kejayaan tidak di ukur dengan pencapaian, tetapi di ukur pada halangan sebelum mencapai kejayaan...
Wednesday, November 22, 2023
HOW KIND ALLAH IS
Sunday, October 8, 2023
BAU KENANGAN
Pernah tak bila kita lihat sesuatu ianya akan mengingatkan kita pada kenangan-kenangan yang suka untuk kita ingatkan. Ataupun kitab au sesuatu. Atau kita dengar lagu-lagu yang boleh kembalikan kita pada saat yang kita suka nak ingat atau kenang? Selalukan? Mesti biasa berlaku dalam hidup kitakan?
Sama
macam aku. Kalau dengar lagu-lagu 90an, lagu-lagu rock kapak orang kata, secara
tak langsung mesti akan ingat zaman-zaman belajar duduk asrama. Zaman masa
belajar di Melele dulu. Seronok time tu. Hujung-hujung minggu riuh dengan orang
pakat-pakat dok membawang, basuh baju, sidai baju. Menjerit panggil kawan. Makan-makan.
Tengok senior-senior siap nak keluar dating konon abang angkat. Hahaha kebanyakkan
sekrang dah jadi suami isteri. Kalau dengar nasyid dulu-dulu pun mesti ingat
kenangan-kenangan lalu. Macam lagu-lagu mawaddah. Mesti ingat moment waktu
petang masa dekat asrama. Aktiviti masa tu turun beli jajan dekat rumah warden.
Jual macam-macam. Burger, air, roti bakar, mee goreng. Haa ada juga locking. Dulu
pangil cucuk-cucuk. Sos mesti Thailand mari. Sebab yang jual ni guru memang
asal Thailand. Sedap sungguh la. Lagu-lagu nasyid macam hijjaz, unic, pulak
teringat time nak orentasi melele dengan time insaniah. Lagend betul waktu tu. Tapi
kalau dengar lagu-lagu raihan pulak mesti ingat masa dekat rumah atau dalam
kereta ayah. Sebab ayah beli kaset raihan dulu pasang dalam kereta. Eh, bukan
kereta tapi van. Haha. Kenangan sungguh.
Kalua
bau minyak wangi pulak ada bau-bau yang akan mengingatkan aku pada waktu aku
naik bas nak ke sekolah di pendang Ketika itu. Biasa la, sembur minyak wangi
dulu sebelum naik bas dengan turun bas. Kadang ada juga bau yang mengingatkan
aku zaman belajar di Insaniah dulu. Bau-bau yang aku guna masa aku mengajar
dulu. Eh sungguh la. Bau ni kalau tanya adik-adik aku mesti depa kata bau
kakak. Haha.
Kalau
tengok cerita-cerita p.ramlee pulak lagi la. Teringat masa kecik-kecik dulu. Duduk
depan tv layan satu keluarga. Kalau tengok movie-movie zaman 90an lagi la. Dia bukan
mengimbau cerita tu tapi dia mengimbau kenangan. Moment Ketika melihat cerita-cerita
itu. Mungkin aku rindu.
Dalam banyak-banyak bau, lagu yang boleh
mengingatkan kita pada kenangan lalu. Ada sesuatu yang aku suka untuk aku kongsi.
Tentang rasa nasi lemak. Nasi lemak ni dah puluh tahun dah, seingat aku dari
aku sekolah rendah rasanya. Dulu isterinya yang berniaga, sekarang suaminya
ambil alih tapi di bantu kawan-kawan dia. Mungkin pakcik-pakcik ni dah pencen
jadi membantu menjual nasi lemak adalah aktiviti mereka di pagi hari.
Tapi
aku bukan nak cerita pasal nasi lemak pakcik ni. Aku nak cerita moment aku
makan nasi lemak ni. Kalau beli dekat pakcik ni aku suka ambil nasi tambah dan
ikan bilis goreng. Sambal sikit. Ini saja menu aku kalau beli nasi lemak pakcik
ni.
Aku
anak sulung. Adik-adik bawah ramai. Sedikit sebanyak aku agak rasa kurang kasih
sayang. Aku saja kot yang rasa macam tu. Jadi banyak perhatian teralih pada
adik-adik aku. Kadang aku rasa macam aku bawa diri. Asrama tempat aku
melepaskan rasa. Diari tempat aku meluahkan isi hati. Aku tak ingat umur aku Ketika
itu. Tapi masa tu aku seorang dekat rumah. Sunyi. Ada umi. Ayah tak ada masa
tu. Pagi tu umi bagitau umi beli nasi lemak dekat aku. Rasa seronok sangat masa
tu. Bukan seronok tapi Bahagia. Aku tak tahu kenapa rasa tu kuat sehingga hari
ini. Rasa di beri perhatian. Tersangat. Aku buka bungkusan nasi lemak tu. Nasi tambah,
ikan bilis dengan sambal. Aku makan. Tapi makan dengan penuh rasa berbunga. Bahagia,
seronok dan rasa masa tu aku anak yang sangat di beri perhatian. Moment tu aku
tak akan lupa sehingga hari ini. Saat aku menulis sekrang ini. Dan aku suka
ulang moment-moment tu dengan kerap kali aku beli nasi lemak tu. Aku sangat
menghargai moment itu. Kecik mungkin pada orang tapi sangat berharga bagi aku.
Sunday, September 24, 2023
SEPTEMBER BULAN MEMORI
12 september 2015 adalah tarikh aku
akad nikah termateri perjanjian hidup bersama seorang insan yang aku hanya sempat
bertaaruf sekejap mungkin. Ingat-ingat lupa aku. Apa yang menyebabkan aku
terima lamaran dari seorang insan yang asing ketika itu? Hati. Ya hati aku
tenang ketika menerima lamaran dari insan yang kini menjadi suami aku.
Untuk
abang, terima kasih kerana berani walaupun tahu takut-takut nak berdepan dengan
ayah pada awalnya. Tapi sekarang dah menjadi menantu kesayangan kerana abang
telah menjadi tempat umi dan ayah juga sebagai rujukan. Abang telah meletakkan
benchmark yang tinggi untuk menantu-menantu lain capai. Yang ni ayah sendiri
yang cakap. Haha. Adik-adik juga sangat selesa dengan abang melebihi angah selaku
abang kandung mereka. Apa-apa masalah mereka cari abang untuk rujukan. Terima kasih
menjadi abang long kepada adik-adik. Terima kasih menerima kekurangan diri ini
seadanya. Sangat tenang melalui cabaran hidup bersama. Kerana hidup kita ada
turun naiknya. Sangat bertoleransi dalam segala aspek. Sangat berusaha
memperbaiki kehidupan kita yang kadang tu dilambung ombak tinggi. Terima kasih
menjadi walid yang penyayang kepada Ziyad. Masih lagi menjadi satu-satunya anak
kita. Insya Allah kita masih lagi menunggu berita gembira untuk diberikan
kepada Ziyad. Terima kasih untuk segalanya. Selamat ulang tahun perkahwinan
yang ke-8 Alhamdulillah..
Kalau tajuk pun September bulan memori mesti ada lagikan memori untuk dikongsi. Ya ada. Semalam alang telah menang naib johan anugerah belia negara peringkat negeri kedah. Tahniah alang. Untuk dia berdiri di mana dia berada sekarang bukan mudah jalannya. Bukan setahun dua dia membinanya. Dan bukan sedikit air matanya yang keluar. Ala kullihal, dia layak mendapat apa yang selayaknya dia dapat.
Semalam juga telah berlangsung pertunangan ateh. Alhamdulillah. Moga berjalan lancar untuk ke next step.
BERSYUKUR DENGAN MUSIBAH DAN UJIAN
Baru-baru ni aku saja ikut umi pergi ambik iman tuisyen. Kebetulan balik tidur rumah umi. Aku memang suka ambil kesempatan bersembang dengan umi. Sebab umi suka bagi kata-kata nasihat dan peringatan.
Dalam perjalanan tu aku saja bukak
cerita pasal acik dan bangcik accident dengan motor. Mujur juga hanya kereta
yang rosak dan tiada melibatkan nyawa. Biasa la acik dan emosinya tak dapat
dipisahkan. Haha.
Umi jumpa acik dan bangchik di KL
selepas umi ayah balik dari Acheh tempoh hari. Nasihat umi : biasa la tu, Allah
bagi ujian, musibah sikit tanda Dia ingat dengan kita. Cumanya macamana kita
nak terima ujian tu. Terima saja ka atau terima dengan bersyukur. Kita nak
bersyukur dengan ujian dan musibah bukan senang tau. Ujian waktu susah ni
memang semua orang ingat Allah. Pasti. Asal ujian saja ingat Allah. Tapi yang
paling takut sekali waktu ujian Ketika senang. Waktu tu nak ingat Allah atau
dak. Yang tu baru ujian sungguh.
Aku diam membisu mendengar nasihat umi.
Moga kita semua bernaung di bawah Rahmat Allah sentiasa.
Monday, September 4, 2023
PENGALAMAN BURUK
Aku ada pengalaman buruk semasa
sekolah rendah. Bagi aku ini adalah pengalaman buruk. Mungkin bagi orang lain
ini adalah hal biasa. Gred aku bukanlah elok Ketika di sekolah rendah. Jadi pelajar
seperti aku ni sering di tolak dan di pinggirkan. Di nafikan bakat atau
kelebihan. Atau lebih jelas lagi bakat pun tak dicungkil.
Ketika
di sekolah rendah juga aku mula rasa rendah diri. Rasa lekeh. Rasa tak berguna.
Tapi dalam pada masa tu aku tetap main bersama kawan-kawan yang sama baya. Sama
gred. Sama semua. Yelah. Zaman kanak-kanak. Belajar mana lah nak sangat. Main saja
lebih.
Aku Cuma mahu ceritakan
pengalaman aku. Orang lain mungkin dengan cara dan rasa yang berbeza. Baik dalam
bidang akademik mahupun sukan aku tak diberi peluang. Kalau ada pun sebagai
picisan dan gantian tanpa peluang untuk mengcungkil bakat.
Orang
kata, ala.. biasa la sekolah rendah lagi. Budak-budak. Apa nak kisah sangat. Ya.
Kata-kata mungkin boleh diungkap dengan mudah. Yang merasanya adalah diri
sendiri. Aku bersyukur punya umi dan ayah yang berlapang dada dan terima
setakat mana kebolehah anak-anak. Yang penting didikan agama itu perlu di
terapkan sejak kecil.
Pengalaman
yang aku lalui Ketika zaman sekolah rendah itu atau lebih kepada emosi rendah
diri Ketika waktu itu terbawa-bawa sehingga sekarang. Ya. Sekarang di mana aku
punyai anak yang sudah di sekolah rendah. Sekolah yang sama aku menuntut. Dan apabila
emosi terburuk itu aku rasa dan terbawa-bawa, maka secara tidak langsung aku
turut sama risau keadaan anak aku Ketika sekrang ini.
Beza
anak-anak kawan bekas pelajar yang cemerlang Ketika di sekolah berbanding
anak-anak bekas pelajar yang kurang cemerlang macam aku. Mungkin bayangan aku
mengekori anak aku? Atau aku sekadar beranggapan begitu?? Apa pun kerisauan itu
tetap ada.
Kenapa
aku tetap menghantar anak aku ke sekolah yang sama dengan aku? Kerana aku tidak
nafikan Pendidikan yang aku terima Ketika di sana adalah yang terbaik di
kalangan terbaik. Aku tak boleh nafikan bahawa sekolah itu mempu memberikan Pendidikan
keseluruhan kepada anak aku dari segala aspek. Selagi mana dia tidak hanya di
nilai berdasarkan akademik semata. Malah cuba atau sekurang-kurangnya
mengcungkil bakat anak aku. Selagi dia tidak dipandang enteng oleh
pendidik-pendidik yang mendidik di situ.
Apakah
aku cemerlang di sekolah menengah? Bukan aku untuk menilai. Yang pasti Ketika di
sekolah menengah aku Berjaya mewakili akademi dan sukan hingga peringkat
negeri. Aku Berjaya tepat kelima teratas di dalam kelas. Aku juga ditawarkan
jawatan pengawas tetapi aku menolak dengan sukarela. Kerana bukan itu yang aku
kejar.
Ketika
di university, aku agak aktif berpesatuan. Sangat aktif berprogram sehingga di
luar kampus. Cukup untuk aku buktikan apabila bakat dicungkil dan di asah
dengan betul dan baik maka akan ada hasilnya. Kerana setiap ciptaan Allah itu
sangat bernilai. Beri peluang. Beri ruang untuk anak-anak. Asah segala
bakat-bakat yang terpendam. Benda begini bukan hanya ditonjol dengan rela. Kadang
perlu dipaksa untuk dikeluarkan bakat-bakat tersebut. Cari, gali. Setiap anak ada nilai mereka
tersendiri. Tidak semestinya mereka tidak cemerlang akademik maka mereka tidak
cemerlang dalam bidang lain.
Sebagai
pendidik, tolong jangan menolak anak-anak yang tidak cemerlang akademik. Bantu mereka
dengan beri peluang dan ruang. Kadang bakat terpendam itu perlu di asah. Bukan hanya
sekali tapi berkali-kali. Pepatah melayu ada kata ‘Belakang parang kalau di
asah akan tajam juga’.
Thursday, August 31, 2023
AKU ANAK MALAYSIA
Tuesday, August 22, 2023
SUNYI
Wednesday, August 16, 2023
DIDIK GENERASI DENGAN ADAB DAN AKHLAK
Tuesday, August 15, 2023
MATA TIDAK MENIPU
Tahu tak bagaimana seorang pelakon itu berjaya?
Apabila dia berjaya membawa watak
yang diberikan sehingga penonton merasai apa yang dia rasai. Dia berjaya menjadikan
bahasa badannya di baca oleh penonton!
Mata mereka tidak menipu. Bahasa badan
mereka juga tidak menipu. Mereka menghasilkan karya yang berjaya mengheret
penonton untuk merasai emosi mereka.
Mata mereka berjaya menunjukkan
rasa perit, sakit, dan sedih.
Mereka berjaya meleretkan senyuman.
Tapi dalam masa yang sama mereka berjaya menunjukkan rasa kesakitan yang
mendalam. Gila! Perasaan yang di tunjukkan bukan mudah untuk dilakonkan. Bukan mudah
untuk dipamerkan begitu sahaja.
Dan aku adalah salah seorang
penonton gila yang berjaya mereka manipulasikan emosi. Kerana aku seorang yang
mudah tenggelam dalam emosi.
MELEPASKAN RASA
Untuk kesihatan mentalku, menulis adalah terapi.
Terlalu banyak faktor sekeliling yang menjadikan
aku sesak sekarang ini. Terutama sekali isu politik negara yang menyakitkan
hati. Politic is a game. Pemain-pemainnya adalah ahli-ahli politik itu sendiri.
Manakala tukang sorak di luar adalah ahli-ahli parti mereka. Ibarat bola sepak.
Pemain bola sepak adalah ahli politik. Peminat bola sepak atau tukang sorak
adalah ahli-ahli bawah. Sama. Yang untungnya adalah mereka yang bermain. Mereka
kalah atau menang mereka bahagia. Kerana itu adalah kehidupan mereka. Yang beremosi
adalah tukang sorak. Emosi sehingga permainan tamat. Emosi sehingga mengganggu
tukang-tukang sorak pihak lawan. Habis segala kata-kata nista caci maki
sehingga menggelar seseorang dengan pelbagai gelaran.
Kenapa aku terkesan? Kerana
aku mangsa sebahagian kata-kata tersebut. Kenapa aku emosi? Kerana hati aku
bukan sekering hati orang-orang yang kering. Hati aku ibarat span yang menyerap
segalanya tanpa ada tapisan.
Kerana itu aku perlu
keluar dari suasana negetif itu. Teramat menyesakkan. Teramat memualkan. Teramat
menyakitkan. Media social bagi aku sekarang teramatlah toksik. Teramat teruk
untuk aku buka dan tatap. Sebab teramat ramai manusia-manusia yang bermulut jahat.
Menabur neratif-neratif negetif. Betul kata Imam Ghazali, lidah itu lebih tajam
dari mata pedang. Dunia memang gila. Tahniah bagi sesiapa yang mempu bertahan,
kerana aku bukan begitu. Untuk katakan aku lemah. Ya silakan. Untuk katakan aku
terlalu mengikut perasaan. Ya silakan. Silakan dengan hujah-hujah kalian. Aku tak
mampu menelan hujah-hujah yang dibuat untuk sekadar menyenangkan hati kalian
sendiri. Silakan.
Buat masa sekarang aku
lebih gemar menulis melepaskan rasa. Mendengar halwa-halwa telinga yang aku
inginkan. Menonton movie-movie yang mampu mengalih seluruh perhatianku dari
dunia politik yang gila itu. Aku terjebak. Dan aku kena berusaha keluar dari
terus berada dan tenggelam dalam emosi yang gila itu.
Mungkin orang-orang
akan kata benda kecil saja untuk aku perbesarkan. Ikut kalian. Bagi aku, ianya
telah menjejaskan kesihatan mental aku. Aku masih menulis isu yang sama. Kerana
ini yang aku rasa sekarang. Mungkin aku akan menulis perkara-perkara yang lain
sebentar lagi. Kerana aku menulis untuk melepaskan rasa. Melepaskan pada manusia
akan menajdikan aku lebih teruk kerana terbuka kepada kritikan dan hukuman. Menulis
begini lebih melegakan.