12 september 2015 adalah tarikh aku
akad nikah termateri perjanjian hidup bersama seorang insan yang aku hanya sempat
bertaaruf sekejap mungkin. Ingat-ingat lupa aku. Apa yang menyebabkan aku
terima lamaran dari seorang insan yang asing ketika itu? Hati. Ya hati aku
tenang ketika menerima lamaran dari insan yang kini menjadi suami aku.
Untuk
abang, terima kasih kerana berani walaupun tahu takut-takut nak berdepan dengan
ayah pada awalnya. Tapi sekarang dah menjadi menantu kesayangan kerana abang
telah menjadi tempat umi dan ayah juga sebagai rujukan. Abang telah meletakkan
benchmark yang tinggi untuk menantu-menantu lain capai. Yang ni ayah sendiri
yang cakap. Haha. Adik-adik juga sangat selesa dengan abang melebihi angah selaku
abang kandung mereka. Apa-apa masalah mereka cari abang untuk rujukan. Terima kasih
menjadi abang long kepada adik-adik. Terima kasih menerima kekurangan diri ini
seadanya. Sangat tenang melalui cabaran hidup bersama. Kerana hidup kita ada
turun naiknya. Sangat bertoleransi dalam segala aspek. Sangat berusaha
memperbaiki kehidupan kita yang kadang tu dilambung ombak tinggi. Terima kasih
menjadi walid yang penyayang kepada Ziyad. Masih lagi menjadi satu-satunya anak
kita. Insya Allah kita masih lagi menunggu berita gembira untuk diberikan
kepada Ziyad. Terima kasih untuk segalanya. Selamat ulang tahun perkahwinan
yang ke-8 Alhamdulillah..
Kalau tajuk pun September bulan memori mesti ada lagikan memori untuk dikongsi. Ya ada. Semalam alang telah menang naib johan anugerah belia negara peringkat negeri kedah. Tahniah alang. Untuk dia berdiri di mana dia berada sekarang bukan mudah jalannya. Bukan setahun dua dia membinanya. Dan bukan sedikit air matanya yang keluar. Ala kullihal, dia layak mendapat apa yang selayaknya dia dapat.
Semalam juga telah berlangsung pertunangan ateh. Alhamdulillah. Moga berjalan lancar untuk ke next step.
No comments:
Post a Comment