ceritaku

Friday, October 3, 2008

EXAM!!

exam dah nak dekat...assaiment tak habis-habis lagi.. nasib bek muqarrar quran dah habis. rasa macam tak percaya dah taun akhir... sedih la pulak nak tinggal sahabat-sahabat seperjuangan kat sini.. lepas ni mesti payah dah nak jumpa.. masing-masing dah ada plan sendiri. ada yang nak sambung lagi, ada yang nak kerja, erk, ada sesapa yang nak kahwin dah??? jangan lupa panggil aku tau... tak panggil siap ar korang sume...

kadang-kadang rasa macam letih je nak sambung ngaji...tapi aku masih ada lagi impian yang belum lagi tercapai. aku nak amik ijazah, master, phd, phd1 phd2 ada ke???huhuhu...

walau apa sekali pun aku akan buktikan yang aku bukan calang-calang bakal hafizah yang boleh di cabar. aku anak ayah. nak jadi anak yang solehah payah juga sebenanya tau... ehm.. sedih sebab ramai yang masih lagi berfikran negetif dengan orang yang menghafal quran.

dah la, malas nak sedih2 macam nie.. ehm, taun ni aku lapang sikit. aku dah tak pegang apa-apa jawatn dah... lega, tapi sebab di sebabkan kelapangan yang ada ni lah dah membuatkan masa aku banyak habis macam tu ja...

aku ingat lagi kata-kata seorang senior aku, masa yang lapang itu adalah kelalaian bagi seorang daie... allahuakbar!

esok ada majls sambutan hari raya bagi alumni sek ren islam alor setar... bagi sesiapa yang berkelapangan sila la hadir membawa diri anda...aku? malas nak pegi...

No comments: