ceritaku

Sunday, December 18, 2011

Fenomena Oley!

satu ledakan kuat telah di hasilkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS dan seluruh krew yang terlibat dalam Filem pendek Oley. kenapa aku berminat dengan tajuk Oley bagi n3 aku kali ni? antaranya... :


  • video paling banyak di tonton dalam sehari. 
  • rata-rata masyarakat sedang memperkatakan tentang Filem ni.
  • Kami Boikot Buletin Utama menerima tempahan baju " Curi Gitar Haram, curi hati tak pe". ayat power oleh penampilan istimewa Matluthfi. memang terbaik. antara daya tarikan Oley ialah penampilan dia la.

  • dan..yang telah menarik minta aku ialah.. sedikit 'kritikan' mungkin... oleh public figure Hilal Asyraf

bila aku terbaca post dia kali ni, sedikit tersentak. dan terkejut. 

ok, pertamanya aku bukanlah yang cerdik pandai untuk memperkatakan tentang Hudud. tapi sebagai seorang pelajar, yang masih belajar. sedikit sebanyak aku teruja dengan terhasilnya Oley ni sebab hati teramat geram dengan video Sembang Rakyat berkaitan hudud. alhamdulillah, Dewan Pemuda PAS berjaya menarik minat masyarakat dengan Oley bagi menjelaskan apa sebenarnya Hudud dan bagaimana hukuman di jalankan. 

baik, dua-dua anak muda yang berbakat besar di atas mempunyai rangkaian peminat yang cukup ramai. Matluthfi dan juga Hilal Asyraf. 

kenapa aku tersentak bila terbaca post Hilal? sebab bagi aku, (bagi aku yang tak pandai ni la) sepatutnya dia tak perlu nak (bagi aku macam kritikan la..) pada ayat Matluthfi. dia bercakap berdasarkan hukum hudud. curi gitar, haram. dalam hukum hudud ada hukumannya. tapi curi hati tak dak.. (kalau salah tolong perbetulkan). 

jadi hati aku masa tu ada sedikit rasa ketidakpuasan hati pada post tu. banyak persoalan dan sedikit terjejas pandangan aku pada Hilal. aku mengikuti perkembangan Hilal dan Matlutfi dari awal. sebab dua-dua orang ni ada kekuatan masing-masing dalam menyampaikan ilmu. ada istimewanya mereka ni. 

aku baca setiap komen di page Hilal. setiap kritikan yang di berikan adalah yang terbaik. mana mungkin kita akan berjaya tanpa ada kritikan. ada yang menyokong, dan ada yang mengkritik. itukan perkara biasa. jadi, masa tu hati rasa ada jugak aku nak luah. tapi macamana caranya sebab aku bukanlah cerdik pandai nak memberi satu hujah atau yang seumpanya. antara komen-komen tu, aku tertarik dengan satu komen ni.


komen ini selari dengan apa yang sedang aku fikirkan. inilah yang ingin aku sampaikan. nasib baik ada yang mampu menghuraikan seperti apa yang bermain di fikiran aku. huh. ini adalah kritikan-kritikan membina. juga peringatan untuk diri sendiri juga.

apa-apa pun komen di atas telah pun di jawab oleh saudara Hilal.



satu lagi kenapa Oley menarik minat aku. sebab dia membuatkan anak-anak muda berupaya bermain kata yang penuh pengisian. masing-masing ada hujah, ada pandangan, ada kritikan, ada pengolahan yang mana semua mereka ini adalah orang-orang yang berfikir. 

 status ayat Matluthfi boleh jadi satu thread diskusi. baguskan? 


apa-apa pun, aku tetap menyokong kedua-dua bakat besar ini. mohon maaf sekiranya telah mengguris hati. aku bukan sehebat Hilal Asyraf dalam menyampaikan kata. hanya insan yang masih menagih ilmu. 

Wallahu'alam.

p/s: lain-lain blog yang memperkatakan tentang fenomena ini ikutsukahatiaku dan nadiahbaharin


2 comments:

beku_cair said...

kt komen diea da tanda ^^ tu maksudnya die takda bg 'offensive komen' ttg benda 2... klu facebook 2 bole kluar suara komen tu mesti suaranya dlm nada bergurau.... tp sye faham kamu(sbg peminat mat luthfi?) mungkin agak trkejut dgn komen Hialal... yg sbnrnye xde faedah pon klu die nk kritik matluthfi... mungkin die sngaja bg komen yg santai2 dlm mse yg same ade unsur pengajaran.. atau mungkin nk tunjuk die sendiri mengikuti update matluthfi 2...;)

P/S : Learn to read emoticons, as mostly you can only write but not speak in the internet..(xcept utube ofc..)

afiqah ahmad said...

terima kasih atas komentar berguna untuk saya.. saya terima dengan hati terbuka kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing..mungkin saya rasa pandangan saya sudah betul, tapi pada orang yang membaca lain pulak.

terima kasig kerana menegur.. sekurang-kurangnnya saya tahu di mana salah saya dan saya akan belajar mengubahnya..=)