ceritaku

Sunday, April 13, 2008

siapa kita?

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! Hanya lafaz itu sahaja yang mampu aku ucapkan takala menutup naskah perjuangan Khalid bin Walid yang lebih senang digelar sebagai Saifullah iaitu “Pedang Allah”. Esak tangisku yang kedengaran sepanjang membaca sejarah sahabat Rasulullah itu masih lagi tidak mampu menyamai perjuangan yang telah diperjuangkan oleh Khalid Al-Walid. Masih ada lagikah insan sepertinya? Saidini Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata

“Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid”. Aku sendiri tidak menafikan apa yang telah diungkapkan oleh Khalifah Islam yang pertama itu benar. Semangat yang dibawa oleh Khalid bagaikan cahaya yang menerangi seluruh pelusuk alam. Imannya yang mantap, tidak mampu digoyah hatta di ditawarkan dunia sekalipun untuknya.

Bagaimana kita? Mampukah kita mentauladani sikap serta sifat seperti Khalid bin Walid? Sikapnya yang keras semasa berperang bagi memperjuangkan agama Islam yang amat dicintai. Sifatnya yang lembut dan tegas semasa menyebarkan agama dikalangan penganut agama selain Islam. Kita? Bagaimana kita? Masih adakah rasa tanggungjawab untuk mengajak insan yang jahil, yang bodoh berkenaan agama Islam supaya menyertai kita?

Tidak perlulah kita melihat jauh ke Palestin, Iraq, Afganistan dan lain-lain Negara Islam yang sekarang ini ditindas. Mengapa perlu membandingkan kita dengan sahabat-sahabat nabi yang terdahulu? Cukuplah sekadar mengambil contoh serta iktibar daripada sejarah-sejarah terdahulu. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah amal ma’ruf nahi mungkar.

Nah! Inilah peranan kita. Pedulikan dengan pandangan orang. Pekakkan telinga dengan sindiran orang. Kenapa perlu kita kisahkan dengan kata-kata dan ungkapan orang? Nabi dan sahabat-sahabat ketika dahulu lebih teruk penghinaan yang diterima mereka. Lebih buruk ungkapan yang diterima. Lebih dahsyat penyeksaan yang diterima. Kenapa mereka masih mampu bertahan? Kerana mereka teramat cintakan Islam. Teramat rindukan syurga Allah. Kita? Tidak rindukah kita dengan semua itu? Tidak mahukah kita dengan ganjaran yang diberikan oleh Allah?

Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita.

Friday, April 11, 2008

salam perpisahan

Sedih rasa hati bila semester mula menginjak pergi… rindu akan terusik bila kenangan bermain di mata. Embun perjuangan mula mendakap sepi bila seri di bawa pergi..

Kenapa setiap pertemuan pasti ada perpisahan? Kenapa mesti perlu menjalani pahitnya hempedu perpisahan? Alangkah sepinya hati bila terasa kehilangan. Tapi..ketahuilah bahwa ianya akan menjadi manis bila usia menyinjak masa.

Kenangan tetap akan menjadi kenangan. Kehidupan yang realiti perlu dtempuhi. Yang pasti segala memori tidak akan sama sekali dilupai. Ingatlah.. kita pernah berada di bawah satu bumbung. Kita pernah berkongsi suka dan duka kehidupan. kita pernah kecewa dalam meneruskan perjuangan ini. Tetapi kenapa masih kita kekal di sini? Kerana ukhwah yang mendakap tali silaturrahim antara kitalah membuatkan kita masih lagi mampu bertahan sehingga ke akhirnya.

Sedih bila memikirkan apakah masih ada lagi ukhwah yang sebegini hebat untuk kita saling kenang-kenangi? Apakah masih ada lagi ikatan yang sebegini kukuh untuk kita rasai?

Terima kasih Tuhan kerana mempertemukan aku bersama insan yang mencintai Al-Quran, mencintai perjuangan, mencintai islam. Kasih kami tiada sempadan… sehingga aku tidak mampu untuk bertahan andai kehilangannya…kerana ikatan ini bukan mainan.. semoga terhebat dalam perjuangan walaupun akhirnya langkah kita berlainan…


Kenangan tetap akan menjadi kenangan…

Saturday, April 5, 2008

kehidupan pasca pilih dan raya

Bukan senang nak menyesuaikan diri untuk jadi anak ahli parlimen. Banyak benda yang kita perlu pelajari. Banyak benda yang perlu kita ketahui. Berat sangat beban yang ditanggung. Kalau sebelum ni pergi makan kita ambil sendiri, tapi lepas pilihanraya, nak makan pun orang tolong ambikkan. Bukannya susah pun nak ambil makanan. Tapi entahlah.

Kalau dulu kerja-kerja rumah mak yang buatkan, tapi lepas pilihanraya ada pula orang tawarkan diri nak jadi pembantu rumah. Walhal..kami adik-beradik dah besar panjang. Tak perlu pembantu rumah. Cukuplah mak sendiri yang menguruskan kami adik-beradik.

Kalau dulu tak ada orang nak ambil peduli kami sihat ke tak sihat ke. Kami ada makan ke, tak ada makan ke. Kami cukup duit ke tak cukup ke…tapi lepas pilihanraya je, ramai pulak yang Tanya khabarlah, Tanya sihat ke tak. Sedih sangat. Kenapa pangkat yang mereka Nampak?
Mak sendiri pernah cakap…kalau dulu ayah keluar bertugas, keluar menyampaikan dakwah, keluar sebagai sukarelawan tak ada siapa pun yang ambil peduli pasal kami adik-beradik. Tak ada siapa pun yang Tanya kami cukup makan pakai ke tidak. Hatta adik-beradik sekalipun. Sedih teramat sangat. Kenapa boleh jadi macam ni?

Lepas saja menang pilihanraya, terus diaorang ambil peduli. Kenapa tak Tanya sebelum ni lagi? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dua puluh tahun yang lalu? Kenapa perlu tunggu ayah ada pangkat, ada nama?

Kalau dulu adik-beradik ayah selalu perlekehkan ayah, kerja sebagai pendakwah ni ada duit ke tak? Dah la anak ramai…tapi sepanjang ayah kerja sebagai pendakwah tak pernah sekalipun mak pergi rumah adik-beradik minta beras, tak pernah mak pergi rumah adik-beradik minta duit. Ayah bagi keperluan cukup. Makan cukup. Pakai cukup. Kami boleh mengaji sampai peringkat yang tinggi. Kenapa perlu pertikaikan pekerjaan ayah waktu tu?

Dengan duit sebagai pendakwah tulah ayah boleh buat rumah untuk kami adik-beradik. Tapi mereka? Masih lagi di tapuk yang lama. Kalau sebelum ni ada seorang kakak ayah cakap… ayah tu suka sangat jalan dengan tok sebab tok bank dia(ayah). Walhal, ayah tak pernah minta duit pada tok. Tok yang bagi. Ayah terasa hati sangat dengan kakak dia. Tapi sekarang? Berguni-guni pujian dia pada ayah..

Ada pernah sekali tu, adik-beradik ayah cakap pada mak, nanti kalau ayah menang kita mekapkan mak cantik-cantik. Kenapa perlu pertikaikan pakaian mak? Malukah perpakaian menutup aurat? Malukah mereka melihat mak hanya memakai jubah dan tudung labuh? Sedih hati ni.

Dulu waktu ayah dan mak baru berkahwin, ada seorang kakak ipar ayah cakap, laki kita hitam-hitam pun banyak duit. Dia pandang sinis pada ayah. Pekerjaan ayah. Anak-anak ayah. Kenapa perlu semua ni terjadi? Mereka memandang sinis pada ayah dan keluarga ayah sebelum ayah menjadi ahli parlimen. tetapi mereka sanjung ayang selepas ayah jadi ahli parlimen. inikah yang dinamakan susah payah di cari senang sekali je panggil dah mari!!

AKU TERAMAT TERKILAN DENGAN SIKAP ADIK-BERADIK YANG MACAM NI!!
DAN AKU BERBANGGA DENGAN AYAH KERANA MAMPU MEMBUKTIKAN BAHAWA AYAH BOLEH LAKUKAN LEBIH BAIK DARIPADA MEREKA. AYAH MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN KELUARGANYA TANPA BANTUAN MEREKA!!

Esok aku nak exam. !!! doakan aku!!!

Sunday, March 23, 2008

happy birthday my father...

nilah bahasa yang selalu aku guna pada ayah aku. bahasa inggeris yang tunggang tebalik.
"just wana to say happy birthday to my lovely father. hope may Allah bless you always. we very love you. remember that you have a family to support everything you do. "
ayah,
kau ibarat pohon tempat kami berteduh
kau ibarat dahan tempat kami bersandar
kau ibarat ranting tempat kami bergantung
ayah,
masihkah kau ingat,
rintihan anak-anakmu dikala kau keluar berjuang,
semangat seorang isteri ketika kau melangkah keluar,
ayah,
anak-anakmu ini mengharapkan kasih sayangmu,
anakmu ini merindui belaian tangan seorang ayah,
tetapi,
kau tetap ingatkan kami
kau tetap sedarkan kami,
bahawa,
kami ini hanyalah amanah,
kami ini hanyalah anugerah,
kepada kau.
ayah,
kau selalu ingatkan kami dengan cerita Hasan Al-banna
kau selalu ingatkan kami dengan sirah perjuangan Rasulullah,
sehinggakan kau menagis apabila menceritakan sejarah mereka,
ayah,
kami tahu kau merelakan dirimu demi perjuangan agama,
kau merelakan dirimu untuk memperjuangkan islam,
kau inginkan syahid menjadi milikmu
ayah,
kami akan sentiasa berdiri di belakangmu
kami akan sentiasa memberi sokongan kepadamu,
ayah,
kaulah idola kami
ayah, kemanisan dalam perjuangan dirasai bila berdepan dengan cabaran, ketenangan yang hakkiki dirasai dengan manisnya iman, kekerdilan diri dirasai dengan sifat kehambaan dan ketaqwaan.

letihnya...

Letihnya…

Hidup ni kadang-kadang buat aku tension la. Mana nak study, nak fikir diri, nak fikir masalah sendiri lagi. Tapi bila difikirkan kembali, nilah realiti yang patut aku tempuhi. Hidup sebagai seorang student, anak, ketua, idola pada adik-adik memang payah. Apatah lagi bila sekarang ni, aku dah jadi anak ahli parlimen, semuanya yang aku buat akan jadi perhatian. Kenapa erk?? Memang macam tu ke? Semuanya nak kena layan. Dah tak boleh jadi macam dulu. Kalau aku nak tunjuk muka tension pun tak ada siapa nak kisah. Tapi sekarang dah lain.

Macam mimpi je bila ayah aku menang pilihan raya yang lepas. Kehidupan kami sekeluarga berubah sekelip mata. Jadi perhatian. Jadi tumpuan. Semuanya yang berkenaan dengan ayah aku, diaorang semua nak ambik tahu. Termasuk hal anak-anak. Berapa orang. Sekolah mana. Umur berapa. Agaknya, kalau aku ni study luar Negara, mesti diorang nak ambik tahu juga.

Nilah kot risiko yang terpaksa aku dan adik-adik aku tanggung bila ayah aku menang. Nanti nak minta biasiswa pun mesti tak dapat. Walhal gaji ayah aku tu bukannya salur ke mana pun. Bagi kat rakyat bawah dia jugak.

Ni adik aku sorang lagi nak mintak masuk U. kalau dapat mesti dia nak minta PTPTN. Comfirm dia dapat sikit je kalau diaorang tengok gaji ayah aku. Takpalah dik. Nak wat genakan. Nasib kitalah. Tapi, ramai jugak kawan-kawan aku bagi sokongan. Kita ni di jalan yang betul. Jalan Allah. Nak tegakkan agama Allah mestilah kena berhadapan dengan berbagai krenah manusia. Mestilah kena susah sikit. Tok Guru sendiri pun menangis minta pada Allah. Ni apatah lagi kita manusia biasa.

Lepas ni mesti ayah aku lagi sibuk. Terima jelah…

Friday, March 21, 2008

more question in my heart

Tajuk ni saja je aku pilih. Bukan ada kena mengena dengan akupun. Just wana to share apa yang dah jadi selama aku tak post aku punya artikel. Banyak sangat hingga berat urat kepala aku nak tanggung.
First, aku di halang untuk masuk exam bagi subjek quran. Subjek yang paling penting untuk kuliah aku. Aarrrggghh!!! Padan dengan muka aku. Bukannya apa, aku Cuma tak dapat habiskan ‘silives’ quran yang dah di tetapkan. Nak buat macamana. Exam tu aku akan ambik lepas aku cuti sem nanti. Maybe tiga bulan dari sekarang la.. nasib badan la.. nilah first time aku dihalang masuk exam. Hahaha…

Apa pendapat korang berkenaan dengan PRU12 baru-baru ni? Aku ni bukannya pandai sangat nak cakap bab-bab politik ni, saja nak ambik tau coz PRu kali ni memang panas sangat. Terasa bahangnya. Walaupun aku ni tak bleh mengundi lagi, tapi hati ni pun terlonjak-lonjak nak gi ngundi. Kalau ikut tarikh yang betul, aku dah bleh ngundi dah. Nak buat macamanakan.. kerajaan sekarang nak buat awal.
Sedih, sayu, sebak, terharu, sebab yang pertama kalantan masih lagi dipegang oleh BA (PAS). Seronok sangat. Tok Guru sampai nangis. Tu yang tak sampai hati nak tengok tu. Yang keduanya, bila Allah dah tentukan lima negeri yang lain pun akan di takbir oleh BA, inilah yang dikatakan rakyat sekarang betul-betul mahukan perubahan. Dah berapa lama BN memerintah? Sejak dari kita merdeka lagi. Dah 50 tahun. Apa yang rakyat dapat? Pandai-pandai la korang semua fikirkan.
Negeri aku Kedah pun dah jatuh ke tangan PAS. Macam tak percaya je. Sekarang ni kalau dalam bilik kuliah, pensyarah cakap tak berlapik dah. Dah makin berani. Almaklumlah.. kerajaan sendiri.
Apa-apa pun, Cuma dekat sini aku harap sangat Barisan Alternatif mestilah bertanggungjawab dengan apa yang telah di amanahkan oleh rakyat pada mereka. Bukan sahaja rakyat yang dah beri mandat ni, tapi yang paling penting sekali Allah.
Kita kena anggap ni sebagai satu ujian. Sebab Allah nak tengok sama ada betul atau tak apa yang kita perjuangkan selama ni di tunaikan apabila di beri peluang untuk memerintah.
Aku pun berharap sangat yang mereka yang diberi peluang ni tak lupa diri, atau merasa senang dengan apa yang telah mereka dapat. Ingatlah pada rakyat yang dah banyak menderita.
Juga di kesempatan ini aku nak juga ucapkan Tahniah dan Takziah pada ayahanda aku sendiri yang diberi kepercayaan untuk menjadi ahli perlimen oleh rakyat kedah. Ingat ayah, ni adalah ujian untuk kita. Jangan jadikan ia sebagai satu kesenangan. Pasal hal ni nanti aku akan cerita pada post aku yang akan datang.

Saturday, February 16, 2008

cabaran hidup

Hidup ini sebenarnya memerlukan cabaran.. memerlukan rintangan… memerlukan juga ujian untuk mematangkan diri kita sendiri.. adakalanya hidup ini diuji dengan ujian yang sebegitu berat sehinggakan kita terduduk dan menangis kerana beratnya ujian tersebut. Akan tetapi haruskah kita sebagai seorang hamba yang sepatutnya diuji terus mengalah sebegitu sahaja?

Renungkanlah kembali apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita seharian. Renungkanlah kembali apa yang perlu kita lakukan untuk hidup ini. Renungkanlah kembali apa yang perlu kita ubah untuk memperbaiki kehidupan kita ini.

Haruskah kita kekal pada tapuk yang lama? Haruskah kita menetukan kehidupan kita hanya pada takdir? Perlukah kita berdiam diri dengan apa yang telah menimpa kita? Lakukan sesuatu saudaraku. Lakukanlah sesuatu yang boleh membuatkan hidupmu semakin matang untuk menempuh realiti kehidupan ini.

Janganlah berserah hanya kerana kita seorang yang lemah. Allah itu maha Adil.. dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jangan sekali-kali kamu menyerah hanya kerana kamu tidak mampu untuk bangun kembali apabila kamu jatuh.

Sedarlah wahai saudaraku.. kita hidup hanya sekali. Jangan kamu menyesal dan minta kembali untuk ke dunia hanya kerana kesilapan yang kamu telah lakukan. Hanya dengan keengganan kamu untuk berubah. Hanya kerana kamua merasakan ianya hanya sebuah takdir yang telah ditentukan oelha Allah. Ingatlah wahai saudaraku… kita ini makhluk Allah yang dimana Allah akan menguji untuk melihat setinggi mana tahap keimana kamu. Lakukanlah sesuatu…

Ingatlah.. berkat dengan kesabaran kamu dalam mengharungi segala ujian mehnah dan cabaran hidup ini akan membuahkan hasil yang cukup matang dalam kehidupan kamu nanti. Ingatlah juga akan hasil yang akan kamu perolehi di akhirat kelak. Yakinlah yang kamu tidak akan menyesal dengan apa yang telah kamu lakukan untuk sebuah perubahan.. percayalah akan Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya…

Saturday, February 9, 2008

dugaan

salam...
ehm..dah lama aku tak bukak blog sendiri. busy punya pasal.. rindu nak merapu pun ada.
bukannya apa.. sibuk dengan assaiment, muqarrar,persatuan dan macam-macam lagi la... harap-harap untuk sem ni aku lepas la.. rasa tkut pun ada. kalau aku tak lepas sem ni nampaknya terpaksalah tambah lagi satu sem.. ehm..mintak simpang la...

nak bawak satu citer la kat sini... kita kongsi la sama-sama erk.. al-kisah, aku ni ada sorang kawan yang aku rasa dia ni cukup baik sangat. tak kira la dari segi apa pun.. sebelum ni dia tak la banyak buat masalah. bukan tak banyak, tapi tak ada langsung la aku rasa.

tapi..semenjak-dua menjak ni, aku rasa dia lain sangat. kenapa erk?? aku pun tertanya-tanya. rupa-rupanya, dia ni tengah hangat bercinta. dalam aku tengah kempen pasal ikhtilat ni, tiba-tiba kawan aku sendri yang buat... sedih pun ada jugak tau. tapi nilah dugaan untuk dia.

kalau aku tegur pun dah tak makan saman... bahkan dia buat muka lagi ada la.. kawan-kawan yang lain pun dah naik meluat nak tegur dia.. tapi aku sentiasa ingat pesan ayah aku, dia cakap, kita sebagai daie, tak boleh rasa marah, meluat, menyampah kat orang. kita sepatutnya kena tarik depa ni daripada benda-benda yang negetif macam ni la...

ehm...sebab tulah aku pendam sedalam-dalamnya perasaan amarah, meluat aku dekat kawan aku sendiri. moga-moga dengan apa yang aku buat ni akan mendapat imbuhan yang setimbal.... aku rasa terkilan sangat.

takpa-takpa, kita tengok la dulu, macam mana keadaan dia. kalau dia tak berubah jugak, aku rasa aku perlu buat sesuatu. apa yang aku nak buat, biarlah rahsia... okey, kita jumpa lagi di lain hari..

salam

Friday, January 11, 2008

kempen ikhtilat

ولا تلبسوا الحق بالباطل و تكتموا الحق و انتم تعلمون
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (2;42)
baru-baru ni aku ada terbaca satu laman blog ni yg menyentuh tentang ikhtilat? kenapa aku bersusah payah nak menyentuh satu isu dimana ianya akan ditolak oleh orang yang rasa dirinya ikhtilat? salahkan aku untuk menyentuh tentang ikhtilat?
teringin sekali untuk aku menjalankan kempen ikhtilat di kolej aku sendiri. KEMPEN IKHTILAT SIFAR di serata tempat dalam kawasan kolej aku sendiri. di cyber cafe, di perpustakaan, di medan makan, di dalam kelas hatta sekalipun di alam maya?
ada sesiapa bersetuju dengan pendapat aku mengenai kempen ikhilat ni?
mungkin hanya segelintir sahabat-sahabiah yang memahami apa itu ikhtilat.
ada seorang kawan aku pernah bertanya pada seorang pensyarahnya, " Ustaz, dalam islam ada ke istilah sahabat antara lelaki dan perempuan?"
jawab pensyarahnya "Tak ada"
"Kenapa plak? habis tu knp kalau ana tanya kawan ana yg bercouple, mereka jawab 'kami hanya kawan saja'...macamana tu ustaz"
"Isltilah sahabat ni hanya digunakan pada zaman Nabi Muhmmad S.W.A shj... kenapa? kita boleh bincangkan pada hari akan datang"
kawan aku tu terus snyap jer...
bagi aku, tak ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan walaupun hanya kawan sekelas. mngkin kita boleh gunakan untuk istilahkan ikhtilat lil hajat bagi yang betul-betul memerlukan. contohnya untk meeting dan sebagainya... tapi kalau hanya untuk bertanya khbar, bersuka-suka, aku rasa tak payah la...
ikhtilat ni bermaksud percampuran antara lelaki dan perempuan...sama la jugak macam bercouple..
bagi yang tak puas hati mesti akan bertanya soalan ni
"Kenapa tak boleh berikhtlat?"
kenapa kita tak galakkan ikhtilat adalah kerana untuk menjauhi fitnah, menjauhi prasangka, untuk menjaga batas tatasusila kita, nak menjaga maruah kita sebagai seorang wanita. nak ke kalau diri kita ni dah dikenali oleh semua orang? nak ke diri kita ni dijadikan bahan bualan kaum adam? nak ke diri kita ni dikatakan sebaragan oleh kaum adam? nak ke? ada akan kata tk nak, dan ada yang kan kata nak? nak apa? glamour? dikenali? tak malu ke orang macam ni?
tapi...ikhtilat juga diharuskan sekiranya menepati syarat-syarat berikut:-
- diri kita ni tak nampak menarik...kaum adam sekali pandang jer tak pandang dah lepas tu.. macam tu la.
-tak tengok benda-benda yang haram..faham-faham sendirila...
-kalau bercakap tu tak buat suara menggoda....ni tak, asal cakap jer mula la nak lenggok suara sekali, tu belum tentu lenggok badan lagi..tergugat imann...
-kalau dah cakap tu, cakp jelah benda-benda yang perlu sahaja...jangan nak menokak tambah pulak...
-tak berdua-duaan...kalau boleh ajak kawan ramai-ramai...tak payah aih...cuba dlu..
-kalau boleh kita ni biar tak nampak menarik....tak pa...kita tunjuk kat suami sja nanti... tak payah kat orang lain...orang lain bukannya halal dengan kita...
-haa...ni mesti kena jugak. ada penghalang antara lelaki dan perempuan... buat lah macamana sekali pun...
-yang terakhir, jangan bersentuhan kulit.
aku mintak maaf sesangat kat sesiapa yang baca tentang ikhtilat ni. kadang-kadang aku dah tak reti nak cakap lembut-lembut. kalau cakp lembut-lembut tak faham...nak kena sindir baru terasa.. lepas tu mula la nak cakap "Kita ni kalau boleh nak tegur orang biarlah berhemah, berhikmah.." tahu pun terasa...habis tak reti nak ubah..
aku yang bercakap ni pun bukannya perfect sangat... kadang-kadang ada juga tergelincir dari landasan sikit... tapi dengan adanya kawan-kawan seangkatan yang memahami... aku kembali dapat berdiri di atas landasan yang betul... so, aku pun teringin juga nak membantu kawan-kawan aku yang sedikit dah pun tergelincir...
apa yang kurang itu datangnya daripada diri aku sendiri...dan apa yang betul semuanya datang dari Allah walaupun hakikatnya kedua-dua ini datang daripada Allah jua...
aku memohon seribu kemaafan atas kata-kata aku yang dah mengores, menclar, melukakan hati kawan-kawan yang baca tentang isu ini... aku harap betul apa yang aku katakn ini dan sekiranya masih ada kelemahan tolong tunjukkan...

tensionnya...

kenapa aku perlu tension??? sebab semester ni semua subjek berat-berat. muqarrar untuk subjek ni pun banyak. sibuk plak dengan persatuan. mana nak fikir lg pasal assaiment. kena marah dengan pensyarah. kawan buat hal. semua perkara ni membuatkan aku sedikit tension.
apa-apa hal pun aku kena pandang semua ni sebagai positif. ayah aku cakap nilah kehidupan seorang mahasiawi. sibukkan diri dengan study,persatuan,sukan dan sebagainya supaya masa kita tidak habis macam tu saja.
ni ayah aku cakap la...
kalau aku cakap..."Nak berhennnnttttiii"
okey tak? ehm..sekadar boleh cakap je lah..
mak aku cakap plak..."belajar rajin2. umi tak minta jadi doktor,tak minta jd guru, tak minta jd arkitek.. tapi umi minta jd anak yang solehah sajaa..."
berat tu permintaan umi. tapi aku akan cuba buktikan yg aku boleh jadi anak yang solehah seperti yang umi dan ayah nak..
dah dua kali aku tak masuk kelas b.arab...bukn tak mint, tp pensyarah yg ajar tu yg dh membuatkan aku rasa tak bermint. walau macamana sekalipun, dia tetap pensyarah aku yang dah sedikit sebanyak menyubangkan kenaikan markah aku dalam exam...
tension tetap tension... cuma cara nak atasi tension tu kenalah betul.. jangan ikut hati kalau tension. bak kata kawan aku yg sorang ni, "Lagi kuat kita tensian, lagi semangat kita nak tempuh kehidupan ni"
aku akan ingat kata-kata dia sampai bila-bila...
aku akan anggap tension sebagai satu ujian untuk aku.