ceritaku

Friday, January 30, 2009

taraddud

Entah apa yang nak aku sampaikan melalui tajuk untuk post aku kali ni.
Taraddud untuk sambung pengajian.
Kekadang rasa macam nak ke mesir
Kekadang rasa macam nak ke Jordan,
Kekadang rasa macam nak ke Indonesia
Kekadang rasa macam nak ke madinah
Kekadang rasa macam nak sambung dalam je
Kekadang rasa macam nak keje kat brunei
Kekadang rasa macam malas nak sambung ngaji plak.

Sabar fiqah…wat solat istikharah dulu…
Insya allah, allah permudahkan segala urusan…
Cuma apa yang paling penting, habiskan dulu pengajian kat sini.
Kemudian baru fikir.. ada tiga bulan je lagi. Tak lama dah tu…

Umi selalu pesan, berhati-hatilah dengan kehidupan.
Ya, berhati-hati dengan kehidupan.
Banyak yang aku belajar dari kehidupan.
Banyak yang aku dapat dari kehidupan
Dan seringkali juga aku lari lari realiti kehidupan
Kehidupan yang penuh dengan tribulasi
Yang penuh dengan pelbagai cabaran hidup
Aku yakin, kehidupan juga telah mematangkan aku.

Aku manusia biasa yang cuba untuk jadi luar biasa.
Dewasa ini aku berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia
Betul kata pepatah melayu
Rambut sama hitam, hati lain-lain

Aku gembira dengan kehidupan sekarang
Dikelilingi dengan sahabat-sahabat seperjuangan
Dihujani dengan pelbagai jenis ujian
Cuba untuk kita kuat atas landasan
Aku, seringkali terfikir. Dan bersyukur.
Tarbyah dari Allah cukup cantik
Menjadikan kita seorang yang tegar dalam mengharungi kehidupan

Seringkali juga aku cuba mengingatkan diri juga sahabat-sahabat aku,
Bersedialah untuk digunakan
Masyarakat sekarang teramat memerlukan kita
Masyarakat sekarang amat dahagakan sesuatu dari kita.
Inilah medan praktikal selepas apa yang kita dapat di alam pengajian
Berani berhadapan dengan masyarakat yang datang dengan pelbagai keadaan

*READY TO USE AND NOTHING IS IMPOSSIBLE

No comments: