ceritaku

Sunday, October 8, 2023

BAU KENANGAN

 Pernah tak bila kita lihat sesuatu ianya akan mengingatkan kita pada kenangan-kenangan yang suka untuk kita ingatkan. Ataupun kitab au sesuatu. Atau kita dengar lagu-lagu yang boleh kembalikan kita pada saat yang kita suka nak ingat atau kenang? Selalukan? Mesti biasa berlaku dalam hidup kitakan?

            Sama macam aku. Kalau dengar lagu-lagu 90an, lagu-lagu rock kapak orang kata, secara tak langsung mesti akan ingat zaman-zaman belajar duduk asrama. Zaman masa belajar di Melele dulu. Seronok time tu. Hujung-hujung minggu riuh dengan orang pakat-pakat dok membawang, basuh baju, sidai baju. Menjerit panggil kawan. Makan-makan. Tengok senior-senior siap nak keluar dating konon abang angkat. Hahaha kebanyakkan sekrang dah jadi suami isteri. Kalau dengar nasyid dulu-dulu pun mesti ingat kenangan-kenangan lalu. Macam lagu-lagu mawaddah. Mesti ingat moment waktu petang masa dekat asrama. Aktiviti masa tu turun beli jajan dekat rumah warden. Jual macam-macam. Burger, air, roti bakar, mee goreng. Haa ada juga locking. Dulu pangil cucuk-cucuk. Sos mesti Thailand mari. Sebab yang jual ni guru memang asal Thailand. Sedap sungguh la. Lagu-lagu nasyid macam hijjaz, unic, pulak teringat time nak orentasi melele dengan time insaniah. Lagend betul waktu tu. Tapi kalau dengar lagu-lagu raihan pulak mesti ingat masa dekat rumah atau dalam kereta ayah. Sebab ayah beli kaset raihan dulu pasang dalam kereta. Eh, bukan kereta tapi van. Haha. Kenangan sungguh.  

            Kalua bau minyak wangi pulak ada bau-bau yang akan mengingatkan aku pada waktu aku naik bas nak ke sekolah di pendang Ketika itu. Biasa la, sembur minyak wangi dulu sebelum naik bas dengan turun bas. Kadang ada juga bau yang mengingatkan aku zaman belajar di Insaniah dulu. Bau-bau yang aku guna masa aku mengajar dulu. Eh sungguh la. Bau ni kalau tanya adik-adik aku mesti depa kata bau kakak. Haha.

            Kalau tengok cerita-cerita p.ramlee pulak lagi la. Teringat masa kecik-kecik dulu. Duduk depan tv layan satu keluarga. Kalau tengok movie-movie zaman 90an lagi la. Dia bukan mengimbau cerita tu tapi dia mengimbau kenangan. Moment Ketika melihat cerita-cerita itu. Mungkin aku rindu.

             Dalam banyak-banyak bau, lagu yang boleh mengingatkan kita pada kenangan lalu. Ada sesuatu yang aku suka untuk aku kongsi. Tentang rasa nasi lemak. Nasi lemak ni dah puluh tahun dah, seingat aku dari aku sekolah rendah rasanya. Dulu isterinya yang berniaga, sekarang suaminya ambil alih tapi di bantu kawan-kawan dia. Mungkin pakcik-pakcik ni dah pencen jadi membantu menjual nasi lemak adalah aktiviti mereka di pagi hari.

            Tapi aku bukan nak cerita pasal nasi lemak pakcik ni. Aku nak cerita moment aku makan nasi lemak ni. Kalau beli dekat pakcik ni aku suka ambil nasi tambah dan ikan bilis goreng. Sambal sikit. Ini saja menu aku kalau beli nasi lemak pakcik ni.

            Aku anak sulung. Adik-adik bawah ramai. Sedikit sebanyak aku agak rasa kurang kasih sayang. Aku saja kot yang rasa macam tu. Jadi banyak perhatian teralih pada adik-adik aku. Kadang aku rasa macam aku bawa diri. Asrama tempat aku melepaskan rasa. Diari tempat aku meluahkan isi hati. Aku tak ingat umur aku Ketika itu. Tapi masa tu aku seorang dekat rumah. Sunyi. Ada umi. Ayah tak ada masa tu. Pagi tu umi bagitau umi beli nasi lemak dekat aku. Rasa seronok sangat masa tu. Bukan seronok tapi Bahagia. Aku tak tahu kenapa rasa tu kuat sehingga hari ini. Rasa di beri perhatian. Tersangat. Aku buka bungkusan nasi lemak tu. Nasi tambah, ikan bilis dengan sambal. Aku makan. Tapi makan dengan penuh rasa berbunga. Bahagia, seronok dan rasa masa tu aku anak yang sangat di beri perhatian. Moment tu aku tak akan lupa sehingga hari ini. Saat aku menulis sekrang ini. Dan aku suka ulang moment-moment tu dengan kerap kali aku beli nasi lemak tu. Aku sangat menghargai moment itu. Kecik mungkin pada orang tapi sangat berharga bagi aku.    



No comments: