sebenarnya apa yang aku tulis ni bukan atas dasar diri sediri pada waktu ini tapi orang sekeliling…ramai orang dalam pelbagai konteks sebenarnya akan merasai,kehidupan umumya. khusus, dalam konteks seorang pelajar, seorang pekerja, seorang wanita, seorang lelaki dan ln2…huhu..
kejayaan tidak di ukur dengan pencapaian, tetapi di ukur pada halangan sebelum mencapai kejayaan...
Saturday, January 31, 2009
beginikah hidup?
sebenarnya apa yang aku tulis ni bukan atas dasar diri sediri pada waktu ini tapi orang sekeliling…ramai orang dalam pelbagai konteks sebenarnya akan merasai,kehidupan umumya. khusus, dalam konteks seorang pelajar, seorang pekerja, seorang wanita, seorang lelaki dan ln2…huhu..
Friday, January 30, 2009
selamat pengantin baru
tahniah kepada hanim dan farhan, adik2 junior aku taun 2.. moga kekal hingga ke akhir hayat.. ingat, perkahwinan bukan main2 erk..
dorang ni satu kelas..alhamdulillah, selamat dah dorang ni. kawan2 dorang yang lain macamana plak erk??
esok tu plak, adik junior aku taun satu palk yg kahwin. tapi kitorg tak sempt pegi.. to shahrul ishah, tahniah n selamat pengantin baru.
ada gak yang mengusik, taun satu ngan taun dua masing2 dah ada wakil. taun tiga tak dk ke yg nak kahwin gak? ehm... macm2.. anyway, taun tiga bukan tak nak kahwin, tapi tanggungjawab sebagai anak n pelajar masih lagi tak tertunai, nak galas tanggungjawab yang lain plak... kena fikir dua kali la dik oii....
okey, apa pun, tahniah lagi sekali dan selamat pengantin baru untuk farhan & hanim, juga shahrul ishan...
taraddud
Taraddud untuk sambung pengajian.
Kekadang rasa macam nak ke mesir
Kekadang rasa macam nak ke Jordan,
Kekadang rasa macam nak ke Indonesia
Kekadang rasa macam nak ke madinah
Kekadang rasa macam nak sambung dalam je
Kekadang rasa macam nak keje kat brunei
Kekadang rasa macam malas nak sambung ngaji plak.
Sabar fiqah…wat solat istikharah dulu…
Insya allah, allah permudahkan segala urusan…
Cuma apa yang paling penting, habiskan dulu pengajian kat sini.
Kemudian baru fikir.. ada tiga bulan je lagi. Tak lama dah tu…
Umi selalu pesan, berhati-hatilah dengan kehidupan.
Ya, berhati-hati dengan kehidupan.
Banyak yang aku belajar dari kehidupan.
Banyak yang aku dapat dari kehidupan
Dan seringkali juga aku lari lari realiti kehidupan
Kehidupan yang penuh dengan tribulasi
Yang penuh dengan pelbagai cabaran hidup
Aku yakin, kehidupan juga telah mematangkan aku.
Aku manusia biasa yang cuba untuk jadi luar biasa.
Dewasa ini aku berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia
Betul kata pepatah melayu
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Aku gembira dengan kehidupan sekarang
Dikelilingi dengan sahabat-sahabat seperjuangan
Dihujani dengan pelbagai jenis ujian
Cuba untuk kita kuat atas landasan
Aku, seringkali terfikir. Dan bersyukur.
Tarbyah dari Allah cukup cantik
Menjadikan kita seorang yang tegar dalam mengharungi kehidupan
Seringkali juga aku cuba mengingatkan diri juga sahabat-sahabat aku,
Bersedialah untuk digunakan
Masyarakat sekarang teramat memerlukan kita
Masyarakat sekarang amat dahagakan sesuatu dari kita.
Inilah medan praktikal selepas apa yang kita dapat di alam pengajian
Berani berhadapan dengan masyarakat yang datang dengan pelbagai keadaan
*READY TO USE AND NOTHING IS IMPOSSIBLE
Wednesday, January 14, 2009
serabuuutttt...
serabut betul..
pening kepala sgt2 nih...
apa nak jadi dengan budk2 kuliah aku nih..
tak reti nak pkat langsung
kesian kat pensyarah2
esok PRK untuk kuliah aku
dah calon yg menang ari tu letak jawtn
kena la cari penggati
dah jumpa ada plk yg tak puas hati
angkat lagi stu calon
dh tu kena gk la wat pilihnry
ni kalau lps ni pkt2 masm muka tak tau la nak cakap pa.
hntr sorg ckup la.
bukn sush pun.
calon ni pun pensyrh sndiri yg cdgkn
peningnya...
serabut bangat...
dgn maslh peribadi lagi
assaimnt yg berlmbk2 lg
dh tu plk sem ni aku pgg jksa
pent la macm nih
Ya Allah
tolong la hambaMu yg kerdil ni.......
Friday, January 9, 2009
bantahan kekejaman israel
ak cuba nak upload video demo tersebut tapi agak lambat dan aku terpaksa membatalkan sahaja.
kita tidak mampu untuk menolong dari segi tenaga, tapi bantulah mereka dengan doa kita. ini adalah medan menyatuan umat islam. tapi, percayalah pada hadis nabi bahawa masjidil aqsa tidak akan sama sekali jatuh pada tangan yahudi. kerana Allah sendiri akan menjaganya. ini adalah janji Rasullah.. percayalah.
seluruh dunia sekrang ini menentang kekejaman israel. bukan sahaja umat islam tetpi juga ditentang oleh non-muslim.
lusa akan di adakan parlimen khas oleh kerajaan malaysia setelah di desak beberapa kali oleh DSAI untuk menggesa kerajaan malaysia melakukan sesuatu rakyat palestin.
HIDUP! HIDUP! HIDUP ISLAM!
HANCUR! HANCUR! HANCUR YAHUDI!
Sunday, January 4, 2009
ummi...
Umi,
maafkan akak umi. Akak banyak lukakan hti umi. Banyak kecikkan hati umi. Banyak buat umi sedih.. ampunkan akak umi.. halalkan segala makan minum akak selama ini umi. Setiap air susu umi tak mampu akak balas umi. Hanya Allah sahaja yang mampu.
Umi,
Akak cuba untuk jd anak yang solehah umi. Akak akan cuba bahagiakan umi. Akak tak sanggup lagi tengok umi sedih sebb akak. Akak tak nak tengok umi nangis lagi sebb akak. Redhakanlah perjalanan hidup akak umi. Doakan akak Berjaya dunia akhirat umi. Doakan akak supaya dapat jaga quran umi. Doakan akak untuk jadi anak solehah umi. Doakan segala-galanya untuk akak umi.
Umi,
Setiap titis air mata umi mengundang dosa untuk akak umi. Ampunkan dosa-dosa akak umi. Akak tak nak jadi anak yang derhaka umi.
Ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak sedari kecil lagi. Janganlah Kau ambil mereka sebelum aku dapat membalas segala jasa mereka sebelum aku dapat membahagiakan mereka. Sebelum dapat aku hadiahkan mereka kejayaanku menjadi seorang hafizah ya Allah.
Ya Allah,
Hambamu ini datang merayu padaMu Ya Allah. Hanya kepadaMu aku memohon. Hanya kepadaMu aku merayu belas ihsanMu Ya Allah. Maka kabulkanlah permintaanku ini.
Thursday, January 1, 2009
terharu..
Malam itu, aku rasa inilah program yang mampu membuatkan aku terpaku di tempat di tempat dudukku tanpa sedikit pun berkelih. Intro program itu sendiri telah membuatkan diriku rasa ingin berada di zaman ketika mana Rasulullah berjuang bersama-sama sahabat. Menitis air mata apabila mengenangkan sejarah bermulanya kebangkitan islam. Dimana para sahabat bertungkus lumus meluaskan dakwah mereka hingga ke pelusuk dunia. Tapi, kita? Hanya menghancurkan segala kejayaan yang telah diusahakan oleh para sahabat dahulu.
Malam itu juga, ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Yusuf Abdullah selama setengah jam bagaikan hanya lima minit. Terasa cepat masa yang diberikan oleh pihak penganjur. Dia mengajak warga dewan supaya berhijrah. Hijrah minda. Cantik tajuk yang diberikan oleh pihak penganjur.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan pelancaran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) serta penyerahan watikah perlantikkan. Kreatif betul pelancaran tersebut. Kemudiannya sedikit hiburan daripada kumpulan nasyid kolej sebagai santaian seketika. Fine. Itulah nama kumpulan mereka. Dan juga sedikit pujian untuk mereka kerana berjaya membawa lagu nasyid dengan baik sekali.
Kemudiannya, penyerahan tokoh maal hijrah. Dua-dua yang terpilih adalah mantan exco MPM yang lepas. Diteruskan dengan penghargaan untuk staf-staf yang bertungkus-lumus di belakang tabir. Pakcik-pakcik yang bekerja melancarkan segala program bawah kolej. Aku hampir menitiskan air mata kerana kali ini mereka di beri penghargaan pada malam sambutan maal hijrah. Ini adalah satu kenangan manis untuk aku kenang hingga akhir hayat. Segak mereka dalam pakaian kebangsaan lengkap dengan bersampin sekali. Sungguh, inilah yang aku banggakan dengan mereka.
Akhir sekali, majlis menyampaikan penghargaan untuk mantan-mantan exco MPM yang lepas. Dan di akhiri dengan satu slide show yang sangat menarik dimana waktu menyaksikan slide tersebut, aku merasa amat bangga dapat menuntut ilmu di sini. Slide di mana mengubah minda aku untuk mencintai kolej aku sendiri. Aku bangga menjadi penuntut KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH. Dan aku akan kenang hingga akhir hayat aku. Di sinilah aku beroleh ilmu yang amat bermanfaat. Di sinilah aku bermula belajar erti kehidupan sebenar. Salam untuk setakat ini. Hingga bertemu kembali.
p/s: aku mengikuti Ops Gerak Gempur anjuran Negeri Kedah untuk malam tahun baru. Turun berdakwah pada generasi muda yang tergelincir. Mengajak muda-mudi untuk kembali ke jalan yang benar. Doakan aku Berjaya.