kejayaan tidak di ukur dengan pencapaian, tetapi di ukur pada halangan sebelum mencapai kejayaan...
Wednesday, June 24, 2009
my dad my hero
walaupun hari bapa dah berlalu, tapi ak nk amik kesempatan untuk ucapkan selamat hari bapa kepada ayahandaku, Hj Ahmad b. Kasim.
terima kasih ayah.
kadang2 tu, ada hari2 ak suka memberontak dgn apa yg ayh buat. tapi umi selalu pesan, kenapa kita perlu tengok satu kesalahan ayah sedangkan kita butakan mata kita dengan seribu kebaikan yang telah ayah bagi. erhmmm.... insaf ak...
anyway...thanks my dad. atas apa yg telah ayah bagi selama ni. tak terbayar dengan nilai wang ringgit. hanya doa mengiringi setiap apa yang jua tindakan ayah.
Monday, June 15, 2009
Sunday, June 14, 2009
umrah family part 2
bagi sesiapa yg bertenaga banyak boleh la mendaki jabal thur.. tapi rombongan km di beri masa selama 20 minit saja...so tak dk sapa la yg nek.....
ada lagi cerita2 menarik yg ak nk kongsi bersama. banyak. ada yg jadi di mekah juga ada berlaku di madinah. kadang2 tu rasa nak nangis pun ada... tapi semua yg jadi adalah ketentuan Ilahi. amik iktibar. jadikan panduan. semoga kita semua berada di bawah rahmatNya selalu...amin...
umrah family part 1
di dataran masjidil haram
sedih nak tinggl mekah...rasa macm tak mau balk malysia. adik iman selalu je sebut ka'bah. sronok dia. untung gi satu family. 11 org, 11 tong. tapi satu tong dh habis kat sana... tinggal sepuluh. tapi yg sampai malysia 5 je. selebihnya tak tau gi mana.. moga2 akan sampai nnti. kat sana 50 liter air zamzam habis kami satu family...minum sakan. maklumlah. panas...
suhu sana cech 45 drjh clcs. ada satu hari tu 52 drjh clcs... tp kebetuln ari tu satu family tak kuar hotel..so esok tu baru dapt brita. kmi semua nginap kat hotel dar burhan. 300m dari masjidil haram.
Friday, May 15, 2009
hanya sekadar celoteh
Thursday, May 7, 2009
adik iman
lahir je iman, kehidupan kami sekeluarga bertambah baik. diberi nikmat rezeki yg tidk di sngka2. kehidupan yg semakin baik. alhamdulillah.. semuanya datang dri Allah ta'ala. yg menjanjikan segala2nya...
dia cepat belajar. itu yg aku nmpak. harap2 dia dapat belajar yg baik2 je..entah la.. risau gak aku kalau2 dia cepat terpengaruh. dari kecik ni lah kita nak kena jaga. nnti dh besar, keras macam batu...
ehm...minggu ni semua adik2 aku exam.. dari form 5 smpai la darjah dua. angah yg di poli exam hujung bulan ni. tu pun 3hari je.. harap2 adik2 aku dapat buat yg terbaik. jangan sia2kan pengorbanan umi n ayah.
aku plak, dalam proses nk amik lesen kete. sambil tu tolong2 mak kat umah... jaga iman. so, suri rumah tangga la jawabnya. apa nak buat... ayah plak, masih lagi sibuk. dan dia memang seorang yg akan sibukkan diri dia. ayah tak suka ada masa terluang. so, dh terbiasalah dengan cara dia. still dari dulu sampai sekarang...
28-31 aribulan ni, kuliah ak anjurkan progrm bakti siswa bertempat di pulau tuba langkawi. semua sem6 terlibat. khas untuk kitaorg je yg dh nak kuar ni. best2... akak2 jgn jeles..huhu...
ehm...rasanya itu je kot untuk kali ni... boring jugak rupanya kalau tak sambung mengaji. insya Allah, kalau ada rezeki tak kemana...
Wednesday, April 22, 2009
exam dh habis
to all my friends, thanks a lot for everything. syukran jazilan a'lakullihal..
hujung bulan lima ni aku n family akan wat umrah doakan semoga kami selamat menunaikan ibadah di sana.
banyak program yang nak aku buat sepanjang cuti menganggur sebntr nie... sementara menunggu untuk mohon smbung pengajian. bak kata pengcara tv, kita berhenti berehat seketika... huhu...
Sunday, April 19, 2009
poligami
Tuesday, April 14, 2009
sajak dari ayahanda
Kurindu Bunyi itu– Buat yang disayangi
Kurindu bunyi itu
Yang hampir sering kudengar ketika malam sunyi sepi
Kalimat-kalimat hafazanmu yang menusuk dikalbuku
Kabar tentang kalam yang tiada tandingannya
Bunyi nan indah membius menenangkan jiwa ini.
Kurindu bunyi itu
Ketika ku sedar dari lamunan mimpi di malam dini hari
Yang pernah terdengar alunan suaramu dari kamar tidurmu
Suara serakmu yang menusuk digegendang telingaku.
Lengang lenggok irama bacaanmu yang membuatku tersenyum sendirian.
Kurindu bunyi itu
Nyaring, rendah, indah, shahdu, bergema
Ketika hafazan itu diulang, diulang dan diulang tanpa jemu.
Dikemuncak ketika dipenghujung kuliahmu,
Bunyi itu tetap berirama semahunya
Tanpa jemu , tanpa peduli apa yang berlaku disekitarnya,
Kurindu bunyi itu
Moga bunyi itu tidak akan henti buat selamanya,
Kerana ku rindukan bunyi itu,
Ku amat mengharapkan bunyi itu diperdengarkan
Tanpa bunyi itu hidup ini terasa sepi sekali
Bunyi yang membina kekuatan insaniah dan rohaniah
Karena itu wahyu dari Tuhan Seluruh Alam.
Teruskan sayangku, Anakku,
Ayah mengharapkan bunyi it terus bergema
Bergema tanpa jemu di teratak kita yang semakin usang itu,
Biar bunyi itu sahaja yang bergema melawan cengkerik di malam hari,
Cukuplah hadiah bunyi itu yang diberikan pada ayah yang semakin tua ini.
Terima kasih bunyi dari kalam yang maha suci.
Sungguh ku amat merindui bunyi.
Ibnu Qassim,
Pengapit batu,
12 April 2009.
Sunday, March 15, 2009
dalam kenangan

final exam makin hampir. debaran kian terasa. kepala makin pusing. yang pasti, nilah exam paling mencabar sekali.
habis exam ni, masing2 bawa haluan sendiri... semuanya dalam kenangan.. tak terasa tiga tahun di sini, menimba ilmu bersama. akhirnya sampai ke penghujung jua..
apa yang penting, quran yang ditanggung jangan dilupa. jaga akhlak, jaga pergaulan, jaga diri. kalau ada umur yang panjang, kita akan jumpa jua. mungkin tidak disini, tapi di negeri yang abadi...