ceritaku

Tuesday, October 15, 2013

Aid adha

Selamat hari raya ea'dil adha kepada semua muslimin dan muslimat. 

Moga pengorbanan hari ini menjadi titik tolak kepada satu perubahan dalam diri kita.

Sunday, October 6, 2013

- keliru -

Keliru dengan pandangan orang yang berbeza boleh membuatkan kita sendiri pening.

Monday, September 30, 2013

-Dah beza-

Kuliyyah quran yg dulu n sekarang jauh beza. Mcm langit dengan bumi.

-Kosong-

Oktober will be coming again!! dh brapa oktober dh sejak ak jd blogger nih!

and dua tiga tahun kebelakangan ni blog ak tersgt lah tak aktif. Tak tau la knp.  Nak kata tak dk idea bercambah je. Haish..

BTW, congratulations tu my sis hazwati becoz Dpt sambung UIA untk wat Daij, diploma undang2 & kehakiman.  Setahun. Tercapai gak cita2 dia nak jd peguam.

Ak??  Entah la.. mati mood dh nak habiskan degree kat kuin. Penat. Tak larat. Org len dh kemana dh, ak still kat kuin g. Kalau ok tu tak pelah jgk.. ni tak ok..

Moga allah mudahkan urusan aku baik dunia mahupun akhirat..

Tuesday, February 19, 2013

- Kembali -



sekian lama menyepi. akhirmya kini kembali. kembali melari-larikan jemari di atas papan kekunci ini.

ketika ini, saat ini, waktu ini. hatiku sepi. barangkali kurang makanan rohani. tidak di cari bagaimana mahu datang sendiri. ya. makanan rohani perlu di cari. sedangkan makanan jasmani juga kita usaha untuk mencari. apatah lagi makanan rohani.

tetapi bukan ini yang hendakku ceritakan disini. ada yang lain menanti.

ah! serabut sekali kepala ku ini.

diam! diam! biar aku tulis di sini. jangan kau ganggu aku lagi! raut wajahku berubah tegang. skrin laptop ku renung kosong. sekosong jiwa dan hatiku kini.

jemariku tidak selincah dahulu ketika menari. rentak jariku semakin sumbang. kekok. seakan baru belajar menari di atas papan kekunci. ah!! monolog apakah sekarang ini???

aku melepaskan nafas kasar. bukan perkara ini yang hendak aku kongsikan disini! bukan ini! aku meraut wajah berkali-kali. pantas aku berpaling. melemparkan pandang ke luar jendela. sawah padi kekuningan. belum ada yang mengambilnya. ah! jangan buang masa. ku lihat skrin kembali. sekali lagi aku melepaskan nafas kasar.

wahai idea. datanglah kemari. buatkan jemariku kini menari kembali.

adus! bagaimana sekarang ini?? apa yang harus aku kongsi? aaaarrrrrrgggggghhhhhh!!! aku benci bila perkara sebegini terjadi.

tanganku gapai mencapai handphoneku. telinga ku sumbat dengan earphone. tiada duka yang abadi. lagu itu menusuk terus ke jiwaku kini. apa jua yang berlaku, kembali kepada yang empunya diri. kembali kepada Ilahi.

jariku menitik nokhtahkan monolog ini. pantas ku tekan publish!


Monday, June 11, 2012

Corak Cara Kehidupan Kita

Islam mesti di ambil sebagai cara hidup. Kenapa? Kerana Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap dari segala sudut aspek kehidupan. Hidup kita ini tak sunyi dari ujian, cabaran, dugaan, rintangan sebagai salah satu cara untuk Allah mengangkat darjat hambaNya. Semua ini juga adalah demi untuk mematangkan kita sendiri.

Cuba kita bayangkan, hidup kita senang. Tanpa ada walau sedikit kesusahan. Apa sahaja keinginan kita, dalam sekelip mata mampu kita kecapi. Apa saja kemahuan kita, dalam sedetik waktu mampu kita genggami. Nah! bila tiba-tiba kita mendapat sedikit kesusahan, kita akan gelabah. Apa perlu kita buat?

Apa saja dalam dunia ini yang Allah sediakan, semuanya adalah terbaik untuk kita. Kesenangan, kesusahan, kedukaan, kegembiraan. Kematian, kelahiran, pertemuan, perpisahan.. segala-galanya ada hikmah yang tersembunyi. Antara mahu mencari atau tidak, itu dalam genggaman kita sendiri. Sebab itu, islam mesti kita ambil sebagai cara hidup kita. apabila kita meletakkan Allah yang paling utama, insya Allah..segala-galanya akan di permudahkan.

kita ambil satu contoh yang pernah di ceritakan : Ada seorang pemuda yang sedang melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Hari itu dalam poketnya hanya tinggal 5 ringgit (duit sana berapa?) untuk sebulan ini. Hanya itu sahaja yang ada. Oleh kerana dia yakin dengan Allah barang siapa yang mendermakan satu, Allah akan gandakan 10 ganjaran. Dengan berpegang  keyakinan pada Allah, pemuda itu mendermakan kesemua duitnya yang ada pada seorang peminta sedekah. Tidak semena-mena, ada seorang saudagar kaya datang kepada dia dan memberikan dia 50 ringgit dan berlalu pergi. Pemuda tersebut terduduk dan menangis. Betapa apabila kita meletakkan Allah yang paling utama. Jangan risau akan kehidupan.

"Wahai orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan musuh kamu yang nyata" - al baqarah 208 - 
 Tapi, jangan kita ambil islam itu secara juzi'e-juzi'e, mana yang kita suka kita ambil. Mana yang tak kena dengan selera kita, kita buang. Islam bukan begitu caranya.

Kita ambil contoh mudah. Kita sembahyang, dalam masa yang sama kita bercouple. ( "dirikanlah solat.." / "janganlah kamu menghampiri zina..") kita dah sembahyang, tapi dalam masa yang sama kita melanggar apa yang Allah larang.

Hidup ini banyak lagi yang perlu kita pelajari. Cuba kita renung kehidupan yang ada di sekeliling kita. Kita akan dapati banyak hikmah yang Allah bagi. Suami isteri yang bercerai, kehidupan rumah tangga yang porak peranda, dugaan untuk seorang ibu yang mempunyai anak yang sakit, poligami, anak-anak yang terbiar, kurang kasih sayang, perpecahan umat, politik kotor, rezeki yang tidak di duga, semua ini adalah aturan dari Allah untuk hamba-hambaNya.

Kita akan kongsi segala kisah-kisah kehidupan ini pada post-post akan datang untuk kita cuba singkap hikmah yang Allah bagi dan apa yang dapat kita pelajari dari kehidupan-kehidupan ini.

wallahua'lam.


Sunday, June 3, 2012

Kosong


Tika ini, saat ini, waktu ini, aku masih lagi terkebil seorang diri. skrin laptop kurenung kosong. Ya Allah... tenangkan hatiku di kala ini Ya Allah..

kadang langkahku songsang. kadang langkahku rapuh. kadang langkahku tergelincir. bimbinglah diriku kala ini Ya Allah. Aku tidak mampu berdiri tanpa diriMu Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah. Kuatkanlah diriku Ya Allah. Terimalah taubat hambaMU yang hina ini Ya Allah.

aku serah sepenuh jiwa dan ragaku padaMU Ya Allah.

lantas ku tutup skrin laptop.
Tahajud!


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Friday, June 1, 2012

Siapa Kita?


SIAPA KITA?

Kita suka mempersoalkan apa yang Allah tetapkan

Ya. kita sering mempersoalkan. Mengapa, Bila, Bagaiman. Semua ini persoalan. Kita akan persoalkan bila kita tidak dapat sesuatu yang kita impikan. Kita persoalkan bila hajat kita tak dapat di tunaikan. Kita persoalkan kenapa berlaku sesuatu yang kita tidak pernah fikirkan. kita mempersoalkan tanpa kita sedari ada yang lebih berkuasa dari kita. Kita persoalkan tanpa kita ketahui itulah yang terbaik untuk kita. 

Firman Allah :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..." (al- baqarah 216) 

aku dah usaha dah.. macamana boleh gagal pulak?
kita dah plan baik punya..last-last macam ni jadi..
itulah kau, tak nak dengar cakap aku. kalau kau dengar hari tu, tak akan jadi macam sekarang la
see..?? kita mengeluh. kita mempertikaikan. kita mengaharap apa yang kita hendak. sedangkan belum tentu lagi itu yang terbaik untuk kita.

Bukan suruh berserah bulat-bulat


Dah kalau macam tu, kita tak payah usahalah. kita usaha pun belum tentu lagi terbaik untuk kita.


. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
(ali imran 159)


Bukan macam tu.. usaha dulu. baru kita berserah pada Allah. tetapi segala natijahnya, jangan kita persoalkan. kalau apa yang kita usahakan itu terbaik untuk kita dan terbaik juga yang allah nak bagi, maka terbaiklah apa yang kita dapat. tapi, kalau apa yang kita usahakan itu, tidak terbaik untuk kita, kita terimalah dengan hati yang terbuka.
oh...mungkin Allah nak bagi pada aku yang lebih baik ni. 
 keputusan peperiksaan aku tak baik kali ni...allah nak suruh aku usaha lebih lagi ni
tak mengapalah..ada yang lebih baik sedang menanti aku.
alangkah indahnya hidup apabila berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. alangkah bahagianya kita bila meletakkan matlamat hidup ini sebagai mencapai keredhaan Allah.

Berdoalah, nescaya akan Aku perkenankan

Jangan sesekali kita pertikaikan apa yang Allah telah letakkan. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Tetapi sebaik-baik perancang itu adalah Allah. Dia Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang kita tidak ketahui. siapa kita untuk persoalkan?

Kita dah usaha sedaya yang mampu. kita dah merancang dengan sebaik-baik perancangan. tetapi natijahnya kita serah pada Allah. Sebab kita tidak mampu untuk melihat masa hadapan. kita hanya mampu berusaha untuk pergi ke masa hadapan. dengan apa yang telah kita usahakan. Dan Allah lebih mengetahui akan masa hadapan kita.

Dan sebagai hamba Allah yang taat, berdoalah. berdoa semoga apa yang telah kita rancangkan, yang telah kita usahakan seiring dengan apa yang telah Allah takdirkan. itulah usaha kita yang terakhir. dan selebihnya, berserahlah pada Allah.

wallahua'lam..


 
 
 
 



Thursday, May 31, 2012

new post


sebelum masuk 1Jun... update dulu...dah berbulan tinggal. lepas ni insya allah macam biasa balik.. dengan post yang lebih baik lagi dari sebelum2 ni...

comeykan kucing kat atas tuh! huhuhu.. apa2 jelah.

Sunday, February 26, 2012

kejutan yang nyata

sesuatu yang tidak di rancang datang menyapa. 
membuatkan diri ini terpinga.
pantas dan cepatnya masa.
aku masih terkesima.

antara fantasi dan nyata.
semuanya dalam perancangan yang esa.
siapa kita untuk menidakkan ia.
suatu keputusan yang cukup nyata. 

allah maha segalanya. 
mengetahui akan segala sesuatu yang tidak kita ketahui.
perancangannya yang maha hebat. 
apakah ini ujian atau suatu pilihan.

masa kian suntuk.
aku yang harus memutuskannya.
apakah ini terbaik untukku.
semuanya dalam pengetahuannya.

ya allah, sesungguhnya engkau mengetahui akan segala sesutau yang tidak aku ketahui.. maka bantulah hambamu ini Ya Allah... putuskanlah yang terbaik untukku ya Allah...

dilema~~