Alhamdulillah.
Hamdan wasyukran lillah!
Saat pertama dikhabarkan nama tersenarai di antara penulis artikel untuk buku "kita berkahwin untuk apa", sungguh aku terharu. Pertama, terima kasih untuk cikgu penulisan aku, Cikgu Khairy Tajudin. Kedua, terima kasih untuk umi yang sentiasa dan tidak pernah jemu memberi semangat untuk anaknya ini. Ini adalah permulaan untuk aku memenuhi impian aku sebagai seorang penulis secara rasmi.
Untuk buku pertama ini, gabungan 24 orang penulis dalam sebuah buku yang mana kesemua mereka ini hadir dengan kekuatan masing-masing. Apabila pengalaman orang lama, di sulam dengan pengalaman orang baru, kemudian diselit dengan kisah-kisah motivasi dan nasihat dari pelbagai lapisan generasi, aku rasa ini buku yang terbaik untuk kita hadiahkan kepada diri kita sendiri, saudara mara dan kawan-kawan yang mahu, akan dan sudah mendirikan rumah tangga. Insya Allah, buku ini tidak akan mengecewakan bagi sesiapa yang membaca.
Dengan hadirnya buku ini, semagat untuk aku menulis lagi membara. Aku menulis bukan untuk duit, aku menulis untuk kepuasan diri. Aku menulis untuk berkongsi. Aku menulis untuk meluahkan rasa hati. Dan aku menulis untuk kenangan.
Sudah ada beberapa manuskrip yang perlu aku selesaikan. Aku menyahut cabaran cikgu Khairy untuk terbitkan buku pada pesta buku antarabangsa tahun hadapan! Insya Allah.
Moga Allah merahmati perjalanan ini.
No comments:
Post a Comment