ceritaku

Monday, May 4, 2015

FIXI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

dalam setahun dua ni cuba  mencari kekuatan untuk menulis blog. kadang-kdang mood ada tapi tangan tak mampu nak menari laju atas keybord macam sebelum ni.

Jadi tak mau cerita panjang. hari ni saja nak kongsi pasal buku fixi. actually lama dah nak kongsi pasal koleksi fixi ni, tapi macam yang dikata jari-jemari malas nak menari.


 
gambar sekadar hiasan

apa yang menariknya pasal fixi ni? 

yang menariknya ialah jalan cerita dari penulis-penulis yang super duper sempoi. memang best. pihak fixi pulak mengambil pendekatan untuk tidak edit walau sepatah dari penulis. dengan gaya bahasa yang pelbagai. lebih senang untuk pembaca mencerna pasal cerita. 

masa mula-mula buku fixi masuk dalam rumah, baca juga tapi macam sekali lalu. best memang best. tapi masa tu pasal fixi kurang sikit. sampai la satu ketika tahun lepas, ada sepupu review pasal buku fixi tajuk kelabu. then, terus cari kat google. sampai la tercari kat playstore. untuk baca buku fixi punya pasal. 

dan yang menariknya bukan semua kedai pasarkan buku fixi. hanya kedai tertentu sahaja. frust punya pasal masa tu sebab kat kedah tak tau nak cari kat mana. dan yang paling best, kitaorang adik beradik sekarang semua minat fixi. 

hujung tahun lepas, ada peluang g KL, terus request kat ayah suh bawak g kinokoniya. masuk saja kedai tu terus sambar. hasilnya sepuluh buah buku fixi telah dirembat. haha. seronok? mesti laa.. jadi tahun ni berapa pula? disebabkan masing-masing dapat baucer buku, 16 buah buku fixi masuk dalam list koleksi. memang terbaik la. tak nafikan ada juga cerita yang kurang menarik perhatian, tetapi memandangkan bahasa yang diguna pakai amat menyenangkan mata yang membaca, jadi layankan saja... 

sekrang ni di kedah dh mula senang untuk dapat buku fixi. so, ada jugak la target tiap bulan satu buah. dapat gaji simpan untuk beli sebuah. kira ok la kan. 

apa-apa pun buku RAMLEE AWANG MURSHID tetap no.1

No comments: