ceritaku

Friday, January 11, 2008

kempen ikhtilat

ولا تلبسوا الحق بالباطل و تكتموا الحق و انتم تعلمون
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (2;42)
baru-baru ni aku ada terbaca satu laman blog ni yg menyentuh tentang ikhtilat? kenapa aku bersusah payah nak menyentuh satu isu dimana ianya akan ditolak oleh orang yang rasa dirinya ikhtilat? salahkan aku untuk menyentuh tentang ikhtilat?
teringin sekali untuk aku menjalankan kempen ikhtilat di kolej aku sendiri. KEMPEN IKHTILAT SIFAR di serata tempat dalam kawasan kolej aku sendiri. di cyber cafe, di perpustakaan, di medan makan, di dalam kelas hatta sekalipun di alam maya?
ada sesiapa bersetuju dengan pendapat aku mengenai kempen ikhilat ni?
mungkin hanya segelintir sahabat-sahabiah yang memahami apa itu ikhtilat.
ada seorang kawan aku pernah bertanya pada seorang pensyarahnya, " Ustaz, dalam islam ada ke istilah sahabat antara lelaki dan perempuan?"
jawab pensyarahnya "Tak ada"
"Kenapa plak? habis tu knp kalau ana tanya kawan ana yg bercouple, mereka jawab 'kami hanya kawan saja'...macamana tu ustaz"
"Isltilah sahabat ni hanya digunakan pada zaman Nabi Muhmmad S.W.A shj... kenapa? kita boleh bincangkan pada hari akan datang"
kawan aku tu terus snyap jer...
bagi aku, tak ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan walaupun hanya kawan sekelas. mngkin kita boleh gunakan untuk istilahkan ikhtilat lil hajat bagi yang betul-betul memerlukan. contohnya untk meeting dan sebagainya... tapi kalau hanya untuk bertanya khbar, bersuka-suka, aku rasa tak payah la...
ikhtilat ni bermaksud percampuran antara lelaki dan perempuan...sama la jugak macam bercouple..
bagi yang tak puas hati mesti akan bertanya soalan ni
"Kenapa tak boleh berikhtlat?"
kenapa kita tak galakkan ikhtilat adalah kerana untuk menjauhi fitnah, menjauhi prasangka, untuk menjaga batas tatasusila kita, nak menjaga maruah kita sebagai seorang wanita. nak ke kalau diri kita ni dah dikenali oleh semua orang? nak ke diri kita ni dijadikan bahan bualan kaum adam? nak ke diri kita ni dikatakan sebaragan oleh kaum adam? nak ke? ada akan kata tk nak, dan ada yang kan kata nak? nak apa? glamour? dikenali? tak malu ke orang macam ni?
tapi...ikhtilat juga diharuskan sekiranya menepati syarat-syarat berikut:-
- diri kita ni tak nampak menarik...kaum adam sekali pandang jer tak pandang dah lepas tu.. macam tu la.
-tak tengok benda-benda yang haram..faham-faham sendirila...
-kalau bercakap tu tak buat suara menggoda....ni tak, asal cakap jer mula la nak lenggok suara sekali, tu belum tentu lenggok badan lagi..tergugat imann...
-kalau dah cakap tu, cakp jelah benda-benda yang perlu sahaja...jangan nak menokak tambah pulak...
-tak berdua-duaan...kalau boleh ajak kawan ramai-ramai...tak payah aih...cuba dlu..
-kalau boleh kita ni biar tak nampak menarik....tak pa...kita tunjuk kat suami sja nanti... tak payah kat orang lain...orang lain bukannya halal dengan kita...
-haa...ni mesti kena jugak. ada penghalang antara lelaki dan perempuan... buat lah macamana sekali pun...
-yang terakhir, jangan bersentuhan kulit.
aku mintak maaf sesangat kat sesiapa yang baca tentang ikhtilat ni. kadang-kadang aku dah tak reti nak cakap lembut-lembut. kalau cakp lembut-lembut tak faham...nak kena sindir baru terasa.. lepas tu mula la nak cakap "Kita ni kalau boleh nak tegur orang biarlah berhemah, berhikmah.." tahu pun terasa...habis tak reti nak ubah..
aku yang bercakap ni pun bukannya perfect sangat... kadang-kadang ada juga tergelincir dari landasan sikit... tapi dengan adanya kawan-kawan seangkatan yang memahami... aku kembali dapat berdiri di atas landasan yang betul... so, aku pun teringin juga nak membantu kawan-kawan aku yang sedikit dah pun tergelincir...
apa yang kurang itu datangnya daripada diri aku sendiri...dan apa yang betul semuanya datang dari Allah walaupun hakikatnya kedua-dua ini datang daripada Allah jua...
aku memohon seribu kemaafan atas kata-kata aku yang dah mengores, menclar, melukakan hati kawan-kawan yang baca tentang isu ini... aku harap betul apa yang aku katakn ini dan sekiranya masih ada kelemahan tolong tunjukkan...

tensionnya...

kenapa aku perlu tension??? sebab semester ni semua subjek berat-berat. muqarrar untuk subjek ni pun banyak. sibuk plak dengan persatuan. mana nak fikir lg pasal assaiment. kena marah dengan pensyarah. kawan buat hal. semua perkara ni membuatkan aku sedikit tension.
apa-apa hal pun aku kena pandang semua ni sebagai positif. ayah aku cakap nilah kehidupan seorang mahasiawi. sibukkan diri dengan study,persatuan,sukan dan sebagainya supaya masa kita tidak habis macam tu saja.
ni ayah aku cakap la...
kalau aku cakap..."Nak berhennnnttttiii"
okey tak? ehm..sekadar boleh cakap je lah..
mak aku cakap plak..."belajar rajin2. umi tak minta jadi doktor,tak minta jd guru, tak minta jd arkitek.. tapi umi minta jd anak yang solehah sajaa..."
berat tu permintaan umi. tapi aku akan cuba buktikan yg aku boleh jadi anak yang solehah seperti yang umi dan ayah nak..
dah dua kali aku tak masuk kelas b.arab...bukn tak mint, tp pensyarah yg ajar tu yg dh membuatkan aku rasa tak bermint. walau macamana sekalipun, dia tetap pensyarah aku yang dah sedikit sebanyak menyubangkan kenaikan markah aku dalam exam...
tension tetap tension... cuma cara nak atasi tension tu kenalah betul.. jangan ikut hati kalau tension. bak kata kawan aku yg sorang ni, "Lagi kuat kita tensian, lagi semangat kita nak tempuh kehidupan ni"
aku akan ingat kata-kata dia sampai bila-bila...
aku akan anggap tension sebagai satu ujian untuk aku.

Thursday, January 10, 2008

maha suci allah

alkisah...
ada ari tue kt kolej aku wat sukan... aku men la pingpong..
nak jd rezeki aku pun menang... msya Allah.. tak sangka langsung.. ehm rezeki la katakan..
bila dh menang tue dapt la untuk inter kolej. aku memang tak stanby langsung pasl sukan nih. aku tak ambik kish langsung. nak dijdikan citer, kwn2 yg stu sem ngan aku nk wat rehlah. ikut hati memang nak ikut sangat2... kuasa allah, sapa yg tau.. rehlah tue jatuh sma ari dengan sukan aku..
agak2 mana satu aku ikut???
kalau ikut tamak tue dua-dua aku nk.. sukan aku minat, rehlah sebab nak jga ukhwah aku ngan kawan2.. memang pening kepala aku ari tue. sehari sebelum hari sukan n rehlah tue, aku turn juga traning pingpong.. dah la pagi td kelas smpai pukul 1.30 petang. habis tue plak masuk meeting, turun traning. langsung tak makan ari tue.. yg bestnya jurulatih cakap kalau bleh nk kolej menang.. habis la aku mcm nih..
balik tu terus aku tido.. letih semacam jer.. pikir punya pikir, aku ambik keptusn nak tarik diri.. kbtulan aku tgh sakit lutut sebab jatuh tangga.. memang tk dapt aktif langsung. aku pun antr la masg kat jurulatih aku ckp nk trik diri atas sebab sakit.. dengan berat dia terima jugk.. kecian pun ada...tp nk wat gena..
yg bestnya, aku tak gitau lg kat kwn2 aku yg aku bleh gi rehlah tu...
malam tu, aku turn nk gi beli air...tibA2 terserempak la dengan akak2 yg hndle pasal sukan esok nih...
muka diaorg...isk tak sanggup aku nk citer..
kecian sgt2..nk ringkaskan citer, diaorg pujuk aku suruh aku masuk juga sukan nih...
aarrrgggghhhh!!!! tension gile wktu tue.. serba salah nk wat keptusn..
pikip punya pikir lagi sekali aku ckp aku boleh ikut dsukan tue... dlm hati nampaknya aku terlepas la rehlah ngan kwn2 aku...
balik tu memang tak tau la nak cakap apa. air pun aku tak jd beli.. akan bilik aku nsiht macam2..
ikut mana yg terbaik utk aku.. takpa, aku anggap ni sebagai tarbiah utk aku. sanggup tak bekorbn untuk kwan2. malam tu memang tido tak lena la...
ringkaskan citer lg... esok tue lepas solat subuh, aku dapat satu msg yg aku rasa ni semua aturan drp Allah.. kwan baik aku yg secara tak langsung dulu ni patner aku masa men pingpong dapat ganti aku esok.. Masya Allah... Maha Suci ALlah.. gembiranya aku wktu tu hanya allah yg tahu.. terus aku hntr msg kat jurulatih aku yg aku dh ada pengganti. dia ckp okey. terus aku siap sebab rehlah tu nak bertolak pgi tu jgk..
kesimpulannya.... KITA MERANCANG, ALLAH PUN MERANCANG, TAPI PERANGCANGAN ALLAH TU LAGI HEBAT
hari tu aku gi rehlah dengan hati yg tenang... walaupun sebenarnya aku sedikit terkilan sebab tak dapt main ari tue... ada hikmah disebalik apa yg terjadi...