kejayaan tidak di ukur dengan pencapaian, tetapi di ukur pada halangan sebelum mencapai kejayaan...
Monday, December 15, 2008
result dah kuar...
yang pasti, dia akan di soal olh semua pensyrah maybe jugk termasuk ayahanda kami yg akan balk dr haji hujung buln 1 nie.. kesian dia. apa2 pun aku hrp ianya tidk akn berulang kmbali. dan untk semster depan aku akn pastikn ramai kwn2 ak akan mendpt yang terbaik. itu jnji ak!
ak tak nk tengok lagi kwn2 ak main2 dlm kelas. ak tak nak tengok lagi kawan2 ak lagho dlm kels,. ak akn pastikn dorg hadir kelas setiap waktu. itu jnji ak!
apa pun result aku naik.
Friday, December 12, 2008
malaasssss....
tapi wat kat kwasan dia la....
cuti plk dah nak habis...tetiba rasa malas nak balik asrama...
nak bukk sem baru ni rasa macam tak nak bg habis je... nak stay kat ctu je...
lusa dah nak bukk sem...
barang tak kemas lagi...
dengar2 nak kena rombk bilik...
entah jadi,entah tidak...
harap2 dapat ahli yang ok ckit..
ni sem last...
ingt leps ni nak apply usim..
tapi,tengok dulu la...
nak amik lesen kete..
nak amik kursus bhsa...
ingt macam nak wat syahadah 30 juz...
tapi semuanya terpulang pd keadaan...
silap2 aribulan...
sambungn ijzh kat sini je...
ehm... dah tua rupanya aku ni..
ingtkn muda lagi..
raya aji ni ak wat 4 biji kek.
licin ke empat2...
isk, hantu ke apa yang makan tu...
bukk sem mknanya result pun nak kuar gak...
ehm..harap2 baik semuanya.
tak ada yang rept..
mls nak amik wat kli ke-2
ni sem last..
kena wat yang terbaik...
tahun 2008 dah nk habis...
azam tak tercapai2 pun..
tapi,tak pa...
insya allah, akan tercapai hujung buln 1...
doa2 la untuk aku...
okey...
dah tak da pa dh nak ngarut...
jumpa lagi...
Wednesday, December 10, 2008
4 u cik nasibah
Bahan A
1 ¾ cawan teh tepung gandum….bukan tepung jagung tau…. Nanti tak jadi.
¾ cawan teh tepung koko…
1 ¾ sudu teh backing powder (serbuk penaik….jangan lebih-lebih. Nanti kek tu jadi tembam plak.
1 ¾ sudu teh soda barkobonat…..
Bahan-bahan nih….gaul sekali. Biar sebati. Okey pastu tolak tepi dulu bahan A ni.
Bahan B
2 cawan teh gula halus…kalau nak letak gula kasar boleh…tapi kisar dulu. Sama la tuh.
1 ketul batter…..
4 biji telur ayam… bukan telur itik, bukan dinasor atau binatang yang lain… nanti lain plak jadinya.
1 cawan teh susu cair dacth lady….sedap tu…
Okey, gula tadi dengan batter tu pukul sampai sebati. Lantak la nak pukul ke, nak gaul ke nak wat cara manual macam dulu-dulu ke nak wat auto ke. Ikut suka. Mana yang mudah…. Bak kata nabil lu pikir la sendiri…. Huhuhu… pastu bila dah sebati, masukkan dulu telur putih. Satu persatu. Bukan sekali gus tau. Habis kempat-empat biji tu, masukkan pula kuning telur tu. Pun satu persatu… sampai habis 4 biji tuh….
Dah tu pulak, masukkan bahan A tadi secara gilir dengan susu cair tadi. Tapi…haaaa,ada tapi. Mesti di akhiri dengan bahan A. boleh cik nasibah???? Balik USIM jangan lupa praktik apa yang I bagi ni tau… kalau tak… siap la.
Dah tu boleh la masukkan dalam tempat pembakar. Jangan kau bakar sampai hangus sudah la… suhu 180 darjah celcius… selama 45 minit…..
Ehm…seronok la tu. Jangan ketawa sorang-sorang, nanti orang cakap tak betul plak… okkey, jumpa lagi… diwaktu yang sama di lain hari dalam rancangan…. Mari Memasak…. Bukan Mari mengaji… kecian Ust Zamri, kena tutup plak kelas dia nanti… huhuhu…tata..
Saturday, November 29, 2008
seronok bebenor....
angah ngan adik iman
acik with adah
ateh
Tuesday, November 25, 2008
kolam susu

Setelah kolam tersebut siap, Sultan Alam Syahbana memerintahkan rakyat jelata untuk mengisi kolam tersebut dengan segelas susu awal lembu setiap seorang pada waktu malam ketika bulan sedang mengambang.
Pada pagi keesokan harinya, Sultan Alam Syahbana ingin melihat kolam tersebut kerana ingin melihat hasilnya. Tetapi alangkah terkejutnya Sultan Alam Syahbana apabila melihat kolam tersebut dipenuhi air kosong bukannya susu awal lembu seperti yang diperintahkan. Kemudian, Sultan Alam Syahbana pun pulang ke istana dengan perasaan yang hampa.
dakwah-WAJIB
ramai dikalangan kita mengetahui hakikat ni. tapi berapa ramai yang tak nak m'libatkan diri atas sebab beberapa kekeliruan... antaranya:-
- menanti kesempurnaan diri sebelum berdakwah-kenapa? setiap org sempurnakah? kita bukannya nabi.... konon-kononnya sebab berasakan diri kurang amalan, tak cukup mantap sebab banyak kelemahan. imam Said bin Jubair "jika seseorang tidak mahu mengajak kepada amal ma'ruf nahi mungkar sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada kebaikan." imam Malik pun setuju dengan pendapat Iman said. "Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?"
- Imam Al-Hasan " siapa diantara kita yang telah melaksanakan segala yang diseru? syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak adfa sesiapa pun yang mahu mengajak kepada amal ma'ruf nahi mungkar.
justeru dengan itu, nabi bersabda "barang siapa bagi setiap individu yang melihat kemungkaran hendaklah di cegah dengan tanganya, jika tidak berdaya cegah dengan kata-kata, jika tidak berdaya cegah lah dengan hati, dan mencegah hati adalah tanda-tanda selemah iman...." diriwaytakan oleh Imam Muslim.
banyak lagi hadis serta kalam suci Allah yang menyuruh kita mencegah kemungkaran... kalau kita nak tunggu kita sempurna...sampai bila? sebab itu dalam kita mencegah kita belajar memperbaiki diri... bukan still di tapuk yang lama...
tak salah kita memperbaiki diri... kurangkan kekurangan dri... ingat, kita di pertanggungjawabkan ke atas diri kita sebgai daie... walau pun sekecil-kecil teguran, tegurlah. tak rugi walau sesen pun...
jaulah terengganu-kelantan
yang ni gambar masa kat masjid terapung... tapi apa yang terapungnya??
tapi...dalam kita berseronok, aku teringat ayat allah "Kita merancang, Allah pun merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih sempurna..."
kita merancang untuk berseronok, dalam masa yang sama, allah menguji tahap keseronokkan kita tu... seorang shabt aku dapat berita ayah dia sakit. waktu tu kitorg masih lagi di terengganu. on the ke klntn...
sampai kota baru, amik tiket untuk sahabt ni, malam tu pukul 9 terus dia gi KL... esok tu dia gitau ayah dia koma...
alhamdulillah, malam kitorg smpai kedah dia gitau ayah dia dah sedar...
doa2 supaya Allah permudahkan segala urusan mereka....
Wednesday, November 19, 2008
dah habis exam!!!!!
nak gi terengganu kelantan...jumpa tok guru...lawat maahad tahfiz, jalan2...
pastu, balik nak tasmi... seminggu...
habis tu gi kl plak.... umah ayah kat sana....
gi sorang-sorang....sedih.... mak ngn adik2 dah ada kat sana...maklum la cuti sekolah...
pastu raya haji...
bukk sem bru.... sem last...
sedih nk tinggal kawan2...
okey, jumpa nnti...
post kali ni tak menarik. ada benda nk kongsi, tapi nnti2 la...
salam....
Saturday, November 1, 2008
takku duga

Dia melanjutkan pengajiannya pada tahun lepas (2007) bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangannya. Selepas beberapa bulan, maknya di sahkan mengidap leukemia tak silap aku. Dia yang berada di Syria langsung sama sekali tidak mengetahui akan penyakit maknya.
Ada beberapa kali dia menghubungi ayahnya untuk bercakap dengan sendiri dengan maknya, tetapi ayahnya sering memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan anaknya bercakap dengan maknya. Bukan bermaksud si ayah tidak menyukai, tetapi permintaan si emak supaya tidak mengkhbarkan kepada anaknya dengan harapan tidak mahu mengganggu pengajian anaknya nun jauh di bumi anbiya’.
Melalui perkhabaran adik sahabat aku yang juga teman rapat Falihin di sana, dia sering kali menangis. *aku berharap dia dapat melalui ujian Allah ini dengan tabah..
Maknya langsung tidak mahu memberitahu penyakit yang dihidapi kepada anaknya. Biarlah anaknya dapat menyambung pengajian dengan selesa. Sewaktu Falihin cuba menghubungi ayahnya untuk bercakap dengan emanknya, ketika itu emaknya sudah tidak boleh bercakap.
Sakit mengejut dan berterusan akhirnya membawa kepada ajal emaknya pada hari jumaat bertarikh 31 oktober 2008 bersamaan 2 zulkaedah 1949H. namun, berita kematian emaknya langsung tidak diketahui oleh si anak di rantauan. Sedih, sayu.
Aku yang mendapat berita kematian emaknya terus langsung sedih teringatkan dirinya yang berada di bumi anbiya itu. Apakah perasaannya? Dia kemungkinan akan pulang pada bulan 6 tahun depan. Tapi pada waktu tu,…..
Ayanhnya merancang untuk memberitahu kematiannya sewaktu dia pulang pada bulan enam nanti.
Aku harap dia dapat melalui semua ini dengan tabah. Ingatlah bahwa allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kemampuannya.
p/s: maaf bebanyak sebab ayat terlalu skema.
Thursday, October 30, 2008
kesungguhanku
kehidupan berusrah bukanlah asing dalam hidupku. bermula dari kedua orang tuaku yang telah lama bergiat dalam bidang dakwah, usrah bukanlah sesuatu yang berat untuk di jalankan. malahan semakin rancak dalam suasana, persekeliling masyarakat yang semakin ramai.
aku pernah di beri tugas oleh ayahku sendiri untuk turun lapangan, masuk sendiri dalam masyarakat yang bermasalah. duduk berbual bicara bersama mereka. bahkan aku rasa itulah saat paling bermakna dalam hidupku. kerana itu, aku teramat dahagakan ilmu yang bermanfaat untuk aku salurkan pula pada yang memerlukan.
disini, aku berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sealiran. berbincang bagaimana untuk menghadapi masyrakat sekarang dimana akhlak remajanya makin merudum. terkilan, sedih, bimbang dengan perkembangan remaja yang akan menjadi generasi pemangkin negara kelak.
tetapi untuk merubah sesuatu keadaan itu bukanlah sesenang kita mengucapkan kata-kata. bukanlah semudah mengunyah makanan yang ada.
menerima tarbiyah dari Allah adalah paling baik untuk diri aku yang masih lagi serba kekurangan. masih lagi perlukan tunjuk ajar. tapi dalam masa yang sama aku perlu bersedia, bersedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja.
betapa masyarakat sekarang teramat perlukan bimbingan untuk berubah. dan betapa kita perlunya kekuatan untuk membawa masyarakat ke arah yang lebih baik.
kita berbicara tentang akhlak terpuji Rasulullah, tetapi kita tidak pernah untuk berbicara bagaimana untuk mengubah akhlak remaja yang makin teruk. kita bercakap-cakap mengenai larangan-larangan ALlah juga Rasulullah berkaitan perkara yang haram, tetapi kita tidak pernah untuk menarik remaja yang makin liar dengan arak, judi dan sebagainya. dimana kita???
harap dapat beri perhatian untuk post kali ini.
peranan kita sebagai seorang daie!!!