ceritaku

Sunday, January 30, 2011

Kembali...

Dengan nama Allah yang Maha kuasa atas segalanya…
Dah lama menyepi dari blog ni. Kini aku tekad untuk kembali! Tapi dengan membawa perubahan pada post2 untuk blog nih! Insya allah… sedikit pengisian ilmiah akan aku sampaikan kat sini.. dah lama sangat tak asah bakat seni penulisan ni. Kalau di beri sedikit renggangan masa dan tenaga, akan aku cuba konsikan apa yang patut sebagai makanan rohani untuk kita semua. Tak banyak sikit pun jadilah… mungkin ada post2 yang aku akan copy dari mana2 artikel, mungkin juga sedikit perkongsian hidup kita pada hari ini. Insya allah…
Baik, untuk permulaan…. Aku cuba untuk terjemahkan isi hati aku dalam bentuk penulisan. Adakalanya, kita di uji dengan sesuatu yang kita sendiri dah jangka… dan kita bersedia untuk menerima ujian itu dan cuba melepasi segala halangan ujian tersebut. Demi! Demi meningkatkan keimanan kita, demi meningkatkan tahap kematangan kita. Insya allah, dengan berbekalkan sedikti kekuatan yang di pinjamkan Allah pada kita, kita mampu untuk mengharunginya. Tetapi! Bagaimana pula dengan ujian yang kita sendiri tidak duga. Yang tetiba datang tanpa di undang. Yang datang tanpa kita bersedia. Adakah kita mampu untuk mengharunginya???? Insya allah… sudah lupakah kita pada janji allah… “tidak akan aku bebankan hambanya melainkan dengan kemampuannya sendiri… maka, janganlah kita lemah dengan ujian allah pada kita… sebagaimana ingatan allah pada ayat yang lain, “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak di uji??”
Kita, sebagai hamba Allah..yang telah di amanahkan untuk menjalankan perintah allah.. janganlah sesekali lalai dari berpaling dariNya sedangkan, Allah sendiri tidak berpaling dari hamba2Nya… betapa Allah maha penyayang dan maha pengasih….. insya allah… hadapilah hidup ini dengan positif. Nescaya kita akan Berjaya d dunia juga akhirat..
Bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam yang telah kita perolehi sekarang. Dan jangan sia2siakan nikmat yang telah diberikan Allah ini. Bersyukurlah kita dengan menjalankan semua yang di suruh dan tinggallah segala yang di larang oleh allah.. berkasih sayanglah kamu sesame mahkluk kerana sesungguhnya Allah itu maha pengasih akan keatas semua mahkluk2nya…
Waallahua’lam..