ceritaku

Tuesday, May 27, 2008

Saladin @ Salahuddin??

Teruja sangat ke aku dengan filem ni? Bukan tajuk ni yang nak aku perbahaskan sangat. Tapi ada jugak la kaitannya… okey, baru-baru ni aku ada la terbaca dalam satu blog ni yang mengkritik keras pembikinan animasi Saladin. Katanya animasi ni hanyalah semata-mata untuk mendapat populariti buatan rakyat tempatan. Bukan ini saja, bahkan dia jugak mengkritik bagaimana raut wajah animasi Saladin serta kawan-kwannya.
Apa yang menarik perhatian aku di sini ialah, kenapa dia perlu mengkritik pembikinan animasi tersebut yang katanya hanyalah taik-taik ayam sahaja. Bagi aku, tak usah la kita melihat sesuatu benda tu dari sudut yang negetif sahaja. Perlu jugalah melihat dari sudut pandangan yang positif. kesian pada anak tempatan tersebut yang berusaha untuk menyiapkan animasi Saladin tu.
Tak salah untuk kita mencuba. Barulah kita tahu apa hasilnya. Apa yang aku tahu, filem animasi tu siap Cuma tidak di edarkan pada orang ramai. Aku dan kawan-kawan aku juga ada mencari animasi tersebut. Bahkan kami mencari sehingga ke Kuala Lumpur. Bukannya apa, filem tersebut kami melihat, ianya boleh memberi sedikit suntikan semangat.
Aku sedikit sebanyak terkilan dengan kritikan tersebut. Kenapa dia banyak melihat kesalahan pada filem animasi tersebut?? Kenapa tidak menilai filem anak tempatan yang lain?? Seperti Anak Halal, Sepet, Gubra, 9 September dan filem-filem seumpama dengannya yang banyak memberi impak yang negetif sahaja. Kenapa perlu mempertikaikan animasi Saladin yang katanya raut wajah seakan Aladin. Tidak ada adab dengan ibu bapa. Juga tidak menunjukkan cirri-ciri seorang pahlawan islam.
Aku bukanlah seorang yang pandai dalam seni perfileman ni. Tetapi rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat berkenaan animasi Saladin yang pada awalnya gah di perkatakan sebagai buatan anak tempatan. Berilah mereka sedikit ruang juga masa untuk memperbaiki kelemahan mereka. Aku menyokong penuh animasi Saladin ini. Walaupun aku hanya melihat filem animasi ini separuh sahaja.
Dan apa yang aku dapat daripada filem ini ialah, aku mengubah perspektifi atau pandangan aku pada filem berbentuk animasi. Dan dengan wujudnya filem begini, aku yang selama ini lebih cenderung untuk membaca novel jenis fantasi atau aksi mengubah untuk mencari novel pahlawan islam. Seperti Khalid bin Walid, Tariq bin Ziad serta Salahuddin Al-Ayubi!!
Kalaupun tak dapat melihat filem animasi buatan tangan anak Malaysia, kenapa tidak mencari hasil karya penulisan novel buatan anak Malaysia??? Kan lebih baik. Jangan hanya tahu mengkritik kalau tidak pandai mencari penyelesaiannya…..

No comments: