ceritaku

Thursday, October 30, 2008

kesungguhanku

dalam sibuk nak exam, masih sempat lgi untuk aku menghadiri usrah yang telah sekian lama berjalan. bertukar naqibah, bertukar tempat usrah, tetapi yang pasti ahli semakin cool... alhamdulillah, aku masih lagi di beri kesempatan untuk duduk dalam majlis ilmu yang aku rasa susah untuk di beli di mana.

kehidupan berusrah bukanlah asing dalam hidupku. bermula dari kedua orang tuaku yang telah lama bergiat dalam bidang dakwah, usrah bukanlah sesuatu yang berat untuk di jalankan. malahan semakin rancak dalam suasana, persekeliling masyarakat yang semakin ramai.

aku pernah di beri tugas oleh ayahku sendiri untuk turun lapangan, masuk sendiri dalam masyarakat yang bermasalah. duduk berbual bicara bersama mereka. bahkan aku rasa itulah saat paling bermakna dalam hidupku. kerana itu, aku teramat dahagakan ilmu yang bermanfaat untuk aku salurkan pula pada yang memerlukan.

disini, aku berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sealiran. berbincang bagaimana untuk menghadapi masyrakat sekarang dimana akhlak remajanya makin merudum. terkilan, sedih, bimbang dengan perkembangan remaja yang akan menjadi generasi pemangkin negara kelak.

tetapi untuk merubah sesuatu keadaan itu bukanlah sesenang kita mengucapkan kata-kata. bukanlah semudah mengunyah makanan yang ada.

menerima tarbiyah dari Allah adalah paling baik untuk diri aku yang masih lagi serba kekurangan. masih lagi perlukan tunjuk ajar. tapi dalam masa yang sama aku perlu bersedia, bersedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja.

betapa masyarakat sekarang teramat perlukan bimbingan untuk berubah. dan betapa kita perlunya kekuatan untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik.

kita berbicara tentang akhlak terpuji Rasulullah, tetapi kita tidak pernah untuk berbicara bagaimana untuk mengubah akhlak remaja yang makin teruk. kita bercakap-cakap mengenai larangan-larangan ALlah juga Rasulullah berkaitan perkara yang haram, tetapi kita tidak pernah untuk menarik remaja yang makin liar dengan arak, judi dan sebagainya. dimana kita???

harap dapat beri perhatian untuk post kali ini.

peranan kita sebagai seorang daie!!!

No comments: