bersama-sama kami di tempat awam yang perlukan privacy tanpa ganguan lelaki.
4. Hak Transgender adalah bukan isu untuk Dato` perjuangkan.
Dakwah kepada mereka untuk kembali kepada fitrah asal saya setuju. Tetapi bukan tanggungjawab besar Dato` untuk membela hak golongan ini supaya dapat lebih daripada apa yang mereka ada sekarang ini. Ada ramai MP dalam parlimen yang pro kepada transgender dan LGBT. Let them pursue their agenda. Not you Dato`. This is not your fight.
Cadangan :
Saya percaya Dato` tidak diberikan input yang jelas berkenaan kes-kes dan situasi yang telah berlaku di luar negara apabila golongan ini menjadi terlampau agresif dan dominant dalam bersuara. Oleh itu saya berharap dapat berjumpa dengan Dato` at your most convenient time untuk saya bentangkan pula pandangan kami wanita-wanita normal yang telah pun didiskriminisasikan daripada hak privasi dan keamanan untuk mengunakan tempat awam seperti tandas wanita .
Kalau Dato` boleh berjumpa dengan Nisha, apa salahnya mendengar pandangan saya pula walaupun saya bukan selebriti.
Cadangan kedua- saya pohon Dato` keluarkan kenyataan sekali lagi berkenaan isu ini tetapi lebih jelas berhubung "public places".
Saya pohon dengan rendah diri Dato` menyatakan bahawa golongan transgender boleh mengunakan public places yang dikhususkan untuk lelaki sahaja. Kalau tandas - guna tandas lelaki. Kalau ruang solat- sila solat di ruang lelaki.
Barulah kami tidak bising. Selagi Dato` tidak memperbaiki kenyataan Dato`, selagi itulah kami wanita normal terpaksa mempertahankan hak kami. Dan Dato` kami tidak ragu-ragu untuk mengunakan proses Mahkamah sekiranya kenyataan Dato` itu telah menyebabkan peningkatan penggunaan oleh golongan transgender di ruang awam untuk wanita .
Terima kasih di atas masa Dato` membaca email ini. Mudahan mendapat perhatian Dato` sewajarnya.
Yang benar,
Nurhidayaty Maidin
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Nur Maidin & Co
OK, sepanjang aku melihat perkembangan Malaysia Baharu ni, semacam ada SOP dalam mereka memainkan isu-isu terkini. Maksudnya, bila timbul satu-satu isu atau sesuatu keputusan dibuat, kemudian dapat kritikan, kecaman dan hentaman daripada rakyat, terus keputusan itu berubah. seolah-olah sengaja untuk melihat bagaimana rakyat malaysia memberi respon selepas mereka memberi DASAR SIKAP TERBUKA.