kejayaan tidak di ukur dengan pencapaian, tetapi di ukur pada halangan sebelum mencapai kejayaan...
Wednesday, April 22, 2009
exam dh habis
to all my friends, thanks a lot for everything. syukran jazilan a'lakullihal..
hujung bulan lima ni aku n family akan wat umrah doakan semoga kami selamat menunaikan ibadah di sana.
banyak program yang nak aku buat sepanjang cuti menganggur sebntr nie... sementara menunggu untuk mohon smbung pengajian. bak kata pengcara tv, kita berhenti berehat seketika... huhu...
Sunday, April 19, 2009
poligami
Tuesday, April 14, 2009
sajak dari ayahanda
Kurindu Bunyi itu– Buat yang disayangi
Kurindu bunyi itu
Yang hampir sering kudengar ketika malam sunyi sepi
Kalimat-kalimat hafazanmu yang menusuk dikalbuku
Kabar tentang kalam yang tiada tandingannya
Bunyi nan indah membius menenangkan jiwa ini.
Kurindu bunyi itu
Ketika ku sedar dari lamunan mimpi di malam dini hari
Yang pernah terdengar alunan suaramu dari kamar tidurmu
Suara serakmu yang menusuk digegendang telingaku.
Lengang lenggok irama bacaanmu yang membuatku tersenyum sendirian.
Kurindu bunyi itu
Nyaring, rendah, indah, shahdu, bergema
Ketika hafazan itu diulang, diulang dan diulang tanpa jemu.
Dikemuncak ketika dipenghujung kuliahmu,
Bunyi itu tetap berirama semahunya
Tanpa jemu , tanpa peduli apa yang berlaku disekitarnya,
Kurindu bunyi itu
Moga bunyi itu tidak akan henti buat selamanya,
Kerana ku rindukan bunyi itu,
Ku amat mengharapkan bunyi itu diperdengarkan
Tanpa bunyi itu hidup ini terasa sepi sekali
Bunyi yang membina kekuatan insaniah dan rohaniah
Karena itu wahyu dari Tuhan Seluruh Alam.
Teruskan sayangku, Anakku,
Ayah mengharapkan bunyi it terus bergema
Bergema tanpa jemu di teratak kita yang semakin usang itu,
Biar bunyi itu sahaja yang bergema melawan cengkerik di malam hari,
Cukuplah hadiah bunyi itu yang diberikan pada ayah yang semakin tua ini.
Terima kasih bunyi dari kalam yang maha suci.
Sungguh ku amat merindui bunyi.
Ibnu Qassim,
Pengapit batu,
12 April 2009.
Sunday, March 15, 2009
dalam kenangan

final exam makin hampir. debaran kian terasa. kepala makin pusing. yang pasti, nilah exam paling mencabar sekali.
habis exam ni, masing2 bawa haluan sendiri... semuanya dalam kenangan.. tak terasa tiga tahun di sini, menimba ilmu bersama. akhirnya sampai ke penghujung jua..
apa yang penting, quran yang ditanggung jangan dilupa. jaga akhlak, jaga pergaulan, jaga diri. kalau ada umur yang panjang, kita akan jumpa jua. mungkin tidak disini, tapi di negeri yang abadi...
Wednesday, March 4, 2009
Wednesday, February 18, 2009
jalan-jalan
kali ini aku terjumpa dgn satu lagi blog yg sedikit sebyk dapat membantu kita, memberi sedikt ilmu pada kita dngan apa yg ingin dikongsikan. aku tk nk cakap banyak2 so jalan2 la kat blog kak hasniza... sangat menarik untuk dikongsi...
hari ni wakil pelajar, staf2 kolej juga barisan pimpinan MPM ke tapak kampus tetap INSANIAH di kuala ketil untuk majlis pecah tanah.. semoga insaniah akan menjadi sebuah universiti islam terkemuka suatu hari nanti...
wallahua'lam...
Tuesday, February 17, 2009
muzium padi
jalan2 kat muzium padi sebb nk kena wat kajian pasal ni... huhuhu...seronok bergmbar je pun... ni gambar bersama lecture kitaorg.. Mis Busyra. tapi Mis Zu tak dat tgkap gambar dia... sedih
ada bnyk lgi nk citer..tapi nnti2 la..
k,ina!!!bila nak balik malysia???
kitaorg sume kat sini rindu la...
lagi satu, aku skrg blh tasmi' kat senior lama. kak Hanisah.. hahaha...best...
Saturday, January 31, 2009
beginikah hidup?
sebenarnya apa yang aku tulis ni bukan atas dasar diri sediri pada waktu ini tapi orang sekeliling…ramai orang dalam pelbagai konteks sebenarnya akan merasai,kehidupan umumya. khusus, dalam konteks seorang pelajar, seorang pekerja, seorang wanita, seorang lelaki dan ln2…huhu..
Friday, January 30, 2009
selamat pengantin baru
tahniah kepada hanim dan farhan, adik2 junior aku taun 2.. moga kekal hingga ke akhir hayat.. ingat, perkahwinan bukan main2 erk..
dorang ni satu kelas..alhamdulillah, selamat dah dorang ni. kawan2 dorang yang lain macamana plak erk??
esok tu plak, adik junior aku taun satu palk yg kahwin. tapi kitorg tak sempt pegi.. to shahrul ishah, tahniah n selamat pengantin baru.
ada gak yang mengusik, taun satu ngan taun dua masing2 dah ada wakil. taun tiga tak dk ke yg nak kahwin gak? ehm... macm2.. anyway, taun tiga bukan tak nak kahwin, tapi tanggungjawab sebagai anak n pelajar masih lagi tak tertunai, nak galas tanggungjawab yang lain plak... kena fikir dua kali la dik oii....
okey, apa pun, tahniah lagi sekali dan selamat pengantin baru untuk farhan & hanim, juga shahrul ishan...
taraddud
Taraddud untuk sambung pengajian.
Kekadang rasa macam nak ke mesir
Kekadang rasa macam nak ke Jordan,
Kekadang rasa macam nak ke Indonesia
Kekadang rasa macam nak ke madinah
Kekadang rasa macam nak sambung dalam je
Kekadang rasa macam nak keje kat brunei
Kekadang rasa macam malas nak sambung ngaji plak.
Sabar fiqah…wat solat istikharah dulu…
Insya allah, allah permudahkan segala urusan…
Cuma apa yang paling penting, habiskan dulu pengajian kat sini.
Kemudian baru fikir.. ada tiga bulan je lagi. Tak lama dah tu…
Umi selalu pesan, berhati-hatilah dengan kehidupan.
Ya, berhati-hati dengan kehidupan.
Banyak yang aku belajar dari kehidupan.
Banyak yang aku dapat dari kehidupan
Dan seringkali juga aku lari lari realiti kehidupan
Kehidupan yang penuh dengan tribulasi
Yang penuh dengan pelbagai cabaran hidup
Aku yakin, kehidupan juga telah mematangkan aku.
Aku manusia biasa yang cuba untuk jadi luar biasa.
Dewasa ini aku berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia
Betul kata pepatah melayu
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Aku gembira dengan kehidupan sekarang
Dikelilingi dengan sahabat-sahabat seperjuangan
Dihujani dengan pelbagai jenis ujian
Cuba untuk kita kuat atas landasan
Aku, seringkali terfikir. Dan bersyukur.
Tarbyah dari Allah cukup cantik
Menjadikan kita seorang yang tegar dalam mengharungi kehidupan
Seringkali juga aku cuba mengingatkan diri juga sahabat-sahabat aku,
Bersedialah untuk digunakan
Masyarakat sekarang teramat memerlukan kita
Masyarakat sekarang amat dahagakan sesuatu dari kita.
Inilah medan praktikal selepas apa yang kita dapat di alam pengajian
Berani berhadapan dengan masyarakat yang datang dengan pelbagai keadaan
*READY TO USE AND NOTHING IS IMPOSSIBLE