ceritaku

Thursday, June 23, 2011

apa cerita??



Morning guys! Salam alaik…

Actually post kali ni simple. Just nak list balik mana g kengkawan aku lepas habis dip.. masa awal tahun 2010 ak ad post pasal dowang.. haaaa… ni n3 yang kedua ak nak mg’update’ pasal dowang.. lets check out.. aku ikut turutan gambar la ea..

Mula dengan yang duduk kiri..

Amirah solehah abd khalil : sekrang ad kat mesir.. sambung ijzah qiraat

Siti aminah nawari : pun ad kat mesir sekrang.. baru je g.. maknanya junior la pada amirah.. huhuhu.. dia pun sambung ijazah qiraat jgk..

Siti shahfinaz abd mutalib : ni sambung KUIN. Wat degree b.arab.. dah kawin n baru je habis pantang. Dapt baby boy.. nama nuruddin..

Munirah Muhammad : haa..ni ustazah kita ni.. baru je bersalin.. k.inat habis pantang, dia plk sambung. Dapt baby girl.. Alhamdulillah.. elok sangat la tu.. (k.inat lelaki,
nirah perempuan = bley berbesan kot noo..huhuhu gurau je)

Siti sarah abd razak : ni.. still single. Sekrang kerja kat kuin. Sebagai guru tasmi’..

Hazwani abd kadir : haa.. along ktowg ni.. ada kat KL.. still ngaja g kat IQKL.. in the same time sambung ngaji.. wat degree al-quran dan as-sunnah kat UKM..

Atas belah kiri..

Nur suhana ahmad shukri : dah pun berkahwin.. Alhamdulillah bulan dua ari tu.. sambung ngaji lagi.. sama dengan k.inat wat ijazah b.arab kat KUIN..

Hafizah baharudin : single g.. sambung ngaji kat UiTM sri iskandar perak.. aku tak sure dia amik apa.. mcm grafik.. tapi tak taw la..

Nur Fatimah ahmad zairin : ni kawan ak sowg ni sambung medic kat mesir.. Alhamdulillah.. dia nak sambut anak kawan2 dia.. tapi 3 dh terlepas.. tunggu yang len je ea fatim.. huhuhuhuhu…

Sebalh fatim aku : ……..

Wan solehah wan ahmad : ni ada kar perlis.. single n suri rumah sepenuh masa.. sapa2 bermint bley la..

Nurain ghani : sama mcm sarah.. jadi guru tasmi kat KUIN n masih single lg..

Nur Shuhada Tajudin : seangkatan dgn amirah, aminah n Fatimah.. ada kat mesir.. sambung ijazah qiraat.. single jgk.. tp tak tw la kalau ad yang berkenan kat mesir tu.. huhuhu..

Nur Azlinda ishak : isteri kepada suaminya.. ibu kepada anaknya.. huhuhu.. ada kat kulim..

Ckuplah ktowg 14 orang perempuan.. bacth Diploma Tahfiz al-quran wal qiraat 2006-2009 (3tahun)

Tuesday, June 21, 2011

blog berwajah BARU



perbaharui segalanya...
niat..
hati..
jiwa..
amalan..
kesungguhan..
kematangan..
mood..

and blog ni pun berwajah baru jugk.. sesuai dengan perubahan2 yang insya allah akan kita usahakan untuk perubah.. perbaiki diri.. kurangkan kontroversi..tingkatkan pretasi.. yeahh!!

Monday, June 20, 2011

Remaja vs kemodenan

Dengan nama allah yang menguasai seluruh semesta alam.. Alhamdulillah.. menjengah juga aku di ruang alam maya dunia tanpa sempanan hari ini untuk sama-sama berkongsi sedikit ilmu allah yang kita perolehi.

Bukan menyepi, bukan menyendiri.. tetapi mengambil sedikit masa untuk memperbaiki diri.. agar menjadi insan yang di redhai ilahi.
Allahuakbar..allah maha besar. Sesungguhnya dialah maha segala kekuasaan yang meliputi langit dan bumi. Bersyukur kerana masih di beri peluang, ruang juga masa luang untuk aku menikmati sedikit nikmat allah untuk hari ini.. esok, lusa kita belum tahu lagi..

Pertama-tama dan yang paling utama marilah kita sama-sama memanjat puji dan syukur kepada Zat yang telah menciptakan dualisme dunia yang mana tidak akan bertahan satu jika tidak ada dua sehingga terciptalah langit dan bumi, bulan dan bintang, lautan dan daratan, miskin dan kaya, cantik dan buruk rupa hingga sempurnalah kehidupan manusia di atas permukaan bumi.

Seterusnya selawat berbingkaikan salam, marilah kita sama-sama sanjungkan kepada the first and the best man Muhammad s.a.w yang telah memayungi kita dari panasnya mentari-mentari jahiliyah sehingga kini kita berada dalam kesejukkan dan kedamaian di bawah naungan islam.

Pada kesempatan kali ini, aku ingin berkongsi remaja vs kemodenan. Mendengar kata remaja, maka kita akan terbayang akan susuk tubuh anak manusia yang sedang mencapai masa kejayaannya. Berjaya dalam berfikir, Berjaya dalam menemui jati diri. Dari sinilah mereka berubah. Jika dulu mereka hanya mengangguk ketika orang tua menasihati, tapi sekarang mereka sudah bisa menggeleng-gelengkan kepala apabila di nasihati.

Kalau mereka semua boleh menerima nasihat dengan baik, maka mereka ini akan menjadi generasi yang bermartabat. Tapi jika yang baik yang mereka tolak, maka kita akan lihat remaja yang ada di sekeliling kita hari ini. Pagi, petang, tak ckup lagi malam.. apa yang mereka buat? Mengaji? Bukan. Belajar? Ia, tapi apa yang mereka pelajari? Belajar bagaimana untuk bersosial.

Semakin lama kita hidup, semakin jauh kita melangkah dan semakin banyak hal yang kita tahu. Tapi awas, jangan sampai kita terbawa arus. Jangan sampai terjerusmus ke dalam hal-hal yang membuat kita rugi. Rugi zahir, mahupun rugi batin. Sekarang zaman makin moden. Makin canggih dan serba berteknologi. Nak berborak sambil tatap muka, kita ada 3G. nak tahu tentang berita dunia yang up to date, kita ada internet. Nak tahu khabar saudara, rakan taulan yang jauh. SMS saja.. masya allah.. serba mudah. Akan tetapi, kenapa di sebalik mudah adanya susah? Sebalik kemajuan timbul kemunduran? Hanya satu puncanya, H.A.T.I.. kenapa hati? Kerana hati kita telah di selaputi dengan nikmatnya dunia. Anak-anak lupa ibu bapa yang menjadi pengarah dan pembimbing hidupnya.

Sabda rasulullah, tiap anak di lahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang mencorakkan anak itu menjadi, yahudi, nasroni atau majusi. Oleh kerana itu, jangan tunggu hingga esok. Mulailah dari sekarang. Jagalah anak kita sebaik mungkin. Kepada semua, marilah kita menjaga keimanan kita agar kita terhindar dari rayuan godaan dunia. Hidup kita ini indah. Jangan kita sia-siakan. Kerana sedetik pun kita berada di dunia, maka itu adalah kehidupan.

Cukup untuk perkongsian kita hari ini. Kalau pedang melukai tubuh, masih ada harapan untuk sembuh. Tapi kalau lidah ini sudah melukai hati, mana ubat untuk di cari.
Waalahua’lam..

Friday, February 4, 2011

Al – Quran Sebagai Pembela

Masa awal-awal aku mula nak menghafal dulu, cerita yang sering di di dengarkan kepada pelajar-pelajar baru ialah tentang kelebihan al-quran apabila kita mati kelak. Bagaimana al-quran itu datang kepada kita dengan seraup wajah yang cukup menarik. Datang pula sebagai seorang jejaka tampan yang segak serta kesempurnaan yang tidak ada di dunia kelak…

Diceritakan pada suatu hari, Rasulullah telah bersabda “ belajarlah kamu akan al-quran, kelak dia akan datang kepada ahli-ahlinya dalam keadaan kita sangat memerlukannya. Datangnya pulak dalam seindah-indah rupa. Maka bertanya akan al-quran itu pada kamu ‘ kenalkah kamu dengan aku?’ maka orang yang pernah membaca al-quran bertanya kembali, ‘siapakah kamu?’ maka jawablah al-quran ‘ akulah yang kamu cintai dan sanjungi. Yang mana kamu sanggup bangun malam untuk membacaku, dan juga terus membacaku di siang harinya’ maka bertanya kembali si pembaca ‘ kamulah al-quran?’ ‘ya, akulah al-quran’ lalu al-quran menuntun pembacanya membawanya ke hadapan Allah ta’ala. Terus di letakkan di atas tapak tangan kanannya kerajaan dan kekal di atas tangan kirinya. Kemudian di letakkan di atas kepalnya mahkota. Kepada kedua orang tuanya pula diberikan perhiasaan yang tidak dapat di tukar ganti di atas dunia walau berlipat kali ganda lalu bertanya mereka ‘ dari mana ak mendapar semua ini sedangkan amal kami tidak setimpal dengan apa yang kami perolehi’ lalu al-quran menjawab ‘ kamu di beri semua ini kerana anak kamu sering membacaku ketika di dunia’

Kerana mendengar cerita itu, aku pun semangat untuk menghafal…tetapi adakalanya, iman tak kuat, ujian datang, kita lemah…fitrah manusia.. kekuatannya??? Sentiasa mengisi ruanga hidup kita dengan mengambil makanan rohani. Apa makanan rohaninya?? Inilah…dengan mengikuti diskusi ilmiah, membaca, mendengar sesuatu yang berbentuk pengisian yang berilmu, adakalanya dulu ak dan sahabat2 sering menimbulkan isu-isu hukum, isu-isu semasa yang boleh dikaitkan untuk di jadikan santapan rohani…usrah.. pertelagahan pendapat juga boleh dijadikan medan untuk kita membuka minda. Inilah yang aku maksudkan tadi…

Selalu-selalulah membaca….

Sunday, January 30, 2011

Kembali...

Dengan nama Allah yang Maha kuasa atas segalanya…
Dah lama menyepi dari blog ni. Kini aku tekad untuk kembali! Tapi dengan membawa perubahan pada post2 untuk blog nih! Insya allah… sedikit pengisian ilmiah akan aku sampaikan kat sini.. dah lama sangat tak asah bakat seni penulisan ni. Kalau di beri sedikit renggangan masa dan tenaga, akan aku cuba konsikan apa yang patut sebagai makanan rohani untuk kita semua. Tak banyak sikit pun jadilah… mungkin ada post2 yang aku akan copy dari mana2 artikel, mungkin juga sedikit perkongsian hidup kita pada hari ini. Insya allah…
Baik, untuk permulaan…. Aku cuba untuk terjemahkan isi hati aku dalam bentuk penulisan. Adakalanya, kita di uji dengan sesuatu yang kita sendiri dah jangka… dan kita bersedia untuk menerima ujian itu dan cuba melepasi segala halangan ujian tersebut. Demi! Demi meningkatkan keimanan kita, demi meningkatkan tahap kematangan kita. Insya allah, dengan berbekalkan sedikti kekuatan yang di pinjamkan Allah pada kita, kita mampu untuk mengharunginya. Tetapi! Bagaimana pula dengan ujian yang kita sendiri tidak duga. Yang tetiba datang tanpa di undang. Yang datang tanpa kita bersedia. Adakah kita mampu untuk mengharunginya???? Insya allah… sudah lupakah kita pada janji allah… “tidak akan aku bebankan hambanya melainkan dengan kemampuannya sendiri… maka, janganlah kita lemah dengan ujian allah pada kita… sebagaimana ingatan allah pada ayat yang lain, “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak di uji??”
Kita, sebagai hamba Allah..yang telah di amanahkan untuk menjalankan perintah allah.. janganlah sesekali lalai dari berpaling dariNya sedangkan, Allah sendiri tidak berpaling dari hamba2Nya… betapa Allah maha penyayang dan maha pengasih….. insya allah… hadapilah hidup ini dengan positif. Nescaya kita akan Berjaya d dunia juga akhirat..
Bersyukurlah dengan nikmat iman dan islam yang telah kita perolehi sekarang. Dan jangan sia2siakan nikmat yang telah diberikan Allah ini. Bersyukurlah kita dengan menjalankan semua yang di suruh dan tinggallah segala yang di larang oleh allah.. berkasih sayanglah kamu sesame mahkluk kerana sesungguhnya Allah itu maha pengasih akan keatas semua mahkluk2nya…
Waallahua’lam..

Sunday, November 21, 2010

Coret-coret kenANGAN….







gambar-gambar di atas hanya sekadar hiasan...

Kisah 1 : BANJIR
Al-kisah….pada 1 Nov 2010 kedah dilanda bencana alam iaitu BANJIR.. kerajaan negeri hamir lumpuh di sebabkan bencana alam ini. Apa2 pun, ini semua ujian dari Allah untuk orang-orang yang beriman dan bala juga peringatan bagi orang yang kufur dengan nikmat Allah.. oleh yang demikian….huhuhuhu, bermula 4 Nov 2010 KUIN mengishtiharkan cuti semester lebih awal dan final exam DITANGGUHKAN!! Jeng,jeng,jeng…. (T_T) cuti mcm tak cuti sebb kepala kena fikir pasal EXAM!!

Kisah 2 : LARI
Disebabkan keadaan di kedah darurat, maka bekalan air terpaksa diputuskan untuk menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti LITAR PINTAS! Huh..kalau elektrik tak dk tak pe jgk…ni air..nak g tandas pun, pahm2 sendiri la.. nak mandi? Dlam mimpi la…. Hari first air tk dk, bukk paip je air kuar mcm ekor tikus… (rasanya ekor tikus besar g..hua3) JADI….ktowg adik beradik LARI balik bukit beruntung… atas dua factor, pertama: keselamatan sebb kawasan umh ak di jangka naik air. Kedua : air tk dk..agak sush untuk meneruskan rutin harian dgn kehadiran si kecil tiga tahun tuh.. maka, setelah bermusyawarah dgn ayahanda dan bonda di mekah jga dgn driver ktowg iaitu angah. Pada khamis mlm bersamaan 4 Nov tuh selepas mahgrib, ktowg bertolak ke Selangor.. dlm perjlnn tu, alang di tugaskan untuk inform ‘kehilangan’ ktowg pada sanak saudara yg lain.. huhuhuhu…

Kisah 3 : GABRA
Ktowg smpai bukit beruntung pkul 3.30 lebih kurang minta halal la… perkara pertama mesti la dowg berebut bilik air. Hah! Tetiba, pujah jerit AIR TAK DAK!! Adus…dh la lari dari banjir nak cari air, dh smpai sni air plk tak dk… panic n gabra jugk.. alih2 ak g kat luar umah tgok kat paip utama, rupa2nya… TUTUP!! Hai… nasib baik…. Maka air pun mencurah2 masuk melalui saluran yang betul dn kuar apabila dibuka kepalanya untuk diguna…kihkihkih…agak poyo ak kali nih!

Kisah 4 : JALAN-JALAN
Hari ahad 7 Nov, dua org adik ak akan balik. Sowg utara (kedah) sowg g selatan (johor) ak n yg lain2 akan still kat bukit beruntung sampai umi dgn ayah balik mekah… so, pada hari sabtu jam 2.30…ak dn adik ak kuar untuk melunaskan hasrat hati iaitu jln2 n makn angin…hihihihi… ktowg nek teksi g bukit jalil bli tiket bas balik johor.. then, amik LRT nak g KLCC…sampai sana ktowang ngadap pizza dulu…kenyang..tpi, masa tgh taip ni rasa lapar la plk…adoi! Pastu g Kinakoniya beli novel…huhuhuhu… lagi, nek LRT g KL Central.. singgah McD kejap… amik teksi g Hentian duta beli tiket blik kedah.. pastuh, nek KOmuter sampai rawang..amik teksi balik bkt beruntung…. Penat tapi best…

Kisah 5 : RAYA HAJI
Ni adalah suatu kisah mengenai PENGORBANAN…hahahaha mesti adik ak ckp POYO ar akak.. kan,kan,kan? Haaa…tengok, dia senyum. Siap la nnti. Raya kali ni tanpa umi n ayah..sedih gak la… tapi nilah yg perlu ktowg lalui… nasib baik la jiran depan umah baik hati menghulurkan sepotong dua lemang dan sedikit rendang aym buat habuan tak kempunan…hahahah.. tghari tu ktowg wat koteaw sup daging.. nasi impit.. ap lag ntah…haaa…beli jgk la kerepek sikit.. habis semua sekali.. hantu raya ke dlm rumah ni?? Tolong jawab ckit.. hai,.. nasib betul. Ap yg korbannya.. korban nak makan sedap2 time raya, korban nak pakai baju elok2 ckit (sebb ktowg lari tak bwak bayk baju n tak plan nk still lama kat sini..) korban nak rasa makan dging korban…haaa… tak nama pengorbanan tu? huhuhu.. pengalaman sebenarnya ni..

Kisah 6 : TAK JADI MARAH
Actually, ak dh boring stay sini… nak BALIK!!!!! Yelah, nak kuar.. mals la ckit nk drive.. dgn sekeliling pun masih lagi mcm bayi baru kuar dri perut ibu dia.. belum mengenali dunia lagi… huhuhu.. so, sj nk citer kat sni.. ak ni bukn jenis reti marah sgt pun.. nk serius..lagi2 la.. pujah dgn iman mandi… so, phm2 la budk2 kalau mandi… lama satu hal, men air satu hal…bley g picit habis syampu ak konon2 nak basuh kain….amboi2..sedap bau. Satu umah bau syampu. Kuang asam tol. Tak pelah…benda dh jadikan… tghri tu ak nak g amik air sembahyang, elok je nk jejak lantai tandas tu tngok2 berTAKUNG!! Hah! Suhu darjah panas ak tetiba NAIK. Kuar bilik, dowang tgh sedap2 ngadap KARTUN. Ak pun, ehem2 dgn lantangnya menjerit “Pujah! Iman! Masuk bilik air, g buang benda2 yang dh tersumbat kat dlm tu CEPAT!!” terkedek2 dua owg tu masuk bilik air sambil mulut tak berenti menyumpah ak. Yg len gelak sakan tengok ak marah dowang.. dengan muka sedihnya, dan dgn rasa gelinya dowang TERPAKSA buang benda2 yg tersumbat tuh! Imn plk siap basuh tgn dulu. Tapi tetap tak mau mencemar duli kutip sampah tu. ak ap lagi, “Tak mau kutip akak kunci pintu bilik air. Tidow dlm bilik air ni..” meraung2.. hahahaha… yg kat luar lg2 la gelak.. bukn senang nk tgok dua2 owg budk kecik ni kena marah dgn ak! Dh hbis kutip, dowg pun kuar la… smbil tu iman mulut menyumpah ak la.. “owg nak tgok kartun ni. Tgok, habis dh.. ni akak punya pasal la ni,” ak nak marah lagi tak jd… tapi still nak cover senyum yg hampir nak gelak tu. konon nak MARAH, TAPI….. terus tergelak… dowh yg lagi2 gelak td… tambah2 la gelak.. hai….. ap la yg ak merapu kat sini nih….

Kisah 7 : AKHIRNYA…
Hujung minggu ni umi dn ayah balik.. dowang maybe still lgi seminggu sebb ayah ada sidang parlimen. Ak, ateh n adah terpaksa balik sebb MEDAN EXAM sedang menanti untuk melihat skill ktowg bertarung.. so, rajin2kan diri la ye… (ckp kat diri sendiri la…) akhir kata dari ak yg dh merapu sebb dh lama tak merapu.. ni pun adk ak dh tegur… update la blog tu…dh bersawang dah.. huhuhuhu…
Sekian…wasalm…. November bakal berakhir…

Friday, October 15, 2010

blogku yang dah bersawang...

Salam pencetus revolusi pemangkin keamanan…

Dah lama sangat tak update blog nih! Sampai adik ak tnya, akak tak update blog? Jawapan ak, M.A.L.A.S… yup.. sejak dua menjak nie, memang malas sgt nk update blog. Nak kata bnyk keje, tak jgk. Nak kata tak on9…bley ckp ari2 ak on.. so, knp ye??

Tinggal kejap persoalan di atas… raya dah lepas. Bukn sehari dua, tapi dah sebulan…huhuhu… lama sunggub ak biarkn blog ak nih berswang.. bukn senang nk jd betol2 blogger..yg anytime je update blog. Ok…. Raya taun nie mcm biasa..tak dk yg menarik sgt pun.. Cuma sibuk ckit.. raya pertama, kedua memanjng je owg kat umh.. raya ke-3 kitowg cabut balik kampong umi…kih,kih,kih.. raya ke 4 tak silap..ingt2 lupa, ak n along g KL..antar k.min. sambung study dia kat mesir.. mlm bertolak, sampai pkul 4 sebb ada kemalangn masa otw tu.. Cik jah (kawan ktowg) dh tunggu.. g IQKL dulu..mndi2..kuar singgal subuh kat Dengkil tak silap…terus KLIA..pkul 7 ktowg dah terpacak kat KLIA.. teman k.min urus segalanya.. around 9.30 balik IQKL… 6 petg bus bertolk balik a.setar… 12 tghmlm sampai.. letih gak la… sebb masa balik kerusi keras…huuuaaaa..

Raya2 jgk…kelas dah mula. Ehm.. berjln dgn baik.. biasa la exm dh dekat.. kena pulun banyak. Bukn sikit. Sem ni, tak taw nak ckp.. tapi stdy, so far so good. Untuk kawan2 ak yg memang tgh study, luar mahupun dlm ngara.. selamat menjlnkn tanggungjwb anda sebgai seorg pelajar. Be the best!

Yeah…bru teringat. PESTA KONVO KEMBALI…!! Tapi kali ni pentadbiran y urus. Dengan berpaksikan tema “TERBANG TINGGI”..mka, tentera udara akan membuat persembahan dowag di udara…hua2.. ada, carnival IKIM. Jemputan artis nasyid. N sebagainya…tak dpt info lanjut. Jubah konvo ada sedikit perubhan…studnt DIP terpaksa memakai jubah konvo INSANIAH yg berwarna hijau sebb jubah yg sedia ada tidk mencukupi… so, terpaksa la dowg membebel tanpa paksaan. Kih, kih,kih…

Owh…ya…ada lagi. (tu la..lama sgt tak update…) pilihan raya kampus baru je lepas… suram je ak rasa… tak meriah. Kalau just tampal poster je, tak jd gak..ak sendiri tak kenal MPM lepas… dh naik yg baru.. Cuma barisan MT kali ni ak kenal la jugak… tahniah pada semua yg Berjaya memegang tapuk pimpinan kali ni. Wat keje dengan baik. Kekadg kita tak sedar diri kita di perhatikan. Dan perlakuan kita di lihat sama ada setara dengan apa yg kita ucapkan.. susah tu.. ap2 pun..yg bertanding dan Berjaya bukn sebb kurang persaingan…tapi sebb tak dk pilihan…so, terpaksa la undi yg ada…betul ke gtu???? Mcm pelik je bunyi.. apa2 pun.. paling penting, studnt KUIN makin ramai…maka makin berat la tugas kalian. Selamat menjalankan tugas!

Ak pun tak sabar nak letak jugak…title yg ada tak sanggup dh nk tanggung.. cepat sikit kawan2 ku sekelian…bila time kita plk nih! Jahatnya…kui3..

By the way….my mom n my dad skrg kat mekah… sdg mengerjakan ibadat Hj..moga dowag mendpar hj mabrur dn d terima allah.. selamat pergi dn selamat balik..ktowg adik-beradik sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayah dn umi.. jgn risau ktowg kat umh ni. First, tak kebulur punya.. makan sentiasa ada…tak pernah tak cukup…keselamtan jgn risau jgk…jiran2 sekeliling sentiasa take care ktowg… iman ok2 ja… Cuma dia tak mau kuar umah g.. dia ckp “kalau iman kuar, umi balik tgok iman tak dak..haa..macamana?” alahai iman.. huhuhuhu… dlam 26/11 ktowg akan g KL…stay bukit beruntung seminggu dua kalau tahan… kalau tak 3 4 ari je…hihihihi… umi n ayah jangka sampai 27 aribuln 11…

Akhir…doakan kejayaan ak..dunia akhrat.. nak exam nih. Yaa… untuk alang yg nk amik stam tu, cahiyop2!! Buktikan alang boleh. Tunjukkn yg alang buk mcm dulu lagi. Adik ak yg ni dulu brutal ckit…dh masuk KIDU jd baik ckit…bukn dia tak baik sbelum ni, tp ikut kawan… ehmm… maan najah fil imtihan pada semua yang bergelar pelajar.

Ok…see next post insya allah….

Thursday, September 9, 2010

Long time not see….

Haaa….salam alaik.
Dah nak abis puasa..baru nk update blog..
Buln yg penuh dgn barakah..
Sempat khatam dua kali..
Dapat kekuatan untuk qiam..
Dapt hadir kelas dgn baik..i think so..
Dpt buat tarawih walaupun selang2..
Sempat baca dua novel baru..(bumi cinta-habibirrahman n sinergi-hilal ashraf)
Dapt tido..ahaks!
Dapt jumpa mentor2 ak..yg bercuti (Jordan n mesir)
Dapt bukk puasa dgn adik ak (banyk kali..)
Sempat antar adik g shahab..sempat wat kek untuk dia..
Dh wat kuih raya..ketupat siap..rendng siap..serunding siap..(bukn ak wat..)
Ayh tak jd g afrika..bagus2
Tak tw la raya taun ni mcmana…
Ok, see next time..
seLamAt HaRi rAyA..MaaF zAhIr BaTiN..

Saturday, August 14, 2010

Update..

Salam ramadhan kareeem…

Dah masuk ari ke-4 kita puasa. Kenapa rasa cepat plak?? Masih tak puas dengan 4 ari ni.. dan dh lama jgk ak tak update blog nih. Bukan tak de bahan nk post. Tapi sejak dua menjak nih, lepas satu peistiwa yang agak menyedihkan berlaku, ak jdi malas nk updte blog. Nk wat something kat fb atau dlm erti kata yg lain, dh malas nak on9. Kalau on9 pun just bc blog owg…jln2..tgok dunia tanpa sempadan yg entah pape jer nih.

Apa2 pun, ak cter ckit dua tiga benda. first, ayh ak sekarang di Gaza. Ziarah saudara kita kat sana. Mybe 18 aribulan ni baru sampai balik… selasa ni ak g kl dgn umi..sampai jumaat kot. Tadarus kuliah, ahad ni baru mula. Raya ni kalau tak ada aral, ayah ak ke afrika selatan. Awal puasa tnpa ayah, awal raya pun tanpa ayah. Tp ktowg adik bradik dh mangli dah.. dh biasa dgn ketiadaan ayah.. dr ak kecik lagi..

Tu je kot..