ceritaku

Monday, June 11, 2012

Corak Cara Kehidupan Kita

Islam mesti di ambil sebagai cara hidup. Kenapa? Kerana Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap dari segala sudut aspek kehidupan. Hidup kita ini tak sunyi dari ujian, cabaran, dugaan, rintangan sebagai salah satu cara untuk Allah mengangkat darjat hambaNya. Semua ini juga adalah demi untuk mematangkan kita sendiri.

Cuba kita bayangkan, hidup kita senang. Tanpa ada walau sedikit kesusahan. Apa sahaja keinginan kita, dalam sekelip mata mampu kita kecapi. Apa saja kemahuan kita, dalam sedetik waktu mampu kita genggami. Nah! bila tiba-tiba kita mendapat sedikit kesusahan, kita akan gelabah. Apa perlu kita buat?

Apa saja dalam dunia ini yang Allah sediakan, semuanya adalah terbaik untuk kita. Kesenangan, kesusahan, kedukaan, kegembiraan. Kematian, kelahiran, pertemuan, perpisahan.. segala-galanya ada hikmah yang tersembunyi. Antara mahu mencari atau tidak, itu dalam genggaman kita sendiri. Sebab itu, islam mesti kita ambil sebagai cara hidup kita. apabila kita meletakkan Allah yang paling utama, insya Allah..segala-galanya akan di permudahkan.

kita ambil satu contoh yang pernah di ceritakan : Ada seorang pemuda yang sedang melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Hari itu dalam poketnya hanya tinggal 5 ringgit (duit sana berapa?) untuk sebulan ini. Hanya itu sahaja yang ada. Oleh kerana dia yakin dengan Allah barang siapa yang mendermakan satu, Allah akan gandakan 10 ganjaran. Dengan berpegang  keyakinan pada Allah, pemuda itu mendermakan kesemua duitnya yang ada pada seorang peminta sedekah. Tidak semena-mena, ada seorang saudagar kaya datang kepada dia dan memberikan dia 50 ringgit dan berlalu pergi. Pemuda tersebut terduduk dan menangis. Betapa apabila kita meletakkan Allah yang paling utama. Jangan risau akan kehidupan.

"Wahai orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan musuh kamu yang nyata" - al baqarah 208 - 
 Tapi, jangan kita ambil islam itu secara juzi'e-juzi'e, mana yang kita suka kita ambil. Mana yang tak kena dengan selera kita, kita buang. Islam bukan begitu caranya.

Kita ambil contoh mudah. Kita sembahyang, dalam masa yang sama kita bercouple. ( "dirikanlah solat.." / "janganlah kamu menghampiri zina..") kita dah sembahyang, tapi dalam masa yang sama kita melanggar apa yang Allah larang.

Hidup ini banyak lagi yang perlu kita pelajari. Cuba kita renung kehidupan yang ada di sekeliling kita. Kita akan dapati banyak hikmah yang Allah bagi. Suami isteri yang bercerai, kehidupan rumah tangga yang porak peranda, dugaan untuk seorang ibu yang mempunyai anak yang sakit, poligami, anak-anak yang terbiar, kurang kasih sayang, perpecahan umat, politik kotor, rezeki yang tidak di duga, semua ini adalah aturan dari Allah untuk hamba-hambaNya.

Kita akan kongsi segala kisah-kisah kehidupan ini pada post-post akan datang untuk kita cuba singkap hikmah yang Allah bagi dan apa yang dapat kita pelajari dari kehidupan-kehidupan ini.

wallahua'lam.


No comments: