ceritaku

Thursday, August 2, 2018

HIDAYAH MILIK ALLAH

Hari ni, suka aku nak kongsi tentang hidayah yang ternyata milik Allah dan bukan milik kita. saya kongsi dari facebook cikgu penulisan saya, Cikgu Khairy Tajudin

Seorang guru berkata kepada anak muridnya, "Saya nak kamu tolak batu besar tu."

Murid itu pun mula menolak batu besar tersebut. Selepas sejam, batu besar itu masih tidak bergerak. Dia pun melaporkan hal itu kepada guru.

"Tuan Guru, puas saya tolak batu besar tu. Tapi, sikit pun tak berganjak."

"Tak apa. Teruskan buat sehingga tiga hari."

Murid itu akur dengan arahan gurunya. Dia berusaha sekuat tenaga untuk menolak batu besar tersebut. Selepas tiga hari, dia datang berjumpa gurunya.

"Tuan Guru, saya sudah letih menolak batu besar tu. Sikit pun tak bergerak. Bahkan, tangan saya ni pulak yang naik muscle, badan saya berpeluh dan makin kurus."

"Ha, baguslah tu! Memang itu yang aku nak! Aku suruh kau tolak batu je. Bukan aku suruh bagi batu tu bergerak."

Kisah di atas hanyalah satu tamsilan kepada isi yang akan saya kongsikan di bawah ni.

1. Allah perintah orang Islam untuk buat dakwah tapi Allah tak suruh orang Islam bagi hidayat. Sebab, hidayat itu milik Allah, bukan milik kita. Kita buat sahaja apa yang Allah perintah.

2. Jika orang lain tidak mendapat hidayat, itu bukan urusan kita. Allah telah mengingatkan perkara ini dalam firman-Nya:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ ٨:٥٦
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”. [Al-Qasas/28 : 56]

3. Siapakah orang yang Allah janji dia dapat hidayat? Allah berfirman maksudnya, "Sesiapa yang bermujahadah di jalan-Ku, nescaya akan ditunjukkan (diberi hidayah) jalan-jalan untuk sampai kepada-Ku."

4. Bukan sahaja mendapat hidayah, bahkan orang yang buat dakwah juga akan diperbaiki amalannya dan diampunkan dosanya.

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا (71) }
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar."


5. Jadi, teruskan buat dakwah, teruskan mengajak orang kepada kebaikan, teruskan bercakap perkara-perkara yang haq walaupun tiada siapa yang like atau share.

Sekian.
Sharing is Caring

No comments: