ceritaku

Wednesday, July 25, 2018

REZEKI

alhamdulillah,
rezeki allah tak pernah salah tempat. aku pernah cerita pasal rezeki jodoh. sebab aku melalui proses pertunangan dua kali. sesi taaruf tiga kali. alhamdulillah kawin moga-moga sekali ni saja la.

aku kongsi kisah aku sendiri secara ringkas di sini. dan apa yang mengembirakan aku ialah, kisah ini akan dibukukan sekali bersama kisah-kisah motivasi rumah tangga dari barisan penulis yang hebat-hebat belaka. nanti bila dah keluar aku akan update di sini.

ala kullihal, semuanya rezeki yang tak pernah salah alamat. dan sepatutnya kita bersyukur dengan setiap apa yang dah Allah berikan.


keluarga kecik aku. alhamdulillah. allah izinkan dua orang hero ni hadir dalam hidup aku.

Tuesday, July 24, 2018

SEMESTI: ZAKAT NEGERI KEDAH

Assalamualaikum

tajuk dah macam tajuk nak berdebat pulak. baik, seperti yang di janjikan sebelum ni. aku nak explain pasal zakat negeri kedah untuk pelajar SEMESTI. 


mula tahun ni, lembaga zakat negeri kedah mula memberi zakat kepada pelajar yang datang dari keluarga kurang kemampuan. yang ni boleh cari sendiri atau tanya sendiri dengan pegawai dia untuk maklumat lanjut. 

jadi, oleh sebab tu kami di SEMESTI telah menjadi salah sebuah sekolah yang menerima bantuan zakat dari Lembaga Zakat Negeri Kedah. untuk tahun pertama ni, seramai 9 orang pelajar yang akan menerima bantuan zakat. setiap bulan zakat akan masukkan sebanyak RM300. jadi, untuk yuran pelajar semesti yang terpilih ni kira settle la. 

sebenarnya zakat negeri kedah nak bagi ramai lagi, tapi memandangkan yang hanya berkelayakan tak ramai, jadi pihak zakat minta semesti cari lagi untuk tahun hadapan. so, benda ni akan berterusan sampai pelajar tu habis belajar bukan saja takat sekolah menengah tapi sampai dia HABIS BELAJAR. 

JADI, kalau seandainya ada yang berkeinginan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar, boleh la dapatkan borang di pejabat. dan seandainya pelajar itu layak untuk mendapat zakat dari Lembaga Zakat Negeri Kedah, insya allah pihak sekolah akan usahakan untuk itu. 

zakat nak bagi ni pun kira rezeki allah. alhamdulillah. 

KEHIDUPAN BARU

Assalamulaikum.

lepas dua tahun tak update apa-apa isu atau berita atau apa saja. rasanya boleh mula balik tahun ni.

sebenarnya, kehidupan selepas berkahwin agak sibuk. kehidupan yang berubah sekelip mata. dengan Allah hadirkan rezeki anak awal. alhamdulillah.

tahun 2014 sambung buat degree di Open Universiti Malaysia. bidang pengajian islam. hari tu masa di kuin mengaji tak habis. empat tahun habis macam tu saja. tapi alhamdulillah ilmu tu dapat. cumanya tak dapat sijil saja.

ambik keputusan untuk sambung sebab semangat nak belajar lagi. insya allah tahun ni atau awal tahun depan selesai degree. ingat nak sambung buat master, tapi hari tu sembang dengan pihak OUM depa cadang supaya sambung buat dip pendidikan dulu. baru sambung master. insya allah akan di pertimbangkan. sebab alang-alang dah setahun saja belajar dip tu. tapi semua bergantung kepada rezeki. ada rezeki untuk sambung, insya allah akan sambung. ala kullihal Allah jua sebaik perancang.

kahwin pun sebenarnya rezeki. allah bagi rezeki suami yang baik. keluarga mertua yang baik. rezeki anak. bahagia tu pun rezeki. jangan pandang kesenangan tu saja rezeki. kan kan kan. sihat pun rezeki.

meh nak promote kedai husband. dia buat printing banner di sungai petani. betul-betul depan UTC sungai petani. berdekatan dengan stesen bus. dekat juga dengan stesen KTM. lepas kahwin ni dia berulang naik KTM.

kalau nak tengok design boleh klik sini.


ni kedai dia. boleh kalau sapa-sapa nak cari kedai printing. kualiti insya allah terjamin.

ha memadangkan husband kedai printing banner, aku kira dah jadi agent untuk depa la. apa saja program mesti tempah sini. dari banner, buku program, sticker. semua sini ja. alhamdulillah pengetua puas hati dengan design depa. jadinya, banyak job masuk. tapi yang syoknya, banyak dah job yang masih lagi tak claim sekolah. huhu. mudah sungguh la. nak kena buat dah claim ni.

untuk program terbaru, minggu ni. hari Mahrajan Ildul Ilmi. atau hari anugerah cemerlang. katanya MB Kedah nak rasmi. kalau tak ada aral, insya allah dia la rasmi. kalau dak mungkin wakil MB yang rasmi.

ni salah satu program sekolah yang buat design dengan creative designer. program ni tiap tahun buat.

yang untuk promosi semesti. cerita dia, sekolah menengah sains tahfiz alor setar bukak peluang kepada semua pelajar-pelajar tahun 6 bagi tahun 2018. bagi sesiapa yang berminat untuk sambung belajar di SEMESTI, lembaga zakat negeri kedah akan memberi zakat kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. zakat ini akan di beri setiap bulan sebanyak RM300 seorang. jadinya untuk yuran sekolah alhamdulillah tak perlu bayar dah untuk belajar di sini.

pasal zakat ni rasanya nak kena buat entri baru. nanti kita buat posting baru khas untuk cerita pasal zakat ni.




Monday, July 23, 2018

I'M BACK

assalamualaikum.

dah lama tak menulis di sini. last update 2015. tapi blog ni selalu ja jengah. harap dapat bertahan untuk tahun-tahun mendatang. blog ni betul-betul jadi macam diari. apa saja yang terlintas semua cerita.

2015
- 1 Julai ( sesi taaruf.. )
- 10 Julai ( bertunang.. actually kali kedua lepas putus tahun 2014) alhamdulillah.
- 12 september ( akad nikah ) alhamdulillah.
- 19 september ( kenduri belah aku )
- 20 september (kenduri belah husband )
- november ( tok meninggal. satu2nya tok yang ada ) al-fatihah.

2016
- 6 jun ( lahir anak pertama )

2017
- tak dak anak kedua lagi...

2018
- i'm still a mother for my son.
Ahmad Ziyad bin. Ahmad Mujahid (dah dua tahun pun dia)


introduce my son and the only son. adik-adik dia insya allah coming soon. alhamdulillah..

Monday, May 4, 2015

FIXI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

dalam setahun dua ni cuba  mencari kekuatan untuk menulis blog. kadang-kdang mood ada tapi tangan tak mampu nak menari laju atas keybord macam sebelum ni.

Jadi tak mau cerita panjang. hari ni saja nak kongsi pasal buku fixi. actually lama dah nak kongsi pasal koleksi fixi ni, tapi macam yang dikata jari-jemari malas nak menari.


 
gambar sekadar hiasan

apa yang menariknya pasal fixi ni? 

yang menariknya ialah jalan cerita dari penulis-penulis yang super duper sempoi. memang best. pihak fixi pulak mengambil pendekatan untuk tidak edit walau sepatah dari penulis. dengan gaya bahasa yang pelbagai. lebih senang untuk pembaca mencerna pasal cerita. 

masa mula-mula buku fixi masuk dalam rumah, baca juga tapi macam sekali lalu. best memang best. tapi masa tu pasal fixi kurang sikit. sampai la satu ketika tahun lepas, ada sepupu review pasal buku fixi tajuk kelabu. then, terus cari kat google. sampai la tercari kat playstore. untuk baca buku fixi punya pasal. 

dan yang menariknya bukan semua kedai pasarkan buku fixi. hanya kedai tertentu sahaja. frust punya pasal masa tu sebab kat kedah tak tau nak cari kat mana. dan yang paling best, kitaorang adik beradik sekarang semua minat fixi. 

hujung tahun lepas, ada peluang g KL, terus request kat ayah suh bawak g kinokoniya. masuk saja kedai tu terus sambar. hasilnya sepuluh buah buku fixi telah dirembat. haha. seronok? mesti laa.. jadi tahun ni berapa pula? disebabkan masing-masing dapat baucer buku, 16 buah buku fixi masuk dalam list koleksi. memang terbaik la. tak nafikan ada juga cerita yang kurang menarik perhatian, tetapi memandangkan bahasa yang diguna pakai amat menyenangkan mata yang membaca, jadi layankan saja... 

sekrang ni di kedah dh mula senang untuk dapat buku fixi. so, ada jugak la target tiap bulan satu buah. dapat gaji simpan untuk beli sebuah. kira ok la kan. 

apa-apa pun buku RAMLEE AWANG MURSHID tetap no.1

Monday, March 2, 2015

Postmortem

dalam melalui liku kehidupan yang tak menentu ni, ada banyak cabaran yang akan kita tempuhi. 
assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

tahun 2014 telah melabuhkan tirai tanpa sebaran post dari blog yang makin suram ni. 

tahun 2015 telah membuka tirai juga tanpa sebarang post dari blog ni. 

pelbagai cerita kehidupan telah aku lalui. adakala lemah adakala kuat. ala kullihal,alhamdulillah kehidupan tetap berjalan dengan baik sebagaimana aturanNya. 

sedikit perkongsian. firman allah yang bermaksud " janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke kancah kebinasaaan.." ila akhir ayat. (al-baqarah) 

mafhum ayat, dalam kita melalui kehidupan yang serba mencabar ini, kita perlu beringat bahawa setiap apa yang kita punya, setiap apa yang kita dapat dan setiap apa yang kita pinjam, seharusnya dan sebetulnya kita perlu menjaga dengan sebaik mungkin. 

sebagai contoh, kesihatan kita sendiri. kita sebenarnya langsung tidak peduli dengan apa yang allah bagi pinjam. kenapa? kita makan untuk hidup, kita makan untuk sihat. tapi macamana kalau kita makan tanpa had. kita makan tanpa ambil kisah tentang pemakanan kita. kandungan gula yang berlebihan, kandungan kolestrol yang terlampau, gamdungan garam yang melebihi had. piramid makanan yang tidak teratur dan sebagainya. natijahnya, kita akan menghadapi pelbagai kesakitan. 

ibarat barang yang dipinjam apabila dipulangkan bukan dalam keadaan asal. jasad kita yang allah bagi pinjam dalam keadaan serba elok dan sempurna, tapi apabila kita pulang mengahdapNya, jasad dan tubuh kita dalam keadaan yang sangat tidak elok. bukankah kita telah mencampakkan diri kita ke kancah kebinasaan? bukankah allah telah meralang kita JANGAN, tapi kita tetap buat. 

mafhum untuk ayat ini sangat luas. tapi apabila kita kecilkan sedikit skop kefahaman, kita sendiri boleh amik iktibar dari apa yang telah allah perintahkan kepada kita, jelas dan nyata, allah sangat melarang kita dari mencampakkan diri kita sendiri ke kancah kebinasaan. kerana Dia sangat sayangnya hamba-hambaNya. 


wallahu'alam. 

Tuesday, February 18, 2014

Februari

Dh tgah bulan dua. Serius bnyk keje nk setel. N banyaaaaaakkkkk jugk nk kongsi. Hah!

Apa yang penting sgt mncabar bila jadi guru dlm masa sama ada tanggungjwb lain. Haish! 

#Dalam kelas tasmi pun boleh update blog #

Tuesday, January 14, 2014

Monday, January 13, 2014

Terasa hati

Be somebody in the eye's of allah even you are nobody in the eye's of people! 

Kalau orang nk terasa hati dengan aku...  baik silakan.. aku tak dk hak nk halang.  Tapi adkalanya nk lakukan perubahan perlu kpd yg baru..  maaf, i'm not perfect person.  I just want to be my self...  please let me go.  Aku pun nk masuk syurga jgk...

Wednesday, January 1, 2014

Tahun baru

1/1 bermula tugas ak sbg guru. Sekolah menengah sains tahfiz. Allah2.. ap agaknya allah tgah susun untk ak tahun ni.  Moga allah berikan ak kekuatan untk melalui sgala cabaran.

Awal sampai dh masuk perhimpunan. Di sebabkan sekolah ni baru lagi. jd baru ada 3tahun.

Taklif ak untk penggal ni. Tafsir, alquran dan adab quran. Dan tadi bru aku dpt info, pihak lembaga pengarah nak aku pegang disiplin. Allahu.. berita tak pasti. Tapi ak dah terasa bebannya. Apa agaknya yang allah tengah susun. Segalanya masih lg dlm perancngan allah dalam rahsia allah.

Wallahu alam untk hari ni.