ceritaku

Tuesday, July 14, 2009

majlis khatam quran 2

next post.
kelmarin majlis khtam bacth aku. alhamdulillah. berjalan dgn lancar. thanks to all the team work majlis khatam. mabruk! berjaya mengadakan majlis yang meriah ni. selesai majlis khatam. tunggu konvo plk hujung bulan ni. start 31 julai hingga 5 ogos ni. sedih. nak tinggal kawan2.
ok. time to go. salam.

Thursday, July 2, 2009

hidup baru

sedar-sedar dah satu bulan lebih aku tanam pokok anggur... boring jugak rupanya. setiap hari bukk tenet, tp xtau nak buat apa...

ari sabtu ni da ujian komputer. umi dah paksa amik lesen dah... dia cakap dia dh tak larat nak memandu dh...kesian gak. tu yg paksa diri amik gak tu. kalau tak malas la jawabnya...

ahad ni aku mula bertugas kat insaniah... kontrak satu sem je... pastu kena pikir la nak buat apa plak..kurang2 tak la boring dok umah..

sush jugak rupanya nk disiplin diri ni. dulu dok asrama boleh je pun..

umi, adik iman n pujah da kat KL sekarg ni.., ayah nk cari rumah. rumah sekarag ni hujung taun ni dah nk kena bagi dh kat tuan rumah. ayah tak nak menyewa dh. susah. dari menyewa baik beli rumah. so, tadi umi call cakap ayah berkenan rumah kat rawang. bandar putri jaya. entah betul ke tidak tmpat tu. aku terlupa. aptmnt ayah umi cakap. suasana pun ok. ikut la....

ayah hujung bulan tujuh ni gi kemboja. ingtkan boleh la nak ikut...ehm..tak boleh gak. wakil parlimen ke persidangan parlimen asia. makin sibuk la ayah.

harap2 lepas ni hidup aku akan lebih tersusun..

Wednesday, June 24, 2009

my dad my hero

satu slogan untuk bapa sempena hari bapa dari TV2. nice....
walaupun hari bapa dah berlalu, tapi ak nk amik kesempatan untuk ucapkan selamat hari bapa kepada ayahandaku, Hj Ahmad b. Kasim.

terima kasih ayah.

kadang2 tu, ada hari2 ak suka memberontak dgn apa yg ayh buat. tapi umi selalu pesan, kenapa kita perlu tengok satu kesalahan ayah sedangkan kita butakan mata kita dengan seribu kebaikan yang telah ayah bagi. erhmmm.... insaf ak...

anyway...thanks my dad. atas apa yg telah ayah bagi selama ni. tak terbayar dengan nilai wang ringgit. hanya doa mengiringi setiap apa yang jua tindakan ayah.

Sunday, June 14, 2009

umrah family part 2

tempat2 bersejarah yg sempat km semua kunjungi... bumi madinah juga bumi mekah. masjid nabawi...dlmnya da makam rasulullah, abu bakar dan umar. satu tempat juga di simpan untuk nabi Isa..
perkuburan baqia'. menyimpan lebih 10,000 para syuhada termasuk saidatina Aisyah isteri nabi

ketua kabilah hj abd rani sedg menerangkan tentang sejarah peperangan khandak di perkarangan masjid tujuh


masjid qiblatain... berlakunya sejarah perubahan qiblat umat islam dari masjid aqsa ke ka'bah. masjid ni boleh solat dua qiblat.



bukit uhud... menyaksikan syahidnya saidina Hamzah. singa allah yang digeruni oleh puak quraisy




masjid quba'..masjid pertama yg dibina oleh nabi





ni jabal rahmah... tempt pertemuan semula adam dan hawa selepas diturunkn ke bumi

my family

nilah jabal thur...dimana tempat rasulullah bersembunyi sebelum meneruskan perjalnan baginda bersama abu bakar ke madinah.

bagi sesiapa yg bertenaga banyak boleh la mendaki jabal thur.. tapi rombongan km di beri masa selama 20 minit saja...so tak dk sapa la yg nek.....



ada lagi cerita2 menarik yg ak nk kongsi bersama. banyak. ada yg jadi di mekah juga ada berlaku di madinah. kadang2 tu rasa nak nangis pun ada... tapi semua yg jadi adalah ketentuan Ilahi. amik iktibar. jadikan panduan. semoga kita semua berada di bawah rahmatNya selalu...amin...
insya Allah, kalau tak ada aral umi n ayah akan tunaikan haji dalam masa terdekat ni. mungkin lepas ni giliran kita semua plk...











umrah family part 1


sampai sana 1 jun mlm. lebih kurg pukul 8.30 jam sana. dh ada org tunggu. rombongn kami di ketuai ayah ak sendiri seramai 26 org. tapi yg ada family ak n dua org ustaz je. yg lain2 penerbgn delay kat singapore. sian dorg.... lusa tu baru sampai.






di dataran masjidil haram



umi lepas hbis wat saie kat atas



sedih nak tinggl mekah...rasa macm tak mau balk malysia. adik iman selalu je sebut ka'bah. sronok dia. untung gi satu family. 11 org, 11 tong. tapi satu tong dh habis kat sana... tinggal sepuluh. tapi yg sampai malysia 5 je. selebihnya tak tau gi mana.. moga2 akan sampai nnti. kat sana 50 liter air zamzam habis kami satu family...minum sakan. maklumlah. panas...

suhu sana cech 45 drjh clcs. ada satu hari tu 52 drjh clcs... tp kebetuln ari tu satu family tak kuar hotel..so esok tu baru dapt brita. kmi semua nginap kat hotel dar burhan. 300m dari masjidil haram.




iman n kaabah..





asal balik masjidil haram mesti nk singgh gak beli ais krim. macam budk2..



ayah letih n tertidur...tunggu umi n iman habis wat saie







sedap...ais krim mekah huhu






depan masjidil haram







masing2 baru habis tawaf...






Friday, May 15, 2009

hanya sekadar celoteh


kelmarin besday alang 14.5.2009... cukup 17 tahun. sama tarikh dgn kawan ak hamizah. junior kat kuin.
apa2 pun tahniah wat dorg kerana berjaya 'menembusi' laluan berliku ketika di dlm rahim ibu dn berjaya kluar menatap dunia yang semakin kontang ini. jgn lupa untuk ucapkan terima kasih kepada bonda masing2 yg telah berpenat lelah untuk korg. SELAMAT HARI IBU.
sekadar peringatan. untuk semua sahabt2 ak yg setia berada di atas landasn untk m'perjuangkan kalimah Allah, bersemangtlh!! bangkitlah wahai muslimat! bangkitlah wahai srikandi islam! bangkitlah wahai generasi al-Quran! kita sekarg berada di zaman islam kembali diperdagangkn! rebutlah peluang untuk melaksnkn tanggungjwb sebg khlifh Allah. rebutlh peluang merealisasikan matlamat islam. ambillh semagt khaulah az-zwr ketika berhadapan dgn tentera rom. ambklh cita2 isteri kesyangan baginda siti khadijah yg sentiasa berkorban apa sj untuk islam.
usah gentar. usah takut. usah bimbang. Allah bersama2 dgn kita. sama2 kita melahirkan generasi yg akan mengmbalikn kegemilagn islam. sama2 kita menjadi tonggak harapan ummah...
semoga kalian sentiasa berada di bawah naunganNya.. amin...

Thursday, May 7, 2009

adik iman

hari ni besday adik iman yang ke-2... dh besr pun dia.. banyak cakap plk tu. tak larat nk layan kerenah dia.. macam2... tapi nilah satu2nya adik paling bongsu. masa dia nak lahir, semua orang teruja. tak kisah la lelaki ke perempuan. janji mak n adik selamat.. akhirnya lahirlah iman menantap dunia yg penuh dengan pncaroba ni...

lahir je iman, kehidupan kami sekeluarga bertambah baik. diberi nikmat rezeki yg tidk di sngka2. kehidupan yg semakin baik. alhamdulillah.. semuanya datang dri Allah ta'ala. yg menjanjikan segala2nya...

dia cepat belajar. itu yg aku nmpak. harap2 dia dapat belajar yg baik2 je..entah la.. risau gak aku kalau2 dia cepat terpengaruh. dari kecik ni lah kita nak kena jaga. nnti dh besar, keras macam batu...

ehm...minggu ni semua adik2 aku exam.. dari form 5 smpai la darjah dua. angah yg di poli exam hujung bulan ni. tu pun 3hari je.. harap2 adik2 aku dapat buat yg terbaik. jangan sia2kan pengorbanan umi n ayah.

aku plak, dalam proses nk amik lesen kete. sambil tu tolong2 mak kat umah... jaga iman. so, suri rumah tangga la jawabnya. apa nak buat... ayah plak, masih lagi sibuk. dan dia memang seorang yg akan sibukkan diri dia. ayah tak suka ada masa terluang. so, dh terbiasalah dengan cara dia. still dari dulu sampai sekarang...

28-31 aribulan ni, kuliah ak anjurkan progrm bakti siswa bertempat di pulau tuba langkawi. semua sem6 terlibat. khas untuk kitaorg je yg dh nak kuar ni. best2... akak2 jgn jeles..huhu...

ehm...rasanya itu je kot untuk kali ni... boring jugak rupanya kalau tak sambung mengaji. insya Allah, kalau ada rezeki tak kemana...

Wednesday, April 22, 2009

exam dh habis

alhamdulillah... selesai sudah peperangan di dewan peperiksaan. perik jugak nak habiskan semester akhir ni... apa2 pun, semuanya sudah berakhir. tetapi...masih banyak lagi yang menunggu diluar sana.

to all my friends, thanks a lot for everything. syukran jazilan a'lakullihal..

hujung bulan lima ni aku n family akan wat umrah doakan semoga kami selamat menunaikan ibadah di sana.

banyak program yang nak aku buat sepanjang cuti menganggur sebntr nie... sementara menunggu untuk mohon smbung pengajian. bak kata pengcara tv, kita berhenti berehat seketika... huhu...

Sunday, April 19, 2009

poligami


dua hari lepas aku n family ikut ayah ke kl. masa on the way nk blik kedh, singgah taiping umh pakcik untk makan tnghari.
masa dlm perjlnan lepas makn tghari sorg adk aku bukk citer pasal paksu yg baru kawin lgi sorg tanpa pengethuan maksu. ehm..
sja la gitau ayah, "ayah, kalau nak kawin lg sorg gtau umi n kami adik berdik. boleh kami pi meminang untk ayah. jagn sorok2. tak elok. kalau betul2 nak kawin gitau. boleh wat kenduri lagi sekali," tegas gak suara aku. ayah hanya gelak je.
pastu ateh sambung, "betul tu ayh. kalau betul, wat cara elok. kami tk marah aih... cuma kalau betul biar la kami semua kenal bakal tu. yang penting dia boleh bimbing usrah kami, boleh jadi imam untk kami,"
umi pun hanya ketawa. ateh sambung lagi " ayah hntr kami mengaji seklah agama, kami faham hukum Allah, so, ayah kena wat cara betul la,"
"jangan ayah sorok. pastu baru gitau." alang plak yg sambung.
oleh kerana kami sembilan beradik semua perempuan kecuali sorg. so, sebagai seorg perempuan kami bersedia segala kemungkinan. kita tak meminta tapi menerima kalau dh ketentuan. itu yang umi selalu pesn.
dari dulu lagi bab poligami ni menjadi soalan yang cukup sensitif.
orng bolh cakap "tak pa la...tak kena kt dia," sebb tu umi selalu pesan, bersedia dari segi mental dan fizikal.
apa2 pun...kalau betul ayah nak kawin lagi sorg (tidk mengharap) perempuan tu tidk sama dgn umi. umi bersama dgn ayah dalm perjuangan dakwah dari mula. dari ayah sush, sampai sekarag (bolh dikatakan senang sedrhana jugak la..) apa yg umi lalui cukup perit. tapi umi langsung tak mengaduh. kalau perempuan tu nk kawin sebb pangkat ayah, dia silap besar. tapi kalau dia nak membntu gerakan dkwah ayah, kami berdoa supaya apa yang di niatkannya akan seiring dgn perbuatan dia. moga kita semua dilindungi Allah... amin.
to ayah: kalau nak kawin lagi jgn sorok2 na...gitau, kami bleh pi pinang untk ayah. huhuhu..
insya Allah, kalau tak ada aral yg melintg, hujung buln5 ni aku n family akan wat umrah. ni nazar ayah.
untk sahabat2 aku: semoga kalian berjaya dunia akhirt.
exam dh sampai ke penghujung. insya Allah kalau diizinkan buln lapan ni aku konvo. aku hanya tunggu majlis khatam je. sedih gak nak kuar ni... apa2 pun...setiap pertemuan akan ada perpisahan... salam exam untuk semua sahabat2 ana yang berada serata malaysia...