ceritaku

Thursday, October 6, 2011

raya 2011

biar gambar yang berbicara...........









cerita lepas



testing camera baru.. adik aku punya
saja la sonok2 nak snap gambar ni.. time ni nak g kat alang..



sepanjang buln sembilan, satu post pun tk dak.. sibuk? dak jgk.. nak kata tak on9, tiap hari on9.. nak kata tak bukk blog ni, bukk jgk.. ntah la..

saja nak post gambar2 kat bawah ni...



g cari baju raya.. ni baju raya yang terlepas kat tangan org lain.. sian2..

pastu, singgah mkn dekat dgn umah sewa ktowg.. Koteaw Iman. sedap sgt mknan kt ctu.. bley cuba..



ni dia punya menu.. tp yang west jelah..

teh ais minuman utama yg wajib..mana2 pun..



pastu ktowg pesan koteaw goreng special..



n lagi...



n lagi..



ni lamb chop..sedap..huh! nak mkn lg..

Thursday, August 18, 2011

kerisauanku..

Ya Allah yang Maha Pengampun lagi maha penyayang, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa saudara2ku, dosa-dosa orang2 di sekelilingku serta seluruh muslimin dan muslimat.

Ya allah yang Maha Pendengar lagi Maha mengetahui akan segala sesuatu yang tidak aku ketahui.. sesungguhnya kerungsinganku ini hanya kau yang maha mengetahui Ya Allah.. kerisauanku ini hanya kau Yang mendengarnya ya Allah.. padamu aku mengharap dan terus mengharap..

Ya Allah.. sesungguhnya engkau mengetahui betapa kasihnya aku pada saudaraku ini ya Allah.. engkau tahu betapa sayangnya aku dengannya ya Allah.. dan semua ini hanya pinjaman darimu Ya Allah.. justeru dengan itu, aku turut berasa risau dan runsing akan masa depannya yang hanya dalam pengetahuanMu sahaja ya allah.. sebagai hamba yang lemah, yang hanya mampu merancang, dan kau sebaik-baik perancang, aku mohon ya Allah.. Kau temukanlah dia dengan pembimbing yang soleh.. yang mampu membimbing dirinya mendekatiMu ya Allah.. Yang mampu memimpin dirinya mencapai keredhaanMu ya Allah.. yang akan menemaninya di alam abadiMu ya Allah..

Ya allah…aku bimbang akan dirinya Ya Allah.. aku ingin melihat dia membina sebuah keluarga yang sakinah..keluarga yang penuh dengan rasa kehambaan kepadaMu Ya Allah.. keluarga yang akan menjadi rantai-rantai perjuangan menegakkan kalimahMu Ya Allah.. kerana itu aku mengharapkan seorang yang soleh, seorang yang meletakkanMu Ya Allah dalam setiap perkara untuk menjadi pendamping dirinya Ya Allah… andai impianku ini terlalu tinggi, kurniakanlah dia seorang pendamping yang mampu menerajui bahtera dengan meletakkan diriMu Ya Allah yang paling utama.. bukan harta, bukan ringgit Malaysia, bukan kereta, bukan dunia yang menjadi maharnya..akan tetapi kecintaannya kepadaMu Ya allah yang menjadi mahar buat saudaraku ini ya Allah..

Ya Allah…janganlah kau bolak balikkan hati kami ya Allah.. tetapkanlah hati-hati kami di jalan yang lurus..jalan-jalan yang engkau redhai.. amin..

Wednesday, August 3, 2011

CemburuNYa..tpi..

getus hati "cemburunya dengan mereka yang banyak amalannya di bulan ramadhan ini, ya Allah terasa diri ini jahil,hina,daif di sisiMU berbanding mereka"

tapi kata nabi (sallallahu'alayhiwasallam)...

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

hati mula berbunga sambil berusaha untuk istiqomah walaupun sedikitnya amalanku di bulan ramadhan ini. yaAllah.. tetapkan hatiku untuk istiqomah tanpa mengetepikan fastabiqul khairat (berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan) :)

Tuesday, August 2, 2011

Ayuh Manfaatkan Ramadhan

Alhamdulillah. Syukur pada Allah, kerna apa? kerna kita masih bernafas dan kita masih mampu melihat matahari memancarkan sinarannya. Alangkah bertuahnya kita, sama ada kita sedar atau pun tidak, kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT, dipanjangkan umur kita untuk berjumpa bulan yang mulia, bulan yang penuh keberkatan di dalamnya, bulan yang mana ada satu malam di dalamnya lebih daripada baik daripada seribu bulan iaitu bulan Ramadhan. Rasanya, amat rugi jika kesempatan yang Allah beri untuk kita pada bulan mulia ini kita sia-siakan begitu sahaja. Amat rugi jika kita masih melakukan amalan bagai melepaskan batuk di tangga. Kan?

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, Kita perlu sedarkan diri kita bahawa dari kecil hingga kini kita bergelumang dengan nikmat Allah yang tidak terhingga. Jika dikira serta dihitung nescaya tidak terhitung ! Hari ini, kita masih ada mulut untuk berbicara, hari ini, kita masih ada tangan, kaki dan tubuh badan yang sihat untuk melakukan sesuatu, hari ini, kita masih mata untuk melihat, hari ini juga kita masih ada jantung yang mengepam darah untuk kita terus hidup dan bernyawa. Lihatlah dan renunglah, betapa besar dan banyaknya nikmat Allah yang kita nikmati. Hari ini juga Allah masih memberikan nikmat bulan Ramadhan kepada kita. Bulan yang belum tentu kita akan ketemu pada masa akan datang.

Oleh itu, apakata pada bulan Ramadhan ini, bulan yang mana setiap amal kebaikan atau kebajikan dilipatgandakan pahalanya, kita menggunakan mulut yang Allah anugerahi kepada kita itu untuk berdzikir memuji dan membesarkan-Nya serta membaca al-Quran dan bukannya digunakan untuk mengumpat atau ber “soksek” tentang perkara yang tidak membawa apa-apa faedah. InsyaAllah, bilamana dengan hanya kita berzikir kepada-Nya sahaja, Allah akan menganjarkan pahala yang berlipatganda kepada kita. SubhanAllah, betapa Pemurahnya Allah. Namun, berhati-hatilah dengan mulut yang Allah anugerahi itu, silap masa dan ketika, kerana mulut badan binasa. Kerana mulut, puasa kita sia-sia.

Apakata juga kita menggunakan tangan, kaki dan tubuh badan yang sihat yang Allah anugerahi kepada kita untuk beribadat sesungguhnya kepada Allah, melakukan amal kebajikan sesama insan dan bukannya kita menggunakannya pada perkara-perkara maksiat, pada perkara-perkara yang Allah benci. Jika mata kita masih mampu melihat, sebaiknya kita menggunakan mata yang Allah anugerahi kepada kita itu untuk membaca bait-bait Cinta Allah iaitu Kitabullah yakni al – Quran dan bukannya kita menggunakan ia untuk melihat perkara-perkara maksiat, benda-benda yang boleh mempunahkan iman kita.

Kita juga perlu sedar, bukan semua insan yang terpilih untuk bersama menikmati bulan Ramadhan kali ini. Ada yang telah kembali pada Allah dan kita, alhamdulillah kita masih hidup. Selagi kita masih hidup di bulan Ramadhan ini, jangan kita bermalas-malasan ! jangan kita bertangguh-tangguhan dalam melakukan amal kebaikan. Manfaatkanlah sebaiknya ! bulan Ramadhan bulan ibadat. Ingatlah, ‎"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampuni semua dosa-dosanya yang terdahulu." (Muttafaq 'alaih).

Jadi, marilah sama-sama kita berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasa kita insyaAllah akan derdhai dan diterima. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

AYUH! MARILAH KITA MANFAATKAN BULAN RAMADHAN INI UNTUK BERIBADAH MENGGAPAI REDHANYA !

moga Allah redha :)

by: ilmi-islami.com

Monday, August 1, 2011

SeOrang PenDosa MeMasuki RamaDhan

Kamu, saya dan mereka. Kita semua adalah pendosa. Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan, hasil kelalaian kita selama ini. Sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. Akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa, yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa, nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.

Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan lagi Ramadhan kepadanya.

Apakah perasaan?

Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya, diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-amat mulia ini.

Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:

“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.”

Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih ‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya.


Ramadhan yang mahal buat pendosa.

Hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup. Dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.

Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran. Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas.

Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya…” Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

Mengapa peluang keampunan itu mahal?

Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.

Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, selain dipadamkan dosa-dosanya?



Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?

Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA, justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini?

Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang kemudiannya diberikan makanan. Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan. Pasti ‘Sang Pemberi’ punya rasa belas.

Tidakkah kita rasa bertuah, di’belas kasihan’kan Allah SWT?

Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam. Yang Di tanganNya langit dan bumi. Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa. Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.

Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. Kita yang bila diberikan peringatan lupa. Kita yang bila ditegur tak ambil peduli. Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama. Kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.

Apakah yang lebih besar dari perasaan “Allah Masih Memandang Aku. Allah Masih Sayang Aku.” Ini?

Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluang Ramadhan ini.

Allah masih sayangkan kita.

Kita. Pendosa.



Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup. Ramadhan ini, berubahlah.

Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.

Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik. Ibu bapa beri duit untuk dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.

Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.

Kalau Allah benci dengan kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.

Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.

Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.

Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.

Ayuh!

by: HILAL ASHRAF

Sunday, July 31, 2011

Watikah buat adindaku

Sekalung takziah akak ucapkan buat adinda tersayang yang akan menghadapi imtihan dhar thani esok hari. Semoga tabah hati dan kuat semangat untuk menghadapi hari esok. Ulang madah bukan bermakna kita gagal. Akan tetapi satu ujian dan tarbiyah oleh allah buat kita dalam mencorakkan kehidupan hari ini.

Kenapa dan mengapa? Kerana kita sebagai manusia sering alpa dengan kehidupan dunia. Selesa dalam tapuk yang lama tanpa mehu mempelajari sesuatu yang lebih mencabar dalam menerokai kehidupan kita. Apa yang kita lalui hari ini adalah salah satu dari kepingan-kepingan puzzle yang bercantum untuk saling melengkapi hidup kita.

Bukan mudah untuk kita lalui hidup ini dan bukan senang untuk kita corakkan sendiri kehidupan kita tanpa bantuan dari Maha Pencipta. Kita sebagai hamba, adakalanya tersungkur dan terduduk ketika mengharungi apa yang di panggil badai kehidupan. Takkala kita senang dengan apa yang kita perolehi, kita di uji, kita di duga hanya semata untuk kita tingkatkan taraf kehidupan kita di sisi Allah.

Tarbiyah. Kehidupan kita adalah tarbiyah dari allah. Apa yang kita lalui setiap hari adalah tarbiyah dari allah. Apa yang kita perolehi adalah ganjaran dan pengaran dari allah atas apa yang telah kita lakukan. Allah maha segalanya. Dia yang mengatur akan segala kehidupan kita di atas muka bumi ini. Kita sebagai hamba hanya mengikut dan mengikut tanpa kita sedari. Walau perancngan dari kita, tapi allah maha berkuasa akan segalanya.

Akak bukan yang terbaik untuk member nasihat. Dan akak juga bukan yang terbaik untuk menunjukkan segala sesuatu itu baik. Akan tetapi, akak hanya perantaraan untuk adik.. lakukan yang terbaik, tentukan yang termampu dan usaha habis daya.

Sekian dari akak.

Saturday, July 23, 2011

baru lagi

bulan ni tukar baru plak.. tapi bukan keje aku.. ni haa.. adik sayang aku ni la yang buatkan... rajin bebenor dia.

so, kongsi sikit dah alang2 post n3 baru ni.. malam tadi aku sempat g cereamah kat kuin yang di sampaikan oleh ustaz hafiz mustafa al-lubis.. huhuhu ( istimewanya dia, org lain dlm perut 9 bulan 10 hari tapi ustaz ni, 12 bulan dlm perut mak dia) bertajuk "PEMUDA CERMINAN AL-QURAN.

perkongsian yang cukup bermanfaat.. akan aku konsikan sepenuhnya dlm n3 yang lain. sekadar pemberitahuan saja..

ok, jadilah sebaik2 ummat dan cubalah untuk sumbangkan sesuatu untk agama!

take care.

pembaikpulih

salam!

pembaikpulih blog.. urm..ke penambahan gajet?? hihihik... apa2 pun kredit to my lovely sis atas penambahan gajet dalam blog ni.. ceria2 sokmo..

dalam masa sama nak tolong promote blog adik aku ni... jalan2 la ye...

Wednesday, July 20, 2011

Jom Kongsi Bolog

hehehehe...lawak pulak mlm2 gni nengok budak2 bilik bertungkus lumus menyiapkan homework Pengajian Malaysia dowang.. mcm2 kerenah.. sampai ad yang 'ter'bolog..

situasi lepas hbis homework..:

a:mana whitebord?

b:hah?! whitebord?

a:eh, ionbord...

aku yg mendengar terus gelak btol2.. satu lawak + dgn nak post kongsi bolog kat cni..

hehehe... tu je..