ceritaku

Sunday, April 13, 2008

siapa kita?

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! Hanya lafaz itu sahaja yang mampu aku ucapkan takala menutup naskah perjuangan Khalid bin Walid yang lebih senang digelar sebagai Saifullah iaitu “Pedang Allah”. Esak tangisku yang kedengaran sepanjang membaca sejarah sahabat Rasulullah itu masih lagi tidak mampu menyamai perjuangan yang telah diperjuangkan oleh Khalid Al-Walid. Masih ada lagikah insan sepertinya? Saidini Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata

“Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid”. Aku sendiri tidak menafikan apa yang telah diungkapkan oleh Khalifah Islam yang pertama itu benar. Semangat yang dibawa oleh Khalid bagaikan cahaya yang menerangi seluruh pelusuk alam. Imannya yang mantap, tidak mampu digoyah hatta di ditawarkan dunia sekalipun untuknya.

Bagaimana kita? Mampukah kita mentauladani sikap serta sifat seperti Khalid bin Walid? Sikapnya yang keras semasa berperang bagi memperjuangkan agama Islam yang amat dicintai. Sifatnya yang lembut dan tegas semasa menyebarkan agama dikalangan penganut agama selain Islam. Kita? Bagaimana kita? Masih adakah rasa tanggungjawab untuk mengajak insan yang jahil, yang bodoh berkenaan agama Islam supaya menyertai kita?

Tidak perlulah kita melihat jauh ke Palestin, Iraq, Afganistan dan lain-lain Negara Islam yang sekarang ini ditindas. Mengapa perlu membandingkan kita dengan sahabat-sahabat nabi yang terdahulu? Cukuplah sekadar mengambil contoh serta iktibar daripada sejarah-sejarah terdahulu. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah amal ma’ruf nahi mungkar.

Nah! Inilah peranan kita. Pedulikan dengan pandangan orang. Pekakkan telinga dengan sindiran orang. Kenapa perlu kita kisahkan dengan kata-kata dan ungkapan orang? Nabi dan sahabat-sahabat ketika dahulu lebih teruk penghinaan yang diterima mereka. Lebih buruk ungkapan yang diterima. Lebih dahsyat penyeksaan yang diterima. Kenapa mereka masih mampu bertahan? Kerana mereka teramat cintakan Islam. Teramat rindukan syurga Allah. Kita? Tidak rindukah kita dengan semua itu? Tidak mahukah kita dengan ganjaran yang diberikan oleh Allah?

Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita.

No comments: