ceritaku

Sunday, August 24, 2008

picture konvo



ni je muka-muka senior aku yang sempat aku ngan kengkawan tarik waktu hari konvo. yang lain semua dah lari... huhuhu...

jangan tersilap sudah le.. yang ada warna kuning tu semuanya pensyarah kuliah aku... muda-muda lagi tu. tapi semuanya dah kahwin...

sedih plak tengok dorang nak gi mesir 1 aribulan nie.. macamana plak dorang kat sana nanti??? pandai-pandai la kalau nak hidup yerk..

pesta konvokesyen



konvo jugak akak-akak aku nie... bestnyer..tak pe, taun depan aku plak yg konvo. tunggu jelah...

yang kat depan tu kak hanim, asal la tutup mata plak. sebelah dia tu kak nisah halim. kat belakang kak hanim kak nisah shukri sebelah di tu kak... alamak terlupa nama plak. sebab dia kuliah len...

Sunday, August 17, 2008

MARHABAN YA RAMADHAN

ramadhan dh dekat... seronok rasa sebab masih lagi di beri kesempatn untuk berpuasa. pada siapa-siapa yang belum menghabiskan qada' puasanya, silalah berbuat demikian... jangan tangguh2 lagi...

hujung taun ni ramai senior-senior aku akan berangkat ke mesir juga jordan.. selamat pergi juga selamat pulang. belajarlah bersungguh-sungguh sementara diberikan kekuatan, kesempatan juga rezeki untuk belajar di negara penuh barakah itu..

aku juga akan menyusul tahun depan sekiranya di beri kelapangan dan juga tidak aral yang melintang. tapi beratnya dalam malaysia sahaja. maybe habis lepas ni kot...

banyak benda nak kongsi, tapi belum berkesempatan lagi.. insya Allah tak lama lagi aku boleh kembali pada yang biasa.

sibuk sikit sejak dua menjak ni. banyak program kena pantau dan kena buat. konvo kolej aku akan bermula 19-21 ogos ni. lepas tu cuti pertengahan semester. aku plak terlibat dengan konvo. ehm... payah jugak ye..

tapi tak pelah...pengalaman punya pasal...

calon-calon jawatankuasa kuliah aku dah di umumkan. tak sabar rasanya nak letak jawatan dengan rasmi. mungkin rasa beban tu kurang sikit. boleh la tumpu pada study plak... maklumlah, last year.. banyak benda yang nak kena tengok.

tak sabar plak nak tunggu pilihanraya kampus... ehm, sapa la agaknya Presiden sesi nie?? aku nak tolong kempen..

ehm... 26 ogos ni hari bersejarah... kesian ayah, mesti kalut... tak pa... perjuangan harus diteruskan. doa seluruh rakyat malaysia. hidup putera terbaik malaysia!!

kalau takut pada risiko jangan bicara soal perjuangan.

takbir!!!

Thursday, July 10, 2008

majlis khatam quran


hari ni 10 Julai 2008. kuliah aku akan mengadakan majlis khatam quran pelajar-pelajar semester akhir kuliah al-quran. majlis yang akan grand ini adalah kali pertama diadakan di dewan besar.

kami semua (khususnya kuliah al-quran) amat berbangga dengan pencapaian ini. julung kalinya diadakan.

moga allah melancarkan segala perjalanan majlis untuk kali ini...

amin....

Thursday, May 29, 2008

Rintihanku

Sahabat…
Aku bukanlah seorang yang kuat untuk memikul beban dakwah ini
Aku bukanlah seorang yang tabah untuk menerima ujian sebegini
Aku juga bukan salah seorang yang layak untuk memimpin
Kerana aku sendiri masih lagi dipimpin
Sahabat…
Kenapa perlu aku jalani semua ini
Kenapa perlu aku bersusah payah untuk memikul semua ini
Kenapa aku sanggup mengorbankan masaku untuk ini
Kerana aku sayangkan ISLAM
Sahabat…
Berdosakah aku kerana berkata sebegini
Berdosakah aku mempertikaikan apa yang Allah tentukan
Berdosakah aku kerana tidak mampu melakukan yang terbaik
Tetapi ini adalah kata hatiku
Sahabat…
Bantulah aku untuk bersedia berada di atas landasan ini
Bantulah aku sekiranya aku tergelincir dari landasan ini
Bantulah aku untu berjalan di atas landasan ini
Kerana aku sangat memerlukan bantuanmu

Tuesday, May 27, 2008

Saladin @ Salahuddin??

Teruja sangat ke aku dengan filem ni? Bukan tajuk ni yang nak aku perbahaskan sangat. Tapi ada jugak la kaitannya… okey, baru-baru ni aku ada la terbaca dalam satu blog ni yang mengkritik keras pembikinan animasi Saladin. Katanya animasi ni hanyalah semata-mata untuk mendapat populariti buatan rakyat tempatan. Bukan ini saja, bahkan dia jugak mengkritik bagaimana raut wajah animasi Saladin serta kawan-kwannya.
Apa yang menarik perhatian aku di sini ialah, kenapa dia perlu mengkritik pembikinan animasi tersebut yang katanya hanyalah taik-taik ayam sahaja. Bagi aku, tak usah la kita melihat sesuatu benda tu dari sudut yang negetif sahaja. Perlu jugalah melihat dari sudut pandangan yang positif. kesian pada anak tempatan tersebut yang berusaha untuk menyiapkan animasi Saladin tu.
Tak salah untuk kita mencuba. Barulah kita tahu apa hasilnya. Apa yang aku tahu, filem animasi tu siap Cuma tidak di edarkan pada orang ramai. Aku dan kawan-kawan aku juga ada mencari animasi tersebut. Bahkan kami mencari sehingga ke Kuala Lumpur. Bukannya apa, filem tersebut kami melihat, ianya boleh memberi sedikit suntikan semangat.
Aku sedikit sebanyak terkilan dengan kritikan tersebut. Kenapa dia banyak melihat kesalahan pada filem animasi tersebut?? Kenapa tidak menilai filem anak tempatan yang lain?? Seperti Anak Halal, Sepet, Gubra, 9 September dan filem-filem seumpama dengannya yang banyak memberi impak yang negetif sahaja. Kenapa perlu mempertikaikan animasi Saladin yang katanya raut wajah seakan Aladin. Tidak ada adab dengan ibu bapa. Juga tidak menunjukkan cirri-ciri seorang pahlawan islam.
Aku bukanlah seorang yang pandai dalam seni perfileman ni. Tetapi rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat berkenaan animasi Saladin yang pada awalnya gah di perkatakan sebagai buatan anak tempatan. Berilah mereka sedikit ruang juga masa untuk memperbaiki kelemahan mereka. Aku menyokong penuh animasi Saladin ini. Walaupun aku hanya melihat filem animasi ini separuh sahaja.
Dan apa yang aku dapat daripada filem ini ialah, aku mengubah perspektifi atau pandangan aku pada filem berbentuk animasi. Dan dengan wujudnya filem begini, aku yang selama ini lebih cenderung untuk membaca novel jenis fantasi atau aksi mengubah untuk mencari novel pahlawan islam. Seperti Khalid bin Walid, Tariq bin Ziad serta Salahuddin Al-Ayubi!!
Kalaupun tak dapat melihat filem animasi buatan tangan anak Malaysia, kenapa tidak mencari hasil karya penulisan novel buatan anak Malaysia??? Kan lebih baik. Jangan hanya tahu mengkritik kalau tidak pandai mencari penyelesaiannya…..

Sunday, April 13, 2008

siapa kita?

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! Hanya lafaz itu sahaja yang mampu aku ucapkan takala menutup naskah perjuangan Khalid bin Walid yang lebih senang digelar sebagai Saifullah iaitu “Pedang Allah”. Esak tangisku yang kedengaran sepanjang membaca sejarah sahabat Rasulullah itu masih lagi tidak mampu menyamai perjuangan yang telah diperjuangkan oleh Khalid Al-Walid. Masih ada lagikah insan sepertinya? Saidini Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata

“Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid”. Aku sendiri tidak menafikan apa yang telah diungkapkan oleh Khalifah Islam yang pertama itu benar. Semangat yang dibawa oleh Khalid bagaikan cahaya yang menerangi seluruh pelusuk alam. Imannya yang mantap, tidak mampu digoyah hatta di ditawarkan dunia sekalipun untuknya.

Bagaimana kita? Mampukah kita mentauladani sikap serta sifat seperti Khalid bin Walid? Sikapnya yang keras semasa berperang bagi memperjuangkan agama Islam yang amat dicintai. Sifatnya yang lembut dan tegas semasa menyebarkan agama dikalangan penganut agama selain Islam. Kita? Bagaimana kita? Masih adakah rasa tanggungjawab untuk mengajak insan yang jahil, yang bodoh berkenaan agama Islam supaya menyertai kita?

Tidak perlulah kita melihat jauh ke Palestin, Iraq, Afganistan dan lain-lain Negara Islam yang sekarang ini ditindas. Mengapa perlu membandingkan kita dengan sahabat-sahabat nabi yang terdahulu? Cukuplah sekadar mengambil contoh serta iktibar daripada sejarah-sejarah terdahulu. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah amal ma’ruf nahi mungkar.

Nah! Inilah peranan kita. Pedulikan dengan pandangan orang. Pekakkan telinga dengan sindiran orang. Kenapa perlu kita kisahkan dengan kata-kata dan ungkapan orang? Nabi dan sahabat-sahabat ketika dahulu lebih teruk penghinaan yang diterima mereka. Lebih buruk ungkapan yang diterima. Lebih dahsyat penyeksaan yang diterima. Kenapa mereka masih mampu bertahan? Kerana mereka teramat cintakan Islam. Teramat rindukan syurga Allah. Kita? Tidak rindukah kita dengan semua itu? Tidak mahukah kita dengan ganjaran yang diberikan oleh Allah?

Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita.

Friday, April 11, 2008

salam perpisahan

Sedih rasa hati bila semester mula menginjak pergi… rindu akan terusik bila kenangan bermain di mata. Embun perjuangan mula mendakap sepi bila seri di bawa pergi..

Kenapa setiap pertemuan pasti ada perpisahan? Kenapa mesti perlu menjalani pahitnya hempedu perpisahan? Alangkah sepinya hati bila terasa kehilangan. Tapi..ketahuilah bahwa ianya akan menjadi manis bila usia menyinjak masa.

Kenangan tetap akan menjadi kenangan. Kehidupan yang realiti perlu dtempuhi. Yang pasti segala memori tidak akan sama sekali dilupai. Ingatlah.. kita pernah berada di bawah satu bumbung. Kita pernah berkongsi suka dan duka kehidupan. kita pernah kecewa dalam meneruskan perjuangan ini. Tetapi kenapa masih kita kekal di sini? Kerana ukhwah yang mendakap tali silaturrahim antara kitalah membuatkan kita masih lagi mampu bertahan sehingga ke akhirnya.

Sedih bila memikirkan apakah masih ada lagi ukhwah yang sebegini hebat untuk kita saling kenang-kenangi? Apakah masih ada lagi ikatan yang sebegini kukuh untuk kita rasai?

Terima kasih Tuhan kerana mempertemukan aku bersama insan yang mencintai Al-Quran, mencintai perjuangan, mencintai islam. Kasih kami tiada sempadan… sehingga aku tidak mampu untuk bertahan andai kehilangannya…kerana ikatan ini bukan mainan.. semoga terhebat dalam perjuangan walaupun akhirnya langkah kita berlainan…


Kenangan tetap akan menjadi kenangan…

Saturday, April 5, 2008

kehidupan pasca pilih dan raya

Bukan senang nak menyesuaikan diri untuk jadi anak ahli parlimen. Banyak benda yang kita perlu pelajari. Banyak benda yang perlu kita ketahui. Berat sangat beban yang ditanggung. Kalau sebelum ni pergi makan kita ambil sendiri, tapi lepas pilihanraya, nak makan pun orang tolong ambikkan. Bukannya susah pun nak ambil makanan. Tapi entahlah.

Kalau dulu kerja-kerja rumah mak yang buatkan, tapi lepas pilihanraya ada pula orang tawarkan diri nak jadi pembantu rumah. Walhal..kami adik-beradik dah besar panjang. Tak perlu pembantu rumah. Cukuplah mak sendiri yang menguruskan kami adik-beradik.

Kalau dulu tak ada orang nak ambil peduli kami sihat ke tak sihat ke. Kami ada makan ke, tak ada makan ke. Kami cukup duit ke tak cukup ke…tapi lepas pilihanraya je, ramai pulak yang Tanya khabarlah, Tanya sihat ke tak. Sedih sangat. Kenapa pangkat yang mereka Nampak?
Mak sendiri pernah cakap…kalau dulu ayah keluar bertugas, keluar menyampaikan dakwah, keluar sebagai sukarelawan tak ada siapa pun yang ambil peduli pasal kami adik-beradik. Tak ada siapa pun yang Tanya kami cukup makan pakai ke tidak. Hatta adik-beradik sekalipun. Sedih teramat sangat. Kenapa boleh jadi macam ni?

Lepas saja menang pilihanraya, terus diaorang ambil peduli. Kenapa tak Tanya sebelum ni lagi? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dua puluh tahun yang lalu? Kenapa perlu tunggu ayah ada pangkat, ada nama?

Kalau dulu adik-beradik ayah selalu perlekehkan ayah, kerja sebagai pendakwah ni ada duit ke tak? Dah la anak ramai…tapi sepanjang ayah kerja sebagai pendakwah tak pernah sekalipun mak pergi rumah adik-beradik minta beras, tak pernah mak pergi rumah adik-beradik minta duit. Ayah bagi keperluan cukup. Makan cukup. Pakai cukup. Kami boleh mengaji sampai peringkat yang tinggi. Kenapa perlu pertikaikan pekerjaan ayah waktu tu?

Dengan duit sebagai pendakwah tulah ayah boleh buat rumah untuk kami adik-beradik. Tapi mereka? Masih lagi di tapuk yang lama. Kalau sebelum ni ada seorang kakak ayah cakap… ayah tu suka sangat jalan dengan tok sebab tok bank dia(ayah). Walhal, ayah tak pernah minta duit pada tok. Tok yang bagi. Ayah terasa hati sangat dengan kakak dia. Tapi sekarang? Berguni-guni pujian dia pada ayah..

Ada pernah sekali tu, adik-beradik ayah cakap pada mak, nanti kalau ayah menang kita mekapkan mak cantik-cantik. Kenapa perlu pertikaikan pakaian mak? Malukah perpakaian menutup aurat? Malukah mereka melihat mak hanya memakai jubah dan tudung labuh? Sedih hati ni.

Dulu waktu ayah dan mak baru berkahwin, ada seorang kakak ipar ayah cakap, laki kita hitam-hitam pun banyak duit. Dia pandang sinis pada ayah. Pekerjaan ayah. Anak-anak ayah. Kenapa perlu semua ni terjadi? Mereka memandang sinis pada ayah dan keluarga ayah sebelum ayah menjadi ahli parlimen. tetapi mereka sanjung ayang selepas ayah jadi ahli parlimen. inikah yang dinamakan susah payah di cari senang sekali je panggil dah mari!!

AKU TERAMAT TERKILAN DENGAN SIKAP ADIK-BERADIK YANG MACAM NI!!
DAN AKU BERBANGGA DENGAN AYAH KERANA MAMPU MEMBUKTIKAN BAHAWA AYAH BOLEH LAKUKAN LEBIH BAIK DARIPADA MEREKA. AYAH MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN KELUARGANYA TANPA BANTUAN MEREKA!!

Esok aku nak exam. !!! doakan aku!!!

Sunday, March 23, 2008

happy birthday my father...

nilah bahasa yang selalu aku guna pada ayah aku. bahasa inggeris yang tunggang tebalik.
"just wana to say happy birthday to my lovely father. hope may Allah bless you always. we very love you. remember that you have a family to support everything you do. "
ayah,
kau ibarat pohon tempat kami berteduh
kau ibarat dahan tempat kami bersandar
kau ibarat ranting tempat kami bergantung
ayah,
masihkah kau ingat,
rintihan anak-anakmu dikala kau keluar berjuang,
semangat seorang isteri ketika kau melangkah keluar,
ayah,
anak-anakmu ini mengharapkan kasih sayangmu,
anakmu ini merindui belaian tangan seorang ayah,
tetapi,
kau tetap ingatkan kami
kau tetap sedarkan kami,
bahawa,
kami ini hanyalah amanah,
kami ini hanyalah anugerah,
kepada kau.
ayah,
kau selalu ingatkan kami dengan cerita Hasan Al-banna
kau selalu ingatkan kami dengan sirah perjuangan Rasulullah,
sehinggakan kau menagis apabila menceritakan sejarah mereka,
ayah,
kami tahu kau merelakan dirimu demi perjuangan agama,
kau merelakan dirimu untuk memperjuangkan islam,
kau inginkan syahid menjadi milikmu
ayah,
kami akan sentiasa berdiri di belakangmu
kami akan sentiasa memberi sokongan kepadamu,
ayah,
kaulah idola kami
ayah, kemanisan dalam perjuangan dirasai bila berdepan dengan cabaran, ketenangan yang hakkiki dirasai dengan manisnya iman, kekerdilan diri dirasai dengan sifat kehambaan dan ketaqwaan.