Untuk kesihatan mentalku, menulis adalah terapi.
Terlalu banyak faktor sekeliling yang menjadikan
aku sesak sekarang ini. Terutama sekali isu politik negara yang menyakitkan
hati. Politic is a game. Pemain-pemainnya adalah ahli-ahli politik itu sendiri.
Manakala tukang sorak di luar adalah ahli-ahli parti mereka. Ibarat bola sepak.
Pemain bola sepak adalah ahli politik. Peminat bola sepak atau tukang sorak
adalah ahli-ahli bawah. Sama. Yang untungnya adalah mereka yang bermain. Mereka
kalah atau menang mereka bahagia. Kerana itu adalah kehidupan mereka. Yang beremosi
adalah tukang sorak. Emosi sehingga permainan tamat. Emosi sehingga mengganggu
tukang-tukang sorak pihak lawan. Habis segala kata-kata nista caci maki
sehingga menggelar seseorang dengan pelbagai gelaran.
Kenapa aku terkesan? Kerana
aku mangsa sebahagian kata-kata tersebut. Kenapa aku emosi? Kerana hati aku
bukan sekering hati orang-orang yang kering. Hati aku ibarat span yang menyerap
segalanya tanpa ada tapisan.
Kerana itu aku perlu
keluar dari suasana negetif itu. Teramat menyesakkan. Teramat memualkan. Teramat
menyakitkan. Media social bagi aku sekarang teramatlah toksik. Teramat teruk
untuk aku buka dan tatap. Sebab teramat ramai manusia-manusia yang bermulut jahat.
Menabur neratif-neratif negetif. Betul kata Imam Ghazali, lidah itu lebih tajam
dari mata pedang. Dunia memang gila. Tahniah bagi sesiapa yang mempu bertahan,
kerana aku bukan begitu. Untuk katakan aku lemah. Ya silakan. Untuk katakan aku
terlalu mengikut perasaan. Ya silakan. Silakan dengan hujah-hujah kalian. Aku tak
mampu menelan hujah-hujah yang dibuat untuk sekadar menyenangkan hati kalian
sendiri. Silakan.
Buat masa sekarang aku
lebih gemar menulis melepaskan rasa. Mendengar halwa-halwa telinga yang aku
inginkan. Menonton movie-movie yang mampu mengalih seluruh perhatianku dari
dunia politik yang gila itu. Aku terjebak. Dan aku kena berusaha keluar dari
terus berada dan tenggelam dalam emosi yang gila itu.
Mungkin orang-orang
akan kata benda kecil saja untuk aku perbesarkan. Ikut kalian. Bagi aku, ianya
telah menjejaskan kesihatan mental aku. Aku masih menulis isu yang sama. Kerana
ini yang aku rasa sekarang. Mungkin aku akan menulis perkara-perkara yang lain
sebentar lagi. Kerana aku menulis untuk melepaskan rasa. Melepaskan pada manusia
akan menajdikan aku lebih teruk kerana terbuka kepada kritikan dan hukuman. Menulis
begini lebih melegakan.
No comments:
Post a Comment