ceritaku

Monday, June 20, 2011

Remaja vs kemodenan

Dengan nama allah yang menguasai seluruh semesta alam.. Alhamdulillah.. menjengah juga aku di ruang alam maya dunia tanpa sempanan hari ini untuk sama-sama berkongsi sedikit ilmu allah yang kita perolehi.

Bukan menyepi, bukan menyendiri.. tetapi mengambil sedikit masa untuk memperbaiki diri.. agar menjadi insan yang di redhai ilahi.
Allahuakbar..allah maha besar. Sesungguhnya dialah maha segala kekuasaan yang meliputi langit dan bumi. Bersyukur kerana masih di beri peluang, ruang juga masa luang untuk aku menikmati sedikit nikmat allah untuk hari ini.. esok, lusa kita belum tahu lagi..

Pertama-tama dan yang paling utama marilah kita sama-sama memanjat puji dan syukur kepada Zat yang telah menciptakan dualisme dunia yang mana tidak akan bertahan satu jika tidak ada dua sehingga terciptalah langit dan bumi, bulan dan bintang, lautan dan daratan, miskin dan kaya, cantik dan buruk rupa hingga sempurnalah kehidupan manusia di atas permukaan bumi.

Seterusnya selawat berbingkaikan salam, marilah kita sama-sama sanjungkan kepada the first and the best man Muhammad s.a.w yang telah memayungi kita dari panasnya mentari-mentari jahiliyah sehingga kini kita berada dalam kesejukkan dan kedamaian di bawah naungan islam.

Pada kesempatan kali ini, aku ingin berkongsi remaja vs kemodenan. Mendengar kata remaja, maka kita akan terbayang akan susuk tubuh anak manusia yang sedang mencapai masa kejayaannya. Berjaya dalam berfikir, Berjaya dalam menemui jati diri. Dari sinilah mereka berubah. Jika dulu mereka hanya mengangguk ketika orang tua menasihati, tapi sekarang mereka sudah bisa menggeleng-gelengkan kepala apabila di nasihati.

Kalau mereka semua boleh menerima nasihat dengan baik, maka mereka ini akan menjadi generasi yang bermartabat. Tapi jika yang baik yang mereka tolak, maka kita akan lihat remaja yang ada di sekeliling kita hari ini. Pagi, petang, tak ckup lagi malam.. apa yang mereka buat? Mengaji? Bukan. Belajar? Ia, tapi apa yang mereka pelajari? Belajar bagaimana untuk bersosial.

Semakin lama kita hidup, semakin jauh kita melangkah dan semakin banyak hal yang kita tahu. Tapi awas, jangan sampai kita terbawa arus. Jangan sampai terjerusmus ke dalam hal-hal yang membuat kita rugi. Rugi zahir, mahupun rugi batin. Sekarang zaman makin moden. Makin canggih dan serba berteknologi. Nak berborak sambil tatap muka, kita ada 3G. nak tahu tentang berita dunia yang up to date, kita ada internet. Nak tahu khabar saudara, rakan taulan yang jauh. SMS saja.. masya allah.. serba mudah. Akan tetapi, kenapa di sebalik mudah adanya susah? Sebalik kemajuan timbul kemunduran? Hanya satu puncanya, H.A.T.I.. kenapa hati? Kerana hati kita telah di selaputi dengan nikmatnya dunia. Anak-anak lupa ibu bapa yang menjadi pengarah dan pembimbing hidupnya.

Sabda rasulullah, tiap anak di lahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang mencorakkan anak itu menjadi, yahudi, nasroni atau majusi. Oleh kerana itu, jangan tunggu hingga esok. Mulailah dari sekarang. Jagalah anak kita sebaik mungkin. Kepada semua, marilah kita menjaga keimanan kita agar kita terhindar dari rayuan godaan dunia. Hidup kita ini indah. Jangan kita sia-siakan. Kerana sedetik pun kita berada di dunia, maka itu adalah kehidupan.

Cukup untuk perkongsian kita hari ini. Kalau pedang melukai tubuh, masih ada harapan untuk sembuh. Tapi kalau lidah ini sudah melukai hati, mana ubat untuk di cari.
Waalahua’lam..

No comments: