ceritaku

Wednesday, November 22, 2023

HOW KIND ALLAH IS

Betapa baiknya Allah. Tulisan di atas tu aku tulis pada tahun 2014. 9tahun yang lepas. Aku tak ingat asbab kenapa aku tulis ayat di atas. Tapi ia sentiasa mengingatkan aku supaya sentiasa berterima kasih dekat Allah sebab Allah baik sangat dengan kita. 

Hari ini. Tahun ini. Bulan ini. Minggu ini. Lintas lalu rakaman-rakaman live tiktok arwah Suhaimi Saad. 

Masa arwah Siti Sarah meninggal aku menangis teresak-esak. Tak tahu kenapa. Ala kullihal semuanya Allah yang bagi rasa. Begitu juga ketika arwah Abam meninggal. Pun aku menangis teresak-esak. Sama perasaan ketika Siti Sarah meninggal. Atas kebaikan yang mereka lakukan ketika masih hidup menjadikan perasaan tu hadir. 

Tapi. Ketika Suhaimi Saad meninggal, tidak langsung aku menangis. Langsung tidak. Sehingga sekarang aku masih merasakan yang arwah masih ada. Hakikatnya dia telah kembali ke sisi Allah. Pencipta kita semua. Allahuakbar. Apa yang membuatkan aku menangis? Rakaman-rakaman arwah semasa masih hidup. Peringatan-peringatan dia kepada kita. Sentiasa mengingatkan kita betapa baiknya Allah dengan kita. Malu kita ni sebagai pendosa tapi masih lagi diberi nikmat bernafas, nikmat makan, nikmat tidur dan segala jenis nikmat yang mana sikit pun Allah tak minta bayaran. 

Kita ni buat lagi dosa. Tetap ulang. Hari ni buat. Esok Allah bagi lagi hari baru. Pun tak malu tak segan, kita ulang lagi buat dosa. Baiknya Allah dengan kita dia bagi lagi peluang. 

SS ingatkan kita semua. Rakaman-rakaman dia berlegar-legar di media sosial. Di ulang-ulang lalu. Menangis aku sebab peringatan dia pada kita. Allah jadikan dia perantara untuk sentiasa ingatkan bahawa Allah ni baik. Tersangat baik. Malu kita dengan Allah.