ceritaku

Tuesday, July 24, 2018

KEHIDUPAN BARU

Assalamulaikum.

lepas dua tahun tak update apa-apa isu atau berita atau apa saja. rasanya boleh mula balik tahun ni.

sebenarnya, kehidupan selepas berkahwin agak sibuk. kehidupan yang berubah sekelip mata. dengan Allah hadirkan rezeki anak awal. alhamdulillah.

tahun 2014 sambung buat degree di Open Universiti Malaysia. bidang pengajian islam. hari tu masa di kuin mengaji tak habis. empat tahun habis macam tu saja. tapi alhamdulillah ilmu tu dapat. cumanya tak dapat sijil saja.

ambik keputusan untuk sambung sebab semangat nak belajar lagi. insya allah tahun ni atau awal tahun depan selesai degree. ingat nak sambung buat master, tapi hari tu sembang dengan pihak OUM depa cadang supaya sambung buat dip pendidikan dulu. baru sambung master. insya allah akan di pertimbangkan. sebab alang-alang dah setahun saja belajar dip tu. tapi semua bergantung kepada rezeki. ada rezeki untuk sambung, insya allah akan sambung. ala kullihal Allah jua sebaik perancang.

kahwin pun sebenarnya rezeki. allah bagi rezeki suami yang baik. keluarga mertua yang baik. rezeki anak. bahagia tu pun rezeki. jangan pandang kesenangan tu saja rezeki. kan kan kan. sihat pun rezeki.

meh nak promote kedai husband. dia buat printing banner di sungai petani. betul-betul depan UTC sungai petani. berdekatan dengan stesen bus. dekat juga dengan stesen KTM. lepas kahwin ni dia berulang naik KTM.

kalau nak tengok design boleh klik sini.


ni kedai dia. boleh kalau sapa-sapa nak cari kedai printing. kualiti insya allah terjamin.

ha memadangkan husband kedai printing banner, aku kira dah jadi agent untuk depa la. apa saja program mesti tempah sini. dari banner, buku program, sticker. semua sini ja. alhamdulillah pengetua puas hati dengan design depa. jadinya, banyak job masuk. tapi yang syoknya, banyak dah job yang masih lagi tak claim sekolah. huhu. mudah sungguh la. nak kena buat dah claim ni.

untuk program terbaru, minggu ni. hari Mahrajan Ildul Ilmi. atau hari anugerah cemerlang. katanya MB Kedah nak rasmi. kalau tak ada aral, insya allah dia la rasmi. kalau dak mungkin wakil MB yang rasmi.

ni salah satu program sekolah yang buat design dengan creative designer. program ni tiap tahun buat.

yang untuk promosi semesti. cerita dia, sekolah menengah sains tahfiz alor setar bukak peluang kepada semua pelajar-pelajar tahun 6 bagi tahun 2018. bagi sesiapa yang berminat untuk sambung belajar di SEMESTI, lembaga zakat negeri kedah akan memberi zakat kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. zakat ini akan di beri setiap bulan sebanyak RM300 seorang. jadinya untuk yuran sekolah alhamdulillah tak perlu bayar dah untuk belajar di sini.

pasal zakat ni rasanya nak kena buat entri baru. nanti kita buat posting baru khas untuk cerita pasal zakat ni.




No comments: