ceritaku

Saturday, April 5, 2008

kehidupan pasca pilih dan raya

Bukan senang nak menyesuaikan diri untuk jadi anak ahli parlimen. Banyak benda yang kita perlu pelajari. Banyak benda yang perlu kita ketahui. Berat sangat beban yang ditanggung. Kalau sebelum ni pergi makan kita ambil sendiri, tapi lepas pilihanraya, nak makan pun orang tolong ambikkan. Bukannya susah pun nak ambil makanan. Tapi entahlah.

Kalau dulu kerja-kerja rumah mak yang buatkan, tapi lepas pilihanraya ada pula orang tawarkan diri nak jadi pembantu rumah. Walhal..kami adik-beradik dah besar panjang. Tak perlu pembantu rumah. Cukuplah mak sendiri yang menguruskan kami adik-beradik.

Kalau dulu tak ada orang nak ambil peduli kami sihat ke tak sihat ke. Kami ada makan ke, tak ada makan ke. Kami cukup duit ke tak cukup ke…tapi lepas pilihanraya je, ramai pulak yang Tanya khabarlah, Tanya sihat ke tak. Sedih sangat. Kenapa pangkat yang mereka Nampak?
Mak sendiri pernah cakap…kalau dulu ayah keluar bertugas, keluar menyampaikan dakwah, keluar sebagai sukarelawan tak ada siapa pun yang ambil peduli pasal kami adik-beradik. Tak ada siapa pun yang Tanya kami cukup makan pakai ke tidak. Hatta adik-beradik sekalipun. Sedih teramat sangat. Kenapa boleh jadi macam ni?

Lepas saja menang pilihanraya, terus diaorang ambil peduli. Kenapa tak Tanya sebelum ni lagi? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dua puluh tahun yang lalu? Kenapa perlu tunggu ayah ada pangkat, ada nama?

Kalau dulu adik-beradik ayah selalu perlekehkan ayah, kerja sebagai pendakwah ni ada duit ke tak? Dah la anak ramai…tapi sepanjang ayah kerja sebagai pendakwah tak pernah sekalipun mak pergi rumah adik-beradik minta beras, tak pernah mak pergi rumah adik-beradik minta duit. Ayah bagi keperluan cukup. Makan cukup. Pakai cukup. Kami boleh mengaji sampai peringkat yang tinggi. Kenapa perlu pertikaikan pekerjaan ayah waktu tu?

Dengan duit sebagai pendakwah tulah ayah boleh buat rumah untuk kami adik-beradik. Tapi mereka? Masih lagi di tapuk yang lama. Kalau sebelum ni ada seorang kakak ayah cakap… ayah tu suka sangat jalan dengan tok sebab tok bank dia(ayah). Walhal, ayah tak pernah minta duit pada tok. Tok yang bagi. Ayah terasa hati sangat dengan kakak dia. Tapi sekarang? Berguni-guni pujian dia pada ayah..

Ada pernah sekali tu, adik-beradik ayah cakap pada mak, nanti kalau ayah menang kita mekapkan mak cantik-cantik. Kenapa perlu pertikaikan pakaian mak? Malukah perpakaian menutup aurat? Malukah mereka melihat mak hanya memakai jubah dan tudung labuh? Sedih hati ni.

Dulu waktu ayah dan mak baru berkahwin, ada seorang kakak ipar ayah cakap, laki kita hitam-hitam pun banyak duit. Dia pandang sinis pada ayah. Pekerjaan ayah. Anak-anak ayah. Kenapa perlu semua ni terjadi? Mereka memandang sinis pada ayah dan keluarga ayah sebelum ayah menjadi ahli parlimen. tetapi mereka sanjung ayang selepas ayah jadi ahli parlimen. inikah yang dinamakan susah payah di cari senang sekali je panggil dah mari!!

AKU TERAMAT TERKILAN DENGAN SIKAP ADIK-BERADIK YANG MACAM NI!!
DAN AKU BERBANGGA DENGAN AYAH KERANA MAMPU MEMBUKTIKAN BAHAWA AYAH BOLEH LAKUKAN LEBIH BAIK DARIPADA MEREKA. AYAH MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN KELUARGANYA TANPA BANTUAN MEREKA!!

Esok aku nak exam. !!! doakan aku!!!

No comments: