ceritaku

Sunday, January 4, 2009

ummi...

Jumaat leps sengaja aku khtm dua telemovie pasl ibu.. Ya Allah, betapa banyknya dosa aku pada umiku. Air mataku tidk hnti2 mengalir. Saat aku menulis skrg pun air mataku masih lagi mengalir. Murahnya air mataku ketika ini.

Umi,
maafkan akak umi. Akak banyak lukakan hti umi. Banyak kecikkan hati umi. Banyak buat umi sedih.. ampunkan akak umi.. halalkan segala makan minum akak selama ini umi. Setiap air susu umi tak mampu akak balas umi. Hanya Allah sahaja yang mampu.

Umi,
Akak cuba untuk jd anak yang solehah umi. Akak akan cuba bahagiakan umi. Akak tak sanggup lagi tengok umi sedih sebb akak. Akak tak nak tengok umi nangis lagi sebb akak. Redhakanlah perjalanan hidup akak umi. Doakan akak Berjaya dunia akhirat umi. Doakan akak supaya dapat jaga quran umi. Doakan akak untuk jadi anak solehah umi. Doakan segala-galanya untuk akak umi.

Umi,
Setiap titis air mata umi mengundang dosa untuk akak umi. Ampunkan dosa-dosa akak umi. Akak tak nak jadi anak yang derhaka umi.

Ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak sedari kecil lagi. Janganlah Kau ambil mereka sebelum aku dapat membalas segala jasa mereka sebelum aku dapat membahagiakan mereka. Sebelum dapat aku hadiahkan mereka kejayaanku menjadi seorang hafizah ya Allah.

Ya Allah,
Hambamu ini datang merayu padaMu Ya Allah. Hanya kepadaMu aku memohon. Hanya kepadaMu aku merayu belas ihsanMu Ya Allah. Maka kabulkanlah permintaanku ini.

No comments: