ceritaku

Thursday, January 1, 2009

terharu..

Entah apa yang bermain di fikiranku kini. Tapi apa yang pasti, ada sesuatu yang ingin aku kongsi. Malam selasa lepas, Allah menggerakkan hati kecilku untuk pergi ke majlis sambutan maal hijrah dan pelancaran Majlis Perwakilan Mahasiswa untuk tahun baru ini. Apa yang menarik perhatianku ialah, pada malam itu majlis tersebut bertemakan ala-ala pondok. Pentas di hias begitu cantik sekali. Penceramah yang bertanggungjawab diberi kesempatan untuk memberi ceramah dalam keadaan duduk. Ehm.. macam pondok.

Malam itu, aku rasa inilah program yang mampu membuatkan aku terpaku di tempat di tempat dudukku tanpa sedikit pun berkelih. Intro program itu sendiri telah membuatkan diriku rasa ingin berada di zaman ketika mana Rasulullah berjuang bersama-sama sahabat. Menitis air mata apabila mengenangkan sejarah bermulanya kebangkitan islam. Dimana para sahabat bertungkus lumus meluaskan dakwah mereka hingga ke pelusuk dunia. Tapi, kita? Hanya menghancurkan segala kejayaan yang telah diusahakan oleh para sahabat dahulu.

Malam itu juga, ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Yusuf Abdullah selama setengah jam bagaikan hanya lima minit. Terasa cepat masa yang diberikan oleh pihak penganjur. Dia mengajak warga dewan supaya berhijrah. Hijrah minda. Cantik tajuk yang diberikan oleh pihak penganjur.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pelancaran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) serta penyerahan watikah perlantikkan. Kreatif betul pelancaran tersebut. Kemudiannya sedikit hiburan daripada kumpulan nasyid kolej sebagai santaian seketika. Fine. Itulah nama kumpulan mereka. Dan juga sedikit pujian untuk mereka kerana berjaya membawa lagu nasyid dengan baik sekali.

Kemudiannya, penyerahan tokoh maal hijrah. Dua-dua yang terpilih adalah mantan exco MPM yang lepas. Diteruskan dengan penghargaan untuk staf-staf yang bertungkus-lumus di belakang tabir. Pakcik-pakcik yang bekerja melancarkan segala program bawah kolej. Aku hampir menitiskan air mata kerana kali ini mereka di beri penghargaan pada malam sambutan maal hijrah. Ini adalah satu kenangan manis untuk aku kenang hingga akhir hayat. Segak mereka dalam pakaian kebangsaan lengkap dengan bersampin sekali. Sungguh, inilah yang aku banggakan dengan mereka.

Akhir sekali, majlis menyampaikan penghargaan untuk mantan-mantan exco MPM yang lepas. Dan di akhiri dengan satu slide show yang sangat menarik dimana waktu menyaksikan slide tersebut, aku merasa amat bangga dapat menuntut ilmu di sini. Slide di mana mengubah minda aku untuk mencintai kolej aku sendiri. Aku bangga menjadi penuntut KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH. Dan aku akan kenang hingga akhir hayat aku. Di sinilah aku beroleh ilmu yang amat bermanfaat. Di sinilah aku bermula belajar erti kehidupan sebenar. Salam untuk setakat ini. Hingga bertemu kembali.

p/s: aku mengikuti Ops Gerak Gempur anjuran Negeri Kedah untuk malam tahun baru. Turun berdakwah pada generasi muda yang tergelincir. Mengajak muda-mudi untuk kembali ke jalan yang benar. Doakan aku Berjaya.

No comments: