ceritaku

Sunday, November 21, 2010

Coret-coret kenANGAN….







gambar-gambar di atas hanya sekadar hiasan...

Kisah 1 : BANJIR
Al-kisah….pada 1 Nov 2010 kedah dilanda bencana alam iaitu BANJIR.. kerajaan negeri hamir lumpuh di sebabkan bencana alam ini. Apa2 pun, ini semua ujian dari Allah untuk orang-orang yang beriman dan bala juga peringatan bagi orang yang kufur dengan nikmat Allah.. oleh yang demikian….huhuhuhu, bermula 4 Nov 2010 KUIN mengishtiharkan cuti semester lebih awal dan final exam DITANGGUHKAN!! Jeng,jeng,jeng…. (T_T) cuti mcm tak cuti sebb kepala kena fikir pasal EXAM!!

Kisah 2 : LARI
Disebabkan keadaan di kedah darurat, maka bekalan air terpaksa diputuskan untuk menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti LITAR PINTAS! Huh..kalau elektrik tak dk tak pe jgk…ni air..nak g tandas pun, pahm2 sendiri la.. nak mandi? Dlam mimpi la…. Hari first air tk dk, bukk paip je air kuar mcm ekor tikus… (rasanya ekor tikus besar g..hua3) JADI….ktowg adik beradik LARI balik bukit beruntung… atas dua factor, pertama: keselamatan sebb kawasan umh ak di jangka naik air. Kedua : air tk dk..agak sush untuk meneruskan rutin harian dgn kehadiran si kecil tiga tahun tuh.. maka, setelah bermusyawarah dgn ayahanda dan bonda di mekah jga dgn driver ktowg iaitu angah. Pada khamis mlm bersamaan 4 Nov tuh selepas mahgrib, ktowg bertolak ke Selangor.. dlm perjlnn tu, alang di tugaskan untuk inform ‘kehilangan’ ktowg pada sanak saudara yg lain.. huhuhuhu…

Kisah 3 : GABRA
Ktowg smpai bukit beruntung pkul 3.30 lebih kurang minta halal la… perkara pertama mesti la dowg berebut bilik air. Hah! Tetiba, pujah jerit AIR TAK DAK!! Adus…dh la lari dari banjir nak cari air, dh smpai sni air plk tak dk… panic n gabra jugk.. alih2 ak g kat luar umah tgok kat paip utama, rupa2nya… TUTUP!! Hai… nasib baik…. Maka air pun mencurah2 masuk melalui saluran yang betul dn kuar apabila dibuka kepalanya untuk diguna…kihkihkih…agak poyo ak kali nih!

Kisah 4 : JALAN-JALAN
Hari ahad 7 Nov, dua org adik ak akan balik. Sowg utara (kedah) sowg g selatan (johor) ak n yg lain2 akan still kat bukit beruntung sampai umi dgn ayah balik mekah… so, pada hari sabtu jam 2.30…ak dn adik ak kuar untuk melunaskan hasrat hati iaitu jln2 n makn angin…hihihihi… ktowg nek teksi g bukit jalil bli tiket bas balik johor.. then, amik LRT nak g KLCC…sampai sana ktowang ngadap pizza dulu…kenyang..tpi, masa tgh taip ni rasa lapar la plk…adoi! Pastu g Kinakoniya beli novel…huhuhuhu… lagi, nek LRT g KL Central.. singgah McD kejap… amik teksi g Hentian duta beli tiket blik kedah.. pastuh, nek KOmuter sampai rawang..amik teksi balik bkt beruntung…. Penat tapi best…

Kisah 5 : RAYA HAJI
Ni adalah suatu kisah mengenai PENGORBANAN…hahahaha mesti adik ak ckp POYO ar akak.. kan,kan,kan? Haaa…tengok, dia senyum. Siap la nnti. Raya kali ni tanpa umi n ayah..sedih gak la… tapi nilah yg perlu ktowg lalui… nasib baik la jiran depan umah baik hati menghulurkan sepotong dua lemang dan sedikit rendang aym buat habuan tak kempunan…hahahah.. tghari tu ktowg wat koteaw sup daging.. nasi impit.. ap lag ntah…haaa…beli jgk la kerepek sikit.. habis semua sekali.. hantu raya ke dlm rumah ni?? Tolong jawab ckit.. hai,.. nasib betul. Ap yg korbannya.. korban nak makan sedap2 time raya, korban nak pakai baju elok2 ckit (sebb ktowg lari tak bwak bayk baju n tak plan nk still lama kat sini..) korban nak rasa makan dging korban…haaa… tak nama pengorbanan tu? huhuhu.. pengalaman sebenarnya ni..

Kisah 6 : TAK JADI MARAH
Actually, ak dh boring stay sini… nak BALIK!!!!! Yelah, nak kuar.. mals la ckit nk drive.. dgn sekeliling pun masih lagi mcm bayi baru kuar dri perut ibu dia.. belum mengenali dunia lagi… huhuhu.. so, sj nk citer kat sni.. ak ni bukn jenis reti marah sgt pun.. nk serius..lagi2 la.. pujah dgn iman mandi… so, phm2 la budk2 kalau mandi… lama satu hal, men air satu hal…bley g picit habis syampu ak konon2 nak basuh kain….amboi2..sedap bau. Satu umah bau syampu. Kuang asam tol. Tak pelah…benda dh jadikan… tghri tu ak nak g amik air sembahyang, elok je nk jejak lantai tandas tu tngok2 berTAKUNG!! Hah! Suhu darjah panas ak tetiba NAIK. Kuar bilik, dowang tgh sedap2 ngadap KARTUN. Ak pun, ehem2 dgn lantangnya menjerit “Pujah! Iman! Masuk bilik air, g buang benda2 yang dh tersumbat kat dlm tu CEPAT!!” terkedek2 dua owg tu masuk bilik air sambil mulut tak berenti menyumpah ak. Yg len gelak sakan tengok ak marah dowang.. dengan muka sedihnya, dan dgn rasa gelinya dowang TERPAKSA buang benda2 yg tersumbat tuh! Imn plk siap basuh tgn dulu. Tapi tetap tak mau mencemar duli kutip sampah tu. ak ap lagi, “Tak mau kutip akak kunci pintu bilik air. Tidow dlm bilik air ni..” meraung2.. hahahaha… yg kat luar lg2 la gelak.. bukn senang nk tgok dua2 owg budk kecik ni kena marah dgn ak! Dh hbis kutip, dowg pun kuar la… smbil tu iman mulut menyumpah ak la.. “owg nak tgok kartun ni. Tgok, habis dh.. ni akak punya pasal la ni,” ak nak marah lagi tak jd… tapi still nak cover senyum yg hampir nak gelak tu. konon nak MARAH, TAPI….. terus tergelak… dowh yg lagi2 gelak td… tambah2 la gelak.. hai….. ap la yg ak merapu kat sini nih….

Kisah 7 : AKHIRNYA…
Hujung minggu ni umi dn ayah balik.. dowang maybe still lgi seminggu sebb ayah ada sidang parlimen. Ak, ateh n adah terpaksa balik sebb MEDAN EXAM sedang menanti untuk melihat skill ktowg bertarung.. so, rajin2kan diri la ye… (ckp kat diri sendiri la…) akhir kata dari ak yg dh merapu sebb dh lama tak merapu.. ni pun adk ak dh tegur… update la blog tu…dh bersawang dah.. huhuhuhu…
Sekian…wasalm…. November bakal berakhir…

Friday, October 15, 2010

blogku yang dah bersawang...

Salam pencetus revolusi pemangkin keamanan…

Dah lama sangat tak update blog nih! Sampai adik ak tnya, akak tak update blog? Jawapan ak, M.A.L.A.S… yup.. sejak dua menjak nie, memang malas sgt nk update blog. Nak kata bnyk keje, tak jgk. Nak kata tak on9…bley ckp ari2 ak on.. so, knp ye??

Tinggal kejap persoalan di atas… raya dah lepas. Bukn sehari dua, tapi dah sebulan…huhuhu… lama sunggub ak biarkn blog ak nih berswang.. bukn senang nk jd betol2 blogger..yg anytime je update blog. Ok…. Raya taun nie mcm biasa..tak dk yg menarik sgt pun.. Cuma sibuk ckit.. raya pertama, kedua memanjng je owg kat umh.. raya ke-3 kitowg cabut balik kampong umi…kih,kih,kih.. raya ke 4 tak silap..ingt2 lupa, ak n along g KL..antar k.min. sambung study dia kat mesir.. mlm bertolak, sampai pkul 4 sebb ada kemalangn masa otw tu.. Cik jah (kawan ktowg) dh tunggu.. g IQKL dulu..mndi2..kuar singgal subuh kat Dengkil tak silap…terus KLIA..pkul 7 ktowg dah terpacak kat KLIA.. teman k.min urus segalanya.. around 9.30 balik IQKL… 6 petg bus bertolk balik a.setar… 12 tghmlm sampai.. letih gak la… sebb masa balik kerusi keras…huuuaaaa..

Raya2 jgk…kelas dah mula. Ehm.. berjln dgn baik.. biasa la exm dh dekat.. kena pulun banyak. Bukn sikit. Sem ni, tak taw nak ckp.. tapi stdy, so far so good. Untuk kawan2 ak yg memang tgh study, luar mahupun dlm ngara.. selamat menjlnkn tanggungjwb anda sebgai seorg pelajar. Be the best!

Yeah…bru teringat. PESTA KONVO KEMBALI…!! Tapi kali ni pentadbiran y urus. Dengan berpaksikan tema “TERBANG TINGGI”..mka, tentera udara akan membuat persembahan dowag di udara…hua2.. ada, carnival IKIM. Jemputan artis nasyid. N sebagainya…tak dpt info lanjut. Jubah konvo ada sedikit perubhan…studnt DIP terpaksa memakai jubah konvo INSANIAH yg berwarna hijau sebb jubah yg sedia ada tidk mencukupi… so, terpaksa la dowg membebel tanpa paksaan. Kih, kih,kih…

Owh…ya…ada lagi. (tu la..lama sgt tak update…) pilihan raya kampus baru je lepas… suram je ak rasa… tak meriah. Kalau just tampal poster je, tak jd gak..ak sendiri tak kenal MPM lepas… dh naik yg baru.. Cuma barisan MT kali ni ak kenal la jugak… tahniah pada semua yg Berjaya memegang tapuk pimpinan kali ni. Wat keje dengan baik. Kekadg kita tak sedar diri kita di perhatikan. Dan perlakuan kita di lihat sama ada setara dengan apa yg kita ucapkan.. susah tu.. ap2 pun..yg bertanding dan Berjaya bukn sebb kurang persaingan…tapi sebb tak dk pilihan…so, terpaksa la undi yg ada…betul ke gtu???? Mcm pelik je bunyi.. apa2 pun.. paling penting, studnt KUIN makin ramai…maka makin berat la tugas kalian. Selamat menjalankan tugas!

Ak pun tak sabar nak letak jugak…title yg ada tak sanggup dh nk tanggung.. cepat sikit kawan2 ku sekelian…bila time kita plk nih! Jahatnya…kui3..

By the way….my mom n my dad skrg kat mekah… sdg mengerjakan ibadat Hj..moga dowag mendpar hj mabrur dn d terima allah.. selamat pergi dn selamat balik..ktowg adik-beradik sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayah dn umi.. jgn risau ktowg kat umh ni. First, tak kebulur punya.. makan sentiasa ada…tak pernah tak cukup…keselamtan jgn risau jgk…jiran2 sekeliling sentiasa take care ktowg… iman ok2 ja… Cuma dia tak mau kuar umah g.. dia ckp “kalau iman kuar, umi balik tgok iman tak dak..haa..macamana?” alahai iman.. huhuhuhu… dlam 26/11 ktowg akan g KL…stay bukit beruntung seminggu dua kalau tahan… kalau tak 3 4 ari je…hihihihi… umi n ayah jangka sampai 27 aribuln 11…

Akhir…doakan kejayaan ak..dunia akhrat.. nak exam nih. Yaa… untuk alang yg nk amik stam tu, cahiyop2!! Buktikan alang boleh. Tunjukkn yg alang buk mcm dulu lagi. Adik ak yg ni dulu brutal ckit…dh masuk KIDU jd baik ckit…bukn dia tak baik sbelum ni, tp ikut kawan… ehmm… maan najah fil imtihan pada semua yang bergelar pelajar.

Ok…see next post insya allah….

Thursday, September 9, 2010

Long time not see….

Haaa….salam alaik.
Dah nak abis puasa..baru nk update blog..
Buln yg penuh dgn barakah..
Sempat khatam dua kali..
Dapat kekuatan untuk qiam..
Dapt hadir kelas dgn baik..i think so..
Dpt buat tarawih walaupun selang2..
Sempat baca dua novel baru..(bumi cinta-habibirrahman n sinergi-hilal ashraf)
Dapt tido..ahaks!
Dapt jumpa mentor2 ak..yg bercuti (Jordan n mesir)
Dapt bukk puasa dgn adik ak (banyk kali..)
Sempat antar adik g shahab..sempat wat kek untuk dia..
Dh wat kuih raya..ketupat siap..rendng siap..serunding siap..(bukn ak wat..)
Ayh tak jd g afrika..bagus2
Tak tw la raya taun ni mcmana…
Ok, see next time..
seLamAt HaRi rAyA..MaaF zAhIr BaTiN..

Saturday, August 14, 2010

Update..

Salam ramadhan kareeem…

Dah masuk ari ke-4 kita puasa. Kenapa rasa cepat plak?? Masih tak puas dengan 4 ari ni.. dan dh lama jgk ak tak update blog nih. Bukan tak de bahan nk post. Tapi sejak dua menjak nih, lepas satu peistiwa yang agak menyedihkan berlaku, ak jdi malas nk updte blog. Nk wat something kat fb atau dlm erti kata yg lain, dh malas nak on9. Kalau on9 pun just bc blog owg…jln2..tgok dunia tanpa sempadan yg entah pape jer nih.

Apa2 pun, ak cter ckit dua tiga benda. first, ayh ak sekarang di Gaza. Ziarah saudara kita kat sana. Mybe 18 aribulan ni baru sampai balik… selasa ni ak g kl dgn umi..sampai jumaat kot. Tadarus kuliah, ahad ni baru mula. Raya ni kalau tak ada aral, ayah ak ke afrika selatan. Awal puasa tnpa ayah, awal raya pun tanpa ayah. Tp ktowg adik bradik dh mangli dah.. dh biasa dgn ketiadaan ayah.. dr ak kecik lagi..

Tu je kot..

Tuesday, July 20, 2010

HATI

Satu hati. Tapi pelbagai perasaan. Sedih, gembira, berduka, ceria, tawa, marah, dengki, ego, tamak, sombong, sayu, pedih, terkilan, bangga, seronok, dan seribu satu lagi perasaan yang kadang2 kita tak mampu untuk mengungkapkan dengan kata-kata. Tapi, hati yang satu itulah yang merasa segalanya. Dan, hati yang satu inilah yang menggerakkan naluri untuk melakukan sesuatu.

So, the point is macamana nak jadi BAIK. Serious ckp, ak masih merasa kekosongan. Macm jigsaw puzzle yang masih lagi tercari2 missing pieces.. dan ak masih lagi tercari…dan sedang mencari…dan akan terus mencari… selama-lamanya..

Tak salah untuk ubah one thing at one time. Something is better than nothing. Dan tak ada banda yang mustahil kalau Allah izinkn. Muhasabah dan istiqamah adalah yang paling penting to change life.. kalau kita tak muhasabah, kita tak dpat menilai diri kita dan kalau kita tak istiqamah, tak mustahil untuk kita tergelincir lagi sekali.

So, back to the point. Mcmnana nk jadi baik. Baik yang mcmnana? Ok, definisi baik tu nak yang mcmnana? Beriman kepada Allah, tu ‘baik’. Mcmana tu? buat yang di suruh, tinggal yang di larang. Seorang perempuan pakai tudung, tapi tak sembahyang. Tak baik juga. Tak pakai tudung, tapi sembahyang, tak baik juga. Baca quran hari2 tapi tetap wat yang dilarang, tak baik juga. That’s why Allah said in holly Quran, surah al-baqarah ayat 208 “ masuklah kamu kedalam islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana ia adalah musuh yang nyata”. Jelas. Maknanya tak bley la nk practice islam tu secara juz’ie. Mna yg rasa kita nk buat, kita buat. Mna yg rasa tk mau buat, kita redah tinggal je. Tak jd la gtu..slgi tk embrace islam tu penuh, tk ckup baik lg la tu…

Bukan senang nk berubah. Bukn senang nk tinggal vcd citer2 blockbuster. Bukan senang nak tinggal citer2 lagho kat tv. Bukan senang nak maintain diri agar tk buat benda yg sia2 bila dgn internet. Bukn senang nak delete lagu2 rokc kapak zamn taun 90-an. Lagu2 jiwang karat taun 80-an. Bukn senang nak tinggal semua tu. bukan senang nak ubah novel kepada buku2 yg lebih ilmiah. Bukan senang…. Bukan mudah sesenang lafaz. Dalam kena jaga dulu.. baru luaran terpancar dengan sendiri. Hubungan dengan allah kena jaga..baru allah jaga hubungan kita dengan manusia. Ni, sembahyang pun masih lagi terkapai2.

Ak ingt lagi masa kelas dengan prof Azharuddin baru2 nih. Dia sentuh 3 perkara yg membuatkan ak merasa masih banyk lagi yg ak kena bljar. Yg pertama tentg al-fatihah. Dia tnya satu soalan yg membuatkn klas membisu seribu kata. Biasa kita bukk majlis ilmu dgn alfatihah. Dia tnya, apa yang kamu rasa dalm hati apabila kamu membaca al-fatihah???? Dia labelkan ktowg sebgai tidak BERADAB ketika bca al-fatihah. Ak akui. Perkara yg kedua dia tnya ap niat kita sebnrnya dtg bljar di sini?? Mcm2 jawapn kuar. Mudh bagi Prof, “taqarruban ilallah….” Jelas. Ap yg kita semua lakukan adalah untuk mendekatkan diri kita dgn pencipta kita. dan perkara yg terakhir. Sekarang ini, masih lagikah solat kita menjadi perkara wajib??? Jawpn Prof, tidk lagi. Sebagai seorg hamba, apbila kita solat, dengan sndrinya kita telah berikrar untuk melakukan apa saja yg di kehendaki oleh pencipta kita iaitu Allah. Sedangkn pada bacaan dlm sembahyg, sesungguh solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk allah tuhan semesta alam. Tiada sekutu baginya maka kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang islam. Tapi, berapa ramai je org yg sbnrnya fhm mksud bcaan ddlm solt. Dn enth berp ramai yg menghytinya? Berpa ramai yg beramal? Yg beramal tu plk, brpa ramai yg ikhlas?? Bukn mudah.

Allah tengok pada usaha bukn natijah.

So, its never too late to start selagi kita blom mti, though. Allah tidak kejam pada hambanya…

Thursday, July 15, 2010

setengh julai dh berlalu

Salam pembuka bicara kasih,
Menyantun budi menyatu hati,
Ucapan jutaan terima kasih,
Pada semua yang sudi membaca entri ini!
Ahaks!

Akhirnya……pada hari yg ke 15 hari di dalm buln Julai, bersamaaan hari akhamis maka lahirlah n3 baru dlm blog ak yg enth pape nih…. Let’ to talk.

Semester baru dh bermula… ak masih lagi terawang2 dlm nk dftr kursus… knp? Biar la rahsia~~~~ tutup. Ak just citer benda ni kat adik ak jer..

Ok, seperti yg di rncng…. Pada 8-10 julai 2010…kem teratak ilmu berjalan dgn jayanya.. Alhamdulillah… us.malik pun senyum jew. Hahaha.. seramai berapa org ntah yg terlibat ak pun tak tau maa… keje ak tiap ari dari pokok sena ke alor setar..alor setar, pokok sena… balik pastu tuh terus demm…. Thanks pada senior2 yg telibt. Jasa anda tidk mmpu kami semua balas…. Pada semua jawatnkuasa perlaksana… tahniah! Ikat la hati junior2 anda sekuat mungkin… bak kata us.malik…pegang jangan bagi lepas.. pada us malik…terima kasih banyak2 sebb sudi meluangkan masa turun bersama.. k.wahyu dan zuhair juga…yg sentiasa di blkang us memberi sepenuh sokongan.. tp hari majlis penuntup tu ak tertidor kat bilik.. sowi sume….

Ahad, petang tu lepas ak habs test b.arab.. raptai untuk majlis khatm.. memang penat..tapi gagah juga. Ak masa tuh memang tak lart sgt dh… lepas tgok sume… ok. Malm dlm pkul 11 ak sampai umah… isk, apa punya anak dra balik lewt2 malm nih!

Sok tuh, majlis khatam… fuh! Macm2 serba tak jadik! Dri awal mjlis sampai akhir majlis… tak tau knp.. tapi…ehm… kita balik pada Allah.. dia dah tentukn semuanya.. apa2 pun tahniah pada semua krew.. masing2 letih.. habis satu, satu… majlis dlm pukul 12 habis.. sekali dgn mkn.. pastu ktowg ada post motrm ckit… ak cuba wat yg terbaik…tapi, tak jadi jgk… biar la… owg nk ckp apa pun.. ak letih…mcm tak dk langsung ruang untuk ak bernafas.. dlm minggu nih je rasa mcm nak lepaskan tekanan perasaan jew…

Hbis mjlis, ptg tu jumpa adk ak kjap… tak pernh rasa lama pun… knp ntah….. n hari2 seterusnya berlalu mcm tu je… msuk kelas. Jumpa us, jumpa dekan, pegi hea, singgah hep… termenung dlm kelas.. berakhir dgn jumpa adk ak g….huhuhuhu..suka3. ;)

Last sekali…. Ak KUAT. Hahahaha…

p/s: untuk adk ak, always be urself and take good care of ur self… lalalala~~~~

Wednesday, June 30, 2010

Mengapa Yahudi Bijak??

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano serta membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah tabiat terpencil, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah syarikat YAHUDI……)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $USD 1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yang mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang dungu dan sudah tentu genetik bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu terpencil dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi dungu, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri...

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai, Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Tuesday, June 22, 2010

La Tahzan

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Alla
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!


Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

~WaLiMatUL uRus~



Sekalung tahNiaH dan SElaMaT PeNgAnTin bArU buat K.sukala dan pasangannya Badrul (gambar atas) yg selamat di ijabkabulkan pada sabtu lalu. Sepanjang cuti niH! Ramai gak kawan2 ak yg dah selamat… Alhamdulillah… TAHNIAH buat dowang :

Wan Norizawan Syafiq dan pasangan –Sek Ren Islam ABIM alor setar

Nurul Sakinah bt Abdul Razak dan pasangan – Sek Men Agama Nadhah Hasanah Kodiang

Ahmad Husaini dan pasangan – Sek Men Agama Islam Pendang

Sukala bt Abu Bakar dan pasangan
Nurul Anisa bt Shafie dan pasangan - kolej universiti insaniah
Nur Mayamin dan pasangan

SELAMAT PENGANTIN BARU~moga kekal hingga ke akhir hayat…

Friday, June 18, 2010

Selamat sampai



Alhamdulillah…semalam jam 8.45 mlm ak selamat sampai di alor setar. Sepanjang perjalanan yg agak memBORINGkan tuh! Dua kali gak berenti. Yg pertama berenti kat mana ntah. N yg kedua berenti kat gurun. Kat gurun ktowg berempat je. Kete ayah terus balik umah.. kitowg berenti sembahyang n makan sekali.

Okeh…selasa lepas sempat lg ak g NILAI 3. Umi beli kain nak wat baju… ahaks! Ingatkan tak mau dh beli kain sebb dah ada dua helai yg tak di gunting lg. tapi umi suh beli gak….ak pun….ehem pham2 jelah ye.. balik dari NIlai terus g Bangsar. Ayah da kena bagi kuliah maghrib mingguan kat ctu.. sampai umah around 10.00 p.m kot. anyway…percutian yg~~~ entah. Mcm tkar umah je. Sebb wat rutin harian yg biasa wat kat umah.. ap2 pun, thanks my dad. Sian dia…mybe sebb dia dok sowg kat KL…so, dia nk gak sesekali family dia stay sana..hahaha…

Haa…citer ckit. Sblum g Nilai hari selasa tuh! (tak semua yg pegi…yg tinggl umh sebb nk tgok tv!) ayah singgah parlimen kejap amik attndnt dia. Cis! Macm sek je…hahahaha… tak kisah la.tapikan…memang mcm sek la…sebb majority yg masuk dlm dewan parlimen, (ni trand sekarang nih!) galas beg sek! Bezanya mahal atau murah. N design beg tuh. Ayh pun cakap, majority ahli parlimen galas beg macm tuh sekarag.. ak ckp, biasa la..lect insaniah pun wat macm tu jgk…hahahaha.. (Ops….jgn lajak n kuar tajuk). Gini…masa tgh tunggu ayah dlm kete…ak sempat gak la merakam (dlm kepala ak je la..) pelbagai ragam manusia yg masuk dewan rakyat tu dari jauh. Sekadar tgok2 je… macm2 kete berenti depan dewan tu menurunkn si penumpang yg entah pape je aku tgok… huhuhuhu…al-kisah, saja je nak cakp, tetiba berenti kete Camry (bukan zamry erk! Ahaks. Hahahah) terus teringat perak..macm Camry n perak tak dapat di pisahkan plk..hahahaha… ak saja je ckp “waaahhhh…Camry tu..” saja je..tak dk niat nak ta’jub ke, terpesona ke, tercetus kekaguman ke…dan lain2 perasaan seumpanya.. terus ateh ckap, Eleh…apahal nak belagak dgn Camry tu! kat mekah kete tu wat teksi jew…dah tu banyak plk tersadai tepi jln. Kemek sana, lekang sini..pintu pun terkehel je tgok..berabuk dgn pasir.. (dah mekah kawasan macm tuh..)kalau innova pun bley wat teksi kat sana, apatah lagi camry… seblah mata je owg pandang…hahahahaha amik ko! Sekali kena daaaa….

Tulah realitinya… first sampai kota mekah…memang ta’jub la tgok… bukn tgok Camry tu jdi teksi, tapi tgok tersadai macm tu je tepi jln.. srupa negara kita, kete mazda yg dah tak bley jln. Yg enjinnya dah mati. Yang jlnnya sudah semetinya tersemput2 nanti.. mcm kete wolksgn yg bumpernya senget sebelah. (tapi kalau wlksgn tu di make-up, comfrm mahal la…tapi mau berpuluh ribu habis)yg tayarnya kempis dah…haaa…mcm tu la kat Mekah. Permandngan yg biasa bg org arab…

So, the calculation is…tak payah la nak belagak dgn kete kita… mahal ke, murah ke… tak bermakna di sisi allah ta’ala.. miskin ke, kaya ke…kalau tak beriman..sia2 juga kita… ada jawtan ke tak dk jawtan ke… hanya yg bertaqwa sj d cc allah ta’ala… ap yg kita ada…tu lah pemberian allah pada kita.. bersykur, jln yang terbaik bg kita. bila2 masa je allah boley tarik apa yg kta ada…so, jgn la bermgah di hadapan allah ta’ala… (huhuhu..dh ter’tazkirah’ plk ak…)

Apa2 pun… ak nk ucpkan selamat bercuti buat kekanda2ku yg merantau ke jordan, Syria, mesir dan negara2 yg lain… ada rezeki kita jumpa, insya allah… ak stop sini dulu.. daaa…..