ceritaku

Monday, March 2, 2015

Postmortem

dalam melalui liku kehidupan yang tak menentu ni, ada banyak cabaran yang akan kita tempuhi. 
assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

tahun 2014 telah melabuhkan tirai tanpa sebaran post dari blog yang makin suram ni. 

tahun 2015 telah membuka tirai juga tanpa sebarang post dari blog ni. 

pelbagai cerita kehidupan telah aku lalui. adakala lemah adakala kuat. ala kullihal,alhamdulillah kehidupan tetap berjalan dengan baik sebagaimana aturanNya. 

sedikit perkongsian. firman allah yang bermaksud " janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke kancah kebinasaaan.." ila akhir ayat. (al-baqarah) 

mafhum ayat, dalam kita melalui kehidupan yang serba mencabar ini, kita perlu beringat bahawa setiap apa yang kita punya, setiap apa yang kita dapat dan setiap apa yang kita pinjam, seharusnya dan sebetulnya kita perlu menjaga dengan sebaik mungkin. 

sebagai contoh, kesihatan kita sendiri. kita sebenarnya langsung tidak peduli dengan apa yang allah bagi pinjam. kenapa? kita makan untuk hidup, kita makan untuk sihat. tapi macamana kalau kita makan tanpa had. kita makan tanpa ambil kisah tentang pemakanan kita. kandungan gula yang berlebihan, kandungan kolestrol yang terlampau, gamdungan garam yang melebihi had. piramid makanan yang tidak teratur dan sebagainya. natijahnya, kita akan menghadapi pelbagai kesakitan. 

ibarat barang yang dipinjam apabila dipulangkan bukan dalam keadaan asal. jasad kita yang allah bagi pinjam dalam keadaan serba elok dan sempurna, tapi apabila kita pulang mengahdapNya, jasad dan tubuh kita dalam keadaan yang sangat tidak elok. bukankah kita telah mencampakkan diri kita ke kancah kebinasaan? bukankah allah telah meralang kita JANGAN, tapi kita tetap buat. 

mafhum untuk ayat ini sangat luas. tapi apabila kita kecilkan sedikit skop kefahaman, kita sendiri boleh amik iktibar dari apa yang telah allah perintahkan kepada kita, jelas dan nyata, allah sangat melarang kita dari mencampakkan diri kita sendiri ke kancah kebinasaan. kerana Dia sangat sayangnya hamba-hambaNya. 


wallahu'alam.