ceritaku

Monday, August 1, 2011

SeOrang PenDosa MeMasuki RamaDhan

Kamu, saya dan mereka. Kita semua adalah pendosa. Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan, hasil kelalaian kita selama ini. Sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. Akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa, yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa, nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.

Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan lagi Ramadhan kepadanya.

Apakah perasaan?

Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya, diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-amat mulia ini.

Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:

“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.”

Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih ‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya.


Ramadhan yang mahal buat pendosa.

Hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup. Dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.

Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran. Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas.

Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya…” Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

Mengapa peluang keampunan itu mahal?

Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.

Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, selain dipadamkan dosa-dosanya?



Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?

Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA, justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini?

Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang kemudiannya diberikan makanan. Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan. Pasti ‘Sang Pemberi’ punya rasa belas.

Tidakkah kita rasa bertuah, di’belas kasihan’kan Allah SWT?

Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam. Yang Di tanganNya langit dan bumi. Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa. Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.

Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. Kita yang bila diberikan peringatan lupa. Kita yang bila ditegur tak ambil peduli. Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama. Kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.

Apakah yang lebih besar dari perasaan “Allah Masih Memandang Aku. Allah Masih Sayang Aku.” Ini?

Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluang Ramadhan ini.

Allah masih sayangkan kita.

Kita. Pendosa.



Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup. Ramadhan ini, berubahlah.

Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.

Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik. Ibu bapa beri duit untuk dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.

Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.

Kalau Allah benci dengan kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.

Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.

Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.

Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.

Ayuh!

by: HILAL ASHRAF

Sunday, July 31, 2011

Watikah buat adindaku

Sekalung takziah akak ucapkan buat adinda tersayang yang akan menghadapi imtihan dhar thani esok hari. Semoga tabah hati dan kuat semangat untuk menghadapi hari esok. Ulang madah bukan bermakna kita gagal. Akan tetapi satu ujian dan tarbiyah oleh allah buat kita dalam mencorakkan kehidupan hari ini.

Kenapa dan mengapa? Kerana kita sebagai manusia sering alpa dengan kehidupan dunia. Selesa dalam tapuk yang lama tanpa mehu mempelajari sesuatu yang lebih mencabar dalam menerokai kehidupan kita. Apa yang kita lalui hari ini adalah salah satu dari kepingan-kepingan puzzle yang bercantum untuk saling melengkapi hidup kita.

Bukan mudah untuk kita lalui hidup ini dan bukan senang untuk kita corakkan sendiri kehidupan kita tanpa bantuan dari Maha Pencipta. Kita sebagai hamba, adakalanya tersungkur dan terduduk ketika mengharungi apa yang di panggil badai kehidupan. Takkala kita senang dengan apa yang kita perolehi, kita di uji, kita di duga hanya semata untuk kita tingkatkan taraf kehidupan kita di sisi Allah.

Tarbiyah. Kehidupan kita adalah tarbiyah dari allah. Apa yang kita lalui setiap hari adalah tarbiyah dari allah. Apa yang kita perolehi adalah ganjaran dan pengaran dari allah atas apa yang telah kita lakukan. Allah maha segalanya. Dia yang mengatur akan segala kehidupan kita di atas muka bumi ini. Kita sebagai hamba hanya mengikut dan mengikut tanpa kita sedari. Walau perancngan dari kita, tapi allah maha berkuasa akan segalanya.

Akak bukan yang terbaik untuk member nasihat. Dan akak juga bukan yang terbaik untuk menunjukkan segala sesuatu itu baik. Akan tetapi, akak hanya perantaraan untuk adik.. lakukan yang terbaik, tentukan yang termampu dan usaha habis daya.

Sekian dari akak.

Saturday, July 23, 2011

baru lagi

bulan ni tukar baru plak.. tapi bukan keje aku.. ni haa.. adik sayang aku ni la yang buatkan... rajin bebenor dia.

so, kongsi sikit dah alang2 post n3 baru ni.. malam tadi aku sempat g cereamah kat kuin yang di sampaikan oleh ustaz hafiz mustafa al-lubis.. huhuhu ( istimewanya dia, org lain dlm perut 9 bulan 10 hari tapi ustaz ni, 12 bulan dlm perut mak dia) bertajuk "PEMUDA CERMINAN AL-QURAN.

perkongsian yang cukup bermanfaat.. akan aku konsikan sepenuhnya dlm n3 yang lain. sekadar pemberitahuan saja..

ok, jadilah sebaik2 ummat dan cubalah untuk sumbangkan sesuatu untk agama!

take care.

pembaikpulih

salam!

pembaikpulih blog.. urm..ke penambahan gajet?? hihihik... apa2 pun kredit to my lovely sis atas penambahan gajet dalam blog ni.. ceria2 sokmo..

dalam masa sama nak tolong promote blog adik aku ni... jalan2 la ye...

Wednesday, July 20, 2011

Jom Kongsi Bolog

hehehehe...lawak pulak mlm2 gni nengok budak2 bilik bertungkus lumus menyiapkan homework Pengajian Malaysia dowang.. mcm2 kerenah.. sampai ad yang 'ter'bolog..

situasi lepas hbis homework..:

a:mana whitebord?

b:hah?! whitebord?

a:eh, ionbord...

aku yg mendengar terus gelak btol2.. satu lawak + dgn nak post kongsi bolog kat cni..

hehehe... tu je..

Tuesday, July 19, 2011

PasTi aDa hikmAh

Ya Allah.. aku memohon kekuatan dariMu untuk menghadapi segala halangan dan ujianMu Ya allah..

Lagu Cuba – Aidil @ Ideal

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

bantulah aku Ya Allah..

Thursday, June 23, 2011

rindu~~ sayu



ni hp lama aku.. jodoh aku dgn dia tak panjang.. dia hilangkan diri dia.. but sometime, aku btol2 rindukan hp ak yang ni.. tiap kali dgr bunyi tone untk phone ak ni hati jdi sayu.. masa first dia hilangkan diri dia.. aku terdengar tone hp aku tu, terus aku cari mana.. rupa2ny tone tu mai dri blog yang budk2 bilik ak pasang..

ni tone hp aku.. sure terkesan..huhu



tp sekrg dh bli yg baru..hehehehe..



aphal la ak dh mula merapu balik ni..

apa cerita??



Morning guys! Salam alaik…

Actually post kali ni simple. Just nak list balik mana g kengkawan aku lepas habis dip.. masa awal tahun 2010 ak ad post pasal dowang.. haaaa… ni n3 yang kedua ak nak mg’update’ pasal dowang.. lets check out.. aku ikut turutan gambar la ea..

Mula dengan yang duduk kiri..

Amirah solehah abd khalil : sekrang ad kat mesir.. sambung ijzah qiraat

Siti aminah nawari : pun ad kat mesir sekrang.. baru je g.. maknanya junior la pada amirah.. huhuhu.. dia pun sambung ijazah qiraat jgk..

Siti shahfinaz abd mutalib : ni sambung KUIN. Wat degree b.arab.. dah kawin n baru je habis pantang. Dapt baby boy.. nama nuruddin..

Munirah Muhammad : haa..ni ustazah kita ni.. baru je bersalin.. k.inat habis pantang, dia plk sambung. Dapt baby girl.. Alhamdulillah.. elok sangat la tu.. (k.inat lelaki,
nirah perempuan = bley berbesan kot noo..huhuhu gurau je)

Siti sarah abd razak : ni.. still single. Sekrang kerja kat kuin. Sebagai guru tasmi’..

Hazwani abd kadir : haa.. along ktowg ni.. ada kat KL.. still ngaja g kat IQKL.. in the same time sambung ngaji.. wat degree al-quran dan as-sunnah kat UKM..

Atas belah kiri..

Nur suhana ahmad shukri : dah pun berkahwin.. Alhamdulillah bulan dua ari tu.. sambung ngaji lagi.. sama dengan k.inat wat ijazah b.arab kat KUIN..

Hafizah baharudin : single g.. sambung ngaji kat UiTM sri iskandar perak.. aku tak sure dia amik apa.. mcm grafik.. tapi tak taw la..

Nur Fatimah ahmad zairin : ni kawan ak sowg ni sambung medic kat mesir.. Alhamdulillah.. dia nak sambut anak kawan2 dia.. tapi 3 dh terlepas.. tunggu yang len je ea fatim.. huhuhuhuhu…

Sebalh fatim aku : ……..

Wan solehah wan ahmad : ni ada kar perlis.. single n suri rumah sepenuh masa.. sapa2 bermint bley la..

Nurain ghani : sama mcm sarah.. jadi guru tasmi kat KUIN n masih single lg..

Nur Shuhada Tajudin : seangkatan dgn amirah, aminah n Fatimah.. ada kat mesir.. sambung ijazah qiraat.. single jgk.. tp tak tw la kalau ad yang berkenan kat mesir tu.. huhuhu..

Nur Azlinda ishak : isteri kepada suaminya.. ibu kepada anaknya.. huhuhu.. ada kat kulim..

Ckuplah ktowg 14 orang perempuan.. bacth Diploma Tahfiz al-quran wal qiraat 2006-2009 (3tahun)

Tuesday, June 21, 2011

blog berwajah BARU



perbaharui segalanya...
niat..
hati..
jiwa..
amalan..
kesungguhan..
kematangan..
mood..

and blog ni pun berwajah baru jugk.. sesuai dengan perubahan2 yang insya allah akan kita usahakan untuk perubah.. perbaiki diri.. kurangkan kontroversi..tingkatkan pretasi.. yeahh!!

Monday, June 20, 2011

Remaja vs kemodenan

Dengan nama allah yang menguasai seluruh semesta alam.. Alhamdulillah.. menjengah juga aku di ruang alam maya dunia tanpa sempanan hari ini untuk sama-sama berkongsi sedikit ilmu allah yang kita perolehi.

Bukan menyepi, bukan menyendiri.. tetapi mengambil sedikit masa untuk memperbaiki diri.. agar menjadi insan yang di redhai ilahi.
Allahuakbar..allah maha besar. Sesungguhnya dialah maha segala kekuasaan yang meliputi langit dan bumi. Bersyukur kerana masih di beri peluang, ruang juga masa luang untuk aku menikmati sedikit nikmat allah untuk hari ini.. esok, lusa kita belum tahu lagi..

Pertama-tama dan yang paling utama marilah kita sama-sama memanjat puji dan syukur kepada Zat yang telah menciptakan dualisme dunia yang mana tidak akan bertahan satu jika tidak ada dua sehingga terciptalah langit dan bumi, bulan dan bintang, lautan dan daratan, miskin dan kaya, cantik dan buruk rupa hingga sempurnalah kehidupan manusia di atas permukaan bumi.

Seterusnya selawat berbingkaikan salam, marilah kita sama-sama sanjungkan kepada the first and the best man Muhammad s.a.w yang telah memayungi kita dari panasnya mentari-mentari jahiliyah sehingga kini kita berada dalam kesejukkan dan kedamaian di bawah naungan islam.

Pada kesempatan kali ini, aku ingin berkongsi remaja vs kemodenan. Mendengar kata remaja, maka kita akan terbayang akan susuk tubuh anak manusia yang sedang mencapai masa kejayaannya. Berjaya dalam berfikir, Berjaya dalam menemui jati diri. Dari sinilah mereka berubah. Jika dulu mereka hanya mengangguk ketika orang tua menasihati, tapi sekarang mereka sudah bisa menggeleng-gelengkan kepala apabila di nasihati.

Kalau mereka semua boleh menerima nasihat dengan baik, maka mereka ini akan menjadi generasi yang bermartabat. Tapi jika yang baik yang mereka tolak, maka kita akan lihat remaja yang ada di sekeliling kita hari ini. Pagi, petang, tak ckup lagi malam.. apa yang mereka buat? Mengaji? Bukan. Belajar? Ia, tapi apa yang mereka pelajari? Belajar bagaimana untuk bersosial.

Semakin lama kita hidup, semakin jauh kita melangkah dan semakin banyak hal yang kita tahu. Tapi awas, jangan sampai kita terbawa arus. Jangan sampai terjerusmus ke dalam hal-hal yang membuat kita rugi. Rugi zahir, mahupun rugi batin. Sekarang zaman makin moden. Makin canggih dan serba berteknologi. Nak berborak sambil tatap muka, kita ada 3G. nak tahu tentang berita dunia yang up to date, kita ada internet. Nak tahu khabar saudara, rakan taulan yang jauh. SMS saja.. masya allah.. serba mudah. Akan tetapi, kenapa di sebalik mudah adanya susah? Sebalik kemajuan timbul kemunduran? Hanya satu puncanya, H.A.T.I.. kenapa hati? Kerana hati kita telah di selaputi dengan nikmatnya dunia. Anak-anak lupa ibu bapa yang menjadi pengarah dan pembimbing hidupnya.

Sabda rasulullah, tiap anak di lahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang mencorakkan anak itu menjadi, yahudi, nasroni atau majusi. Oleh kerana itu, jangan tunggu hingga esok. Mulailah dari sekarang. Jagalah anak kita sebaik mungkin. Kepada semua, marilah kita menjaga keimanan kita agar kita terhindar dari rayuan godaan dunia. Hidup kita ini indah. Jangan kita sia-siakan. Kerana sedetik pun kita berada di dunia, maka itu adalah kehidupan.

Cukup untuk perkongsian kita hari ini. Kalau pedang melukai tubuh, masih ada harapan untuk sembuh. Tapi kalau lidah ini sudah melukai hati, mana ubat untuk di cari.
Waalahua’lam..