ceritaku

Tuesday, March 12, 2024

SETAHUN YANG PENUH CABARAN

Sesi persekolahan 2024/2025 baru bermula. Setahun yang lalu penuh dengan drama air mata apabila Ziyad mula memasuki alam persekolahan sekolah rendahnya. Sangat-sangat mencabar, baik fizikal mahupun mental. Tapi banyaknya mental. Drama dia tak bermula ketika bangun tidur. Tapi ketika kaki aku mula melangkah tinggalkan dia di kelas. 

1. Menangis sambil berlari-lari mengejar aku
2. Menangis sehingga di cempung oleh walidnya masuk ke kelas
3. Menangis di tapak perhimpunan dengan walidnya berkain pelikat memujuk
4. Menangis di kelas sambil melambai tangan di tingkap kelas
 
Pertengahan semester dia dah mula ok Alhamdulillah.. tapi masih ada drama bergenang air mata. Tiap kali aku nak balik mesti ada pesanan yang di ulang-ulang. Tak pernah tidak dia melambai tangan sambil mengucap I love you ibu. Suara dia saja yang kuat. Dia tidak pernah malu untuk mengucapkan ungkapan itu sambil memeluk ku. 

Tapi drama-drama ini semua berakhir apabila aku sudah balik. Dia sangat ok di sekolah. Beraktiviti bersama kawan-kawan sekelas. Kerja sekolah yang sentiasa dilunasi. Kata guru kelasnya, dia tak pernah menangis selepas aku balik. Sebab itu aku kata drama dia bermula ketika aku melangkah tinggalkan dia dan berakhir selepas aku hilang dari pandangan. 

Memang dia sangat di kenali di sekolah. Sebab drama-drama dia sepanjang tahun. Aku dan suami menjadikan peristiwa-peristiwa ini sebagai kenangan yang akan di kenang. Pahit yang pada akhirnya manis. Marah yang pada akhirnya ada senyuman. Banyak untuk di ceritakan tapi cukup yang ini untuk di kenang sebagai tatapan. 

Untuk ziyad, belajarlah dan berusahalah mencapai cita-cita. Buat setakat kemampuan dia. Tidak ada paksaan untuk dia mendapat tempat teratas. Adab dan akhlak yang kami utamakan. Prestasi dia meningkat dari semester pertama ke semester kedua. Alhamdulillah. Haza min Fadli rabbi.. 

Dia pernah cakap pada aku dan suami, we never give up on our dream. Don't care what people say. Ya dia memang suka berbahasa Inggeris dalam perbualan. Asbab YouTube. Ziyad seorang yang sangat positif. Cita-cita dia tinggi. Dia nak jadi ketua kelas, pengawas dan ketua pengawas. Untuk aku tinggi la bagi budak seusia dia. Dia kecewa bila dia tidak di lantik sebagai ketua kelas. Tapi dia pernah cakap peluang dia ada lagi nanti. Positif! 

Hari pertama persekolahan sesi baru. 
Dia cakap dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah. "Ziyad akan pastikan ziyad jadi ketua kelas hari ini". And he did it! 

Dia balik dengan penuh senyuman kepuasan. "Ibu, Ziyad jadi ketua kelas!" Aku gelak memanjang tanpa menjangkakan berita itu. Maka bermulalah cerita kronologi dia bagaimana dia boleh di lantik sebagai ketua kelas. Dengan mendapat undian 2/3 kelas. Sama sekali tidak ku jangkakan. Memang betul dia pegang kata-kata dia 'we never give up on our dream'. 

Drama tahun ini? Mesti la tidak ada sama sekali kerana semangatnya sebagai ketua kelas itu dijadikan pemangkin untuk ke sekolah. Insyaallah. Mudah-mudahan sehingga habis tahun. Dia dah seronok untuk ke sekolah pun dah besar rahmat. Cukup bagi aku. tidak ada tekanan untuk dia mesti pandai dengan perlu dapat no1 dalam kelas. Belajarlah. Bermainlah. Nikmati zaman kanak-kanaknya. Sebagai ibu aku sentiasa mendorong yang terbaik. 

Untuk Ahmad Ziyad, redha ibu sentiasa mengiringi perjalanan ziyad sepanjang hidup Ziyad. Doa ibu sentiasa ada untuk Ziyad sepanjang hidup Ziyad. Ibu dan walid sayang sangat dengan Ziyad. 

No comments: